Tidak dapat dinafikan servis penghantaran makanan merupakan antara khidmat yang paling penting ketika negara sedang berdepan dengan COVID-19 dan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mereka merupakan wira yang tidak didendang berkhhidmat sebagai antara barisan hadapan memberikan servis kepada kita semua. Dan itulah yang direalisasikan oleh sekumpulan pekerja dari sebuah gerai makanan di Kota Bharu, Kelantan secara harfiahnya.

Foto-foto mereka melakukan servis penghantaran di sepanjang musim PKP telah mula tular di laman media sosial.

Warong Poksu Superhero merupakan kedai makan berkonsepkan karakter-karakter terkenal superhero. Namun perniagaannya sedikit terjejas sepanjang tempoh PKP diperkenalkan pada 18 Mac yang lalu.

Memetik laporan New Strait Times, pemiliknya, Mohd Fakri Rabys berkata idea memperkenalkan khidmat penghantaran superhero ini muncul sebagai alternatif menjana pendapatan sepanjang tempoh PKP.

#SyukurBersama: “Superhero Food Runner”, Peniaga Ini Tawar Khidmat Penghantaran Dengan Kostum Adiwira

IKLAN

Menariknya, pekerja-pekerja pengahantaran mereka menggayakan kostum daripada karakter terkenal seperti Batman, Darth Vader, Captain America, Gaban dan banyak lagi.

Selain menampilkan kelainan, idea ini menurut beliau mampu memberikan keceriaan dan hiburan kepada pelanggannya yang mungkin berasa sedikit tertekan sepanjang tempoh PKP.

“Ketika Warong Poksu Superhero ditutup pada awal PKP, saya menawarkan idea perkhidmatan COD membekalkan beras, telur, sayur-sayuran dan produk lain.

#SyukurBersama: “Superhero Food Runner”, Peniaga Ini Tawar Khidmat Penghantaran Dengan Kostum Adiwira

IKLAN

“Sehingga kini saya memiliki kira-kira 25 kostum superhero. Saya ingin kelihatan berbeza dengan perkhidmatan penghantaran yang lain.

“Setiap hari, saya memakai pakaian yang berbeza seperti Spiderman, Batman, the Flash, Black Panther dan Bumblebee dari Transformers ketika membuat penghantaran,” jelasnya.

Tahniah MASKULIN ucapkan kepada Mohd Fakri kerana berani tampil dengan idea menarik yang bukan sahaja memberi kelainan tetapi mampu menghadirkan rasa bahagia kepada pelanggannya.

IKLAN

Mungkin merelah adiwira yang diperlukan oleh ramai orang ketika ini dengan membantu memberikan servis penghantaran. The real life superhero! Kita bersyukur kerana masih ada yang mengambil berat antara satu sama lain.

Syukur kerana negara kita masih aman dan tenteram walaupun berdepan dengan krisis COVID-19 yang cukup meruncing. Masih mampu mencari rezeki sesuap nasi dengan idea-idea yang hebat seperti ini.

Kita juga bersyukur kerana walaupun terpaksa berdepan dengan ujian yang berat dengan kondisi ekonomi yang bakal teruk, kita masih ada satu sama lain.

Menjelang bulan Ramadan yang bakal tiba nanti sama-samalah kita bersyukur dengan apa adanya dan sama-sama membantu mereka yang memerlukan.

Kredit: Warong Poksu Superhero

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI