Bagi generasi sekarang mungkin ramai yang tidak sempat melihat kelibat motosikal legenda ini di atas jalan raya.
Mungkin bagi anda yang berusia 30 dan 40-an masih sempat mengenali motosikal ini. Inilah antara model motosikal kapcai terawal diperkenalkan di negara kita. Malah ia juga menjadi kebanggaan generasi datuk nenek kita yang banyak memberi jasa.
Inilah HONDA C50 yang kini boleh kita anggap sebagai motosikal klasik. Tampil dengan rekaan yang cukup ringkas namun mendahului zaman pada era ia diperkenalkan.
Ads
Boon Siew Honda merupakan syarikat yang bertanggungjawab membawa motosikal ini ke Malaysia apabila diberi kepercayaan oleh syarikat gergasi Jepun itu untuk menjadi pengedar rasmi.
HONDA C50 merupakan antara model terawal diperkenalkan. Namun pada ketika itu HONDA C50 didapati tidak berapa sesuai dengan keadaan lanskap Malaysia pada ketika itu. Kemudian lahirlah Honda C70 yang menjadi motosikal paling popular pernah wujud di negara kita.
Ads
Antara modifikasi yang cukup popular sekarang.
Jadi tidak hairanlah mengapa Honda C50 jumlahnya lebih sedikit atau ‘rare’. Pada masa kini Honda C50 cukup popular diubah suai terutamanya oleh peminat motosikal dragster.
Tinjauan MASKULIN di laman sesawang mendapati harga Honda C50 kini agak tinggi. Rata-rata harga bergantung kepada kondisi dengan harga di antara RM2000 sehingga mencecah RM11,000!
Ads
Sumber: Mudah.my
Siapa sangka motosikal kapcai seperti ini mempunyai nilai yang sangat tinggi di pasaran sekarang. Buat anda yang mungkin mewarisi motosikal ini sekarang adalah masa untuk lakukan restoration semula.
Antara harga yang ditawarkan di pasaran
Ini satu pelaburan yang berbaloi!
Mencari aksesori motosikal pada harga berpatutan? Anda boleh dapatkannya di sini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pemasangan lampu High intensity Discharged (HID) pada sesebuah kenderaan tanpa mematuhi spesifikasi adalah tidak dibenarkan.
Jika anda tetap mahu menggunakannya, anda harus menukar keseluruhan sistem whole-assembly lampu tersebut dengan mendapat akreditasi daripada badan yang diberi kuasa seperti SIRIM.
Hal ini kerana lampu HID merupakan lampu yang tidak menggunakan filament tetapi menggunakan Gas Xenon dan umum sedia tahu, cahayanya cukup terang
Kecerahan berganda
Kecerahan lampu HID ini mencecah dua hingga ke tiga kali ganda berbanding lampu biasa dan kesannya akan lebih dirasai oleh pemandu lain.
Akibatkan kemalangan
Oleh kerana cahaya yang dipancarkan terlalu cerah, pemandu lain akan silau dan penglihatan mereka jadi terbatas.
Selain menjadi ‘buta seketika’, pemandu lain juga boleh terbabas selain merempuh kenderaan lain tanpa sengaja sehingga berlaku kemalangan.
Patuhi undang-undang
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dalam sebuah persidangan di Dewan Rakyat mendakwa, banyak aduan diterima daripada orang ramai berkenaan penggunaan lampu HID ini.
Bagi beliau, mana-mana kenderaan yang menggunakan lampu HID yang dipasang secara aksesori retorit boleh diambil tindakan di bawah Kaedah 94 Kaedah-kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan dan Kegunaan) 1959.
Denda tidak lebih RM2,000
Selain itu, bagi pengguna yang enggan mengikuti undang-undang yang ditetapkan, mereka boleh disabitkan bersalah dan didenda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi enam bulan di bawah seksyen 119 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Jadi berbaloikah sekiranya anda harus keluarkan duit sehingga tidak melebihi RM2,000 semata-mata untuk membayar kesalahan anda? Tidak, bukan?
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 kini melangkah ke fasa baharu dengan memperkenalkan Vehicle Access Management System (VAMS). Bermula 1 September 2025, percubaan sistem ini dijalankan khusus untuk menguruskan urusan menurunkan dan mengambil penumpang supaya lebih lancar dan selamat.
Melalui ujian ini, setiap pemandu hanya diberi 10 minit kelonggaran untuk menurunkan atau mengambil penumpang di kawasan yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, tiada penalti akan dikenakan sepanjang tempoh percubaan kerana pihak pengurusan mahu memantau aliran trafik, tingkah laku pemandu serta tahap keberkesanan sistem terlebih dahulu.
Terminal 1 (KLIA): 1 September – 30 November 2025
Terminal 2 (klia2): 15 September – 30 November 2025
Sebagai lelaki moden, sama ada anda pemandu e-hailing, teksi, bas, van komersial ataupun sekadar menghantar keluarga di KLIA, aturan ini memberi impak langsung kepada rutin anda. Sistem baharu ini bertujuan memastikan trafik lebih terkawal, mengurangkan kesesakan, dan mengelakkan kenderaan yang suka ‘double park’ atau menunggu terlalu lama.
10 Minit Jadi Garisan Masa – cukup untuk turunkan atau ambil penumpang dengan cepat.
Tiada Penalti Buat Masa Ini – kerana ia masih dalam fasa ujian.
Keselamatan Dipertingkat – hanya kenderaan sah dan berdaftar dibenarkan masuk.
Pengalaman Lapangan Terbang Lebih Lancar – tiada lagi situasi berserabut di zon ambil dan hantar penumpang.
Langkah ini dilihat sebagai transformasi besar dalam pengurusan trafik di KLIA. Ia bukan sekadar percubaan sistem digital, tetapi strategi jangka panjang untuk menjadikan lapangan terbang negara setaraf piawaian antarabangsa. Untuk lelaki yang sentiasa mengejar masa, VAMS hadir sebagai solusi – lebih disiplin, lebih teratur, dan pastinya lebih maskulin.
Pembuat barangan aksesori motorsikal terkemuka dunia berasal dari Itali, GIVI telah memperkenalkan boks terbaru untuk pasaran tempatan, Monolock B32 Bold.
Monolock adalah sistem yang dipatenkan oleh GIVI khusus bagi boks bersaiz kecil dan sederhana yang digunakan untuk motorsikal yang berkapasiti lebih rendah terutamanya 250cc kebawah.
Pengarah Urusan GIVI Asia, On Hai Swee berkata, reka bentuk B32 Bold berkapasiti 32liter ini menginspirasikan gaya terbaru didalam pembuatan produk terbaru ini.
“Sebahagian besar boks GIVI sebelum ini, ‘Polypropylena (PP)’ ialah bahan komponen utama yang digunakan kerana terbukti ianya sangat kukuh dan tahan lama didalam keadaan cuaca terutamanya di Malaysia.
Menggunakan system kunci ‘clack’, ianya memudahkan pengguna dengan hanya sekali ‘klik’ untuk menutup boks tanpa perlu menggunakan kunci. Gabungan pemegang dengan penutup bahagian atas juga memberi kemudahan membuka/ menutup boks.
‘Reka bentuk kotak bersegi sengaja dipilih untuk B32 Bold ini setelah kajian dalaman kami mendapati ianya lebih diminati pengguna sebagai trend terkini berbanding bentuk bujur seperti kebiasaan. Namun ini bukan bermakna bentuk bujur langsung tidak diminati,” katanya pada sidang media memperkenalkan B32 Bold sempena acara ‘Tunggangan Perhargaan Media’ yang bermula dari GIVI Point di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur ke Hotel Thistle, Port Dickson.
Seramai 30 pengamal media cetak dan elektronik dan portal telah menyertai konvoi yang julung-julung kali dianjurkan pihak GIVI Asia Sdn Bhd.