Melatih otak dengan cara di bawah dapat mengoptimumkan fungsi otak semaksimum mungkin dan juga melindungi dari gejala demensia. Ayuh amalkan!
1. Membaca
Meluangkan masa untuk membaca dapat membantu memberi rangsangan kepada otak. Apabila sel-sel otak iaitu neurons dapat berfungsi dengan baik maka akan wujud sambungan synapse dan jalur maklumat kepada otak. Ia juga sangat membantu untuk meningkatkan daya ingatan.
2. Menikmati muzik
Dengan cara mengaktifkan pancaindera melalui mendengar muzik dan belajar bermain instrumen muzik banyak membantu meningkatkan memori kepada sel-sel otak.
Ads
3. Lakukan senaman
Sel-sel tubuh yang diaktifkan melalui senaman akan menghantar zat-zat molekul yang mencetus saraf-saraf baru dalam jaringan otak sehingga membuatkan seseorang memiliki kemampuan perkembangan kreativiti yang lebih baik
4. Belajar Bahasa Asing
Mempelajari kemahiran bahasa atau penggunaan beberapa bahasa dapat meningkatkan saliran darah ke bahagian otak dan kesihatan koneksi saraf juga akan lebih baik. Salah satu cara adalah rajin membaca Al-Quran serta cuba menghafal beberapa ayat setiap hari boleh membantu otak menjadi lebih peka dan kuat melalui rangsangan otak
Ads
5. Ubah Rutin
Dengan mencipta rutin baru juga dapat membantu mengaktifkan fungsi otak yang sebelum ni tak aktif. Amalan mencatit dalam buku nota kecil setiap hari dalam bentuk ringkas dapat meningkatkan daya ingatan dan elak masalah sering lupa
Ads
6. Mencari Hobi Baru
Latih otak untuk lakukan hobi yang mungkin sebelum ni kita tak berkesempatan untuk lakukan. Jadi lakukan sekarang! Cari hobi yang menarik untuk menjaga otak kekal aktif
7. Mengamal cara hidup sihat
Ini penting untuk menjaga kesihatan otak. Salah satunya amalan tidur yang cukup kerana tidur menguatkan sambungan saraf synapses kita. Kajian pernah dilakukan keatas kanak-kanak yang tidur siang ketajaman otak mereka meningkat berbanding kanak-kanak yang kurang tidur siang. Power nap seperti tidur sekejap sebelum waktu zohor juga dapat meningkatkan daya kekuatan otak kita.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bagi seorang pereka fesyen, amatlah penting bagi mereka untuk menetapkan cita rasa dan gaya tersendiri. Namun, tidak semua individu mempunyai kebolehan dan kecenderungan atau kemahuan untuk mereka pakaian yang tidak konvensional. Sesetengah pereka lebih mengutamakan konsep perincian pada sesuatu pakaian manakala sebahagian yang lain pula lebih selesa menghasilkan rekaan konvensional.
“Amat penting untuk menjadi seorang pereka yang ‘genuine’ mencipta satu rekaan yang kekal relevan dan diguna pakai di dalam industri. Sekiranya ada yang hanya berorientasikan keuntungan dan glamor semata-mata, maka anda belum layak untuk digelar sebagai seorang pereka. Untuk menjadi seorang usahawan dan pereka yang beretika, anda perlu mempunyai prinsip dan hala tuju yang jelas. Saya lebih kagum sekiranya hasil kerja saya dibeli, dijaga dan dipakai pembeli dan itu membuktikan hasil karya anda mempunyai nilai estetika untuk terus berada di dalam almari gaya mereka. Andai sekadar jenama sahaja disebut-sebut tetapi tidak dihargai, itu bermakna hasil kerja anda masih belum diterima penuh oleh masyarakat. Tambahan, untuk bergelar seorang usahawan, sekurang-kurangnya anda perlu berada 12 bulan di dalam industri untuk memasarkan dan memperkenalkan barangan anda, jangan jadi parasit bisnes, berniaga mengikut musim dan akhirnya anda akan merosakkan perniagaan orang lain.
“Pereka perlu versatil dan tidak boleh gentar untuk mencipta sesuatu yang di luar dari kebiasaan, harus bereksperimen dan berikan kelainan yang boleh diterima akal juga pelanggan. Kita harus sedar bahawa pasaran fesyen di Asia masih berteraskan fesyen yang praktikal dan komersial. Oleh itu, individu yang menceburkan diri dalam industri fesyen perlu memahami ekonomi pasaran tempatan. Pereka perlu seimbangkan kepakaran perniagaan dan kemahiran-kemahiran lain yang boleh membantu karya kreatif mereka agar dapat dikomersialkan. Mereka yang bekerja di bidang ini secara profesional pula perlu sensitif terhadap perkembangan dan peristiwa yang terjadi di peringkat global agar rekaan tidak ketinggalan.
“Di butik Azammoff, kami menyediakan rekaan yang cukup versatil dan simplicity iaitu sesiapa sahaja yang datang ke butik, mereka boleh membeli rekaan ready to wear juga menempah bespoke tidak kira untuk lelaki mahupun wanita. Kami mengamalkan prinsip 3C iaitu Contemporary, Classy dan Comfortable untuk setiap rekaan yang dihasilkan. Target kami pula adalah untuk mereka dari golongan pertengahan dan ke atas. Di sini, mereka juga boleh menempah pakaian khusus untuk seisi keluarga. Pelanggan setia saya kebiasaannya adalah mereka yang mempercayai setiap rekaan juga kualiti yang kami berikan. Bagi saya, seorang pereka yang baik adalah dapat memahami kehendak pelanggan, namun saya turut memberikan khidmat nasihat untuk setiap rekaan yang mereka mahukan. Dari situ pertalian di antara pelanggan dan pereka dapat dikekalkan.
“Tidak semua yang dirancangkan akan membuahkan hasil, apa pun, nasib seorang pereka fesyen juga terletak pada tuah mereka di dalam industri serta pengguna fesyen itu sendiri. Tidak semua pembeli akan menyukai rekaan anda, malah mereka mungkin tidak menyukainya langsung. Sudah lumrah, kehendak seseorang itu sangat subjektif dan kadangkala mengelirukan. Maka seorang pereka fesyen perlu belajar untuk menahan segala kritikan,” jelas anak kelahiran Kuala Berang, Terengganu ini.
Quality vs profitability
Fesyen bermakna sesuatu gaya yang terkini atau mengikut trend semasa. Namun, takrifan sebenar fesyen terus subjektif kerana ia dipengaruhi oleh banyak faktor. Bagi mencipta kejayaan dalam bidang ini, seseorang perlu memiliki kefahaman menyeluruh terhadap proses-proses yang berkaitan dengan industri. Seseorang pereka itu perlu tahu selok-belok perniagaan dan pemasaran fesyen. Tanpa pengalaman dan pengetahuan asas yang tepat, mungkin sukar untuk mereka memasarkan jenama secara berkesan.
“Saya tidak pernah terasa dengan kemunculan pereka baru yang semakin hari semakin bertambah, jenama baru yang rekaannya sama di setiap butik, namun hanya label yang berbeza. Jika inilah yang masyarakat inginkan, itu bukan salah mereka. Mereka hanya mengikut pasaran. Sebagai seorang pereka yang sudah lama di dalam industri, fesyen itu harus relevan setiap masa. Saya sangat mementingkan kualiti, setiap idea baru saya dan team akan duduk berbincang dan dapatkan kata putus untuk memasarkan satu rekaan. Lambakan pereka baru ini ibarat memberi satu peluang kepada masyarakat untuk sama-sama merasai sendiri kegemilangan industri fesyen tanpa mengira status, namun harus diingatkan fesyen bukanlah bergantung kepada nilai kepenggunaan semata tetapi ia merupakan cerminan kepada pembalikan identiti pereka sebagai kunci kejayaan sekali gus ia mengubah maksud sebenar seorang pereka.
“Mereka sepatutnya bergantung kepada rekaan atau produk dengan signatur yang mempunyai kualiti tersendiri sebagai faktor untuk mengangkat jenama mereka pada satu tahap yang lain. Tambahan, pasaran kita kebanyakannya hanya berteraskan fesyen komersial di mana konsep ini mampu meraih pulangan paling lumayan buat masa kini. Kerana terlalu mengejar pulangan yang menguntungkan, ada yang menyediakan rekaan sambil lewa, meniru dan mengabaikan kualiti material serta fabrik, malah masing-masing bersaing dengan harga yang ditawarkan.”
Popular bukan erti berjaya
“The higher up, the greater the fall, Industri fesyen tidak hanya berkiblatkan populariti semata-mata. Di sini anda akan diajar untuk bekerja keras, sabar dan tabah untuk memasarkan produk yang dihasilkan. Pengetahuan juga kefahaman mendalam terhadap corak pergerakan industri juga perlu dititikberatkan. Menjadi orang lama mahupun baru, anda perlu sentiasa membuat penyelidikan bagi mendapatkan inspirasi dalam membina tema yang sealiran dengan trend terkini. Koleksi rekaan yang telah siap pula hanyalah satu permulaan sebelum ia dipromosikan dan dipasarkan. Rekaan anda perlu menzahirkan istilah trendsetter iaitu mereka yang memulakan sesuatu trend itu, bukan dengan hanya meniru jenama sedia ada. Menjadi pelopor mungkin sedikit payah, namun itulah bukti anda bekerja kuat untuk itu. Jika anda ikuti rekaan saya, saya di antara yang terawal mencipta design kurta lelaki secara minimalis, namun inspirasi itu tidak begitu menonjol waktu ia dipasarkan, kini lambakan kurta mengikut potongan badan begitu meluas dilihat, apa yang membezakan hanyalah corak dan warna sahaja.
“Tidak salah untuk seseorang pereka fesyen itu mengambil inspirasi daripada jenama lain namun, pereka yang bijak sewajarnya tahu perbezaan antara mengambil inspirasi atau meniru sesebuah karya. Perlu diingat, industri fesyen terlalu banyak saingannya dan untuk berjaya dalam bidang ini perlu ada kefahaman menyeluruh terhadap proses-proses yang berkaitan dengan industri tersebut. Jika rekaan itu dicipta melalui satu-satu inspirasi, ia perlulah disesuaikan dengan signature anda sendiri bagi mendapatkan garapan baru dalam hasilan, di samping mencipta nilai estetika tersendiri dan berbeza. We sell brand as well, try to be a good local brand.
“Buat pereka baru, anda perlu tahu etika berniaga untuk terus kekal lama di dalam industri. Jangan terlalu gopoh dalam mengejar keuntungan. Fahami jenis perniagaan short run mahupun long run, agar anda boleh mengatur strategi sebaiknya,” akhirnya bersama Maskulin.
18, Jalan Plumbum P7/P Commercial Centre Section 7 40100 Shah Alam
azammoffboutique
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bukan je nampak macam tak mandi dan tak terurus, Masalah rambut dan kulit kepala berminyak boleh membawa kepada kegatalan dan kelemumur. Adakalanya bersyampu pun seperti tidak, rambut yang kritikal dengan minyak akan menyebabkan syampu tidak berbuih langsung! Bau rambut juga boleh menjadi tengik dan masam.
Malu kan?Hal ini juga boleh buat kita hilang keyakinan,Jom hilangkan kegatalan dan rambut berminyak ini dengan ikuti langkah penjagaan ini.
#1 Bermula dari pilihan pemakanan
Individu yang lebih banyak makan karbohidrat dan lemak boleh meningkatkan kadar pengeluaran sebum. Jadi kena kurangkan karbohidrat dan lemak sahaja ke? Bukan tapi pastikan sumber yang menyihatkan seperti dari minyak ikan atau makanan laut.
#2 Kerap bersyampu
Salah satu rutin yang wajib diterapkan ialah bersyampu dengan kerap tapi jangan terlalu banyak menggunakan produk. Cukup untuk membersih kulit kepala dan jangan mengosok terlalu kuat.
#3 Gel rambut juga beri kesan
Guna jumlah produk gel atau minyak rambut mengikut kesesuaian. Ingat semakin banyak produk rambut disapu rambut lebih tampak berminyak dan secara tidak langsung boleh menyumbat sebum.
#4 Guna cuka epal untuk elak malassezia
Anda mahu cegah dari terus jangkitan kulat malassezia, senang buat air semburan dari campuran cuka epal. Campurkan dua atau tiga sudu besar cuka epal dengan secawan air dan letakkan dalam botol semburan. Pastikan anda sembur hingga akar dan kulit kepala sekurangnya dua atau tiga kali seminggu. Cuci rambut selepas dua atau tiga minit.
#5 Kelebihan Bedak Bayi
Bedak bayi boleh memerangkap minyak pada rambut dan mengembalikan volume. Kalau anda tak mahu sembur syampu kering ganti sahaja dengan bedak bayi. Sapukan bedak bayi pada akar rambut, untuk rambut warna gelap campurkan bedak dengan bronzer.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Beberapa hari lalu telah berlangsung pertandingan akhir Miss Universe 2021 yang telah berjaya menarik perhatian dunia. Lebih menarik pemenang yang dinobatkan Miss Universe 2021 muncul dari negara India menerusi pesertanya, Harnaaz Sandhu.
Kemenangan Harnaaz Sandhu cukup dirasikan terutamanya oleh rakyat negara India kerana kali terakhir wakil mereka memenangi Miss Universe adalah pada tahun 200 menerusi Lara Dutta yang kemudian bergelar sebagai aktres Bollywood cukup terkenal.
Foto: Reuters
Pada pertandingan tersebut, Harnaaz telag berjaya mengenepikan saingan dari 79 orang peserta dari seluruh dunia. Persembahan menarik ditampilkan oleh Harnaaz di dalam beberapa segmen seperti pakaian mandi, gaun dan juga segmen soal jawab telah berjaya menawan hati juti.
Dia kelihatan cukup yakin dan cemerlang memastikan setiap cabaran dilakukan dengan sangat baik. Malah jawapannya tentang terhadap sioalan tentang perubahan iklim globak juga cukup baik.
Selain kecantikan serta kepetahannya berbicara mungkin ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangannya gadis berusia 21 tahun yang berasal dari Punjab, India.
Berikut merupakan 10 trivia tentang Miss Universe 2021, Harnazz Sandhu.
1.
Merupakan graduan dan memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Informasi dan Teknologi
2.
Dia juga dilaporkan bakal menyambung pelajaran ke peringkat masters dalam bidang Pengurusan Awam.
3.
Penyokong kuat dalam menyuarakan isu perubahan iklim global