Buat peminat filem tempatan khususnya dalam genre aksi, nama pengarah muda terkenal Syafiq Yusof pastinya tidak asing lagi. Deretan kejayaan filem terdahulu seperti siri ‘Abang Long Fadil’, ‘KL Sepcial Force’ dan ‘Sheriff: Narko Integriti’ menyaksikan namanya cukup mekar di bibir peminat. Dan terbaru, dia bakal muncul dengan filen terbaru, ‘Blood Brothers: Bara Naga’.
Berdasarkan respon dari treler filemnya yang dikeluarkan baru-baru ini, rata-rata peminat cukup teruja untuk menyaksikan sendiri buah tangan terbaru dari Syafiq Yusof ini.
Tapi sebelum itu, MASKULIN ingin mengajak anda untuk mengetahui 10 perkara menarik tentang ‘Blood Brothers’!
1. ‘Blood Brothers’ merupakan filem arahan bersama pengarah berpengaruh Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra
2. Filem aksi ini menggunakan khidmat DEFENDERZ ACTION TEAM sebagai pengarah dan koreografer aksi.
Foto: Cinema Online
3. ‘Blood Brothers’ dikatakan menelan kos sebanyak RM7 juta untuk dihasilkan.
Ads
4. Membawa plot konflik dua karakter utama Ghaz lakonan Sharnaaz Ahmad dan Ariff lakonan Syafiq Kyle dengan mesej brotherhood, pengorbanan, kesetiaan serta ketamakan kuasa.
5. ‘Blood Brothers’ merupakan filem yang memunyai durasi selama 2 jam 9 minit.
6. Selain Sharnaaz Ahmad dan Syafiq Kyle, filem aksi ini turut menampilkan Shukri Yahaya, Amelia Henderson, Wan Hanafi Su, Syazwan Zulkifly dan Zamarul Hisham.
7. Mengisahkan tentang Ariff (Syafiq Kyle), pengawal peribadi setia dituduh mengkhianati saudara Naga yang telah membelanya. Dalam usaha membuktikan dirinya tidak bersalah, Ariff terpaksa mencari bantuan abang kandungnya yang telah lama terpisah, Jaki (Syazwan Zulkifly).
Ads
Namun, perjalanan Ariff tidak mudah apabila dia menjadi buruan sahabat baiknya sendiri, Ghaz (Sharnaaz Ahmad), yang mengetuai pasukan pengawal peribadi elit yang suatu ketika dahulu dianggapnya sebagai Blood Brothers.
8. ‘Blood Brothers’ bakal ditayangkan di seluruh negara bermula 10 April 2025.
Seorang lelaki berusia 34 tahun dimasukkan hospital selepas mengadu sakit kepala dan sakit leher. Lelaki yang tidak dikenali itu telah mengalami tahap sakit yang cukup menyeksakan selepas makan cili jenis “Carolina Reaper” semasa pertandingan makan cili di Amerika Syarikat.
Dilaporkan, cili itu begitu kuat sehingga membuat beberapa arteri di dalam otaknya mengecil dan meninggalkan sakit kepala ‘thunderclap’. Seperti namanya, sakit kepala ini rasanya seperti disambar petir dan datangnya secara tiba-tiba.
Keadaan ini, penyempitan arteri sementara yang diserta dengan sakit kelapa ‘thunderclap’ selalunya berlaku disebabkan oleh pengambilan ubatan preskripsi atau ubatan yang menyalahi undang-undang. Jarang kes di mana terjadi disebabkan makan cili.
Info Carolina Reaper
Inilah cili terpedas dengan bentuknya yang sangat unik, Carolina Reaper. Jika anda memakannya, maka anda akan merasakan kepedasan 500 kali ganda melebihi Sos Tabasco. Dari namanya saja, sudah pasti anda tahu cili ini berasal dari mana, Rockhill, South Carolina. Bukan itu sahaja, cili ini menyandang gelaran cili terpedas di dunia dari Guiness World Records pada 7 Ogos 2013.
Makan Mee Samyang pun tak tahan, apatah lagi cili Carolina Reaper.
Selain dunia bola sepak, dunia ragbi juga turut bersimpati atas nasib malang pemain Selangor FC (SFC), Faisal Halim yang melecur tahap empat akibat disimbah asid, baru-baru ini.
Legenda ragbi dunia, Sonny Bill Williams juga turut serta memberikan kata-kata semangat kepada pemain Harimau Malaya itu dan mengharapkan Faisal Halim tabah serta sabar dapat menjalani ujian itu.
Kata-kata Sonny dikongsikan SFC menerusi satu klip pendek di laman Instagram pasukan itu, semalam.
“Assalamualaikum saudaraku Faisal. Sonny Bill Williams di sini. Saya hanya ingin mengucapkan semoga Allah memudahkan urusan kamu dan keluarga.
“Saya doakan yang terbaik untuk saudaraku Faisal. Insya-Allah kekal kuat kerana dengan kesukaran pasti akan datang kesenangan.
“Insya-Allah kesenangan itu akan hadir lebih cepat daripada yang kita jangkakan,” kata Sonny.
Raih Perhatian Bintang Bola Sepak Luar Negara
Terdahulu, insiden Faisal disimbah asid itu juga mendapat perhatian daripada bintang bola sepak dari luar negara.
Dua pemain Manchester United, Alejandro Garnacho dan penjaga gol, Andre Onana menzahirkan simpati serta mendoakan kesembuhan buat Faisal.
Dalam satu temu bual bersama Stadium Astro, Onana yang juga penjaga gol kebangsaan Cameroon turut memberikan kata-kata semangat kepada pemain Selangor itu.
5 Sebab kenapa anda perlu berhenti merokok sebelum berkahwin.
Jika anda boleh menanggung susah payah sakit seorang tidak apa. Namun, jika anda rasa tidak mampu menanggungnya seorang, cuba berhenti merokok. Ini bukan setakat menanggung sakit secara fizikal dan mental sahaja tau. Fikir nanti siapa yang perlu bawa anda ke hospital, teman anda di hospital, menunggu berjam-jam sementara anda mendapatkan rawatan, tidak tidur lena memikirkan masalah kesihatan anda, duit lagi, pendapatan keluarga terjejas kerana masalah kesihatan dan banyak lagi.
1.Duit
Dalam keadaan ekonomi yang sedikit mendesak dan tidak stabil ini, ada baiknya anda kurangkan mana-mana perbelanjaan yang tidak perlu. Contohnya, rokok. Ada yang cakap belanja untuk rokok ini lain sedikit sebab sudah ketagih dan jadi tabiat yang susah hendak ubah. Tapi cuba anda fikir, (RM17 x 30 = RM510) Banyak tu. Tambah sikit sudah boleh bayar ansuran bulanan kereta.
2.Kesihatan anda
Sekarang efeknya tidak terasa sangat. Tetapi jika mahu ditunggu sehingga anda sudah berusia baru mahu menyesal, memang melaratlah nanti. Sekarang merokok mungkin boleh menjadi jalan mudah untuk anda melepaskan tekanan, tetapi ‘jalan mudah’ inilah yang akan menyebabkan anda tertekan di kemudian hari disebabkan masalah kesihatan. Cuba lepak dengan pak cik-pak cik yang selalu berulang-alik ke hospital disebabkan masalah kesihatan yang berpunca daripada tabiat merokok mereka. Anda akan tahu betapa payahnya hidup jika dibelenggu penyakit, lebih-lebih lagi jika anda bukan pesara kerajaan.
3. Kesihatan pasangan anda
Tahukah anda, perokok kedua atau perokok pasif terdedah kepada bahaya asap rokok 3 kali ganda berbanding perokok aktif/pertama? Tahukah anda, kajian oleh WHO mendapati wanita yang bersuamikan perokok mempunyai risiko 30% lebih tinggi untuk mendapat barah paru-paru? Cuba anda fikir, ini tidak termasuk zaman bercinta lagi, bila anda selalu merokok ketika ‘dating’ sambil duduk berhampiran dengan pasangan anda. Kalau dulu memanglah rasa macam romantik, tapi tidak terlintaskah yang perkara ini perlahan-lahan meragut kesihatan insan yang anda sayangi? Bolehkah anda hidup tanpa pasangan anda?
4. Bau
Bau rokok tidak wangi. Anda tahu, semua orang pun tahu bukan? Bukan bau baju anda sahaja yang berbau, badan, rambut, semua pun berbau. Penat sahaja anda mandi wangi-wangi.
5. Kehamilan
Akan tiba satu masa anda akan perlu berhenti merokok apabila pasangan anda mengandung. Okay, mungkin anda akan cakap yang anda boleh sahaja merokok di tempat berasingan daripada pasangan anda. Namun, tahukah anda, kesan rokok pada baju/rambut/badan anda pun masih merbahaya kepada individu yang terdedah kepadanya? Jika anda adalah wanita dan merancang untuk hamil pula, ini adalah alasan terbaik untuk anda berhenti merokok. Utamakan kesihatan anda dan bayi.
Sumber : ikahwin.my
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Cara berkesan hilangkan bau hapak dalam kereta. Bau hapak dalam kereta boleh mengganggu keselesaan pemanduan dan menjejaskan pengalaman penumpang. Bau ini biasanya berpunca daripada kelembapan, tumpahan makanan, asap rokok, atau barangan yang dibiarkan terlalu lama dalam kereta.