Di sebalik COVID-19, Hafiz Mahamad, seorang ushawan muda ada berkongsi beberapa posting mengenai cerita cintanya bersama isteri, Syafiqah Aina di sosial medianya.
Menurutnya dia menjadikan isterinya kekasih hati pada 2013. Isterinya ada meminta break pada bulan kedua mereka bercinta kerana dia merasakan Hafiz berubah. Namun Hafiz tidak melepaskannya kerana dia sudah ubah dirinya menjadi lebih baik.
Malah yang mencuri hatinya apabila isterinya itu berketerampilan Muslimah.
“Aku suka tengok dia pakai baju baju Muslimah, ni time aku request, kita dating malam ni awak pakai baju ‘muslimah’.
“Dia tunaikan malam tu, bila aku tengok aku terus cair. Demi Allah buat pertama kali aku rasa macam nak terus kahwin” Katanya melalui social medianya.
Ucapanya itu cukup menyentuh hati, dan cukup bermakna buat isterinya. Malah posting tersebut telah mendapat 11k likes, 3.3k comments dan 15k share.
Ads
Tak nak cakap banyak, anda tengok sendiri bagaimana dia lalui kehidupan ini dengan isterinya semala 9 tahun…
Ads
Ads
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Seluruh dunia kini berdepan ancaman penularan wabak COVID-19. Bukan sahaja negara kita malah ratusan neara kini mengamalkanan kawalan pergerakan di mana rakyat tidak dibenarkan untuk keluar melainkan hal yang penting sahaja.
Selepas sebulan lebih menjalani perintah kawalan pergerakan kita boleh saksika pelbagai cara kreatif dilakukan oleh warga dunia untuk menghilangkan rasa bosan ketika berada di rumah.
Bagi lelaki yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak, ini merupakan tempoh yang cukup menduga. Membuatkan anak berada di rumah duduk diam-diam bukanlah satu perkara mudah kerana masa mereka perlu diisi dengan aktiviti.
Selain ulang kaji pelajaran mereka juga perlu diberikan hiburan yang boleh merangsang minda. Itulah yang dilakukan oleh seorang lelaki, Steve Addison berusia 32 tahun dari Lincoln, United Kingdom.
Steve yang juga merupakan seorang bapa menggunakan tempoh kawalan pergerakan ini dengan membina sebuah mesin permainan video retro atau arcade game khas buat anak lelakinya.
Memetik laporan LADbible, walaupun tidak mempunyai sebarang latar belakang dalam kerja pertukangan, Steve berjaya menyiapkan mesin arcade game tersebut.
Jelasnya, idea ini diinspirasikan daripada hadiah konsol permainan video Atari diterima dari ibu mertuanya.
“Saya hanya bermain beberapa kali menggunakan Atari itu kerana ia mengambil masa juga untuk dipasang di televisyen. Dari situ saya mendapat idea untuk mempunyai kabinet arked sendiri. Keluarga saya merupakan peminat permainan video jadi ia satu keputusan yang tepat,” jelasnya.
Selepas melakukan sedikit ukuran dan lakaran bersadarkan saiz televiyen, Steve menggunakan kadbod sebelum melakukan proses seterusnya menggunakan kayu.
Lebih menarik lagi, Steve membina game arcade ini menggunakan perlatan yang dipinjam daripada ayahnya. Segala teknik potongan serta pemasangan dilakukan berdasarkan tutorial yang dirujuk secara talian.
Bagi butang konsol pula dia mencarinya di laman eBay. Dia bernasib baik kerana menemui penjual yang masih menawarkan butang dicarinya.
Secara keseluruhan Steve mengambil masa selama dua hari untuk membina game arcade ini. Untuk warba cat pula Steve meminta anaknya, Felix memilih warna kegemarannya.
Dengan hanya kos GBP150 (RM817) membeli kayu, elektronik dan kelengkapan pemasangan Steve telah merealisasikan impian anaknya dengan membina mesin game arcade sendiri.
Anaknya, Felix yang bakal menginjak usia 4 tahun cukup gembira bermainan permainan video kegemaran seperti Bubble Bobble, Spyro the Dragon dan Sonic the Hedgehog.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dalam dunia muzik kontemporari yang sering dipenuhi dengan tema hiburan dan ekspresi emosi, kemunculan Syed Muhammad Iqbal Jamalulleil, atau lebih dikenali sebagai Syed Iqbal, hadir sebagai angin segar.
Anak muda berusia 24 tahun ini membawa satu pendekatan yang unik dan signifikan: menggunakan muzik sebagai medium untuk menyebarkan dakwah dan terapi spiritual.
Melalui pelancaran single sulungnya berjudul Basstamam, Syed Iqbal membuktikan bahawa seni suara bukan sahaja berfungsi sebagai hiburan, tetapi mampu menjadi wadah untuk menyampaikan nilai-nilai murni dan ketenangan jiwa.
Lagu ini dicipta oleh Amir Hufaz dan Wan Saleh, dengan lirik yang ditulis oleh Abdulkarim Al Ali dan Wan Saleh. Menariknya, dalam masa hanya 11 hari selepas pelancaran, Basstamam telah meraih lebih 250,000 tontonan di YouTube dan 80,000 pendengar di pelbagai platform digital.
Apa yang membezakan Syed Iqbal daripada artis-artis lain bukan sekadar gaya persembahannya yang berbeza, tetapi juga komitmennya dalam menyampaikan mesej dakwah secara halus dan mendalam.
“Kita perlukan muzik sebagai terapi. Memetik kata penyair Jalaluddin Muhammad Rumi, manusia tanpa muzik hidupnya akan hancur,” ujar beliau memetik satu temubualnya bersama Mstar.
Kenyataan ini mencerminkan falsafah beliau yang melihat muzik sebagai satu elemen penting dalam menjaga kestabilan emosi dan spiritualiti manusia.
Dengan menandatangani kontrak bersama label Masyhur, Syed Iqbal kini membuka lembaran baharu dalam perjalanan seninya. Beliau turut merancang untuk melancarkan versi penuh Basstamam dalam bahasa Arab, sebagai usaha memperluas penyampaian mesej kepada khalayak lebih luas, khususnya di rantau Timur Tengah.
Kehadiran Syed Iqbal dalam arena muzik tanah air memberi nafas baharu, khususnya dalam mengangkat peranan lelaki moden dalam konteks spiritualiti.
Dalam era di mana maskuliniti sering diukur melalui kekuatan fizikal atau kejayaan material, Syed Iqbal tampil dengan pendekatan yang lebih seimbang: menampilkan sisi lelaki yang mendalam, introspektif dan terhubung dengan nilai-nilai kerohanian.
Lagu Basstamam bukan sahaja merangsang pendengaran, tetapi juga menyentuh dimensi jiwa. Ia membawa pendengar menyelami makna kehidupan dan peranan insan dalam hubungan mereka dengan Yang Maha Esa.
Dalam dunia yang semakin bising dengan distraksi digital dan tekanan sosial, karya seperti ini memberi ruang untuk renungan dan ketenangan.
“Saya hadir bukan untuk berhibur kosong, tetapi nak sebarkan sesuatu yang bermanfaat melalui muzik,” jelas Syed Iqbal.
Karya-karya seperti Basstamam memberi isyarat bahawa muzik boleh berfungsi sebagai jambatan antara seni dan spiritualiti.
Syed Iqbal, dengan semangat dan idealismenya, membuka satu ruang baharu untuk lelaki moden menghayati makna sebenar kejantanan yang tidak terpisah daripada nilai-nilai rohani dan intelektual.
Sumber: Mstar
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Di kalangan selebriti yang cukup MASKULIN kagumi, Norman Hakim sentiasa berkongsi kegiatan kecergasan dan kesihatannya di laman media sosial terutamanya di Instagram.
Pelakon, hos dan selebriti serba boleh ini sudah sejak sekian lama menjadi ikon kecergasan yang cukup dikagumi ramai oleh peminat. Jadi tidak hairanlah setiap hantaran yang dilakukannya di laman media sosial mendapat sambutan serta respons yang memberangsangkan.
Menerusi satu hantaran terbaru, Norman Hakim berkongsi pengalamannya dalam penjagaan kesihatan. Dan perkongsian kali ini bertumpu kepada kandungan kolesterol yang tinggi dalam badan. Seperti mana kita semua sedia maklum, kolesterol yang tinggi boleh menjadi punca kepada beberapa jenis penyakit terutamanya penyakit jantung.
Kolesterol yang tinggi boleh menyebabkan saluran dalam jantung menjadi tersumbat dan sekali gus jadi punca serangan jantung.
Dalam perkongsian tersebut Norman melahirkan rasa terkejut selepas mendapati dirinya disahkan mempunyai kandungan kolesterol yang tinggi. Perkara ini memang cukup mengejutkan bukan sahaja untuk dirinya tetapi peminat yang mungkin menyangka kondisi fizikalnya yang baik tidak mencerminkan masalah seperti itu.
“Since korang sangat responsive kat story, dengar sharing saya ni sampai habis sebab agak penting jugak untuk semua. Saya bukan saja-saja nak lower-kan bodyfat atau nak kejar 8 packs semata-mata. Tapi percaya atau tak,saya ada issue kolestrol sangat tinggi. Itu BIG WHY saya untuk trouble shoot issue ni.
“Kolestrol saya start naik awal tahun lepas (5.3 at 5/2/20) SWIPE FOR DATA. Masuk pertengahan tahun lepas (4/8/20) makin naik (6.2) sampai la ke awal tahun ni (6.6 at 30/3/21) dah cecah ke ‘boarder line’. Doktor saya cakap kalau pertengahan tahun ni tak turun jugak, saya kena buat angiogram untuk check takut ada blockages sebab saya dalam circle faktor keturunan,” jelas Norman Hakim.
Norman juga tertanya-tanya kerana dia merupakan seorang yang sangat aktif dalam aktiviti kecergasan atau fitness tetapi boleh berdepan dengan masalah kolesterol.
Rupa-rupanya selepas dijelaskan oleh doktor dia mendapati selain faktor keturunan, faktor pemakanan juga menjadi penyumbang utama. Selepas mengetahu perkara tersebut, Norman terus menukar corak pemakanan serta corak rutin senaman hariannya.
“Cara exercise saya pun ditukar kepada intense training similiar macam tabata secara teori & praktikal. Bila sampai masa untuk the next check up (21 & 22/6/21) memang seram tapi ada keyakinan yang kolestrol akan drop.
“Tapi Maha Kuasa Allah tak sangka dia punya drop to the maksimum, dari last reading 6.6 (30/3/21) turun ke 2.3 (22/6/21). Doc pun terkejut,tanya apa yg saya buat. Saya pun share from A to Z. Alhamdulillah,” tambahnya lagi.
Semoga perkongsian Norman Hakim ini memberikan peringatan kepada kita semua. Jangan dikaburi dengan bentuk badan yang tegap tapi bebas dari masalah kolesterol. Norman juga memberi nasihat agar kita semua sentiasa mengambil langkah pencegahan dan melakukan pemeriksaan dari semasa ke semasa.
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.