Sambutan Hari Bapa mungkin tidak semeriah Hari Ibu, namun ia tetap membawa makna yang besar dalam menyedarkan kita tentang jasa dan pengorbanan seorang ayah.
Hari Bapa moden mula disambut di Amerika Syarikat sekitar awal abad ke-20 hasil inisiatif Sonora Smart Dodd, yang mahu menghargai ayahnya yang membesarkan enam orang anak sendirian selepas pemergian isterinya.
Dalam era moden ini, peranan seorang bapa bukan sekadar sebagai pencari nafkah semata-mata. Mereka kini lebih aktif dan terlibat secara langsung dalam kehidupan anak-anak, malah ada yang memainkan peranan sama besar dengan ibu dalam membesarkan keluarga.
Dalam kalangan selebriti tempatan, ramai bapa selebriti menunjukkan contoh terbaik tentang bagaimana menjadi ayah moden yang tetap kekal berkarisma, bertanggungjawab dan penuh kasih sayang.
Berikut ialah senarai sepuluh bapa selebriti paling mancho di Malaysia, yang bukan sahaja berjaya dalam kerjaya, malah cukup cemerlang dalam peranan mereka sebagai bapa.
1. Aeril Zafrel
Aeril merupakan bapa kepada empat cahaya mata hasil perkahwinannya dengan pelakon Wawa Zainal. Anak-anak mereka turut didedahkan dengan dunia perniagaan sejak kecil, terutamanya Hayla yang mula menjual kek batik.
Dalam kerjaya pula, Aeril aktif sebagai usahawan dan selebriti, mengemudi jenama Wawa Cosmetics bersama isterinya. Kejayaan mereka turut dikongsi bersama kakitangan yang cemerlang apabila menghadiahkan kereta sebagai penghargaan.
2. Fattah Amin
Fattah Amin merupakan bapa kepada seorang anak perempuan hasil perkahwinannya bersama Nur Fazura. Walaupun hubungan rumah tangga mereka berakhir, Fattah tetap memainkan peranan aktif dalam kehidupan anaknya.
Dari sudut kerjaya, beliau sibuk dengan pelbagai projek seni serta dilantik sebagai Duta Usanita Entertainment. Popularitinya turut melonjak di TikTok dengan kemunculan pertamanya di platform tersebut.
3. Remy Ishak
Ads
Remy Ishak kini bergelar bapa kepada seorang anak lelaki bernama Tuah Alam. Kehidupan rumah tangga yang baharu tidak menghalang beliau untuk terus aktif dalam bidang lakonan.
Beliau menyatakan keterujaan terhadap perkembangan positif industri filem tempatan dan berhasrat untuk kembali aktif dengan membawa watak-watak yang lebih mencabar.
4. Nas Muammar Zar (Nas-T)
Nas-T membuktikan dirinya sebagai figura ayah yang unik apabila anak-anaknya menganggapnya sebagai adiwira setelah membintangi filem Keluang Man. Beliau juga dikenali sebagai DJ dan bekas ahli kumpulan muzik Dragon Red. Perjalanan seninya terus berkembang dengan penglibatan dalam filem yang membawa nostalgia rakyat Malaysia.
5. Norman Hakim
Bapa kepada enam orang anak, Norman Hakim terus menjadi inspirasi dalam bidang lakonan dan juga kehidupan berkeluarga.
Anak-anaknya menunjukkan pencapaian cemerlang dalam akademik, termasuk Danisha Hakim yang menerima Anugerah Modal Insan. Di sebalik gaya hidup sihat dan penampilan yang mantap, beliau juga merupakan figura bapa yang sangat mengambil berat tentang pendidikan anak-anak.
6. Shaheizy Sam
Ads
Shaheizy Sam merupakan bapa kepada tiga orang anak bersama isterinya Syatilla Melvin. Beliau menjadi perhatian apabila berjaya menurunkan berat badan secara mendadak sebagai persediaan untuk watak dalam filem baharu.
Beliau mengamalkan diet ketat dengan hanya makan sekali sehari tanpa sebarang senaman, membuktikan komitmennya dalam kerjaya.
7. Sharnaaz Ahmad
Sharnaaz Ahmad merupakan bapa kepada seorang anak lelaki, Jebat Jayden Ahmad. Walaupun telah berpisah, beliau dan bekas isteri mengamalkan konsep keibubapaan bersama.
Dalam bidang seni, Sharnaaz berjaya mencipta fenomena menerusi filem Blood Brothers: Bara Naga yang menerima sambutan luar biasa. Beliau menyifatkan para penonton sebagai wira sebenar kejayaan filem tersebut.
8. Shukri Yahaya
Shukri Yahaya merupakan bapa kepada dua cahaya mata. Isterinya yang kini berniqab mendorong beliau untuk lebih berhati-hati dalam pemilihan watak lakonan.
Beliau juga kembali ke layar perak menerusi filem Blood Brothers selepas lima tahun. Selain itu, Shukri turut terbabit dalam pelancaran BRU Coffee Shop, satu projek kerjasama bersama selebriti lain.
Aaron Aziz merupakan bapa kepada tiga orang anak hasil perkahwinannya dengan Diyana Halik. Beliau sering berkongsi momen kekeluargaan di media sosial, menunjukkan sisi penyayang dan bertanggungjawab sebagai bapa.
Beliau baru-baru ini berdamai dengan Sharnaaz Ahmad selepas dua tahun berselisih faham, membuktikan kematangan dan kebijaksanaan dalam mengekalkan hubungan sesama rakan artis.
10. Aiman Hakim Ridza
Aiman Hakim kini bergelar bapa kepada seorang anak lelaki bernama Isaac Raees bersama isterinya Zahirah MacWilson.
Sebagai ayah muda, Aiman dilihat sangat penyayang dan terlibat secara langsung dalam kehidupan anaknya. Di media sosial, beliau kerap berkongsi momen kebapaan yang menyentuh hati.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Buat peminat atau pengikut muzik indie rock atau alternative rock, nama Efek Rumah Kaca (EFK) pastinya sudah tidak asing lagi buat anda. Jika anda ingin rasakan keajaiban bunyi yang sensasi, inilah band yang harus anda harus saksikan sendiri di depan mata.
Pada bulan Oktober tahun ini, ERK sekali lagi kembali ke Malaysia untuk konsert solo istimewa, “DI UDARA KUALA LUMPUR LIVE AT ZEPP KL”. Ia bakal diadakan pada 25 Oktober 2024 di Zepp Kuala Lumpur.
Penganjuran konsert ERK kali ini dianjurkan oleh Shezco Sdn Bhd yang menjanjikan malam yang tidak akan dilupakan, penuh dengan alunan melodi dan suara khas dari ERK.
ERK merupakan ikon dalam petam muzik terutamanya di Indonesia. Mereka dikenali dengan lirik-lirik yang mengusik jiwa dan bunyi yang unik. Selain itu, band ini telah menyentuh hati ramai orang dengan lagu-lagu yang sangat berhubung dengan pelbagai liku-liku kehidupan.
Mereka terdiri daripada Cholil Mahmud sebagai vokalis utama dan gitaris, Poppie Airil sebagai vokal latar, dan Akbar Bagus Sudibyo sebagai pemain dram.
Konsert kali ini, yang dinamakan “Di Udara,” mengambil inspirasi daripada salah satu lagu paling disukai oleh ERK.
BUKAN SEKADAR PERSEMBAHAN
Jelas mereka, nama ini menggambarkan intipati muzik band ini—melodi yang kekal dan terapung yang terus terngiang di minda pendengar lama selepas nota terakhir dimainkan.
Bagi ramai peminat, konsert yang akan datang ini bukan sekadar persembahan; ia adalah peluang untuk bertemu semula dengan band ini selepas penampilan terakhir mereka di Malaysia pada tahun 2022.
Bersempena sambutan Bulan Kemerdekaan, penganjurnya Shezco Sdn Bhd, menawarkan diskaun 15% untuk pembelian tiket yang dibuat antara 22 Ogos hingga 31 Ogos 2024.
Diskaun ini tersedia untuk 50 pembeli tiket pertama yang membeli dua tiket berdiri. Dengan harga tiket bermula dari RM188 untuk tiket berdiri percuma hingga RM3500 untuk pakej Meet & Greet eksklusif, terdapat pilihan untuk setiap peminat merasakan keajaiban ERK secara langsung.
Jadi tandakan kalendar anda, ajak rakan-rakan anda, dan bersiaplah untuk malam yang penuh dengan muzik yang tidak dapat dilupakan.
Jangan lepaskan peluang unik ini untuk menyaksikan salah satu band paling berpengaruh di Asia Tenggara secara langsung di atas pentas.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Apabila berbicara mengenai aksesori lelaki, pocket square pasti ramai diantara kita kurang memberi perhatian terhadap kepentingan aksesori ini. Nah! Ia bukan sekadar pocket square! Jika kamu tahu cara lipatan yang betul, penampilan kamu boleh bertukar dari 0 ke 100 !
Rata-rata orang kita hanya melipatnya dengan cara lipatan yang biasa. Terlalu boring! Jika kamu tahu definisi sebenar gentleman, maka kamu harus tahu mengenai semua cara lipatan ini. Barulah kamu layak digelar the real gentleman!
Selamat mencuba!
Sumber gambar: Real Men Real Syle
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
OPTIMIS, ITU YANG PENULIS LIHAT PADA SOSOK TINGGI LAMPAI INI. SELALU TERSENYUM DAN RENDAH DIRI, ANAK MUDA INI PUNYA IMPIAN DAN VISI BESAR BUAT SUKAN SQUASH TERUS KEKAL RELEVAN, BAIK PADA PERINGKAT NASIONAL, WAIMA PERINGKAT OLIMPIK. BAGI SANJAY, SQUASH BUKAN SEKADAR SUKAN, IA SEBUAH PENGHIDUPAN.
Permulaan
Saya cintakan sukan ini sejak kali pertama saya menghayun raket. Saya masih ingat, ketika itu saya hanya berusia 10 tahun. Ia bagai satu perasaan yang tak tergambar. Ya, saya selesa dengan sukan ini berbanding sukan-sukan lain di arena sana.
Pencapaian
Memenangi dua pingat emas Sukan SEA tahun lepas di Singapura. Saya juga memenangi dua pingat emas SUKMA mewakili Sarawak pada 2012 dan 2014, buat dua kali kejohanan berturut-turut. Selain itu, saya juga mewakili Malaysia menerusi Men’s World Team Squash Championship. Sekarang saya merupakan pemain Squash lelaki nombor tiga negara.
Perkembangan
Buat masa ini, saya tidak bermain sepenuh masa seperti sebelumnya. Ini kerana, saya sedang menjalani pengajian Pengurusan Perniagaan untuk tahun kedua di Universiti Malaya. Saya sedar bahawa saya perlu seimbangkan sukan dengan pelajaran. Pelajaran itu penting bukan sahaja sebagai bekalan hidup, malah sebagai bekalan saat saya tidak lagi bergelar seorang atlet kelak. Maksud saya, suatu hari nanti saya akan bersara, saya perlu persiapkan diri dengan ilmu. Sekarang pun, saya sedang menjalani peringkat kedua kursus kejurulatihan. Saya berhasrat menjadi jurulatih bila tiba waktunya nanti.
Olimpic Dreams
Squash merupakan satu-satunya sukan yang kamu boleh bermain bola secara seorang diri. Bola yang dihayun raket, akan kembali semula kepada si penghayun. Boleh saya katakan, sukan ini unik. Namun sayang, majoriti orang tidak tahu apa itu sebenarnya sukan Squash. Mereka hanya mengenali Datuk Nicol Ann David tanpa mereka mengetahui sedikit pun hal sukan ini. Oleh itu, sukar buat kami menangkap mata dan minat penonton berskala besar. Ini juga merupakan salah satu punca utama kenapa sukan ini tidak dapat menembusi Sukan Olimpik. Kurang penajaan dan sokongan dari organisasi juga di antara punca sukan ini masih di posisi statik.
Idola
Amr Shabana dari Mesir. Dia merupakan bekas pemain Squash lelaki nombor satu dunia. Dia juga pernah merangkul empat kali Kejohanan Squash Dunia. Kini dia sudah bersara dari arena Squash. Saya sangat mengagumi dia. Lagi pula, dia juga bermain Squash menggunakan tangan kiri, sama seperti saya. Ramai orang berkata orang Asia tidak mampu untuk bermain sukan ini, tetapi dia buktikan pada mereka semua, mereka salah. Dari sudut pengaruh pula, ayah lah penyumbangnya. Sedari kecil, saya melihat dia bermain Squash mewakili negeri Sabah.
Proud and honours
Saya merupakan anak jati Miri, Sarawak. I left home when I was 14 years old. Saya membesar di Sekolah Sukan Bukit Jalil dan berlatih di Kompleks Sukan Negara sehingga sekarang. Tahun lalu, saya menetap di England selama hampir lima bulan. I live on my own. Segala perbelanjaan ditanggung sendiri. Ia sememangnya momen sukar dalam hidup saya. Tanpa sebarang sokongan, saya perlu belajar jaga diri untuk berlatih dan memburu pengetahuan di bumi asing. Jauh dari keluarga, saya gadaikan banyak perkara, terutama masa muda saya ini, demi sukan Squash.
Ada orang pernah berkata pada saya bahawa saya tidak patut menceburkan diri atas sukan ini. Ia tak menguntungkan dan tidak akan membawa saya ke mana-mana dalam kehidupan. Ekoran ini, saya harus kuat berlatih dan juga harus kuat belajar bagi membuktikan pada mulut-mulut tadi, apa yang mereka katakan tidak benar sama sekali. Saya akan ubah pemikiran dangkal mereka.
Harapan
Saya juga berharap sukan Squash ini layak dipertandingkan di peringkat Olimpik. Supaya Squash dikenali dan diakui bukan sahaja oleh jawatankuasa sukan Olimpik, malah diakui dan disenangi oleh hati rakyat Malaysia. Datuk Nicol Ann David sudah bersusah payah menaikkan taraf sukan ini dan membawa nama negara ke persada dunia. Kita sebagai rakyat, paling kurang, hargai dan kenali lah sukan Squash demi Malaysia.
Akhir kata, jujur saya kata, tak semua orang memandang sukan sebagai masa depan mereka. Ini realiti masyarakat kita. Namun, saya percaya, dengan apa yang saya tempuhi selama saya membesar bersama sukan, saya boleh katakan, sukan membawa saya ke tahap-tahap yang tinggi dalam kehidupan. Tahap yang tak pernah pun saya bayangkan. Asal kamu punya mimpi dan visi. Terus bermimpi kerana suatu hari nanti ia akan menjadi kenyataan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.