Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 kini melangkah ke fasa baharu dengan memperkenalkan Vehicle Access Management System (VAMS). Bermula 1 September 2025, percubaan sistem ini dijalankan khusus untuk menguruskan urusan menurunkan dan mengambil penumpang supaya lebih lancar dan selamat.
Melalui ujian ini, setiap pemandu hanya diberi 10 minit kelonggaran untuk menurunkan atau mengambil penumpang di kawasan yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, tiada penalti akan dikenakan sepanjang tempoh percubaan kerana pihak pengurusan mahu memantau aliran trafik, tingkah laku pemandu serta tahap keberkesanan sistem terlebih dahulu.
Jadual Percubaan VAMS
Terminal 1 (KLIA): 1 September – 30 November 2025
Terminal 2 (klia2): 15 September – 30 November 2025
Kenapa Perlu Ambil Tahu?
Sebagai lelaki moden, sama ada anda pemandu e-hailing, teksi, bas, van komersial ataupun sekadar menghantar keluarga di KLIA, aturan ini memberi impak langsung kepada rutin anda. Sistem baharu ini bertujuan memastikan trafik lebih terkawal, mengurangkan kesesakan, dan mengelakkan kenderaan yang suka ‘double park’ atau menunggu terlalu lama.
Ads
Ads
Apa Maknanya Untuk Anda?
10 Minit Jadi Garisan Masa – cukup untuk turunkan atau ambil penumpang dengan cepat.
Tiada Penalti Buat Masa Ini – kerana ia masih dalam fasa ujian.
Keselamatan Dipertingkat – hanya kenderaan sah dan berdaftar dibenarkan masuk.
Pengalaman Lapangan Terbang Lebih Lancar – tiada lagi situasi berserabut di zon ambil dan hantar penumpang.
Ringkasnya
Langkah ini dilihat sebagai transformasi besar dalam pengurusan trafik di KLIA. Ia bukan sekadar percubaan sistem digital, tetapi strategi jangka panjang untuk menjadikan lapangan terbang negara setaraf piawaian antarabangsa. Untuk lelaki yang sentiasa mengejar masa, VAMS hadir sebagai solusi – lebih disiplin, lebih teratur, dan pastinya lebih maskulin.
Dalam dunia automotif premium, eksklusiviti bukan sekadar tentang harga atau jenama, tetapi bagaimana sesebuah model mampu mencerminkan personaliti pemiliknya. Bersempena musim perayaan, Auto Bavaria tampil dengan sesuatu yang cukup menarik, pelancaran dua model MINI Countryman Edisi Terhad yang direka khas untuk mereka yang menghargai gaya unik dan berbeza.
Dikenali sebagai MINI Countryman Shadowline dan MINI Countryman Stealth Edisi Terhad, kedua dua model ini ditawarkan secara eksklusif dalam jumlah terhad, menjadikannya antara pilihan paling ‘rare’ dalam pasaran tempatan ketika ini.
Pelancaran ini bukan sekadar memperkenalkan varian baharu, tetapi mencerminkan pendekatan Auto Bavaria dalam menawarkan pengalaman pemilikan yang lebih personal dan premium kepada pelanggan.
Menurut Pengarah Urusan Auto Bavaria, Vi Thim Juan, inisiatif ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan mereka dalam memperkukuh penawaran model eksklusif di Malaysia.
“Kami sangat berbesar hati untuk memperkenalkan dua edisi terhad MINI Countryman eksklusif ini di Malaysia, sekali gus mengukuhkan lagi kerjasama jangka panjang kami dengan MINI.
“Pelancaran ini mencerminkan komitmen berterusan kami dalam menawarkan model yang unik dan premium kepada pelanggan.
“Melalui inisiatif ini, kami bukan sahaja mempertingkatkan pengalaman pemilikan, malah memperkukuh lagi reputasi Auto Bavaria sebagai jenama automotif premium yang dipercayai di Malaysia,” tambahnya lagi.
MINI Countryman Shadowline tampil dengan karakter yang lebih elegan dan refined. Kemasan luaran hitam berkilat digandingkan dengan jalur bonet yang menyerlah, memberikan aura klasik tetapi masih mengekalkan sentuhan moden dan dinamik.
Menariknya, pemilik model ini turut menerima hadiah eksklusif berupa kamera Leica edisi terhad, satu elemen tambahan yang menjadikan pengalaman pemilikan lebih istimewa, terutama bagi mereka yang menghargai seni visual dan reka bentuk.
Penawaran seperti ini menjadikan MINI Countryman Edisi Terhad bukan sekadar kenderaan, tetapi satu simbol gaya hidup yang premium dan beridentiti tinggi.
Sebaliknya, MINI Countryman Stealth pula membawa pendekatan yang lebih bold dan agresif.
Dengan kemasan hitam kusam atau matte black, model ini jelas ditujukan kepada mereka yang ingin tampil lebih berani dan berkarakter di atas jalan raya.
Sebagai pelengkap, pembeli edisi Stealth akan menerima set hadiah eksklusif yang merangkumi beg kembara MINI, pakaian premium MINI John Cooper Works serta tinta solar premium, satu pakej yang menggabungkan gaya hidup dan identiti jenama dalam satu pakej lengkap.
Melalui pendekatan ini, MINI Countryman Edisi Terhad dilihat sebagai lebih daripada sekadar kenderaan, tetapi satu pakej gaya hidup yang menyeluruh.
Kedua dua edisi ini bukan sekadar kenderaan, tetapi representasi gaya hidup yang menekankan ekspresi diri, sesuatu yang semakin menjadi keutamaan dalam kalangan pemilik kenderaan premium hari ini.
Lebih menarik, pelancaran ini turut disertai dengan tawaran istimewa sempena musim Raya, termasuk peluang untuk menyertai Sime Motors Raya Gold Rush, yang menambah lagi nilai kepada pembelian model ini.
Dengan status sebagai pengedar sah BMW terbesar di Malaysia, Auto Bavaria terus mengukuhkan reputasinya dalam menawarkan pengalaman pemilikan automotif premium yang konsisten dan berkualiti.
MINI Countryman Edisi Terhad ini boleh didapati untuk tempoh tertentu sahaja di bilik pameran Auto Bavaria MINI di seluruh negara, menjadikannya peluang yang tidak datang selalu bagi mereka yang mencari sesuatu yang berbeza.
Dalam dunia di mana ramai memilih untuk mengikut trend, model seperti ini memberi ruang untuk tampil dengan identiti sendiri.
Dan dalam kes MINI Countryman Shadowline dan Stealth, ia bukan sekadar tentang pemanduan.
Ia adalah tentang gaya, karakter dan bagaimana anda mahu dikenali di atas jalan raya. Dengan keunikan yang ditawarkan, tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa MINI Countryman Edisi Terhad ini merupakan antara model paling eksklusif dalam segmennya di Malaysia hari ini.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sebagai pemandu pengguna jalan raya di negara bercuaca sering hujan seperti Malaysia, penggunaan wiper atau pengelap cermin sangatlah penting.
Malah berani MASKULIN katakan jika wiper tidak dapat berfungsi baik maka tergendalalah perjalanan apabila cuaca hujan. Selain fungsinya mengalihkan air yang mengalir pada cermin penggunaan wiper juga mampu meningkatkan tahap penglihatan buat pemandu. Dan inilah perkara yang sangat kritikal apabila menmandu dalam cuaca tidak baik.
Faktor penglihatan yang tidak baik boleh menjadi punca kemalangan dan sekali gus membahayakan nyawa anda dan juga pengguna jalan raya. Walaupun ia tidaklah mahal namun sebagai pemilik kereta anda harus menggunakan wiper yang baik dan memastikan ia sentiasa berfungsi dengan baik.
Di pasaran terdapat beberapa jenis wiper berbeza yang ditawarkan. Kebanyakannya terdiri daripada tiga jenis yang berbeza iaitu konvensional, flat dan hibrid. Anda kata kereta anda dilengkapi dengan wiper kereta konvensional, maka boleh digantikan atau dinaik taraf dengan jenis pengelap kereta yang lebih moden; sama ada flat atau hibrid. Akan ttapi jika kereta menggunakan wiper flat, anda tak boleh menukarnya dengan wiper jenis konvensional.
Wiper Konvensional
Wiper jenis ini dikatakan lebih tahan lama, lasak dan lebih berkualiti. Disebabkan itu ia masih relevan di pasaran
Wiper Flat
Jenis yang banyak dipasang pada kereta model baharu. Ia mempunyai fleksor logam menyokong elemen getah dengan spoiler bersepadu penuh. Selain itu, ia menggunakan tekanan dihasilkan oleh aliran udara lalu membentuk aerodinamik lebih rata.
Wiper Hibrid
Seperti namanya, wiper ini seakan kacukan wiper konvensional dan flat. Menampilkan ciri aerodinamik wiper flat tetapi pada tahap prestasi seperti wiper konvensional. Ia berfungsi dengan mengekalkan kedudukan bilah getah pada cermin untuk sekali gus menjadikan pergerakan lebih lancar dan senyap.
1. Bersihkan bilan wiper secara berkala bagi membuang kotoran yang melekat. Pastikan anda membersihkannya dengan sekta dan baik.
2. Sekiranya anda ingin letak kereta dikawasan terbukan, sila tegakkan atau angkat bilah wiper kerana cahaya matahari terik boleh merosakkan wiper dalam jangka masa lama.
3. Amalkan untuk membersihkan cermin kereta sekurang-kurangnya sekali setiap minggu. Ini bagi membuang kotoran degil yang melekat dan boleh merosakkan getah wiper apabila ia dipasang.
4. Gunakan cecair pencuci yang selamat dan tidak memberi kesang sampiangan kepada getah wiper dan juga cermin.
5. Wiper kereta anda perlu ditukar jika getahnya mula haus atau ada bunyi, bilah bergoyang dan apabila terdapat sisa tinggalan air pada cermin ketika dilap.
Semoga perkongsian ini mempu memberikan manfaat untuk anda. Jangan lupa subscribe channel Telegram MASKULIN untuk update terkini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tentu mahal jika anda nak bersihkan seat kereta yang kotor di kedai. Sebaiknya simpan sahaja duit anda itu kerana ada cara yang lebih mudah untuk bersihkan seat kereta. Malah anda hanya guna bahan bajet untuk bersihkan seat kereta seperti baru.
Selain bersihkan seat kereta, anda juga boleh menggunakan cara ini untuk membersihkan segala kekotoran terutamanya pada bahagian panel pintu kereta dengan pantas.
Perkongsian bijak daripada Encik Radi tentang cara-cara membersihkan seat kereta ini boleh anda jadikan panduan.
1. Campurkan baking soda bersama dengan cuka dalam air suam.
2. Kacau dan masukkan dalam botol spray.
3. Spray rata pada seat yang kotor dengan jarak 6-8 inci dari seat kereta tersebut
4. Gunakan berus lembut dan gosokkan pada bahagian yang kotor.
5. Lapkan dengan kain microfiber yang telah dibasahkan dengan air.
6. Ulangi langkah 3-6 hingga ia betul-betul jadi bersih.
7. Keringkan dengan vacuum atau guna tuala microfiber hingga kering.
Selain seat kereta, anda juga boleh semburkan ke bahagian-bahagian lain dalam kereta. Barulah bersih luar dan dalam. Apabila ada feel macam kereta baru, barulah hilang rasa stres nak jalan jauh.
Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang