Jerawat satu hal, bila jerawat dah surut tinggal pula parutnya yang hitam dan mengerikan. Masalah ni pasti menjatuhkan keyakinan seorang lelaki yang maskulin ketika berdepan dikhalayak ramai. Jom kita lihat perkongsian oleh saudara Hery Rozular di laman Facebook miliknya antara tips yang boleh anda gunakan untuk menghilangkan parut jerawat dan mencerahkan kulit mengunakan bahan semulajadi.
“ Betik ni buah yg terkenal dgn sumber beta-carotene yg penuh dgn enzim yg bagus utk kulit kita. Enzim dlm betik ni boleh melambatkan proses terjadinya kedutan kat muka n lawan jugak radikal bebas yang boleh rosakkan kulit kita.
Enzim dipanggil “papain”, sejenis enzim yg boleh cerahkan kulit n pudarkan jugak parut jerawat tauu. Bukan tu jgk, dgn mengamalkan betik ni secara konsisten boleh buat kulit muka kita lagi lembut !
Gabungan antara madu yg terkenal dengan boleh lembapkan kulit n rawat jerawat, dan lemon yg jgk berfungsi utk pudarkan parut jerawat, kecilkn pori, cerahkan kulit pendek kata mask ni memang sesuai sangaaat kpd sesapa yg nak cerahkan kulit, rawat sunburn, nak lembapkan kulit, and pudarkan parut jerawat uols tuuu.
Segala bahan2 dan cara nak buat mask simple n cukup2 powerrr ni saya dah attachkan di bawah, cukup2 jimat kalau malas nak beli mask yang jenis sheet boleh pakai sekali tu, tapi ni siap boleh share ngan mak, adik, eh semua lah selamat mencuba dan jangan lupa share
Bahan-bahannya:
Ads
2 sudu besar madu
Setengah biji lemon
Sedikit betik. Betik masak yaaa.
Caranya : Boleh lihat langkah-langkah gambar di bawah.
Ads
Sumber : Facebook Hery Rozular
Ads
Sumber : Facebook Hery Rozular
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Akhirnya Aliff Aziz bersuara selepas mendiamkan diri berhubung pelbagai isu terpalit dirinya.
Memetik laporan Vocket, Aliff Aziz mendakwa keretakan rumah tangganya berpunca daripada isterinya Bella Astillah yang bermain kayu tiga dengan lelaki dipercayai pelakon Muaz Zabir pada November tahun lalu.
Menerusi menerusi saluran Youtube podcast TheCommonFolks SG, Aliff memberitahu menyedari perkara itu selepas melihat mesej perbualan yang tersimpan dalam telefon isterinya itu. Jelas artis itu, perkara itu telah mengubah hidupnya.
“Pada tarikh 13 November tahun lalu ada perkara besar berlaku dalam hidup yang membuatkan saya kehilangan kata-kata.
“Masa itu saya sedang bertanding dalam Konsert All Stars Gegar Vaganza menyanyikan lagu Cek mek Molek dan diangkat sebagai juara mingguan.
“Tujuan pendedahan ini bukanlah nak serang sesiapa atau nak pertahankan diri. Cuma, saya ingin bercerita perkara terjadi membabitkan Bella.
“Pada awal pagi Ahad itu, saya memang tak dapat tidur. Tiba-tiba datang rasa nak tengok telefon bimbit Bella dan melihat mesej dalam arkib. Masa itu, Bella sedang tidur.
“Sebaik sahaja mesej dibuka dibuka, saya sangat terkejut melihat isi kandungan hingga tak mampu nak kawal diri,” dakwa Aliff.
Bagaimanapun, dia memaafkan isterinya dan berasakan mungkin perasaan itulah yang dirasakan Bella ketika dirinya berlaku curang sebelum ini.
Alif juga memberitahu yang dia cuba berubah menjadi suami yang lebih memahami dan bertanggungjawab. Namun, Bella sudah tawar hati dan mereka berdua sering bergaduh disebabkan perkara kecil.
Aliff juga mengakui dia tidak mampu berbuat apa-apa untuk memulihkan hubungan mereka lagi kerana nasi sudah menjadi bubur.
Dia turut mengakui perpisahan juga jalan terbaik kerana sudah tidak lagi berkomunikasi selepas konflik rumah tangga berlaku.
“Ketika ini, bila saya melihat cermin, saya adalah lelaki yang gagal. Jika ini kata-kata terakhir yang boleh dilafazkan, saya ingin ucapkan terima kasih atas rasa cinta dan kasih sayang sepanjang lapan tahun perkahwinan.
Aliff turut mengakui yang dirinya tidak mampu mencapai kesempurnaan jika tiada Bella di sampingnya.
Oleh itu, Aliff terpaksa menerima hakikat akan kehilangan isteri dan anak-anak buat selama-lamanya gara-gara dia yang tidak menghargai mereka selama ini
Berkuasa di sini bukanlah bermaksud mempunyai tenaga kudrat yang paling hebat atau pun memiliki keupayaan mengalahkan musuh dengan menggunakan fizikal semata.
Manusia yang berkuasa termasuk di dalam senarai ini ialah manusia yang mempunyai pengaruh yang sangat hebat dan mempunyai pengikut yang cukup ramai. Rata-rata di antara mereka adalah muncul dari golongan pemimpin dan ahli politik.
Cara menentukan manusia paling berkuasa mungkin berubah-berubah mengikut peredaran masa bergantung kepada keadaan dinamik sosio ekonomi dan geopolitikal semasa. Dalam dunia yang rata-rata diselubungi kepantasan data digital insan yang berpengaruh ini menjadi semakin mudah menyampaikan idea mereka untuk umum.
Kali ini MASKULIN bawakan 10 manusia paling berkuasa sepanjang tahun 2020 menurut CEOworld.biz. Siapa agaknya yang paling berkuasa di dunia.
Beliau merpuakan Putera Mahkota Arab Saudi yang juga anak kepada Raja Arab Saudi, Raja Salman Bin Abdulaziz Al Saud.
Siapa tidak kenal Mark Zuckerberg, pengasas Facebook yang kini membina empayar dunia digital terbesar di dunia.
Ahli perniagaan yang merupakan pengasas bersama Microsoft. Beliau antara manusia penting menggerakkan revolusi mikrokomputer pada era 1970-an dan 1980-an.
Perdana Menteri India yang ke 14 dan menerajui negara kerajaan negara tersebut sejak tahun 2014. Mempunyai jumlah pengikut setia dari parti Bharaiya Janata Party (BJP) yang berhaluan kanan.
Figura yang penting buat penganut agama Kristian ini bertindak sebagai ketua bagi Kirstian Katholik dan juga Vatican City.
Pengasas dan CEO syarikat multinasional di antara yang terbesar di dunia, Amazon. Jeff Bezos kini memiliki kekayaan bernilai USD185.7 bilion.
Angela Merkel merupakan Canselor Jerman yang merupakan pemimpin utama negara tersebut. Beliau juga pernah menjadi ketua kepada parti Christian Democratic Union dari tahun 200 hingga 2018. Antara pemimpin Eropah paling berpengaruh di dunia.
Pemimpin utama negara komunis China. Xi Jinping merupakan Presiden Republik Rakyat China sejak tahun 2013. Sebagai antara negara kuasa besar pengaruhnya cukup tinggi di persada geopolitikal antarabangsa.
Pemimpin Rusia yang bukan sahaja disayangi rakyatnya malah digeruni oleh lawan di peringkat antarabangsa. Dengan pengaruh negaranya, Vladimir Putin merupakan antara manusia paling berkuasa di dunia.
Sebelum diangkat menjadi ahli politik pasti tiada siapa menyangka ahli perniagaan dan bintang realiti televisyen, Donald Trump menjadi Presiden Amerika Syarikat. Apatah lagi menjadi manusia paling berkuasa di dunia. Pemimpin dari Parti Republikan ini penuh dengan kontroversi dengan pelbagai polisi radikal serta pendekatannya terhadap kaum minoriti.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
BETUL KATA ORANG TUA, JANGAN TENGOK BENDA TIDAK ELOK, NANTI OTAK JADI LEMAH DAN LEMBAP. TAMBAHAN LEBIH MENYIKSAKAN APABILA CUBA MENGINGAT SESUATU YANG PERNAH KITA LALUI ATAU MERASAI PENGALAMAN TERSEBUT, NAMUN MINDA TIDAK MAMPU MENGEMBALIKAN INGATAN TERSEBUT. APA SEBENARNYA YANG MEMBUATKAN SISTEM MEMORI OTAK TERGANGGU. INI TOP 8 PUNCA OTAK ANDA SEMAKIN LAMBAT SETIAP HARI.
KADAR GULA DARAH TINGGI
Memori manusia boleh terganggu akibat daripada aras gula yang tinggi dalam darah. Awas, kerana keadaan ini mengganggu bahagian otak yang berkait dengan sistem ingatan. Sekiranya anda memiliki sejarah keluarga yang mempunyai masalah kencing manis, eloklah sekiranya dikawal pengambilan gula. Lakukan juga ujian darah secara berkala selain menjaga pemakanan dan melakukan senaman aktif. Berjalan kaki dipercayai salah satu alternatif yang berkesan bagi merawat diabetes dan gula berlebihan dalam badan.
KURANG REHAT
Otak memerlukan rehat untuk merakam dan menyimpan memori baru. Cara terbaik untuk merehatkan otak ialah melalui tidur yang secukupnya. Dalam satu kajian, responden yang tidur enam jam setiap hari selama dua minggu mungkin tidak mengalami gejala kurang tidur. Namun begitu, setelah dilakukan ujian mengingat ke atas responden tersebut, hasil menunjukkan mereka sukar mengingat memori jangka pendek. Tajamkan daya mengingat anda dengan membuat keutamaan memberi kerehatan yang secukupnya. Pakar perubatan mengesyorkan supaya mengambil masa selama lebih kurang 6 minit untuk tidur sekiranya benar-benar keletihan. Kaedah ini mampu meningkatkan daya dan kekuatan minda dalam aktiviti rakaman memori di dalam otak.
DENGKUR
Berdengkur tidak hanya mengganggu kualiti tidur seseorang, ia juga mampu menurunkan daya mengingat. Ketika tidur berdengkur, saluran nafas anda akan tersekat dan menghalang oksigen beberapa saat sewaktu sedang tidur untuk sampai ke sel-sel otak yang memerlukan oksigen. Menurut penyelidikan, kaum lelaki lebih banyak berdengkur berbanding wanita. Kebiasaannya berdengkur dikaitkan dengan berat badan berlebihan atau berusia 40 tahun ke atas.
METABOLISME MENURUN
Jika keadaan ini berlaku, anda mungkin mengalami masalah tiroid. Hormon tiroid mengawal metabolisme tubuh. Penghasilan hormon tiroid yang berlebihan atau berkurangan dapat mengganggu sel-sel otak, yang akan memperlahankan kemasukan maklumat ke otak. Sekiranya mengalami masalah ini, anda perlu mendapatkan rawatan.
USIA MELEBIHI 65 TAHUN
Di usia ini, manusia sukar untuk menyerap vitamin B12 dari makanan. Kekurangan B12 yang serius adalah punca penyakit Alzheimer yang dikaitkan dengan sifat lupa yang teruk atau nyanyuk. Ada sesetengan pengamal perubatan mengesyorkan supaya mengambil makanan tambahan atau suplemen bagi meningkatkan vitamin B12.
TERTEKAN
Individu yang menderita penyakit tekanan yang kronik berpotensi mengalami gangguan pada sel-sel otak. Bahkan, ketika tekanan kronik menyerang, ia mampu membunuh sel-sel otak sehingga daya ingatan semakin merosot. Pakar kesihatan mengesyorkan supaya individu yang mengalami masalah tekanan supaya memperbanyakkan aktiviti fizikal, bersenam dengan teratur serta bersosial bersama rakan-rakan.
PENGAMBILAN UBAT ALERGI ATAU PIL TIDUR
Rawatan atau ubat yang diambil untuk mengatasi masalh insomnia dan alergi ternyata juga mampu menganggu fungsi otak. Oleh yang demikian, sekiranya perlu juga mengambil ubat-ubatan sedemikian, disarankan supaya berjumpa doktor dan meminta preskripsi yang sesuai dengan masalah yang dihadapi.
TERLALU BANYAK PENGAMBILAN UBAT-UBATAN
Jika mengambil lima atau lebih ubat pada satu-satu masa, anda berisiko tinggi mengalami gangguan daya ingatan. Pastikan ubat yang diambil telah melalui pemeriksaan doktor.
Olahan : MajalahSains
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Astro Kita RunFest 2025 di Serenia City meraikan gaya hidup sihat, perpaduan dan kelestarian alam dengan ribuan peserta, aktiviti interaktif, serta semangat komuniti Malaysia yang luar biasa.