
Selepas hampir sedekad tanpa Formula 1, deruman jentera F1 akhirnya kembali ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 2 hingga 4 Oktober 2026. Namun kali ini, perlumbaan yang berlangsung di Malaysia bukan Malaysian Grand Prix.
Sebaliknya, Sepang akan menjadi tuan rumah kepada Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix in Malaysia 2026, satu situasi luar biasa yang terhasil selepas perlumbaan asal di Sakhir tidak dapat diteruskan pada slot April susulan situasi keselamatan di Asia Barat.
Menjelang hujung minggu perlumbaan, berikut 10 fakta yang perlu diketahui tentang kepulangan F1 ke Sepang.
Semua waktu berikut adalah waktu Malaysia dan tertakluk kepada perubahan.
| Tarikh | Acara | Waktu |
|---|---|---|
| Jumaat, 2 Oktober | Latihan Bebas 1 | 12.30 tengah hari – 1.30 petang |
| Latihan Bebas 2 | 4.00 – 5.00 petang | |
| Sabtu, 3 Oktober | Latihan Bebas 3 | 12.30 tengah hari – 1.30 petang |
| Kelayakan | 4.00 – 5.00 petang | |
| Ahad, 4 Oktober | Drivers’ Parade | 1.00 – 1.30 petang |
| Lagu Kebangsaan | 2.44 petang | |
| Perlumbaan F1, 56 pusingan | 3.00 – 5.00 petang |
Hujung minggu itu turut disertai Formula Trophy Malaysia sebagai perlumbaan sokongan, dengan sesi latihan bermula Jumaat sebelum dua perlumbaan berlangsung pada Sabtu dan Ahad.
Bagi anda yang bergerak dari Shah Alam, satu pilihan praktikal jika mahu mengurangkan risiko terperangkap dalam trafik ialah menuju ke KL Sentral, kemudian menggunakan KLIA Ekspres ke KLIA Terminal 2.
KLIA Ekspres menawarkan Sepang Race Train Pass berharga RM200, merangkumi enam perjalanan KL Sentral-KLIA T2 untuk tiga hari perlumbaan. Dari KLIA T2, pengunjung boleh menaiki bas perantara percuma ke SIC.
Jika mahu memandu dari Shah Alam tetapi tidak mahu membawa kereta terus ke kawasan litar, satu lagi pilihan ialah menuju ke Mitsui Outlet Park KLIA dan menggunakan bas perantara Rapid KL.
Sebanyak 95 bas percuma disediakan dari KLIA Terminal 2, Mitsui KLIA dan De-Village di Bandar Baru Enstek. Perkhidmatan berjalan dari 7 pagi hingga tengah malam, dengan kekerapan sekitar 10 hingga 15 minit sepanjang tiga hari perlumbaan.
Bagi yang mahu memandu terus ke SIC, rancang perjalanan lebih awal kerana trafik dijangka meningkat dengan ketara, khususnya sebelum sesi kelayakan pada Sabtu dan perlumbaan utama pada Ahad. Pas parkir litar juga dijual secara berasingan dan beberapa zon dilaporkan telah habis ditempah menjelang minggu perlumbaan.
Apa yang berlaku pada 2026 bukanlah kebangkitan semula Malaysian Grand Prix secara rasmi. Ia tetap Bahrain Grand Prix, cuma pentasnya kali ini berada lebih 6,000 kilometer dari Sakhir.
Namun bagi peminat tempatan, perbezaan nama mungkin tidak banyak mengubah keterujaan.
Selepas sembilan tahun, kereta Formula 1 kembali memecut melalui dua laluan lurus ikonik Sepang, mengharungi selekoh pantas dalam cuaca Malaysia yang sentiasa sukar diramal.
BACA: 5 Sebab Peminat F1 Sangat Suka Terhadap Litar Antarabangsa Sepang
Dan untuk sekali ini, sejarah F1 bukan sahaja berlaku di atas trek. Hakikat bahawa Bahrain Grand Prix sendiri perlu merentas negara untuk sampai ke Sepang sudah menjadikan perlumbaan ini antara acara paling unik dalam sejarah moden Formula 1.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.