Ab wheel atau juga dikenali sebagai ab roller merupakan alat bantu senaman yang cukup ringkas. Ia mempunyai dua pemegang yang bersambung kepada satu roda.
Jika anda menggunakan dengan baik dalam senaman, ab wheel mampu membantu anda memperbaiki kekuatan otot. Antara bahagian badan yang banyak dapat manfaat ialah tricep, bahu dan juga perut.
Kenali satu lagi senaman untuk membina otot abdomen menggunakan AB Wheel yang bukan sahaja mudah, namun mampu memberi impak yang maksima kepada abdomen anda.
Meningkatkan kekuatan
Bukan sahaja mampu menguatkan otot pada abdomen, malah ia juga mampu memberikan kekuatan pada keseluruhan tubuh badan anda.
Ads
Meningkatkan kestabilan teras
Kekuatan teras bermaksud kekuatan pada bahagian otot-otot tengah anda. Dengan senaman ini juga, ia mampu menstabilkan teras sekaligus menambah baik postur tubuh badan anda.
Ads
Mengurangkan risiko kecederaan belakang
Senaman AB Wheel juga mampu menguatkan otot anda supaya ia dapat menjaga tulang belakang dan menjauhi daripada risko kecederaan.
Ads
Meningkatkan prestasi sukan
Dengan kekuatan teras yang anda perolehi daripada senaman ini, ia juga mampu menguatkan daya ketahanan fizikal anda untuk melakukan pelbagai jenis sukan seperti berlari, melompat, menendang, menumbuk dan pelbagai lagi.
Meningkatkan koordinasi dan pergerakan anda
Tidak seperti ‘crunches’ dan ‘sit-up’, senaman AB Wheel menggunakan pelbagai otot dan sendi yang bergerak secara sinergi untuk meningkatkan penyelarasan intermuskular dan intramuskular. Dengan senaman ini juga, anda harus melakukan pergerakan yang besar yang mana, ia mampu meningkatkan kadar fleksibiliti dan mobiliti anda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Selain kurma dan susu, overnight oat juga boleh dijadikan alternatif untuk menu bersahur. Selain mengenyangkan, overnight oat ini juga sesuai diamalkan sebagai detok lemak degil bagi anda yang berdiet.
Tidak dinafikan ramai yang tidak boleh makan overnight oat begitu sahaja. Rasanya yang tawar dan sedikit kelat membuatkan selera anda terbantut. Namun anda jangan bimbang kerana overnight oat boleh diberi tambahan rasa dengan pelbagai buah-buahan segar.
Bagi yang ingin membuat overnight oat sebagai menu bersahur anda nanti, apa kata ikuti resipi yang dikongsikan oleh Wan menggunakan buah-buahan segar.
Semoga perkongsian resipi ini dapat membantu anda untuk menurunkan berat badan sepanjang buan puasa ini.
Kalau yang tengah diet untuk loss weight, bila lapar makan OVERNIGHT OAT ni pon sedap giler. Perut kenyang + tak memudaratkan diet. Yang best lagi, boleh membantu detox lemak² yang degil tu. Tambah² kalau buat banyak, ia tahan lama kalau cara betul. Boleh makan bila-bila masa jew. Siyess tak muak & yummy ? Takyah dah pelahap fast food atau makanan berlemak. Ni Sir share sikit cara Sir buat OVERNIGHT OAT (ulang lagi sekali, cara Sir ya).
1. Oat (WAJIB)
2. Air coklat (Soya, susu rendah lemak pon boleh. Sir tak minum susu)
3. Yogurt (Elok untuk diet & susu)
4. Buah-buahan (Ikot selera masing²)
5. Kekacang (Tambah rasa crunchy sikit, baru semangat nak mengunyah)
6. Madu (Untuk memaniskan, jangan tambah gula pulak, jem diet nanti ?)
7. Chia Seed (Elok untuk detox. Beli RM10 boleh pakai lama wei)
1. Pertama sekali, bekas kenalah basuh. Seelok-eloknya guna air panas supaya lebih bersih & OVERNIGHT OAT akan tahan lebih lama. Selain guna bekas macam Sir ni, guna mangkuk bertutup pon boleh yew sayang ?
2. Ini buah-buahan & kekacang yang Sir pilih ikot selera Sir. Pastikan buah-buahan yang besor tu dipotong kecik. Jangan bubuh segedabak besor dalam bekas. Camne nak mengunyah, kang ade yang mati tercekik. Naye Sir yang kena? Yang bestnya bila makan OVERNIGHT OAT ni masa sejuk, buah-buahan ni memang ranggup giler ? Heaven.
Sir pilih:
1. Anggur
2. Epal hijau
3. Kacang tanah panggang
4. Mix dry fruit (banyak jual kat kedai bakeri)
3. Bubuh oat ni separuh jew sayang. Jangan bubuh banyak nanti nak top up dengan bahan lain lagi. Takut bila dah siap, tak habis pulak makan sebab banyak. Kan dah membazir ?
4. Bubuh air coklat ni cukup cukup paras oat sahaja. Jangan lebih. Kalau lebih nanti cair. Kalau tak nak air coklat ni, boleh gantikan dengan soya, air jus buah-buahan atau air susu rendah lemak. Ikut kesesuaian & selera tekak masing2 ?
5. Ini sebagai contoh sukatan air yang sepatotnya. Ingat! Jangan berlebihan. Sukatan cukup sama atau lebih sikit dengan oat sahaja ?
6. Seterusnya masukkan yogurt dalam satu sudu atau satu setengah sudu sahaja. Masokkan lebih boleh tapi jangan pelik, kalau overnight oat awak masyemmm nanti ❗
7. Masukkan buah-buahan ikot suka hati ?
PILIHAN SIR:
1. Anggur
2. Epal hijau
3. Kacang tanah panggang
4. Mix dry fruit (banyak jual kat kedai bakeri)
8. Seterusnya masokkan Chia Seed ni. Chia Seed ni tak perlu banyak yunk. Dalam secubit dua jew. Chia Seed ni memang elok untuk diet & loss weight. Boleh cari kat kedai jamu. Murah jew. RM10 sebotol. Khasiat dia search Google sendiri yek ?
9. Untuk kesegaran buah-buahan & menambah perisa OVERNIGHT OAT ni untuk lagi aummm, tambah madu dalam 10ml gitu ❤️❤️❤️
10. Jangan lupa tutup ramuan ni dan simpan dalam chiller dalam 1 jam. Simpan semalaman pon lagi ohsem. Variasi rasa dia lebih nyaman & crunchy. Oh heaven giler ?
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Apabila kaki terseliuh, memang sakit kalau nak berjalan balik. Terpaksalah berjalan dengan terhincut-hincut.
Namun begitu, usah dibiarkan lama-lama. Terus rawatnya segera untuk mengurangkan kesakitan pada kaki anda dengan cara berikut :
Rehat di sini bermaksud mengurangkan gerakan sendi yang cedera dan tidak menggunakan kaki yang tercedera untuk berjalan. Gunakanlah tongkat ketiak (axillary crutches), tongkat lengan(elbow crutches) atau kerusi roda untuk bergerak.
Sejurus selepas kecederaan, lakukan tuaman ais. Tuam ais selama 20 minit setiap 2 hingga 3 jam kerana ia dapat mengurangkan kesakitan dan mengelakkan bengkak yang teruk.
Balutan ini untuk beri tekanan dan mengurangkan pergerakan pada sendi yang tercedera. Ini dapat menghalang bengkak besar daripada terjadi. Namun, pastikan tidak balut terlampau ketat sehingga bekalan darah tersekat.
Anggota yang tercedera perlulah diletakkan tinggi. Sewaktu duduk pastikan kaki tercedera sentiasa melunjur. Jangan biar tergantung di bawah. Sewaktu baring atau tidur, kaki cedera itu hendaklah lebih tinggi daripada badan. Boleh alas bantal di bawah kaki.
Elakkan terus mengurut kawasan yang tercedera. Mengurut sejurus sahaja kecederaan berlaku adalah sangat menyakitkan dan boleh menyebabkan bengkak lebih teruk. Urutan hanya dibenarkan selepas 48-72 jam kecederaan berlaku.
Tuaman haba akan menyebabkan salur darah mengembang lantas mempercepatkan dan mempertingkatkan proses keradangan. Tuaman menggunakan haba hanya dibenarkan selepas 48-72 jam kecederaan berlaku.
Jika ada luka di kulit di kawasan kecederaan, jangan sapu minyak panas atau minyak gamat kerana ia boleh menyebabkan iritasi dan jangkitan pada luka. Minyak panas/gamat hanya dibenarkan jika di kawasan terseliuh itu tiada sebarang luka.
Jika kesakitan dan bengkak yang dialami terlalu kuat, itu tanda-tanda kecederaan yang anda alami agak parah. Jumpalah doktor, terutamanya jika ada kebas-kebas jari, sendi terkehel keluar, kelumpuhan, dan luka (mungkin open fracture).
Jika rawatan di rumah tidak mengurangkan bengkak dan kesakitan, itu tandanya anda kena berjumpa doktor. Khuatir ada ligamen yang terputus atau keretakan tulang. Jika tidak sempurna, kecederaan ini boleh akibatkan kesakitan kronik.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bisul selalunya terjadi bermula dengan ketulan merah yang bengkak, berisi nanah, membesar dan menjadi lebih sakit sehinggalah kita rawat bisul hingga nanah mengalir keluar.
Walaupun abda rawat sendiri bisul, kebanyakannya mengambil masa selama dua minggu untuk benar-benar sembuh.
Bisul boleh timbul pada mana-mana bahagian tubuh tetapi yang kerap muncul adalah di muka, leher, ketiak, punggung atau paha termasuk kawasan tubuh yang mempunyai rambut dan kerap berpeluh serta bergesel.
Namun awas! Bisul ini tidak boleh dipecahkan dengan cara mencucuknya menggunakan jarum kerana ia boleh mengakibatkan jangkitan kuman atau bakteria.
Cara yang lain, anda boleh buat dengan menggunakan 8 tip yang MASKULIN sediakan ini :
Ambil tuala bersih dan rendamkannya dalam air panas. Kemudian perah dan tuam pada bahagian yang tumbuh bisul di antara lima hingga 10 minit. Lakukan sebanyak tiga atau empat kali sehari. Kaedah tuaman ini membantu mempercepatkan proses penyembuhan kerana haba panas meningkatkan circulation pada sekeliling kawasan bisul, menambah lagi antibodi dan sel darah putih, mengurangkan rasa sakit dan membuang darah serta nanah dalam bisul.
Bersihkan bisul dengan sabun antibakteria dan air suam hingga tiada baki nanah atau darah. Kemudian kesat hingga kering.
Sapu krim antibakteria pada bisul dan balut dengan kemas. Ia akan mengeringkan bisul dan dalam masa sama balutan perlu diganti dengan kerap. Selain krim antibakteria, boleh juga gunakan tea tree oil, epsom salts, cuka epal (apple cider) dan minyak kastor.
Guna sabun antibakteria jika anda kerap terkena bisul. Sebaiknya guna berus atau loofah untuk membersihkan daki, kotoran dan minyak dari berkumpul di kulit.
Meskipun luka kecil dan tidak memudaratkan, ia perlu dibersihkan, dicuci dengan sabun antibakteria, disapu ubat dan dibalut hingga kering kerana bakteria mudah masuk ke dalam badan melalui luka seterusnya menyebabkan bisul.
Bisul juga boleh terjadi di bahagian punggung disebabkan duduk terlalu lama. Bangun dan lakukan sedikit pergerakan.
Pastikan juga anda tidak berkongsi tuala, katil dan pakaian dengan orang lain untuk elakkan mereka terkena bakteria yang disebabkan oleh bisul.
Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang