Sudah banyak kita memperkatakan tentang plank. Buat anda yang masih sangsi tentang senaman ringkas tetapi memberi impak tinggi ini, plank merupakan senaman bodyweight yang telah diamalkan sejak sekkan lama oleh penggemar aktiviti kesihatan.

Tak dapat dinafikan ia merupakan sejenis senaman yang sangat ringkas dan tak memerlukan apa-apa bantuan alat.

Wow! Ini 7 Perkara Hebat Berlaku Bila Anda Buat Plank Setiap Hari
Kredit foto: Neila Ray

Berani MASKULIN katakan bahawa pnak adalah antara senaman yang PALING EFEKTIF wajib anda lakukan setiap hari. Mengapa? Kerana ia merupakan senaman ‘murah’ dan mampu memberikan hasil luar biasa kepada anda dalam jangka masa yang pendek.

TENAGA TERAS

Sebelum melakukan senaman plank anda terlebih dahulu perlu tahu tentang perlunya untuik kita melatih tenaga teras atau core strength.Ia sebenarnya berkait rapat dengan otot teras anda yang terletak di bahagian tengah badan.

Dan ia merupakan otot yang sering digunakan oleh kita dalam semua pergerakan. Ia juga merupakan otot yang menyambungkan kesemua tangan dan kaki, jadi ia mempunyai fungsi yang sangat penting.

Jika anda melakukan plank setiap hari, ini 7 perkara hebat yang akan berlaku!

IKLAN

1. Meningkatkan Kekuatan Teras Badan

Wow! Ini 7 Perkara Hebat Berlaku Bila Anda Buat Plank Setiap Hari

Plank merupakan senaman ideal untuk anda memperkuatkan otot abdomen dan ia sekali gus menstabilkan kekuatan teras badan. Antara otot yang diperkuatkan di bahagian abdomen ialah tranverse abdominus, rectus abdominus, external oblique muscles dan glutes.

2. Merendahkan Risiko Kecederaan Belakang

Senaman plank juga mampu menguatkan otot di bahagian belakang. Ia menguatkan otot badan sekali gus bahagian tulang belakang dan pinggul juga boleh dilindungi daripada kecederaan luar. Menurut American Council on Exercise, melakukan plank setiap hari bukan sahaja boleh mengurangkan sakit belakang malah ia memberikan sokongan kuat kepada bahagian tersebut.

BACA: 5 Teknik Plank Yang Mampu Membantu Anda Hilangkan Lemak Perut

IKLAN

3. Memperbaiki Postur Badan

Wow! Ini 7 Perkara Hebat Berlaku Bila Anda Buat Plank Setiap Hari

Ramai orang yang mengambil remeh akan postur badan. Tahukah anda postur badan ketika anda berditri merupakabn salah satu first impression kepada orang lain. Selain itu, kedudukan postur yang betul juga boleh memastikan tulang dan sendi anda lebih sihat. Ia juga mengurankan tekanan yang tak elok kepada badan anda.

4. Meningkatkan Metabolisme

Jika anda melakukan plank setiap hari pastinya merasa perubahan dalam masa singkat. Otot yang anda bina dengan melakukan plank memastikan segala kalori yang anda makan dapat dibakar dengan sempurna. Melakukan plank kira-kira 2 ke 10 minit sehari mampu meningkatkan kadar metabolisme anda!

IKLAN

5. Keseimbangan Lebih Sempurna

Wow! Ini 7 Perkara Hebat Berlaku Bila Anda Buat Plank Setiap Hari

Pernahkah anda cuba berdirui dengan sebelah kaki? Jika anda tak dapat lakukannya lebih daripada 10 saat itu bermakna keseimbangan badan anda lemah. Jadi bagaimana untuk meningkatkan keseimbangan badan? Lakukan sahaja plank setiap hari. Ia akan melatih otot abdomen untuk memberi sokongan keseimbangan semasa anda berdiri.

6. Lebih Fleksibel

Wow! Ini 7 Perkara Hebat Berlaku Bila Anda Buat Plank Setiap Hari

Selain memberi kekuatan otot abdomen dan badan, plank juga meningkatkan kemampuan fleksibiliti badan anda. Antara bahagian badan anda yang akan menjadi lebih felsksibel ialah bahu, tulang kipasdan tulang selangka. Manakala aktviti regangan semasa plank boleh meningkatkan flesibiliti bahagian kaki, peha dan juga badan.

7. Kesihatan Mental

Plan juga memberikan kesan secara tak langsung kepada sistem saraf. Dengan kesihatan sistem saraf yang baik, ia boleh meningkatkan kesihatan mental dan melegakan sebarang tekanan sama ada fizikal dan mental. Senaman plank juga mempunyai elemen ‘bertafakur’ yang boleh menenangkan fikiran anda.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI