Pernah dengar lelaki berumur 60 tahun masih lagi sihat dan tidak mengalami sakit yang selalu menyerang golongan ini, jawapannya ada. Ini kerana mereka mengamalkan amalan sihat dengan bersenam serta mengawal makanan yang diambil.
Mereka juga selalunya mempunyai beberapa amalan yang kadangkala dilakukan oleh kita golongan muda tanpa sedar. Selain itu, kita juga seringkali tidak mengendahkan risiko yang bakal dialami oleh tubuh badan jika gagal mengelakkan beberapa amalan ini selepas makan.
Justeru, MASKULIN ingin berkongsikan beberapa perkara yang anda patut elak untuk makesure kesihatan anda kekal hingga usia golongan emas.
Bersenam memang diakui menyihatkan badan, tetapi anda tidak boleh lakukannya ketika perut masih lagi penuh serta di peringkat penghadaman. Beban bersenam ketika perut penuh akan menbuatkan anda tidak selesa seperti rasa loya dan tersedu. Kalau mahu bersenam juga, 4 jam selepas makan adalah waktu yang terbaik.
2. Minum teh
Minum teh panas selepas makan hanya akan menganggu penyerapan zat besi dan mineral yang memainkan peranan penting dalam badan manusia. Jika anda pernah dengar minum teh selepas makan mampu membakar lemak, ia hanyalah mitos semata.
Ads
3. Merokok
Ini aktiviti wajib orang kita banyak buat. Kalau mahu juga merokok, makesure bagi badan anda rehat dahulu dan lakukan aktiviti tersebut selepas 20 minit makan. Ini kerana ketika ini perut sedang memproses segala nutrisi penting dari makanan dan anda menganggu proses tersebut dengan merokok.
Selepas mandi, suhu badan akan meningkat dan seterusnya badan akan menghantar lebihan darah ke kawasan kulit berbanding biasa. Perkara ini boleh menyebabkan proses pencernaan terganggu dan menjadikan sistem metabolism anda menjadi semakin perlahan. Justeru, masa yang terbaik untuk mandi adalah 30 minit selepas makan.
5. Tidur
Aktiviti ini dipandang negatif jika anda seringkali lepas makan terus tidur. Selain itu ia juga bidalan orang dahulu guna untuk menegur orang yang malas seperti ‘kau ni asyik makan tidur, makan tidur’. Sudahlah dipandang negative, dari sudut kesihatan juga ia tidak elok. Tidur dengan keadaan perut penuh akan menyebabkan pedih ulu hati, sendawa serta meningkatkan risiko strok.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Perkongsian dari website Root Of Science mengenai penjualan mesin air RO yang sering kali menggunakan sains dalam jualan produk mereka.
Mesti ramai daripada anda semua pernah berjumpa dengan penjual mesin air jenis Reverse Osmosis(RO. Mesti anda pernah juga melihat mereka melakukan demo di hadapan anda untuk menunjukkan beza di antara air biasa dan juga air RO daripada mesin mereka. Ada beberapa cara yang mereka ingin tonjolkan kepada anda agar anda percaya bahawa air Reverse Osmosis benar-benar lebih bagus daripada air yang lain.
APA ITU AIR RO
Air Reverse Osmosis adalah air yang benar-benar tulen. Bermaksud tiadanya molekul ataupun ion lain yang terdapat di dalam air tersebut. Air ini terhasil daripada satu proses yang dinamakan sebagai reverse osmosis. Di mana air paip akan melalui satu lapisan membrane yang separa telap (semi permeable) yang hanya akan memberi laluan kepada molekul air sahaja. Ion ataupun molekul yang lebih besar daripada air akan tersekat pada membarne tersebut. Hasilnya adalah air yang benar-benar tulen dan tidak akan ada sebarang molekul ataupun kompoun lain di dalam air tersebut.
2 kaedah yang mereka gunakan untuk mendapatkan keyakinan pelanggan. Kedua-dua kaedah ini menggunakan reaksi kimia agar perubahan dapat dihasilkan pada air
1) MENGGUNAKAN CECAIR POTASSIUM IODIDE
Penjual akan menunjukkan dua jenis air iaitu satu air paip dan satu lagi air RO. Selepas itu dia akan titiskan cecair jernih daripada satu botol kecil ke dalam kedua-dua bekas tersebut.
Bekas yang mempunyai air RO tidak berlaku sebarang perubahan apabila cecair drpd botol kecil itu dititiskan.
Manakala bekas yang mempunyai air paip pula warnanya akan berubah kepada warna kuning keperangan.
Selepas itu, penjual itu akan menyatakan warna kuning keperangan inilah kekotoran yang berada di dalam air tersebut. Inilah yang akan mendatangkan penyakit ke atas badan.
Berlainan pula dengan air RO yang tiada sebarang perubahan langsung. Air ini sangat bersih dan bagus untuk kesihatan tambah penjual mesin RO
PENJELASAN
Bila keadaan ini berlaku di hadapan mata saya, seolah-olah macam tak percaya. Tetapi ingat balik semula yang cikgu-cikgu sekolah pernah ajar. Segala ilmu kimia tidak boleh dibazirkan begitu sahaja. Jadual berkala unsur, kumpulan halogen yang berada di dalam jadual tersebut dan juga bab electronegativity semuanya menancap masuk ke dalam otak.
“Satu kompound yang boleh bertindak balas dengan chlorine di dalam air paip. Ianya dipanggil sebagai potassium iodide. Terus saya ambil botol kecil tersebut drpd penjual itu dan melihat pada kandungannya. Benar telahan saya, ianya potassium iodide.
Disebabkan chlorine merupakan unsur yang terletak lebih atas dalam jadual berkala unsur, maka kekuatan electronegativitynya(kekuatan menarik elektron) lebih kuat berbanding unsur iodine(ataupun ion iodide dalam kes ini. Maka, ion iodide akan mendermakan elektronnya kepada atom chlorine menukarkan Ion iodide kepada unsur iodine yang berwarna kuning keperangan.
Disebabkan reaksi ini, iodine akan terhasil dan akan mewarnakan air paip itu kepada warna perang. Ujian ini hanya menunjukkan bahawa wujudnya chlorine dalam air paip itu. Bukan pula menunjukkan air paip itu kotor, tidak elok dan sebagainya. Chlorine yang digunakan dalam air paip juga telah diletakkan pada tahap paling minimum yang sesuai utk setiap manusia. Ia digunakan untuk membunuh majoriti bakteria dalam air paip yang selalu kita minum.”
2) MENGGUNAKAN PROSES ELEKTROLISIS
Penjual akan memasukkan 2 Rod besi ke dalam air paip dan juga 2 rod besi ke dalam air RO. Keempat-empat rod ini akan bersambungan dengan punca elektrik.
Ketika arus elektrik dibuka kelihatan tiada reaksi yang berlaku di dalam air RO. Manakala pada rod besi dalam air paip pula berlakunya tindak balas kimia yang dicetuskan oleh arus elektrik itu. Rod besi yang mewakili anode akan menghasilkan gas dan yang mewakili cathode pula seolah-olah mengeluarkan bendasing berwarna kuning keperangan.
Setelah dibiarkan beberapa minit, keseluruhan air paip itu akan bertukar menjadi warna perang pekat dan penjual mesin RO akan mengatakan inilah bukti bahawa air paip mempunyai banyak benda yang kotor di dalamnya. Malah mereka juga menggunakan air mineral dan mendapati keputusan yang sama. Iaitu air akan menjadi kotor.
PENJELASAN
“Tindak balas ini sebenarnya dinamakan sebagai elektrolisis. Ia boleh berlaku dalam air paip ataupun air mineral disebabkan kehadiran garam mineral(ion) yang boleh mengalirkan arus elektrik dengan baik. Berbanding dengan air RO, ia tidak boleh mengalirkan arus elektrik kerana ketiadaan garam mineral ini. Ini menyebabkan tiada tindak balas kimia yang berlaku dalam air RO
Ketika mana arus elektrik dialirkan dalam air paip, maka besi pada rod cathode akan dioksidakan menjadi Ferum 3+ yang berwana coklat keperangan. Oleh sebab itu, ianya akan menukarkan air paip itu menjadi warna perang apabila dibiarkan lama.
Proses ini bukanlah menunjukkan air paip ataupun air mineral itu kotor. Ia hanya menunjukkan kehadiran mineral dalam air tersebut yang membenarkan arus elektrik berjalan dan tindak balas kimia boleh berlaku. Ia langsung tidak menunjukkan air tersebut kotor.
Cara demo seperti ini hanya memberi salah faham terhadap tindak balas kimia yang berlaku. Apa2 yang dikatakan oleh penjual air RO tersebut langsung tiada kaitan dgn reaksi kimia itu. Mereka hanya menggunakan sains untuk menarik pelanggan untuk membeli mesin mereka.”
SUMBER : ROOT OF SCIENCE
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Penyanyi popular dan vokalis utama kumpulan Akim & The Majistret, Akim Ahmad, mengambil langkah besar dalam hidupnya apabila memutuskan untuk berhenti merokoksejak tahun lalu.
Keputusan itu dibuat selepas bapanya disahkan menghidap kanser paru-parutiga tahun lalu, satu pengalaman yang benar-benar membuka matanya mengenai pentingnya menjaga kesihatan.
Bagi Akim, berita mengenai penyakit bapanya bukan sahaja menyentuh hati, malah menjadi detik perubahan besardalam hidupnya.
Malah, ia turut mempengaruhi adik-beradik lelakinya yang lain untuk sama-sama meninggalkan tabiat merokok demi menjalani gaya hidup yang lebih sihat.
“Keputusan berhenti merokok sebenarnya dibuat selepas tiga tahun ayah saya didiagnos kanser paru-paru. Itu adalah turning point untuk saya dan adik-beradik lelaki yang lain,” katanya.
Menurut Akim, keputusan itu bukan hanya tentang kesihatan diri, tetapi juga sebagai tanda sokongan moral kepada ayahnyayang sedang berjuang melawan penyakit.
Mengulas lebih lanjut, Akim berkongsi bahawa sejak berhenti merokok, banyak perubahan positifyang dapat dirasainya dari segi fizikal dan emosi.
Selain merasakan tubuh yang lebih cergas, ia turut memberi kesan besar terhadap prestasinya sebagai penyanyi di atas pentas.
“Saya gembira melihat perkembangan diri selepas tidak lagi merokok. Paling ketara, saya rasa lebih bertenaga ketika membuat persembahan. Dulu cepat penat, sekarang stamina saya jauh lebih baik,” ujar pelantun lagu Mewangiitu.
Malah, beliau juga bersyukur apabila melihat kesihatan bapanya semakin bertambah baik, membuktikan bahawa perubahan gaya hidup yang lebih sihat mampu memberi impak besar kepada kesejahteraan seseorang.
Namun begitu, Akim tidak menafikan bahawa proses berhenti merokok bukan sesuatu yang mudah.
Seperti kebanyakan perokok lain, dia turut bergelut dengan keinginan untuk kembali kepada tabiat lama, terutamanya pada fasa awal perubahan.
“Saya tak nafikan pada mulanya memang susah. Kadang-kadang saya tanya diri sendiri, perlukah saya berhenti terus atau kurangkan dulu. Tapi ayah banyak bagi dorongan,” katanya jujur.
Menurutnya, nasihat dan semangat daripada ayahnyamenjadi motivasi utama untuk terus kekal konsisten.
Malah, ayahnya sering berpesan untuk banyakkan berzikirdan beristighfar setiap kali terasa ingin merokok, sebagai satu bentuk terapi spiritualuntuk kekal fokus dan tenang.
“Itu cara saya bermeditasi juga. Bila saya berzikir atau beristighfar, saya rasa lebih tenang dan dapat fokus kepada perkara yang lebih baik dalam hidup.”
Ab wheel atau juga dikenali sebagai ab roller merupakan alat bantu senaman yang cukup ringkas. Ia mempunyai dua pemegang yang bersambung kepada satu roda.
Jika anda menggunakan dengan baik dalam senaman, ab wheel mampu membantu anda memperbaiki kekuatan otot. Antara bahagian badan yang banyak dapat manfaat ialah tricep, bahu dan juga perut.
Kenali satu lagi senaman untuk membina otot abdomen menggunakan AB Wheel yang bukan sahaja mudah, namun mampu memberi impak yang maksima kepada abdomen anda.
Bukan sahaja mampu menguatkan otot pada abdomen, malah ia juga mampu memberikan kekuatan pada keseluruhan tubuh badan anda.
Kekuatan teras bermaksud kekuatan pada bahagian otot-otot tengah anda. Dengan senaman ini juga, ia mampu menstabilkan teras sekaligus menambah baik postur tubuh badan anda.
Senaman AB Wheel juga mampu menguatkan otot anda supaya ia dapat menjaga tulang belakang dan menjauhi daripada risko kecederaan.
Dengan kekuatan teras yang anda perolehi daripada senaman ini, ia juga mampu menguatkan daya ketahanan fizikal anda untuk melakukan pelbagai jenis sukan seperti berlari, melompat, menendang, menumbuk dan pelbagai lagi.
Tidak seperti ‘crunches’ dan ‘sit-up’, senaman AB Wheel menggunakan pelbagai otot dan sendi yang bergerak secara sinergi untuk meningkatkan penyelarasan intermuskular dan intramuskular. Dengan senaman ini juga, anda harus melakukan pergerakan yang besar yang mana, ia mampu meningkatkan kadar fleksibiliti dan mobiliti anda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang