Teka teki mengenai pengganti Datuk Ahmad Fuaad Kenali akhirnya terjawab apabila pihak DRB-Hicom mengumumkan perlantikan rasmi Dr Li Chunrong, 52 sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (PONSB).
Li Chunrong dipilih oleh rakan strategik kereta nasional itu, Zhejiang Geely Holding (Geely).
Beliau akan dibantu oleh Datuk Radzaif Mohamed yang kekal sebagai posisi Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PONSB.
Chunrong bertanggungjawab terhadap keseluruhan operasi Proton melibatkan pengeluaran, pembuatan, operasi, kualiti dan penyelidikan dan pembangunan serta penjualan dan pemasaran.
Chunrong berkata beliau akan berusaha memenuhi piawaian kenderaan Asean dan kerjasama itu membolehkan Proton memiliki akses kepakaran sinergi global automotif.
“Dalam usaha membaik pulih Proton, kepuasan pelanggan adalah penting.
“Kami juga akan memperkenalkan model SUV (kenderaan utiliti sport) pertengahan iaitu Boyue penghujung 2018,” katanya.
Chunrong sebelum ini bertugas di Dongfeng-Honda Engine Co Ltd dan menyertai Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd, pada Ogos lalu.
Ads
Beliau memiliki pengalaman selama 30 tahun dalam bidang industri automotif dan pengalaman bekerja dengan jenama antarabangsa lain antaranya Kia dan Dongfeng.
Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom, Datuk Sri Syed Faisal Akbar berkata pemilihan Chunrong adalah pilihan yang tepat dan dengan kerjasama semua pihak dapat memacu kejayaan buat Proton.
“Sinergi yang dibangunkan bersama dapat membawa jenama Proton ke peringkat kejayaan dan tiba masanya kita bekerja lebih keras dan merebut peluang serta merapatkan jurang dengan strategi,” katanya.
Sementara itu, pada majlis yang sama DRB-Hicom turut mengumumkan perlantikan Winfried Vahland menyertai Lembaga Pengarah PONSB.
Ads
Vahland, 60, warga negara Jerman merupakan bekas Pengerusi Lembaga Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Skoda Auto, anak syarikat milik penuh Kumpulan Volkswagen.
Pengalaman 33 tahun beliau dalam bidang automotif, Vahland pernah menjadi Presiden dan CEO Volkswagen di China pada 2005, selain menjadi Naib Presiden Global Volkswagen AG.
Pelantikan Vahland ‘menunjukkan tahap keseriusan pengurusan untuk mendapatkan bakat sebenar automotif ke dalam Proton.
STRUKTUR BARU SYARIKAT
Seiring dengan 100 hari selepas perjanjian mukatamd DRB-Hicom dan Geely, konglomerat berkenaan juga mengumumkan lembaga pengarah dan pasukan eksekutif Proton Holdings Berhad (PHB) dan syarikat berkaitan di bawah kumpulan Proton.
Berikut ringkasan perlantikan:
Ads
-Syed Faisal Albar kekal sebagai Pengerusi PHB dan disertai calon dari DRB-Hicom Shaharul Farez Hassan dan Amalanathan Thomas sebagai ahli lembaga.
-Calon Geely yang menyertai PHB ialah Daniel Donghui Li dan Feng Qing Feng.
-Kelima-lima ahli lembaga pengarah ini juga merupakan ahli lembaga pengarah PONSB.
-Selain itu, ahli lembaga pengarah lain bagi PONSB ialah Winfried Vahland dan Nathan Yu Ning.
Pada 23 Jun lalu, DRB-Hicom memeterai perjanjian menjual 49.9 peratus sahamnya dalam Proton kepada Geely, yang juga pemilik Volvo Car Group dari Sweden.
DRB-Hicom turut menjual 51 peratus pegangannya dalam Lotus Advance Technology Sdn Bhd kepada Geely dengan nilai RM277.85 juta (£51 juta), manakala baki 49 peratus lagi kepada Etika Automotive Sdn Bhd.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Honda Malaysia secara rasmi melancarkan Civic Baharu, membawa inovasi teknologi ke tahap baharu dalam segmen sedan C.
Model ini dilengkapi dengan Google Built-In, reka bentuk terkini dan prestasi hibrid yang cemerlang, menjadikan setiap pemanduan lebih mengujakan.
Reka Bentuk Terkini dengan Warna Eksklusif
Civic Baharu tampil dengan kehadiran yang lebih berani. Varian e:HEV RS kini menampilkan gril berwarna badan dan rim aloi matte kelabu 18 inci.
Varian RS Petrol pula hadir dengan gril hitam untuk rupa yang sporty. Warna baharu Canyon River Blue Metallic juga diperkenalkan buat pertama kali, bersama empat pilihan warna lain.
Prestasi Cemerlang dengan Dua Pilihan Enjin
Varian e:HEV RS dikuasakan oleh enjin 2.0L e:HEV yang menghasilkan 184PS dan 315Nm, dengan transmisi e-CVT yang efisien.
Bagi peminat prestasi, varian RS Petrol menawarkan enjin 1.5L VTEC Turbocharged dengan kuasa 182PS dan 240Nm, memastikan pengalaman pemanduan yang mengujakan.
Teknologi Google Built-In dan Honda CONNECT
Teknologi Google Built-In membolehkan pengguna mengakses Google Assistant, Google Maps dan Google Play secara langsung dari paparan 9 inci.
Pemandu boleh menggunakan arahan suara untuk navigasi, kawalan penghawa dingin dan banyak lagi.
Honda CONNECT kini dilengkapi ciri baharu seperti fungsi Light & Horn untuk memudahkan mencari kenderaan.
Selain itu, RS e:HEV menampilkan paparan meter TFT 10.2 inci dan kad kunci pintar yang menambah keselesaan.
Keselamatan Terjamin dengan Honda SENSING
Keselamatan menjadi keutamaan dengan teknologi Honda SENSING yang disediakan standard.
Sistem ini termasuk Adaptive Cruise Control, Collision Mitigation Braking System dan Lane Keep Assist, antara lain.
Harga dan Sasaran Jualan
Civic Baharu ditawarkan pada harga bermula RM133,900 hingga RM167,900 bergantung pada varian.
Honda Malaysia mensasarkan jualan bulanan sebanyak 1,000 unit dan berhasrat mengekalkan kedudukan dalam segmen C bukan nasional.
Untuk maklumat lanjut atau penjadualan pandu uji, pelanggan boleh melawat pusat jualan Honda atau laman web rasmi Honda Malaysia.
Dengan inovasi termaju dan gaya premium, Civic Baharu menetapkan penanda aras baharu dalam segmen sedan C.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video WYB menarik seperti di bawah.
Apabila kereta rosak, mulalah kita menyalahkan jenama kereta tersebut. Tak baguslah, kualiti rendahlah. Namun hakikatnya, daya tahan sesebuah kereta itu bergantung kepada cara kita menjaganya dan bukan disebabkan kualiti semata-mata.
Tambahan pula, bila dihantar ke bengkel macam-macam benda yang disuruh tukar walaupun tak perlu sebenarnya. Tapi jangan menuduh sembarangan, masih ada ‘pomen’ yang jujur dan iklhas menolong pelanggan.
Menerusi hantaran di X, Amal berkata kawannya telah ke beberapa bengkel dan dimaklumkan dia perlu menukar1 setabsorber bahagian belakang yang mencecah RM700.
Member datang masalah absorber, 2-3 bengkel suruh tukar 1 set belakang. Jumpa pomen ni, tukar bush harga berapa puluh ringgit je setel. Tapi kesian la sale jadi rendah. Diorang kata; Tak apa, rezeki Allah yang bagi.
Member datang masalah absorber, 2-3 bengkel suruh tukar 1 set belakang. Jumpa pomen ni, tukar bush harga berapa puluh ringgit je setel. Tapi kesian la sale jadi rendah. Diorang kata; Tak apa, rezeki Allah yang bagi.
Mixed feelings tengok pomen kereta yang jujur buat kerja. Member datang masalah absorber, 2-3 bengkel suruh tukar 1 set belakang. Jumpa pomen ni, tukar bush harga berapa puluh ringgit je setel.
Perkongsian itu mendapat perhatian ramai di X dan turut tular di Facebook di mana rata-ratanya berkongsi hantaran itu agar pemilik bengkel terbabit akan mendapat lebih ramai pelanggan.
Ramai yang seronok membaca kisah tentang mekanik yang bekerja dengan jujur kerana ia sangat jarang ditemui dalam masyarakat kita.
Tidak dinafikan memiliki sebuah kereta Honda baharu sering menjadi impian ramai lelaki di Malaysia. Dengan reka bentuk yang moden, enjin yang cekap, dan teknologi terkini, Honda menawarkan pelbagai pilihan model yang sesuai untuk keperluan pemandu tempatan.
Tapi seringkali kita didedahkan dengan kes yang berlaku di mana lelaki yang sudah memiliki kereta Honda idaman akhirnya menyesal sebab tak mampu nak bayar atau terpaksa ikat perut.
Jadi persoalan utama yang sering bermain di fikiran ramai adalah – Berapakah tahap gaji yang perlu dimiliki untuk membeli dan menampung kos pemilikan sebuah Honda baharu?
Faktor Yang Perlu Dipertimbangkan
Sebelum membeli kereta, penting untuk memahami beberapa faktor utama yang mempengaruhi kemampuan kewangan seseorang, termasuk:
Pendapatan Bulanan – Jumlah gaji bersih selepas potongan EPF, SOCSO dan cukai.
Bayaran Bulanan Pinjaman Kereta – Bank lazimnya membenarkan pembiayaan sehingga 9 tahun dengan kadar faedah berbeza.
Kos Lain-Lain – Termasuk insurans, cukai jalan, penyelenggaraan, tol, petrol dan parking.
Kadar Kemampuan – Pakar kewangan menyarankan bahawa komitmen bulanan untuk kereta tidak melebihi 15-20% daripada pendapatan bulanan.
Pengiraan Kemampuan Mengikut Gaji
Mari kita lihat beberapa model Honda popular di Malaysia bersama dengan pengiraan kasar berdasarkan gaji bulanan.
1. Honda City (1.5L V)
Harga: RM94,900
Pinjaman 9 tahun, 10% deposit, kadar faedah 3.0%
Anggaran ansuran bulanan: RM1,000
Gaji disyorkan: RM5,000 ke atas
2. Honda Civic (1.5L VTEC Turbo)
Harga: RM155,900
Pinjaman 9 tahun, 10% deposit, kadar faedah 3.0%
Anggaran ansuran bulanan: RM1,600
Gaji disyorkan: RM8,000 ke atas
3. Honda HR-V (1.5L V)
Harga: RM134,900
Pinjaman 9 tahun, 10% deposit, kadar faedah 3.0%
Anggaran ansuran bulanan: RM1,400
Gaji disyorkan: RM7,000 ke atas
4. Honda CR-V (1.5L TC-P 2WD)
Harga: RM189,900
Pinjaman 9 tahun, 10% deposit, kadar faedah 3.0%
Anggaran ansuran bulanan: RM2,000
Gaji disyorkan: RM10,000 ke atas
Tip Bijak Sebelum Membeli Honda Baru
Pastikan Kestabilan Kewangan – Jangan terlalu memaksa bajet, pastikan ada lebihan kewangan selepas membayar ansuran.
Buat Perbandingan – Bandingkan tawaran dari beberapa bank untuk mendapatkan kadar faedah terbaik.
Pilih Model Mengikut Keperluan – Jika memandu di bandar, Honda City atau HR-V mungkin pilihan lebih bijak berbanding CR-V yang lebih besar dan mahal.
Pertimbangkan Kereta Terpakai – Jika gaji masih tidak mencukupi, membeli Honda terpakai dengan kondisi baik boleh menjadi pilihan lebih ekonomi.
Membeli sebuah Honda baru bukan sekadar melihat kepada harga semata-mata, tetapi juga mempertimbangkan komitmen kewangan jangka panjang.
Pastikan pendapatan bulanan mencukupi untuk menampung ansuran serta kos penyelenggaraan tanpa menjejaskan perbelanjaan harian. Dengan perancangan yang betul, memiliki sebuah Honda idaman tidak mustahil!
Adakah anda merancang untuk membeli Honda baharu dalam masa terdekat? Pastikan anda buat kiraan dengan teliti sebelum membuat keputusan!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Temui 5 kelebihan luar biasa hiking untuk lelaki cara hebat untuk bina mental toughness, kekal fit, dan nikmati ketenangan minda. Hiking bukan sekadar panjat bukit, tapi gaya hidup lelaki kuat.