Men standing on the rooftop of a skyscraper over a cityscape

Bila bercakap tentang kesunyian mungkin ada yang menganggapnya sebagai jenaka sinis. Apatah lagi bila perkara ini berlaku di kalangan lelaki.

Entah di mana silapnya masalah begini sering dianggap sebagai bahan gurauan di dalam masyarakat kita. Lelaki kesunyian itu bukan semata dia ingin hidup keseorangan.

Malah bila sebut sahaja ‘lelaki kesunyian’ ia akan datang dengan konotasi yang cukup negatif seperti lelaki pervert dan juga yang mempunyai naluri seksual kuat. Walhal itu tidak benar sama sekali.

Lelaki Kesunyian Berdepan Masalah Kesihatan Luaran & Dalaman

Pelbagai faktor yang boleh menjadi penyebab mengapa sesetengah lelaki memilih untuk hidup kesunyian dan jauh dari kelompok masyarakat.

IKLAN

Apatah lagi untuk mencari atau mempunyai pasangan. Masalah lelaki kesunyian ini jika tidak ditangani sebaiknya boleh menyebabkan masalah mental dan juga menjejaskan kesihatan fizikal. Jika anda atau ada kenalan mempunyai petanda-petanda berikut pergilah dapatkan rawatan sebaiknya di klinik kesihatan berhampiran. Atau boleh hubungi pelbagai pertubuhan kerajaan atau NGO yang mampu membantu.

Lelaki Kesunyian Berdepan Masalah Kesihatan Luaran & Dalaman

IKLAN

Berikut merupakan kesan kesihatan akibat kesunyian seperti yang dikongsi oleh Public Health Malaysia di Facebook mereka;

  • Daya tahan menjadi lemah
  • Berat badan meningkat
  • Sukar tidur dan lena
  • Masalah kesihatan jantung yang tidak baik
  • Sangat cenderung untuk merokok
  • Kurang keluar dan melakukan senaman
  • Sangat terdedah dengan masalah kemurungan
  • Tekanan darah tinggi
  • Fokus dan memori yang terganggu

Masalah-masalah yang dinyatakan di atas boleh menyumbang kepada bukan sahaja masalah kesihatan fizikal tetapi mental.

IKLAN

Ini juga menjadi punca mengapa golongan lelaki lebih banyak terlibat dalam tragedi meragut nyawa sendiri.

Ingat kesunyian itu boleh menjadi satu kebahagian sementara namun dalam jangka masa yang panjang ia boleh ‘memakan’ anda secara perlahan dari dalam. Dapatkan nasihat daripada mereka yang pakar jika anda rasa mempunyai masalah lelaki kesunyian melampau seperti ini.

Sumber: Public Health Malaysia

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI