Tentu mahal jika anda nak bersihkan seat kereta yang kotor di kedai. Sebaiknya simpan sahaja duit anda itu kerana ada cara yang lebih mudah untuk bersihkan seat kereta. Malah anda hanya guna bahan bajet untuk bersihkan seat kereta seperti baru.
Selain bersihkan seat kereta, anda juga boleh menggunakan cara ini untuk membersihkan segala kekotoran terutamanya pada bahagian panel pintu kereta dengan pantas.
Perkongsian bijak daripada Encik Radi tentang cara-cara membersihkan seat kereta ini boleh anda jadikan panduan.
Campurkan baking soda bersama dengan cuka dalam air suam.
Kacau dan masukkan dalam botol spray.
Spray rata pada seat yang kotor dengan jarak 6-8 inci dari seat kereta tersebut
Gunakan berus lembut dan gosokkan pada bahagian yang kotor.
Lapkan dengan kain microfiber yang telah dibasahkan dengan air.
Ulang langkah 3-6 hingga ia betul-betul jadi bersih.
Keringkan dengan vacuum atau guna tuala microfiber hingga kering.
Selain seat kereta, anda juga boleh semburkan ke bahagian-bahagian lain dalam kereta. Barulah bersih luar dan dalam. Apabila ada feel macam kereta baru, barulah hilang rasa stres nak jalan jauh.
Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pinjaman bank untuk pembiayaan kereta adalah satu kelaziman di Malaysia. Bukan mudah untuk kita lihat seorang lelaki membeli kereta secara tunai kerana harganya yang mencecah ribuan ringgit.
Kaedah pinjaman bank adalah pilihan yang paling sesuai untuk pemilikan kereta baharu, dan ia menjadi sesuatu yang sudah sebati dengan gaya hidup lelaki masa kini.
Urusan permohonan pinjaman kereta boleh dilakukan sendiri oleh pengguna atau dilakukan oleh penasihat jualan di atas kebenaran pengguna. Tidak semua orang arif tentang perkara yang melibatkan pinjaman kereta.
Apa yang paling penting perlu kita tahu ialah kadar faedah dan juga kelayakan gaji bagi memohon pembiayaan tersebut. Selain itu kita juga perlu menyediakan pembayaran deposit atau ‘duit muka’.
Bagi permohonan pembiayaan atau pinjaman kereta kebiasaannya bank akan tawaran tempoh selama 5, 7 atau 9 tahun.
Bila menyebut tentang tempoh pinjaman ia mungkin bersifat agak subjektif bagi setiap individu. Ada yang suka cepat habis dan ada juga sebaliknya. Namun tempoh pinjaman manakah yang paling baik?
MASKULIN tertarik dengan jawapan yang diberikan dari seorang Penasihat Jualan Toyota, Momon Syah yang mempunyai pengalaman luas. Pada pendapatnya tempoh pinjaman terbaik adalah selama 7 tahun.
Nak tahu mengapa tempoh itu jadi pilihannya? Ikuti penjelasan lanjut menerusi video di bawah!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bagi anda yang memiliki kereta berusia 5 hingga 10 tahun, ada beberapa perkara perlu diberikan perhatian. Kebiasaannya kereta pada usia ini akan mula menunjukkan beberapa jenis kerosakan pada komponen utama. Ia bergantung juga kepada jarak perjalanan dan juga corak pemanduan setiap orang.
Namun kebiasaannya ia perlu diperiksa kerana jangka hayat beberapa jenis komponen ini akan berdepan kerosakan. Di antara komponen penting yang perlu diberikan perhatian ialah drive shaft. Buat anda yang sudah biasa dengan komponen kenderaan pasti sudah tahu apakah fungsi druve shaft.
Jika kurang arif, usah risau di bawah ini ada penerangan serba sedikit. MASKULIN tertarik dengan perkongsian daripada Facebook Proshox Garage yang menjelaskan perkara ini dengan cukup baik.
Drive shaft atau dalam bahasa Melayu dikenali sebagai aci pemacu merupakan sejenis komponen pada kenderaan dalam kategori drivetrain sistem.
Terdapat dua drive shaft untuk roda hadapan. Satu pada tayar sebelah kanan menakala satu di sebelah kiri. Kedua-dua drive shaft ini menjadi penghubung kuasa dari enjin terus ke tayar kenderaan. Kenderaan jenis ini juga sering dipanggil sebagai kenderaan FWD (Front Wheel Drive).
Seiring dengan perjalanan masa drive shaft akan mengalami kehausan dan kerosakan. Namun kebiasannya ia tidak berlaku serta-merta. Tetapi prestasinya akan merosot dari semasa ke semasa. Sekiranya tanda-tanda kerosakan aci pemacu tidak segera diperbaiki, ianya boleh mengundang bahaya kepada pemandu serta penumpang yang berada dalam kenderaan.
Antara senario paling ditakuti ialah ia tercabut ketika kereta sedang dibawa. Walaupun amat jarang berlaku namun ia tidak mustahil dan pernah dilaporkan berlaku.
Drive shaft mungkin boleh tercabut akibat daripada kerosakan pada bearing CV Joint yang dibiarkan berpanjangan. Ia juga boleh menyebabkan separuh daripada perumah gearbox pada enjin pecah. Dan apabila perkara ini berlaku, kenderaan tersebut berpotensi besar terlibat dengan kemalangan.
Dalam tempoh yang lama, getah boot akan haus dan akhirnya pecah atau terkoyak. Apabila getah boot mulai pecah atau terkoyak, maka secara perlahan-lahan minyak gris di dalamnya akan bocor keluar dan berkurangan.
Minyak gris yang keluar daripada boot lama-kelamaan akan menyebabkan bearing CV Joint di dalamnya mengalami kehausan dan rosak. Namun terdapat juga keadaan dimana boot aci pemacu tidak pecah atau bocor, tetapi bearing-bearing di dalamnya mengalami kerosakan. Salah satu punca keadaan ini adalah gris yang berada di dalam boot tidak berfungsi, ataupun gris tersebut sudah membeku.
1) Bunyi kuat seperti ‘ketak-ketak’ bila melakukan u-turn tajam.
2) Kereta bergegar bila tekan minyak untuk memulakan perjalanan.
3) Terdapat minyak gris terpercik di kawasan tayar atau lower arm hadapan atau bahagian enjin (kebiasaannya jika masalah ini, boleh ditukar drive shaft boot sahaja).
Ambil perhatian! Jika kereta anda alami simptom-simptom di atas segeralah pergi bengkel untuk melakukan pemeriksaan lanjut dan teliti. Ini kerana ia juga boleh beri kepada gearbox dan pemanduan anda.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda.
Dalam dunia permotoran, MotoGP dan Kejuaraan Dunia Superbike (WSBK) adalah dua daripada siri perlumbaan motosikal yang paling terkenal.
Walaupun kedua-duanya menampilkan perlumbaan motosikal berkelajuan tinggi, terdapat beberapa perbezaan ketara antara kedua-dua kejohanan ini. Ia sama ada dari segi motosikal, format perlumbaan dan juga peraturan.
Mungkin ramai di antara anda tidak tahu dan menganggap kedua-duanya sama sahaja. Anda sebenarnya silap kerana MotoGP dan WSBK ada perbezaan yang ketara.
Berikut MASKULIN kongsikan apakah perbezaan utama di antara dua siri perlumbaan motosikal paling popular di dunia.
Secara umumnya, MotoGP dianggap sebagai puncak teknologi perlumbaan motosikal di dunia. Motosikal yang digunakan adalah merupakan – bermaksud ia direka khusus untuk perlumbaan dan tidak tersedia untuk dibeli oleh orang awam.
Ia dibina dengan teknologi terkini dan bahan-bahan terbaik, menjadikan motosikal ini amat ringan dan kuat. Manakala motosikal WSBK pula adalah berdasarkan model yang diproduksi dan boleh dibeli dan serta digunakan oleh orang ramai.
Walaupun motosikal ini diubahsuai secara besar-besaran untuk perlumbaan, mereka masih mempunyai banyak komponen yang sama dengan motosikal jalanan biasa.
MotoGP biasanya mengadakan satu perlumbaan utama pada hari Ahad dengan beberapa sesi latihan dan satu sesi kelayakan pada hari-hari sebelumnya.
WSBK pula hadir dengan format sedikit berbeza, di mana terdapat dua perlumbaan utama: satu pada hari Sabtu dan satu lagi pada hari Ahad, serta satu perlumbaan pendek yang dikenali sebagai ‘Superpole Race’ pada hari Ahad pagi.
Ini memberi penonton lebih banyak aksi dan peluang kepada pelumba untuk mengumpul mata.
Siri MotoGP dikawal selia oleh Fédération Internationale de Motocyclisme (FIM) dengan peraturan yang sangat ketat.
Ini termasuklah spesifikasi teknikal yang teliti tentang apa yang dibenarkan dalam hal reka bentuk motosikal, bahan bakar dan elektronik.
Pada sisi lain, WSBK lebih fleksibel dalam beberapa aspeknya. Sebagai contoh ia membolehkan penggunaan beberapa teknologi yang mungkin tidak dibenarkan dalam MotoGP, seperti sistem suspensi elektronik.
Ini menjadikan WSBK lebih dekat dengan pengalaman memandu motosikal jalanan.
Pembalap di MotoGP sering kali dianggap sebagai elit dalam dunia permotoran motosikal, dengan beberapa pembalap yang paling berbakat dari seluruh dunia berlumba dalam kejohanan ini.
Sebaliknya, WSBK juga mempunyai pembalap yang sangat berbakat, tetapi sering kali mereka adalah pembalap yang bergerak dari kejohanan kebangsaan atau yang ingin menunjukkan kemampuan mereka untuk melangkah ke MotoGP.
Kerana MotoGP menggunakan motosikal prototaip, kos untuk mengembangkan dan penyelenggaraan motosikal ini sangat tinggi.
Ini juga menjadikan kejohanan ini sebagai medan uji untuk teknologi baru dalam bidang motosikal.
WSBK pula, walaupun masih mahal, ia adalah lebih murah berbanding dengan MotoGP kerana menggunakan motosikal berdasarkan produksi yang lebih dekat dengan apa yang digunakan oleh pengguna biasa.
Walaupun kedua-dua MotoGP dan WSBK menawarkan aksi perlumbaan yang mendebarkan, ia sebenarnya berbeza dari segi jenis motosikal digunakan, format dan tahap teknologi.
Bagi MASKULIN kedua-duanya mempunyai tarikan tersendiri dan pastinya peminat motosikal sebenar akan mengikuti perkembangan kedua-duanya sekali!
Jangan lupa untuk subscribe YouTube Maskulin untuk pelbagai content menarik seperti video di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
BYD SEALION 7 2026 kini hadir dalam tiga varian dengan jarak sehingga 650 kilometer, pengecasan lebih pantas dan harga bermula RM159,800 untuk pelanggan terawal.