Jaket merupakan antara outerwear lelaki yang popular. Jika dahulu, ia berfungsi sebagi pelindung kepada tubuh dari hujan atau panas, namun peranannya dikembangkan hingga menjadi salah satu outfit yang melengkapi gaya lelaki.
Selalunya orang badan besar bermasalah untuk bergaya. Namun jangan bimbang kerana ada trik untuk orang badan besar boleh gayakan dengan yakin bersama jaket pilihan.
Terdapat sedikit perbezaan bagi lelaki berbadan besar menggayakan jaket berbanding lelaki bertubuh ideal. Selain tujuan untuk bergaya, ia juga boleh menyembunyikan sedikit figura berbadan besar yang anda miliki.
Ini 5 triknya.
1. Pilih jaket yang ukurannya lebih kurang dengan badan
Jika anda memilih jaket yang terlalu besar, ia akan membuatkan anda nampak lagi besar dari bentuk tubuh asal. Sebaliknya jika anda membeli jaket yang terlalu fit, ia akan membuatkan tubuh anda nampak sendat kerana ia bakal menampakkan segala lipatan yang ada pada tubuh badan. Jadi penyelesainya, pakailah jaket yang ukurannya lebih kurang dengan tubuh badan anda.
2. Peka dengan warna dan corak pada jaket
Lebih baik memilih jaket berwarna gelap daripada anda membeli jaket berwarna terang kerana ia bakal menampakkan tubuh anda lebih besar. Jaket berwarna gelap mampu menyembunyikan sedikit susuk tubuh anda daripada pandangan orang lain.
3. Padankan jaket warna gelap dengan inner warna terang
Padanan yang selamat adalah jaket berona gelap bersama t-shirt berwarna sederhana terang seperti putih. Di sini, anda bakal mempamerkan keseimbangan dalam pemilihan gaya anda.
4. Jauhi rekaan jaket cropped top
Jangan terkejut, rekaan seperti ini memang ada. Lebih baik anda jauhi segala stail seperti ini. Anda langsung tidak boleh menyorok bentuk badan yang besar jika awal-awal lagi anda sudah mempamerkan separuh daripada tubuh badan.
5. Cari material yang tidak terlalu tebal
Negara kita bukannya beriklim sejuk. Jadi elakkan jaket yang mempunyai material yang tebal, melainkan anda bakal melancong ke negara bermusim sejuk, itu lain cerita. Selain itu, jika anda memilih jaket sebegini, ia akan membuatkan anda nampak lagi besar daripada bentuk tubuh asal anda. Ingat! Tujuan anda untuk menyembunyikan tubuh besar, bukan lagi menunjukkan badan anda yang besar itu.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Bagaimana Nak Putuskan Hubungan Dengan Wanita? Nombor 3 Tu Buat Wanita Tak Sampai Hati Nak Marah
Putus cinta adalah satu pengalaman yang menyedihkan dan sukar pada setiap pasangan. Siapa suka dengan perpisahan, kalau ia tidak melibatkan cinta, berpisah dengan keluarga kerana kerja atau kematian boleh menyebabkan seseorang itu kemurungan. Namun ini dinamakan lumrah manusia, setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Jika sudah tiada persamaan dan tidak lagi sekufu, lebih baik pasangan itu berpisah daripada menyiksa pihak lagi satu. Namun, ayat-ayat putus ini paling sukar untuk diluahkan. Sedikit sebanyak ia menimbulkan ketidakpuashatian pasangan anda terhadap anda. Nak nak yang kaki meroyan tu. Tak kan nak putus melalui telefon? Anda akan tampak hina pada pasangan anda.
Tindakan anda untuk meninggalkan pasangan dalam keadaan buruk seperti lari dari masalah akan menimbulkan masalah pada masa hadapan. Kita sendiri tidak tahu apa yang akan terjadi pada masa hadapan kan? Mungkin bekas teman wanita anda tu, merupakan bos baru anda, ataupun dia merupakan kakak sepupu jauh pasangan terkini anda? Drama kan? Jadi untuk mengelakkan anda dipandang hina oleh bekas kekasih anda, apa kata kalau anda ikut beberapa cara ini untuk berpisah dengannya. Ini yang sempat kami kongi dengan anda yang diilhamkan dari artikel AskMen.com
AMARAN: INI HANYA UNTUK PASANGAN KEKASIH YANG DAH TAK ADA JALAN SAHAJA, SUAMI ISTERI TIDAK DIGALAKKAN. DAPATKAN NASIHAT KAUNSELOR, BUKAN KAMI!
- CARA PUTUS JIKA ANDA BARU KELUAR BEBERAPA KALI
Ok, mungkin di sini, anda sama-sama belum memperoleh perasaan cinta pada pasangan anda. Jadi, boleh tak jika anda putuskan hubungan melalui text? Jawapannya, boleh! Ini kerana anda berdua tidak mengenali hati budi sangat. Anda baru di fasa pengenalan. Untuk memutuskan hubungan, anda digalakkan untuk menghantar text kepada pasangan anda dengan syarat, ayat kena lembut dan sopan.
Ayat apa yang sesuai digunakan? Jangan pula anda bertindak terlalu casual dengan mengeluarkan ayat seperti “seronok keluar dengan awak, tapi nak lebih-lebih tak kot.” dengan emoji. Walaupun anda dan dia tidak serius dalam hubungan ini, jangan cakap macam tu, takut rumah anda disimbah cat pula pagi esok.
Apa kata jika anda gunakan ayat ni:
“ Hi Mia, I just nak cakap, keluar dengan you minggu lepas best sangat, and I happy sebab kenal dengan you. Tapi, I nak mintak maaf, I tak rasa yang kita boleh pergi jauh. Harap benda ni tak buat you sedih. Nothing personal pun, just I lebih selesa kalau kita jadi kawan pada masa akan datang. Take care.”
Mungkin anda akan dipandang hina oleh wanita itu, namun ini sebenarnya text yang paling sesuai untuk anda berikan kepada si dia. Beradap dan jelas. Ayat seperti “bukan sebab you, tapi sebab I” itu dah cliche dah. Jika baru seminggu anda keluar dengannya, rasanya tidak perlu untuk anda jelaskan sebab disebalik perasaan anda. Baru kenal, memang adat kalau seseorang tu berubah perasaan. Wanita dalam pada masa yang sama, harus bersedia ya.
- CARA PUTUS JIKA ANDA SUDAH KELUAR SEBULAN DUA
Ini sedikit rumit dari yang hanya keluar sekali dua. Walaupun ia masih lagi di peringkat awal, namun ia boleh remukkan hati pasangan anda. Dalam tempoh sebulan dua ini, anda pasti sudah keluar makan bersama beberapa kali. Anda ambilnya dari tempat kerja, tengok wayang bersama, malah anda sudah mula berbual tentang hal peribadi. Untuk itu, wajar untuk anda bersemuka dengannya ataupun berbual melalui telefon.
Ini tidak menghalalkan anda untuk terus memutuskan hubungan secara tiba-tiba seperti “Saya nak break, makan malam minggu ni kita batalkan ok!” pasti pasangan anda akan mati terkejut bila dapat panggilan macam ni, sila gunakan ayat seperti ini:
“Hai Mia, I dah fikir banyak kali benda ni, I tak nampak hala tuju kita berdua. I kurang pasti dengan masa depan kita. I mintak maaf dengan you sebab benda ni berakhir macam ni. You’re great, and you deserve to be with someone who is ready for a long-term relationship.”
Jika anda boleh duduk dan berhadapan dengannya, itu lebih baik. Jangan terlalu menyimpang, dan berbunga-bunga. Ini akan membuatkan si dia benci dengan anda. Cukup dengan jelas dan teratur susunan ayat anda supaya dia faham. Mungkin dia akan beri pendapatnya secara baik ataupun kasar (bergantung) namun, beri dia ruang sebelum anda tamatkan hubungan anda dengannya.
- CARA PUTUS JIKA ANDA SUDAH KELUAR 3 KE 11 BULAN
Katakanlah anda sudah keluar dengan dia selama 6 bulan, namun perasaan cinta tu masih sukar untuk di pupuk, “she’s not the one” katanya. Ataupun anda tidak mahu sebarang komitmen, ataupun anda nak berpindah ke luar negara, dan putus merupakan jalan terbaik daripada hubungan jarak jauh. Apa pun alasan anda, perbincangan merupakan jalan yang terbaik untuk anda berdua. Dah bawak anak dara orang keluar selama 6 bulan, luangkan masa sejam untuk anda berbincang secara macho untuk berpisah dengannya.
Fasa ni anda tidak dapat meneka apa tindak balas mereka terhadap anda. Mungkin anda akan dimaki? dicampak ke dalam longkang? Namun, itu hakikatnya. Ini kerana si dia tidak mengerti sebab mengapa anda tidak berpuas hati dengan hubungan ini. Belum cuba belum tahu kan? Jadi pemilihan tempat untuk berpisah menjadi perkara utama dalam hal ini. Jangan pilih kawasan sesak, pililh cafe yang tenang, dan kurang orang awam. Jadi, selepas anda keluarkan perkataan magik itu, si dia tidak berasa dimalukan di hadapan awam.
Mungkin sebab anda mintak putus dengannya atas satu ‘sebab’ ini dan ia merupakan isu sensitf yang akan menghancurkan emosinya. Jangan sentuh isu ini! Ia akan mengeruhkan lagi keadaan. ini contoh perbualan jika anda sentuk isu sensitif dirinya.
Lelaki: Mia, rasanya tak ada jalan untuk kita berdua dah. I dah tak tertarik dengan you lagi
Wanita: apa? Kenapa? Rupa I hodoh ke? Apa salah I? I tak cukup baik untuk you ke?
Lelaki: Jujur I katakan, Ya.
Wanita: *menjerit* siapa perempuan tu? Dia lagi cantik dari I ke? Dekat mana jumpa dia? Dah lama ke you curang ni? Bagitahu cepat! I ingatkan kita ada masa depan, rupanya you main kayu tiga belakang I!
Lelaki: *menjerit* Bukan! Bukan sebab tu! Boleh tak you dengar penjelasan I dulu!
Dan bermulalah drama bersiri 200 episod. Sekarang anda berdua stress dengan situasi dan tak akan mendengar penjelasan antara satu sama lain. Ini memang akan terjadi, tapi anda tak perlu bagi tahu pasangan anda yang anda dah bosan dengannya. Ini ayat yang sungguh kejam. Kebenaran itu menyakitkan. Tak perlu untuk buatkan mereka rasa mereka itu hina dengan ayat-ayat anda.
Cuba anda gunakan ayat ni pula
Lelaki: Mia, ada benda yang I nak discuss dengan you.
Mia : Apa dia?
Lelaki: I dah fikir banyak kali benda ni. Pasal hubungan kita, lately ni I rasa lain antara kita. Dah tak macam dulu. I risau kalau I sakitkan hati you lebih dalam kalau I ignore perasaan ni. I tak rasa hubungan ni boleh pergi jauh.
Mia: ……
Lelaki: Maafkan I, benda ni pun susah untuk I. Bukan I tak cuba, I dah cuba. Susah untuk I lepaskan hubungan ni, tapi I rasa lebih baik kita berpisah.
Mia: Tapi kenapa? Sebelum ni ok je. Kenapa tiba-tiba ni?
Lelaki: I tahu. Sepatutnya I cakap benda ni awal-awal lagi. Untuk apa I teruskan tapi hati I tak boleh nak teruskan. Jangan fikir bukan-bukan. Jangan salahkan diri you. Ni antara I dengan perasaan I. Sorry sebab you terpaksa hadap benda ni.
Apa beza pendekatan ini dengan sebelum ni? Petama, anda menggunakan perkataan maaf. Maaf sangat memberi impak besar dalam sesuatu perbincangan. Ramai yang tidak mahu menggunakan perkataan ini kerana ego dan mereka berasa ia tidak perlu. Maaf di sini bukan bermaksud salah anda, ia lebih kepada maaf kerana anda tidak dapat bersama denganya dan ini benar-benar sukar buat anda. Anda minta maaf dengannya kerana anda terlalu memikirkan tentang orang lain, dan abaikan perasaan anda.
Kedua, anda tidak pentingkan diri sendiri. Ia bukan mudah untuk anda mengawal emosi anda ketika berpisah dengannya. Dalam pada masa yang sama, si dia seringkali menuduh anda yang bukan-bukan. Anda tidak bersikap buruk terhadap dirinya dan berkata perkara-perkara yang baik-baik walaupun hati anda panas. Ini bukan bermakna anda menipu diri sendiri atau anda FAKE. Tapi ia lebih kepada anda menjaga hati anda dan hati sesama manusia.
Paling penting, pendekatan ini tidak akan membolehkan pasangan rasa tidak puas hati. Anda menerangkan kepadanya ini semua sebab anda, salah anda. Pastinya si dia akan meletakkan semuanya kepada anda, dan ini akan mematikan hujahnya. Mungkin pada awalnya, dia tidak boleh menerima hakikat, beri masa, kerana masa akan memulihkan segala-galanya.
Dan melalui itu, tahniah! Anda kembali single. Ambil masa untuk diri sendiri sebelum anda memulakan kembali hubungan dengan mana-mana perempuan.
NOTA: Kami akan kongsikan cara untuk anda putus setelah setahun dan ke atas di artikel lain pula.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
11 Produk Wajib Dalam Beg Lelaki Moden
Apakah pengertian definisi lelaki sebenar? Bukan hanya semata-mata berbadan sado ataupun mempunyai gaya fesyen yang menarik, malah keseluruhan personaliti kamu juga diambil kira untuk dilabel sebagai lelak sebenar. Hari ini, kaum lelaki banyak terdedah kepada peredaran trend fesyen semasa yang memberi banyak panduan kepada mereka untuk tampil lebih bergaya dan segak. Tetapi, kamu harus ingat, sebagai seorang lelaki sebenar, beg adalah aksesori wajib dan terbaik yang kamu harus ada kerana beg mampu menaikkan aura maskulin kamu supaya lebih teserlah. Nah! Sekarang ini, bagaimana pula dengan barang-barang yang harus ada dalam beg kamu untuk menjadi seorang lelaki hari ini? Jom kita tengok!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Kerjasama Bersama YEEZY Kanye West Buatkan Nilai Jenama GAP Melonjak Naik
Kanye West merupakan nama yang cukup besar dan berpengaruh dalam industri fesyen global. Selain bergelar penyanyi, pemuzik dan pencipta lagu figura yang terkenal dengan jenamanya YEEZY merupakan di antara usahawan cukup berjaya terutamanya dalam bidang fesyen.
Kerjasamanya dengan adidas menyaksikan hampir setiap koleksi kasut laku keras dan habis dijual diperkenalkan dalam sekelip mata.
Dan terbaru, Kanye West telah mengumumkan kerjasama terbaru YEEZY bersama jenama pakaian GAP. Berita tersebut dikongsi olehnya menerusi laman media sosial Twitter dengan memperkenalkan tanda pagar #WESTDAYEVER.
YEEZY AND GAP FORM PARTNERSHIP #WESTDAYEVER pic.twitter.com/NyxgfYTjJM
— ye (@kanyewest) June 26, 2020
Selepas pengumuman tersebut nilai pasaran jenama GAP dilaporkan terus meningkat naik di bursa saham sebanyak 42 peratus.
Berita kerjasama ‘YEEZY GAP’ telah membuatkan nilai jenama tersebut meningkat lebih dari USD1 billion dengan nilai terkini dianggarkan sebanyak USD4.8 billion.
Kolaborasi dua jenama berpengaruh ini akan dilakukan selama 10 tahun dengan Kanye menyasarkan koleksi pakaian untuk semua golongan sama ada dewasa dan kanak-kanak pada harga yang berpatutan dengan rekaan tersendiri.
Menurut laporan, GAP turut berharap dengan kerjasama ini jenamanya mampu meningkatkan jualan lebih USD1 billion setahun.
Berita gabungan kerjasama YEEZY dan GAP juga telah mendapat reaksi yang pelbagai dari penggemar fesyen terutamanya peminat Kanye West. Rata-rata melahirkan rasa teruja untuk menyaksikan sendiri hasil yang akan keluar nanti menerusi kolaborasi ini.
Adakah kita akan bakal lihat YEEZY x GAP ini akan turut laku keras setiap kaliia dipasarkan sama seperti kasutnya?
Sama-sama kita nantikan!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI