Foto : mStar

Penyanyi popular dan vokalis utama kumpulan Akim & The Majistret, Akim Ahmad, mengambil langkah besar dalam hidupnya apabila memutuskan untuk berhenti merokok sejak tahun lalu.

Keputusan itu dibuat selepas bapanya disahkan menghidap kanser paru-paru tiga tahun lalu, satu pengalaman yang benar-benar membuka matanya mengenai pentingnya menjaga kesihatan.

Peristiwa Keluarga Jadi Punca Utama

Akim Ahmad Ubah Hidup Selepas Dugaan Keluarga, Kini Lebih Sihat & Positif

Bagi Akim, berita mengenai penyakit bapanya bukan sahaja menyentuh hati, malah menjadi detik perubahan besar dalam hidupnya.

Malah, ia turut mempengaruhi adik-beradik lelakinya yang lain untuk sama-sama meninggalkan tabiat merokok demi menjalani gaya hidup yang lebih sihat.

Keputusan berhenti merokok sebenarnya dibuat selepas tiga tahun ayah saya didiagnos kanser paru-paru. Itu adalah turning point untuk saya dan adik-beradik lelaki yang lain,” katanya.

Menurut Akim, keputusan itu bukan hanya tentang kesihatan diri, tetapi juga sebagai tanda sokongan moral kepada ayahnya yang sedang berjuang melawan penyakit.

Ads

Perubahan Diri Lepas Berhenti Merokok

Mengulas lebih lanjut, Akim berkongsi bahawa sejak berhenti merokok, banyak perubahan positif yang dapat dirasainya dari segi fizikal dan emosi.

Selain merasakan tubuh yang lebih cergas, ia turut memberi kesan besar terhadap prestasinya sebagai penyanyi di atas pentas.

Saya gembira melihat perkembangan diri selepas tidak lagi merokok. Paling ketara, saya rasa lebih bertenaga ketika membuat persembahan. Dulu cepat penat, sekarang stamina saya jauh lebih baik,” ujar pelantun lagu Mewangi itu.

Malah, beliau juga bersyukur apabila melihat kesihatan bapanya semakin bertambah baik, membuktikan bahawa perubahan gaya hidup yang lebih sihat mampu memberi impak besar kepada kesejahteraan seseorang.

Ads
Akim Ahmad Ubah Hidup Selepas Dugaan Keluarga, Kini Lebih Sihat & Positif
Foto : Beautifulnara

Cabaran Tinggalkan Tabiat Lama

Namun begitu, Akim tidak menafikan bahawa proses berhenti merokok bukan sesuatu yang mudah.

Seperti kebanyakan perokok lain, dia turut bergelut dengan keinginan untuk kembali kepada tabiat lama, terutamanya pada fasa awal perubahan.

Saya tak nafikan pada mulanya memang susah. Kadang-kadang saya tanya diri sendiri, perlukah saya berhenti terus atau kurangkan dulu. Tapi ayah banyak bagi dorongan,” katanya jujur.

Ads

Menurutnya, nasihat dan semangat daripada ayahnya menjadi motivasi utama untuk terus kekal konsisten.

Malah, ayahnya sering berpesan untuk banyakkan berzikir dan beristighfar setiap kali terasa ingin merokok, sebagai satu bentuk terapi spiritual untuk kekal fokus dan tenang.

Itu cara saya bermeditasi juga. Bila saya berzikir atau beristighfar, saya rasa lebih tenang dan dapat fokus kepada perkara yang lebih baik dalam hidup.”

Sumber : Berita Harian

BACA LAGI : Jaga Isteri Strok, 3 Anak Tiri, Lans Koperal Damarrulan Anggap Macam Anak Sendiri

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI