Sangat terkenal dengan tagline, ‘Jangan mengata, fuhhhh’ Nursajat dilihat serius menerajui dunia perniagaannya yang semakin berkembang.
Dia terus dikecam, setiap hari ada sahaja kata-kata yang boleh membuatkan dirinya terus dicerca dan dihina. Tetapi apa yang kami lihat usahawan ini terus kuat mendepani masalah juga rintangan hidup.
Terbaru, Pengusaha kosmetik terkenal Nur Sajat melalui akaun Facebook miliknya telah memuatnaik status bahawa beliau tiba-tiba telah datang bulan pada malam hari dan perlukan tuala wanita.(Btw apa dia fikir ek masa menaikkan status ini?)
Bagi kami, kesahihan jantinanya bukanlah satu kepentingan, sebaliknya semangat untuk mengubah nasib diri itu yang harus kita jadikan panduan. Mengapa perlu ada rasa benci terhadap golongan ini, sedangkan anda tidak sekalipun mengenali rapat dirinya.
Lebih mengejutkan netizen pada tahun lalu apabila dia mendedahkan dirinya dilahirkan sebagai seorang khunsa. Difahamkan, Nur Sajat dibesarkan dengan cara seorang lelaki, tetapi malangnya dia lebih gemar melakukan kerja-kerja seorang perempuan.
Nur Sajat menjelaskan situasi menjadi buruk apabila beliau mula takut untuk pergi ke sekolah dan rasa malu untuk masuk ke tandas kerana tidak mahu orang lain tahu akan dirinya itu.
IKLAN
Buang yang keruh, ambil yang jernih, masyarakat tidak seharusnya terus mempersoalkan jantinanya sehingga bergaduh di laman sosial, memang seronok mengata dan mengeji, tetapi sebagai orang Islam dan Melayu kita seharusnya saling menasihati dari terus mengecam dan mengeji.
Siapa tak kenal dengan jurulatih Pasukan gergasi Jerman Joachim Löw yang terkenal dengan aksi candid pada setiap kali musim piala dunia. Bukan kerana kecekapan mahupun ketampanan yang dimiliki, namun video berjaya menunjukkan beberapa tabiat Joachim yang meloyakan! Namakan sahaja seperti korek hidung, memegang kemaluan di hadapan ramai dan menciumnya ada sahaja aksi pelik yang dilakukan oleh Joachim.
Semestinya tiap kali demam piala dunia melanda, pelbagai video dan gambar aksi mengenai Piala Dunia yang tular. Bukan sahaja pada musim kali ini, malah musim-musim terdahulu juga telah diimbas kembali oleh peminat-peminat bola sepak.
Tabiat Yang Meloyakan!
Ini termasuklah mengenai sebuah rakaman video jurulatih pasukan Jerman, Joachim Löw yang telah dirakam ketika EURO 2016.
Peristiwa Berulang!
Melihatkan pada aksinya itu, rata -rata peminat berasa geli dan turut tidak menyangka bahawa dia mempunyai tabiat sepelik itu.
Dan percaya atau tidak pada Piala Dunia kali ini, beberapa aksi nya sekali lagi telah dirakam. Oops! I Did It Again!
Ternyata trend berjambang di kalangan lelaki kembali menular. Sudah pasti ia rapat dengan karakter serta sifat maskulin seseorang lelaki itu. Malah terdapat beberapa alasan lain mengapa lelaki tampil untuk berjambang.
1-Ada yang kata, seseorang lelaki yang berjambang sangat cool. Ia berikan satu aura misteri dan classy pada lelaki tersebut.
2-Dengan menyimpan jambang menyerlahkan kelelakian seseorang lelaki. Watak-watak aktor dalam filem seperti Russell Crowe (Maximus), Hugh jackman (Wolverine) menyerlahkan sifat sebenar lelaki.
3- Daya tarikan kepada kaum wanita walaupun mungkin tidak semua wanita menyukai lelaki berjambang. Cuba anda berjambang dan tanya pasangan anda. Adakah mereka suka?
KEMAS DAN RAPI SELALU
Jika anda ingin bermisai, pastikan ia digunting atau dikemas dengan rapi. Untuk yang berjanggut pula, janggut perlu digunting lalu dicukur sehinggalah tumbuh dan raut wajah akan berkumis di kemudian hari. Begitu juga untuk individu yang memiliki jambang.
Tidak menjadi masalah jika ingin bermisai, berjanggut mahu pun berjambang. Pastikan anda tahu kepentingan memiliki jambang, kesesuaiannya di bahagian muka dan ketahui beberapa kaedah penting untuk memastikan ia dipelihara dengan rapi.
APA PERLU ANDA LAKUKAN?
– Gunting, gunting, gunting! Jangan sesekali lupa untuk amalkan tabiat ini setiap kali berada di bilik mandi terutamanya pada waktu pagi.
– Sebelum bercukur, pastikan misai, janggut dan jambang digunting terlebih dahulu. Ia penting agar tidak menjejaskan mata pisau cukur.
– Gunakan pisau cukur yang bersih dan tajam. Sekiranya tumpul, gantikan dengan segera untuk mengelakkan bakteria.
– Jika perlu, gunakan krim buih cukur. Ratakan ia di bahagian zon cukur. Bilas sehingga bersih dan lengkapkan prosedur ini dengan cecair ‘aftershave.’
– Seperti rambut, jambang juga perlu dibersihkan dengan syampu agar kelihatan rapi selepas mandi.
-Gunakan sikat atau tangan untuk merapikan jambang dengan baik.
APA PERLU ANDA ELAK?
– Jangan sesekali bercukur dengan pisau cukur yang lama. Pastikan ia tidak berkarat agar bakteria tidak merebak di bahagian muka yang boleh menyebabkan kulit gatal.
– Elakkan bercukur dengan kulit yang kering kerana ia boleh menyebabkan luka. Cuci muka terlebih dahulu.
– Sekiranya alahan terjadi apabila bercukur menggunakan krim cukur dan ‘aftershave’, jangan gunakan produk tersebut. Rujuk pakar untuk mengetahui produk yang bersesuaian untuk digunakan.
– Jangan gunting atau trim sesuka hati setelah sekian lama menyimpan jambang. Kunjungi salun rambut dan dapatkan nasihat tukang gunting.
BERJAMBANG IKUT KESESUAIAN
– Jika pertama kali ingin menyimpan jambang, teliti sepenuhnya kesesuaian berjambang kerana tidak semua lelaki boleh memiliki jambang dengan baik apatah lagi jika ia disimpan untuk jangka masa yang panjang.
– Memiliki jambang juga berkait rapat dengan pekerjaan setiap individu. Tidak semua syarikat membenarkan pekerja mereka menyimpan jambang walaupun berjambang sudah pun menjadi trend terkini.
– Tanyakan pendapat kenalan atau mereka yang lebih pakar jika kurang berkeyakinan untuk membela jambang. Zon kelakian diri dapat ditingkatkan melalui pendapat dan nasihat.
Berdiam diri kerana malu atau terus diseksa secara fizikal mahupun mental? Itulah yang terlintas di benak fikiran segelintir lelaki yang mengalami trauma akibat didera oleh isteri mahupun teman wanita sendiri.
Fakta yang dikeluarkan dan lebih mengejutkan hampir 40 peratus daripada kaum lelaki menjadi mangsa penderaan domestik di United Kingdom dan lebih 4000 lelaki di Taiwan mendapatkan pertolongan akibat didera sang isteri sejak 2009.
Dayus? atau terlalu sayang menjadi tanda tanya terhadap permasalahan ini. Ketahui beberapa punca perkara ini terjadi tanpa kita sedar, tetapi sebenarnya meruncing.
1.Konflik kewangan
Isteri lebih dominan dalam keluarga dan memperoleh pendapatan lebih tinggi daripada suami adalah punca utama masalah ini terjadi. Tekanan kewangan yang timbul ini adalah punca utama keganasan rumah tangga terhadap lelaki.
Kajian telah menunjukkan kekerapan lelaki yang diserang wanita kira-kira sama dengan lelaki menyerang wanita. Walaupun lelaki cenderung menyebabkan kecederaan yang lebih, namun wanita juga boleh melakukannya dengan kemungkinan menggunakan senjata seperti pisau, kasut tumit tinggi dan paku yang tajam. Wanita mungkin melihat pasangan yang berpendapatan kurang daripada mereka sebagai “tidak berguna” dan akhirnya mengakibatkan mereka didera.
Lelaki yang didera pula keberatan untuk menghubungi pihak berkuasa kerana takut dianggap pengecut serta masyarakat juga telah dididik bahawa adalah salah memukul wanita, jadi mereka tidak membalas.
2.Agresif dan berani
Ramai wanita hari ini pantang dicabar. Terlalu mengamalkan prinsip mampu hidup tanpa lelaki serta boleh melakukan semua perkara tanpa bantuan seorang yang bernama lelaki membuatkan ramai wanita bertindak agresif dan ganas. Ego wanita juga tidak kurang hebatnya, mereka tidak suka dikongkong juga sebarang sekatan, jika diganggu wanita akan naik berang.
Bertambah berani apabila lelaki yang dipukulnya jauh lebih berusia dan diyakini tidak mampu membalas tindakan tersebut. Terdapat pelbagai kes wanita menyeksa lelaki secara fizikal dengan memukul menggunakan batang mop, kayu golf dan penyapu.
3.Seksualiti semakin layu
Suami yang lemah syahwat juga boleh mendorong isteri bertindak ganas. Suami kerap menolak ajakan isteri untuk melakukan hubungan seks sehingga isteri tidak mampu lagi merayu si suami. Maka ada yang sanggup bertindak memukul suami. Sesiapa pun apabila tahap kesabaran tidak mampu dibendung lagi boleh melakukan perkara yang di luar kemampuannya.
Ada juga lelaki yang diserang secara psikologi apabila sesetengah wanita merajuk dan tidak mahu bercakap berbulan lamanya. Mogok tidak mengadakan hubungan intim untuk tempoh yang lama.
Kes ini menunjukkan wanita semakin berani dalam menyuarakan rasa protes terhadap sesuatu. Ada juga wanita yang bersikap dingin sewaktu diajak bersama oleh suaminya, mungkin kemanisan rumah tangga kian pudar ataupun tiada lagi nilai kemesraan berjaya disemai di antara mereka berdua.
Berdasarkan kajian, rakyat Malaysia adalah antara negara paling kurang melakukan hubungan seks (62 kali) selain Jepun (37 kali) dan China (69). Berbanding rakyat Amerika Syarikat (AS) aktif membuat hubungan seks iaitu 132 kali setahun diikuti Rusia sebanyak 122 kali dan Perancis sebanyak 121 serta Greek (115 kali).
4.Pendidikan tinggi
Diakui ramai wanita yang bijak pandai di luar sana, memiliki tahap pendidikan sarjana jauh lebih tinggi berbanding lelaki. Sang lelaki pula berpendidikan sekadar sijil, namun itu bukanlah lesen untuk wanita berterusan bersifat kasar terhadap lelaki.
Angkuh dengan kejayaan yang ada membuatkan wanita berasa selamat walaupun ditinggalkan sang lelaki. Apa yang pasti, lelaki tetap ketua keluarga yang patut dihormati.
5.Lelaki bersifat lembut
Beruntunglah bila wanita mendapat teman lelaki mahupun suami yang berperwatakan lemah lembut, tidak baran dan baik hati. Tetapi ada wanita yang mengambil kesempatan atas dasar kebaikan ini dengan menunjukkan kekuatan mereka tanpa disedari. Meninggikan suara serta memaksa lelaki menunaikan segala kehendaknya adalah sangat tidak berperikemanusiaan.
6.Baran
Peribadi isteri yang garang dan tegas berbanding suami yang lembut turut mendorong isteri menjadi seorang pendera dalam rumah tangga yang akhirnya isteri mula mengabaikan tanggungjawab dan mengetepikan batas-batas sebagai seorang isteri.
Ada sahaja silap dan tidak kena di matanya, sikap baran membuatkan sesetengah wanita tidak menyedari mereka telah menyakiti hati seorang lelaki. Walaupun masalah ini dianggap remeh, perasaan marah itu perlu dirawat segera sebelum lelaki menjadi hilang sabar dengan perangai buruk ini. Cuba bertenang, segalanya boleh dibawa berbincang.
7.Pengalaman lampau cipta dendam
Tidak dinafikan pengalaman lampau juga di antara punca mengapa ramai wanita bersifat kasar sehingga sanggup memukul lelaki yang disayangi. Akibat trauma yang dilalui menyimpan dendam yang tiada siapa mengetahui. Hanya dengan menyakiti pasangan sahaja mampu mengurangkan perasaan marah yang dihadapi.
Sebagai contoh, sejarah keluarga isteri seperti ibu isteri yang garang dan pernah memukul ayahnya suatu ketika dahulu yang menyebabkan perkara itu diteruskan oleh isteri apabila dia berkahwin.
8.Curang
Statistik menunjukkan hampir 50 peratus kes keretakan rumah tangga berpunca akibat kemunculan pihak ketiga. Masalah ini membuatkan wanita menjadi lebih agresif apabila mengetahuinya sehingga ada yang sanggup melakukan sesuatu di luar jangkaan dan menakutkan lelaki untuk mengulanginya.
9.Gangguan ekologi
Terdapat teori mengatakan bahawa gangguan ekologi (persekitaran kehidupan) menjadi penyebab timbulnya kes penderaan terhadap lelaki. Kelemahan identiti maskulin lelaki akibat tercabar hebat oleh wanita juga boleh menimbulkan potensi suami ditindas isteri secara psikologi mahupun fizikal.
Apabila peranan suami sebagai ketua keluarga terus-terusan dicabar, akibat pelbagai faktor antaranya kuasa, kewangan dan jawatan yang menyumbang lebih pendapatan terhadap keluarga. Jurang status ekonomi dan sosial antara suami isteri juga di antara sebab yang boleh menjejaskan fungsi institusi keluarga terbabit jika gagal ditangani dengan bijak.
10.Emosi tidak stabil
Faktor perubatan dan emosi boleh mendorong isteri mendera suami seperti semasa dia meroyan selepas bersalin.
Keterampilan gaya elegan seseorang lelaki kini bukan hanya bergantung kepada paras rupa dan juga penjagaan badan yang baik. Pemilihan pakaian serta aksesori kini menjadi...