Setiap lelaki pasti mengidamkan otot lengan yang padu dan kuat. Selain untuk kepuasan diri sendiri, lengan yang padu ini juga memberi penampilan lelaki sasa dan maskulin.

Tidak semestinya anda perlu ke gym untuk mendapatkan otot lengan yang padu dan kuat sebegini.

Ini kerana dengan memiliki peralatan seperti dumbbell, senaman menguatkan otot lengan ini masih boleh anda lakukan di rumah.

Malah ia juga boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam suasana yang lebih selesa di rumah tanpa sebarang gangguan.

Pasangkan muzik kegemaran anda dan pakai pakaian yang bersesuaian untuk bersenam, anda sudah bersedia untuk mendapatkan otot lengan yang diinginkan.

Ini antara empat teknik senaman dumbbell yang boleh anda ikuti. Lakukan secara konsisten untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

Selamat mencuba!

1. HAMMER CURL

Di Rumah Pun Anda Boleh Kuatkan Otot Lengan Dengan Senaman Dumbbell, Ini Caranya!

IKLAN

Teknik hammer curl berfungsi untuk melatih otot di antara bicep dan tricep. Otot lain yang terlibat dalam senaman ini juga ialah otot di bahagian forearm.

Cara senaman:

– Boleh dilakukan secara berdiri atau duduk.
– Pegang dumbbell dalam posisi menegak.
– Luruskan tangan ke bawah, seiring dengan kaki dan angkat dumbbell sambil tetapkan lengan bahagian atas dan siku agar kekal lurus.
– Lakukan sebanyak 10-15 rep, buat 2-3 set, rehat 60-90 saat setiap set (kemudian boleh tambah 4-5 set).

2. BICEPS CONCENTRATION CURL

Di Rumah Pun Anda Boleh Kuatkan Otot Lengan Dengan Senaman Dumbbell, Ini Caranya!

IKLAN

Teknik concentration curl berfungsi di bahagian otot utama biceps untuk jadi lebih besar.

Cara senaman:

– Berada dalam posisi duduk.
– Letak sebelah siku di atas paha sambil memegang dumbbell.
– Angkat dumbbel sambil siku di paha dan mulakan gerakan dari bawah sehingga dumbbell berada lebih tinggi daripada paha.
– Untuk beginner: Lakukan sebanyak 10-15 rep, buat 2-3 set, rehat 60-90 saat setiap set (kemudian boleh tambah 4-5 set).

3. DUMBBELL RENEGADE ROW

Di Rumah Pun Anda Boleh Kuatkan Otot Lengan Dengan Senaman Dumbbell, Ini Caranya!

IKLAN

Teknik senaman dumbbell renegade adalah variasi senaman untuk membesarkan biceps, selain memberi impak yang lebih kuat kepada otot biceps, back dan core.

Cara senaman:

– Ambil posisi seperti keadaan push up tetapi dengan memegang dumbbell di kedua belah tangan.
– Mulakan gerakan dengan mengangkat dumbbell sehingga siku berada pada posisi selari dengan badan.
– Untuk beginner: Lakukan sebanyak 10-15 rep, buat 2-3 set, rehat 60-90 saat setiap set (kemudian boleh tambah 4-5 set).

4. STANDING BICEPS CURL

Di Rumah Pun Anda Boleh Kuatkan Otot Lengan Dengan Senaman Dumbbell, Ini Caranya!

Cara senaman:

– Boleh dilakukan secara berdiri atau duduk.
– Pegang dumbbell pada posisi tapak tangan menghadap ke hadapan.
– Mulakan gerakan dengan posisi tangan lurus dan gerakkan tangan sehingga ke paras dada.
– Untuk beginner: Lakukan sebanyak 10-15 rep, buat 2-3 set, rehat 60-90 saat setiap set (kemudian boleh tambah 4-5 set)

Follow Instagram MASKULIN

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI