People photo created by drobotdean - www.freepik.com

Di antara perkara paling penting buat seorang pelari yang aktif ialah kadar degupan jantung yang baik. Ramai pelari di negara kita dan juga seluruh dunia memiliki jam pintar yang mempunyai teknologi mengesan dan mengira kadar degupan jantung.

Namun sejauh manakah kita tahu akan kadar degupan jantung terbaik untuk larian bagi diri sendiri? Ini kerana setiap orang mempunyai tahap yang berbeza-beza bagi mendapatkan larian yang optimum serta terbaik.

Di sinilah ujian maximum aerobic function (MAF) memainkan perana sangat penting. MAF merupakan kaedah ujian yang telah dibangunkan oleh Dr Phil Maffetone. Ia merupakan corak latihan yang perlahan dan baik untuk membantu pelari meningkatkan dasar aerobik mereka dengan menggunakan kadar degupan jantung. Ia kemudian digunakan untuk mengukur amaun stres pada badan.

Secara tidak langsung, ujian dan latihan MAF dapat mengetahui kelajuan paling efisien untuk larian dengan harapan mengurangkan stres pada badan dan mengelakkan berlakunya kecederaan.

Jadi dengan mengurangkan risiko kecederaan pelari akan mampu melakukan larian secara konsisten. Ia juga lebih selamat dan tidak terlalu menekan stamina badan. Dengan membangunkan sistem aerobik, secara tidak langsung kita mengajar badan untuk menjadi lebih efisien dan kurang bergantung pada tahap gula sebagai sumber tenaga. Malah ia akan membantu badan menggunakan lemak sebagai punca tenaga.

IKLAN

BERLARI DENGAN KADAR MAF

Untuk mendapatkan kadar degupan jantung MAF, ambil angka 180 dan tolak dengan umur anda. Tapi ia juga bergantung kepada tahap kesihatan terutamanya jika anda sedang dalam proses rehabilitasi kecederaan, jadi angkanya boleh diubah sedikit.

Larian Latihan MAF, Teknik Bina Stamina Efisien Serta Paling Mesra Jantung 
Music photo created by drobotdean – www.freepik.com

Sebagai contoh jika anda berusia 38 tahun, maka angka MAF anda ialah 142. Jika anda seorang beginner itulah kadar deguan jantung anda untuk melakukan larian. Manakala jika anda seorang pelari aktif menelbihi dua tahun, boleh tambah angka tersebut lebih sedikit kepada lima menjadi 147.

Itulah kadar degupan jantung MAF anda. Jadi anda harus ingat itulah angka paling tinggi ketika melakukan larian. Apabila mengikuti kadar MAF, badan akan akan mebina dasar aerobik dan membantu meningkatkan ketahanan diri dengan steady.

IKLAN

Walaupun mungkin berasa ia agak janggal pada mulanya, lama-kelamaan nanti anda akan dapati larian akan jadi lebih mudah dan tidak memberikan tekanan pada badan.

MENGUJI TAHAP PENINGKATAN

Dari semasa ke semasa selepas melakukan larian menggunakan MAF, anda akan mula dapati ketahanan diri semakin bertambah. Selain larian semakin mudah dilakukan jantung juga tidak terbeban dengan kadar degupan yang berlebihan sekali gus memberikan risiko.

Lakukan larian dengan menggunakan MAF selama 10 minit. Jika anda dapat kilometer kedua lebih cepat berbanding sebelumnya, tambahkan lagi larian selama 10 minit.

IKLAN

Apabila sudah selesa, cuba lakukan larian sejauh 8 kilometer dengan kadar MAF anda. Jika anda berasa kurang fit, boleh lakukan hanya pada 4 kilometer.

Semasa berlari dapatkan bacaan degupan jantung dan setiap splits setiap kilometer. Anda akan dapati kelajuan makin berkurang dengan setiap pertambahan kilometer. Usah risau, ini adalah satu perkembangan yang normal.

KEPUTUSAN

Ujian MAF anda akan menjadi semakin baik. Maksudnya di sini anda akan boleh berlari pada jarak lebih jauh dengan kadar degupan jatung terkawal. Apabila ini berlaku, sistem aerobik anda telah menjadi semakin kuat dan pembakaran lemak badan juga lebih efisien.

Sumber: coached.fitness

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI