Bulan Februari lalu Naim Daniel memperkenalkan single terbarunya yang berjudul ‘Sembah’. Ini merupakan sebuah lagi single yang cukup istimewa dalam diskografi Naim Daniel. Lebih menarik ‘Sembah’ merupakan sebuah lagu yang turut menampilkan pemain gitar legenda yang juga ahli Lefhanded, Man Keedal.

Berkolaborasi dengan ‘old timer’ yang berstatus legenda dalam industri muzik merupakan satu lagi senarai bucket list yang berjaya dicapai oleh Naim Daniel. Malah dia turut berkongsi bagaimana projek yang bermula sekadar cadangan main-main menjadi kepada yang lebih serius.

Naim Daniel Kongsi Impian Kolaborasi Bersama Man Keedal Tercapai Dari Mesej Menerusi IG

“Lagu ‘Sembah’ merupakan ciptaan bersama antara saya dan Iqie Hugh. Ketika kami melakukan latihan bersama kami tertarik dengan melodinya yang boleh selari dengan petikan gitar. Jadi pada masa itu saya berseloroh kepada Iqie untuk cuba hubungi Man Keedal untuk memuatkan sentuhan gitarnya ke dalam lagu ini.

IKLAN

“Sebagai orang baru kami memang tiada sebarang kenalan yang mempunyai nombor telefon Man Keedal. Jadi apa yang kami lakukan? Kami cari akaun Instagram beliau dan menghangtar pesanan teks Direct Message kepada Man Keedal.

IKLAN

“Setengah jam selepas itu Man Keedal membalas dan tertarik dengan idea yang kami sampaikan. Dan selepas itu segalanya bertukar menjadi sejarah,” jelasnya yang menjadikan Hujan dan Hael Huisaini sebagai pengaruh utama dalam bidang muzik.

Naim Daniel Kongsi Impian Kolaborasi Bersama Man Keedal Tercapai Dari Mesej Menerusi IG

IKLAN

Sehingga kini muzik video lagu tersebut telah mencatatkan jumlah view melebihi 3.1 juta di YouTube.

Untuk kisah lebih lanjut tentang Naim Daniel dapatkan majalah MASKULIN edisi April – Jun 2020 di pasaran sekarang.

Anda juga boleh dapatkan majalah versi digital keluaran ini di sini!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI