back to top
Maskulin kini berada di dalam aplikasi   
Maskulin kini berada di dalam aplikasi   
Home Berita 10 Cara Lelaki Perlu Lakukan Untuk Elak Pergaduhan Selepas Berkahwin!

10 Cara Lelaki Perlu Lakukan Untuk Elak Pergaduhan Selepas Berkahwin!

1-Berbelanja kurang dari pendapatan

Anda dan pasangan perlu mengetahui kedudukan kewangan dan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Biasanya dalam berbelanja, wanita lebih  cenderung untuk berbelanja lebih kerana wanita yang mengetahui selok belok barangan yang diperlukan  di rumah. Tetapi ini tidak bermakna anda boleh membelanjakan wang  sesuka hati. Kami sarankan anda membeli satu atau dua perabot dahulu pada bulan pertama mengikut keutamaan.

2-Rujuk orang berpengalaman

Kaedah pengurusan kewangan yang teratur juga boleh diperoleh dengan merujuk maklumat dan panduan yang diambil dari buku-buku, majalah atau pengalaman melalui rakan-rakan yang telah lama berumahtangga. Jangan sesekali mendapatkan pengalaman dari seseorang yang memang terkenal dengan sikap boros dan suka mementingkan gaya hidup tinggi. Kalau boleh, pastikan anda tahu memilih sumber rujukan mengikut kemampuan anda.

3-Ubah tabiat zaman bujang

Siapa kata sikap zaman bujang tidak langsung mempengaruhi alam perkahwinan? Kalau dahulu anda biasa membelanjakan duit sesuka hati, tetapi setelah berkahwin sistem kewangan anda perlu diatur dengan bijak dan seimbang. Mungkin selepas kahwin, anda perlu fikirkan hal keluarga ataupun simpanan di masa hadapan. Ia juga melatih diri dan ahli keluarga lain lebih bijak mengendalikan urusan kewangan untuk mengurangkan perbelanjaan seisi rumah.

4-Tentukan matlamat

IKLAN

Biasanya selepas berkahwin, setiap pasangan pasti merancang untuk membeli beberapa aset penting seperti pembelian rumah, kereta dan juga aset lain. Rasanya tidak salah anda mempunyai perancangan seperti itu. Bagi pihak lelaki, tentunya tanggungjawab menjadi lebih besar kerana sebelum berkahwin, anda harus menyediakan segala-galanya. Tetapi tidak salah jika anda melakukan perbincangan bersama pasangan sebelum merancang untuk berkahwin.

5-Agihkan pendapatan

Setelah mengetahui jumlah pendapatan seisi rumah sebulan, anda boleh mengagihkan perbelanjaan mengikut keutamaan. Perbelanjaan untuk keperluan asas yang terdiri dari makanan, pakaian dan tempat tinggal. Perbelanjaan untuk kehendak seperti membeli perabot, peralatan elektrik, perhiasan dan kenderaan. Manakala agihan untuk simpanan penting untuk waktu  kecemasan dan kesihatan. Pelaburan jangka panjang juga perlu dirancang.

6-Rekod perbelanjaan sebenar

IKLAN

Ramai pasangan berjaya membuat agihan perbelanjaan namun tidak merekodkan perbelanjaan sebenar. Harus diingat! Melalui rekod perbelanjaan ini kita dapat mengetahui nilai sebenar perbelanjaan yang dikeluarkan berbanding ketika membuat perancangan perbelanjaan. Jadi mulai saat ini, pastikan anda simpan setiap bil-bil dan resit yang dibelanjakan.

7-Nikmati hidangan di rumah

Tabiat makan biasanya bermula sejak zaman bujang lagi. Mungkin anda selalu makan di restoran yang lebih mempunyai keburukan dari kebaikan. Perlu diingat, selepas berkahwin, belanja anda akan bertambah. Lebih baik makan di rumah. Bukan sahaja dapat menjaga kesihatan tetapi juga mengeratkan hubungan dengan pasangan.

IKLAN

8-Buat  belanjawan bersama

Bagi pasangan suami isteri yang bekerja, mereka harus membuat belanjawan bersama-sama dengan menggabungkan pendapatan dan perbelanjaan keluarga. Antara faedah yang diperolehi ialah dapat mengelakkan wanita menanggung beban si suami atau si suami yang terpaksa berhadapan dengan si isteri yang menempah barang-barang atau berbelanja di luar kawalan.

9-Ukur baju di badan sendiri

Bagi anda yang baru berumah tangga mungkin terikut-ikut dengan keperluan  seperti mana yang dimiliki oleh orang lain yang telah berkahwin. Mungkin pada waktu inilah masing-masing sedaya-upaya memenuhi impian setiap pasangan. Anda tidak  perlu mengikut cara orang lain, sebaliknya perlulah mengikut kemampuan sendiri. Sebagai lelaki mungkin anda memainkan lebih peranan  mengawal perbelanjaan.

10-Kumpul duit lebihan barang dapur

Siapa kata dengan saki baki duit syiling hasil lebihan membeli barang dapur tidak boleh mencecah hingga ratusan ringgit? Kadang-kala kita tidak sedar bahawa duit yang sedikit itu ‘lama-lama menjadi bukit’. Mulakan dengan membuat tabungan setiap kali pulang dari membeli belah. Kadang-kala juga duit tersebut boleh digunakan untuk tujuan kecemasan seperti membaiki kereta rosak dan juga kemalangan yang tidak diduga.
 

 
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI