Ads

10 Fakta Bahrain Grand Prix 2026 Di Malaysia, F1 Kembali Ke Sepang!

SEPANG

Selepas hampir sedekad tanpa Formula 1, deruman jentera F1 akhirnya kembali ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 2 hingga 4 Oktober 2026. Namun kali ini, perlumbaan yang berlangsung di Malaysia bukan Malaysian Grand Prix.

Sebaliknya, Sepang akan menjadi tuan rumah kepada Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix in Malaysia 2026, satu situasi luar biasa yang terhasil selepas perlumbaan asal di Sakhir tidak dapat diteruskan pada slot April susulan situasi keselamatan di Asia Barat.

10 Fakta Bahrain Grand Prix 2026 Di Malaysia, F1 Kembali Ke Sepang!

Menjelang hujung minggu perlumbaan, berikut 10 fakta yang perlu diketahui tentang kepulangan F1 ke Sepang.

  1. Perpindahan Bersejarah
    Bahrain Grand Prix 2026 mencipta sejarah apabila perlumbaan rasmi dipindahkan ke negara lain dan berlangsung di Sepang.
  2. Dipindahkan Atas Faktor Keselamatan
    Perlumbaan asal di Sakhir ditangguhkan susulan kebimbangan keselamatan dan ketegangan serantau di Asia Barat.
  3. Nama Bahrain Grand Prix Dikekalkan
    Walaupun berlangsung di Malaysia, acara ini kekal menggunakan nama rasmi Bahrain Grand Prix dengan Gulf Air sebagai penaja utama.
  4. F1 Kembali Ke Sepang Selepas Sembilan Tahun
    Ini menjadi penampilan semula Formula 1 di Sepang selepas Malaysian Grand Prix terakhir pada 2017.
  5. Slot Kalendar Yang Strategik
    Sepang diletakkan di antara Azerbaijan dan Singapore Grand Prix, menjadikan perjalanan logistik lebih praktikal.
  6. 56 Pusingan Di Litar 5.543KM
    Sepang mempunyai 15 selekoh dan perlumbaan utama akan berlangsung sepanjang 56 pusingan.
  7. Tiket MyKad Bermula RM200
    Tiket tiga hari untuk rakyat Malaysia dilancarkan dari RM200, manakala tiket antarabangsa bermula USD219.
  8. Litar F1 Pertama Rekaan Hermann Tilke
    Dibuka pada 1999, Sepang merupakan litar Formula 1 pertama yang direka oleh arkitek litar terkenal Hermann Tilke.
  9. Berpotensi Rancakkan Pelancongan Malaysia
    Kepulangan F1 dijangka menarik puluhan ribu peminat luar negara serta memberi limpahan kepada sektor hotel, makanan dan pengangkutan.
  10. Bahrain Village Jadi Tarikan Istimewa
    Peminat turut boleh menikmati Bahrain Village yang mengetengahkan makanan, kraf dan budaya negara tersebut sepanjang hujung minggu perlumbaan.

10 Fakta Bahrain Grand Prix 2026 Di Malaysia, F1 Kembali Ke Sepang!

Jadual Utama Bahrain Grand Prix 2026 Di Sepang

Semua waktu berikut adalah waktu Malaysia dan tertakluk kepada perubahan.

Tarikh Acara Waktu
Jumaat, 2 Oktober Latihan Bebas 1 12.30 tengah hari – 1.30 petang
Latihan Bebas 2 4.00 – 5.00 petang
Sabtu, 3 Oktober Latihan Bebas 3 12.30 tengah hari – 1.30 petang
Kelayakan 4.00 – 5.00 petang
Ahad, 4 Oktober Drivers’ Parade 1.00 – 1.30 petang
Lagu Kebangsaan 2.44 petang
Perlumbaan F1, 56 pusingan 3.00 – 5.00 petang

 

Ads

Hujung minggu itu turut disertai Formula Trophy Malaysia sebagai perlumbaan sokongan, dengan sesi latihan bermula Jumaat sebelum dua perlumbaan berlangsung pada Sabtu dan Ahad.

Tip Terbaik Ke SIC 

Bagi anda yang bergerak dari Shah Alam, satu pilihan praktikal jika mahu mengurangkan risiko terperangkap dalam trafik ialah menuju ke KL Sentral, kemudian menggunakan KLIA Ekspres ke KLIA Terminal 2.

KLIA Ekspres menawarkan Sepang Race Train Pass berharga RM200, merangkumi enam perjalanan KL Sentral-KLIA T2 untuk tiga hari perlumbaan. Dari KLIA T2, pengunjung boleh menaiki bas perantara percuma ke SIC.

10 Fakta Bahrain Grand Prix 2026 Di Malaysia, F1 Kembali Ke Sepang!

Ads

Jika mahu memandu dari Shah Alam tetapi tidak mahu membawa kereta terus ke kawasan litar, satu lagi pilihan ialah menuju ke Mitsui Outlet Park KLIA dan menggunakan bas perantara Rapid KL.

Sebanyak 95 bas percuma disediakan dari KLIA Terminal 2, Mitsui KLIA dan De-Village di Bandar Baru Enstek. Perkhidmatan berjalan dari 7 pagi hingga tengah malam, dengan kekerapan sekitar 10 hingga 15 minit sepanjang tiga hari perlumbaan.

Bagi yang mahu memandu terus ke SIC, rancang perjalanan lebih awal kerana trafik dijangka meningkat dengan ketara, khususnya sebelum sesi kelayakan pada Sabtu dan perlumbaan utama pada Ahad. Pas parkir litar juga dijual secara berasingan dan beberapa zon dilaporkan telah habis ditempah menjelang minggu perlumbaan.

F1 Kembali, Tetapi Dengan Cerita Yang Sangat Berbeza

Apa yang berlaku pada 2026 bukanlah kebangkitan semula Malaysian Grand Prix secara rasmi. Ia tetap Bahrain Grand Prix, cuma pentasnya kali ini berada lebih 6,000 kilometer dari Sakhir.

Ads

Namun bagi peminat tempatan, perbezaan nama mungkin tidak banyak mengubah keterujaan.

10 Fakta Bahrain Grand Prix 2026 Di Malaysia, F1 Kembali Ke Sepang!
Foto: Fail BERNAMA

Selepas sembilan tahun, kereta Formula 1 kembali memecut melalui dua laluan lurus ikonik Sepang, mengharungi selekoh pantas dalam cuaca Malaysia yang sentiasa sukar diramal.

BACA: 5 Sebab Peminat F1 Sangat Suka Terhadap Litar Antarabangsa Sepang

Dan untuk sekali ini, sejarah F1 bukan sahaja berlaku di atas trek. Hakikat bahawa Bahrain Grand Prix sendiri perlu merentas negara untuk sampai ke Sepang sudah menjadikan perlumbaan ini antara acara paling unik dalam sejarah moden Formula 1.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads