Bayangkan kita hidup dalam dunia sekarang jika deodoran tak wujud. Pastinya setiap seorang daripada kita menderita terpaksa hidup menghidu bau busuk ketiak masing-masing.
Memang menakutkan bukan? Apatah pula untuk anda sebagai seorang lelaki yang pada zahirnya memang mudah berpeluh dan mengeluarkan bau badan.
Ini juga merupakan mengapa produk-produk penjagaan dan grooming lelaki sangat memetingkan bau yang harum dan mampu melindungi badan dari bau kurang menyenangkan.
Deodoran merupakan produk yang sangat penting buat seorang lelaki. Oleh itu anda harus pandai memilih deodoran yang boleh melindungi kulit bawah lengan serta mengeluarkan bau yang menyenangkan.
Berikut merupakan 10 jenis deodoran dan semburan badan pilihan MASKULIN yang terdapat di pasaran boleh anda gunakan.
AXE Anarchy For Him Body Spray
Sesuai buat anda yang mempunyai bau badan sangat kuat.
Nivea Visage For Men Deodorant Fresh Active Spray
Ads
Tak semua orang suka deodoran bentu roll atau stick. Jadi inilah pilihan terbaik yang datang dalam pakej semburan badan.
Buat anda yang mahu produk bebas bahan kimia. Diperbuat daripada garam mineral, sesuai untuk semua lapisan umur dan jantina.
Nivea Men Dry Roll
Ads
Dikatakan mampu melindungi kulit bawah lengan sehingga 48 jam. Ia juga bebas alkohol dan sebarang pewarna.
Nivea For Men Deodorant Silver
Boleh digunakan oleh semua oranh tak mengira jenis kulit dan juga bau badan. Mnawarkan silver ions, komposisi bahan yang mampu mengurangkan bakteria dan bau badan.
Brut Original Deodorant
Ads
Jenama ol-skool yang bertahan sekian lama dengan ramua terpelihara sejak 1964.
Eco Tan By Sonya – Organic Coconut Deodorant
Deodroan yang dihasilkan daripada bahan organik dan diiktiraf oleh Australian Government Organic & Bio-Dynamic.
Simple Anti Perspirant Deodorant For Sensitive Skin
Walapun jenama ini lebih sionim di kalangan pengguna wanita namun ia juga boleh dibunakan oleh lelaki. Ramuannya telah tercipta sejak tahun 1960.
Crystal Rock Deodorant Stick Unscented
Harga deodoran ini mungkin lebih mahal berbanding yang lain. Namun antara kelebihannya ialah tidak mengandungi sebarang bahan kimia atau bauan sintetik. Ia juga bebas alummnium, sejenis kompaun yang sering dikaitkan dengan penyakit Alzheimer.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Membasuh muka dengan hanya menggunakan pencuci muka tidak memberikan impak yang besar. Sebenarnya, ramai yang tidak menitik beratkan kepentingan menggunakan scrub muka. Untuk pengetahuan anda, scrub muka sangat penting digunakan kerana ia membuang kulit mati, mencerahkan wajah serta mengelakkan pori-pori daripada tersumbat. Selain itu, scrub muka dapat mencerahkan lagi kulit yang kusam.
Ini antara produk yang boleh anda gunakan untuk membuang kulit mati:
Ini ialah rekomendasi scrub muka yang terbaik untuk menyelesaikan masalah jerawat dan kulit berminyak. Dengan hanya 4 minggu sahaja, kesan jerawat dan bintik hitam akan hilang sekelip mata serta masalah kulit berminyak berkurangan. Ia juga mempunyai sijil Halal.
Lelaki juga perlu memakai scrub muka untuk mendapatkan kulit yang segar. Produk ini dapat menghilangkan semua kekotoran dan mengawal kulit berminyak. Ia adalah dual produk yang membersihkan kulit secara mendalam serta mencerahkan muka.
Terdapat banyak sel kulit mati dan kekotoran pada wajah. Justeru itu, scrub muka apricot ini membantu untuk mengupas sel kulit mati serta bintik hitam. Ia juga mengandungi vitamin E semulajadi yang dapat melembutkan kulit. Pasti muka kelihatan berseri-seri selepas ini!
Ini merupakan produk 2-dalam-1 kerana boleh digunakan sebagai scrub muka atau mask. Ia mempunyai aroma yang menyenangkan iaitu bau oatmeal dan juga madu. Dengan menggunakan scrub, muka pasti nampak lebih sihat, lembut dan segar. Selain itu, ia diperbuat 100% daripada serbuk kulit badam dan dijamin selamat digunakan.
Jangan lupa ke Karnival Karangkraf 1-3 Jun ni! Mungkin anda boleh dapat produk scrub secara percuma? Siapa tahu kan?
Siapa pernah ke salun untuk cuci dan syampu rambut. Selain kehebatan servis yang ditawarkan, rambut kita juga akan menjadi sangat licin, bersinar dan rasa lebih sihat.
Berbeza sangat dengan hasilnya bila syampu sendiri.
Nak tahu sebabnya mengapa? Selain produk profesional yang digunakan, cara pendandan rambut itu membasuh rambut anda juga memainkan peranan penting.
Mereka menggunakan air suam atau sejuk pada rambut anda. Urut rambut dengan lembut dengan syampu pada seluruh permukaan kulit kepala. Dan mengenakan perapi untuk hasil lebih hebat.
Tapi sebenarnya jika anda lakukan dengan betul ia boleh dilakukan sendiri di rumah. Bukan sahaja menjimatkan malah anda dapat rambut lebih bersinar dan licin! Ikuti tip cuci rambut gaya ala-salun di bawah!
Membasuh rambut terlalu kerap menghilangkan minyak semula jadi daripada kulit kepala anda, dan mengakibatkan kesan sebaliknya; akar rambut menjadi lebih berminyak.
Air seharusnya suam atau sejuk, jangan sekali-kali terlalu panas; haba berlebihan boleh menyebabkan rambut anda kering.
Amaun syampu yang sama dengan 1/4 daripada tapak tangan anda cukup untuk rambut anda. Hanya gunakannya sekali, agar rambut tidak menjadi berat.
Dengan gerakan membulat, gosok syampu selama lebih kurang 20 saat. Biarkan syampu mengalir turun ke hujung rambut.
Tidak seperti syampu, perapi hanya perlu digosok pada rambut dan hujungnya. Biarkan perapi itu terperap pada rambut anda selama 5 hingga 7 minit.
Amaun yang bersamaan dengan satu sudu kecil sudah cukup untuk rambut pendek. Untuk rambut yang sederhana panjang hingga panjang, setengah sudu besar sudah memadai.
Pastikan semua sisa dibersihkan. Bilas rambut anda sekali lagi dengan air sejuk; kejutan terma daripada perubahan suhu menjadikannya lebih berkilat!
Semasa masih lagi berada di dalam bilik mandi, gunakan sikat untuk meleraikan kekusutan rambut perlahan-lahan, sentiasa dari hujung rambut ke bahagian tengah rambut.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Khasiat cuka epal memang tak boleh disangkal lebih-lebih lagi untuk membuang lemak. Ia telah digunakan oleh orang Greek dan Mesir sejak beribu tahun dahulu sebagai makanan dan ubatan.
Khasiat cuka epal ini mula diberi perhatian setelah Dr D.C. Jarvis, penulis buku kesihatan, mengesyorkan cuka epal sebagai produk masakan yang sihat yang boleh diamalkan setiap hari sebagai “home cure” (ubat di rumah).
Selain khasiat cuka epal untuk kesihatan tubuh badan, Jarvis juga mengesyorkan agar cuka epal dicampurkan dengan madu untuk membuat air ‘honergar’ (madu + cuka epal).
Jika anda nak kurangkan rasa masam, campurkan cuka epal dengan sesudu madu. Untuk dapatkan hasil terbaik, minum dua kali sehari.
Jom ketahui 8 lagi khasiat cuka epal, selain buang lemak.
Detox berfungsi mengeluarkan toksin dan bahan berlebihan yang tidak diperlukan oleh tubuh. Amalan ini boleh membersihkan toksin yang tersumbat dalam peredaran darah yang menyebabkan penyakit darah tinggi, jantung dan peningkatan kolestrol. Kesannya, peredaran darah akan menjadi bersih dan sihat, selain dapat mengembalikan metabolisme tubuh menjadi normal.
Dalam kajian 2013 yang diterbitkan dalam International Journal of Obesity, penyelidik mendapati bahawa cuka epal dapat menyekat selera makan. Ini secara tidak langsung dapat membantu anda mengawal nafsu makan dalam proses menurunkan berat badan. Sebelum anda memulakan apa-apa diet, pastikan anda rujuk dengan ahli dietetik atau doktor untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Walaupun penemuan ini memerlukan lebih banyak kajian, namun pada tahun 2006 penyelidik telah menemui bahawa asid asetik yang ada dalam cuka boleh mengurangkan paras kolestrol di dalam badan tikus makmal. Malah satu kajian lain yang dijalankan di Jepun mendapati, orang yang mengambil 15 gram cuka epal setiap hari boleh mengurangkan tahap kolestrol bagi orang yang terlibat dalam kajian tersebut.
Jika tekak anda rasa tidak selesa, ambillah cuka epal. Ia mengandungi tahap asid yang ldapat membunuh bakteria yang ada dalam mulut. Caranya, campurkan satu cuka epal dan satu sudu madu ke dalam secawan air suam. Kemudian, berkumur dengannya setiap sejam ataupun 2 jam.
Cuka epal juga sangat baik untuk kulit yang bermasalah seperti ekzema atau merawat kulit berjerawat, tompok hitam yang tak sekata pada kulit mahupun selulit. Minuman berkhasiat ini kaya dengan potassium yang membantu proses detokfikasi harian khas untuk kecantikan kulit, mengurangkan keguguran rambut, merawat masalah kerapuhan kuku dan gigi. Manakala beta karotin yang ada dalam cuka epal pula dapat memperbaharui kerosakan sel-sel tubuh akibat aktiviti radikal bebas, di samping menegang dan menganjalkan kulit.
Cuka epal boleh dijadikan sebagai pelembut rambut. Menurut seorang arkitek, Cheryl Cheko, beliau sering dipuji oleh pekerja salun kerana rambutnya yang cantik. Rahsianya ialah menggunakan soda bikarbonat sebagai syampu dan cuka epal ketika membilas rambut. Bahkan ia juga boleh menghilangkan gatal pada kulit kepala. Cuka epal bersifat asid dan kebanyakan masalah rambut disebabkan oleh rambut yang terlalu beralkali. Fungsi cuka epal dapat membantu meneutralkan rambut dan kulit kepala. Sebelum menggunakannya pada rambut, pastikan anda larutkan cuka epal dengan air bagi mengelakkan rambut rosak.
Cuka epal sangat baik untuk merawat kaki yang bermasalah seperti kaki berbau, kutu air atau tumit kaki pecah. Untuk mengatasi masalah kutu air yang ringan, anda campurkan 2 sudu makan cuka epal dengan 3 cawan air. Rendam kaki dalam larutan ini selama 10-15 minit. Orang yang bermasalah dengan kaki berbau pun boleh amalkan cara ini. Bukan itu sahaja, rendaman cuka epal untuk tumit kaki kering dan pecah juga dikatakan efektif untuk mengembalikan kelembapannya. Caranya, gunakan air sejuk untuk rendam kaki selama 20 minit. Setelah kering, sapukan pelembap kaki dan pakai sarung kaki sebelum anda nak tidur. Elak gunakan cuka epal jika kaki anda luka kerana ia akan membuatkan luka lambat sembuh dan berlaku jangkitan.
Cuka epal juga bermanfaat sebagai bahan untuk berkumur dan mengatasi masalah mulut berbau. Kajian dari penelitian yang dilakukan oleh Mayo Foundation for Medical Education and Research membuktikan bahawa cuka epal sangat baik untuk mengatasi bau mulut. Ia mengandungi enzim baik yang dapat membantu menghancurkan plak penyebab karang gigi, melindungi mulut daripada bakteri sisa-sisa makanan dan menyimpan nutrisi yang baik untuk menjaga kesihatan gigi.
Pengambilan cuka epal dalam diet harian pasti ada kebaikan untuk tubuh kerana ia kaya dengan nutrisi. Namun jangan ambil berlebihan, amalkan secara sederhana dan berpada-pada. Bagi yang ada masalah kesihatan, sebaiknya berbincang dahulu dengan doktor sebelum mengambil cuka epal ini. Untuk yang ingin mengamalkan cuka epal, pastikan anda larutkan cuka epal terlebih dahulu untuk mengurangkan kepekatannya untuk mengelakkan sebarang kemudaratan lain.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.