Image by prostooleh on Freepik

Buat anda yang memiliki kereta atau kenderaan empat roda, pastinya paling kurang seminggu sekali atau selang dua minggu pasti anda hantar ke pusat cuci kereta atau car wash. Apatah lagi kalau memiliki kereta yang baru dibeli. Semestinya anda mahu ia sentiasa kelihatan berkilat, bersih dan bersinar di bawah pancaran matahari.

Mencuci kereta juga merupakan satu terapi yang baik untuk menghilangkan tekanan. Tahukah anda juga boleh mencuci kereta dengan berkilat seperti dihantar ke car wash? Ikuti tip cuci kereta yang MASKULIN kongsi di bawah.

STEP PERTAMA

Untuk basuh kereta pastinya anda memerlukan sabun atau bahan pencuci. Anda boleh gunakan apa sahaja jenis sabun basuh kereta yang ada dijual di pasaran. Namun, jangan sesekali anda menggunakan sabun pencuci pinggan!

Ini kerana sabun pencuci pinggan mempunyai sifat menghakis yang sangat kuat dan boleh sebabkan warna cat kereta cepat pudar. Mulakan basuh kereta bermula dari pane atas ke bawah untuk memudahkan kerja membasuh. Siram dahulu kereta dengan air sebelum mulakan basuhan dengan sabun.

8 Step Cuci Kereta Jadi Berkilat Macam Dihantar Ke Auto Spa Mewah!
Foto: jcomp – www.freepik.com

STEP KEDUA

Gunakan kain atau span mikrofiber untuk mencuci kereta anda. Gosok secara lembut kain yang dicelup dengan sabun di bahagian bumbung, depan, belakang, cermin dan sisi kereta. Menggunakan kain mikrofiber ada banyak kelebihannya antaranya ia menghasilkan cas negatif apabila digosok pada kereta. Ini memudahkan kotoran degil untuk tanggal dengan mudah.

IKLAN

STEP TIGA

Basuh kereta anda dengan gunakan sistem dua baldi. Maksudnya satu baldi digunakan untuk sabun manakala satu baldi lagi mengandungi air yang digunakan untuk membilas kain atau span yang digunakan untuk menyental kotoran.

STEP KEEMPAT

Bilas dahulu keseluruhan kereta sebelum anda mula membersihkan rim dan tayar. Anda perlu ingat bahawa air sabun yang berada di badan kereta perlu dibilas secepat mungkin bagi mengelakkan kesan kotoran melekat semula pada kereta.

IKLAN

STEP KELIMA

Bersihkan rim dan tayar dengan menggunakan berus tayar. Gosok sekali pada bahagian dalam rim yang biasanya ada kesan hitam disebabkan disk brake. Elak guna bahan kimia berwarna merah yang biasa digunakan untuk membersihkan enjin kereta kerana ia boleh menyebabkan rim cepat pudar.

STEP KEENAM

Proses seterusnya ialah proses mengeringkan. Basahkan sedikit kain mikrofiber kedua sebelum mula lap kereta. Dan gunakan kain mikrofiber ketiga yang kering untuk lap bahagian yang hampir kering. Ini adalah kaedah lap basah dan lap kering.

IKLAN
8 Step Cuci Kereta Jadi Berkilat Macam Dihantar Ke Auto Spa Mewah!
Foto: senivpetro – www.freepik.com

STEP KETUJUH

Jangan lupa untuk lap juga bahagian celah pintu dan panel kereta. Gunakan kain mikrofiber kering untuk mengeringkan kawasan tersebut. Untuk cermin pula anda dinasihatkan untuk guna kain yang baru dan gunakan cecair pencuci cermin yang khusus.

STEP KELAPAN

Selepas selesai membersihkan kereta pada bahagian luar anda boleh mula beri perhatian pada bahagian dalam pula. Gunakan vakum untuk menyedit segala kotoran pada bahagian kusyen, tempat letak kakii dan papan pemuka. Sekarang cuba lihat kereta anda yang berkilat!

Jangan lupa untuk follow YouTube MASKULIN untuk video menarik seperti di bawah.

https://www.youtube.com/watch?v=6En-d8vBdmY&t=324s

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI