Dunia perniagaan sentiasa berputar, mencipta legasi dan mengubah nasib. Bagi seorang lelaki memahami dinamika kekayaan bukan sekadar tentang angka, tetapi inspirasi di sebalik kejayaan dan impak yang mereka cipta.
Terbaru, Forbes telah mengeluarkan senarai tahunan mereka untuk 50 Individu Terkaya di Malaysia bagi tahun 2025, memberikan kita pandangan jelas tentang siapa yang mendominasi landskap ekonomi negara.
Di puncak senarai, figura legenda, Tan Sri Robert Kuok, kekal teguh sebagai individu terkaya di Malaysia.
Foto: SCMP
Pada usia 101 tahun, “Raja Gula” ini menunjukkan bahawa usia hanyalah angka apabila ia melibatkan empayar perniagaan yang luas, merangkumi perladangan, perkapalan, dan hartanah di bawah Kuok Group. Kekayaan beliau dianggarkan mencecah US$11.4 bilion.
Mengikuti rapat di tempat kedua ialah Tan Sri Quek Leng Chan dari Hong Leong Group dengan nilai bersih US$9.8 bilion.
Kedudukan ketiga pula dipegang oleh adik-beradik Teh, pewaris kepada kekayaan Public Bank, dengan anggaran US$5.9 bilion. Kestabilan di tiga tangga teratas ini menunjukkan kekuatan dan daya tahan empayar perniagaan tradisional di Malaysia.
Ads
Berikut adalah senarai 10 Individu Terkaya Di Malaysia 2025 menurut Forbes:
Robert Kuok: US$11.4 bilion (Diversified)
Quek Leng Chan: US$9.8 bilion (Diversified)
Teh siblings: US$5.9 bilion (Finance & Investments)
Koon Poh Keong & siblings: US$5.4 bilion (Manufacturing)
Francis Yeoh & siblings: US$3.6 bilion (Construction & Engineering)
Lee Thiam Wah: US$3.5 bilion (Fashion & Retail)
Jeffrey Cheah: US$3 bilion (Real Estate)
Chia Song Kun: US$2.3 bilion (Food & Beverage)
Senarai tahun ini turut menyaksikan dinamika menarik dengan kemunculan nama-nama baharu dan pergerakan ketara dalam kalangan jutawan sedia ada.
Pengasas 99 Speed Mart, Lee Thiam Wah, sebagai contoh, membuat kemunculan memberangsangkan di tangga kelapan susulan penyenaraian awam syarikatnya.
Ads
Lee Thiam Wah
Tempat keempat pula kini diduduki oleh Tan Sri Paul Koon Poh Keong dan adik-beradiknya dari Press Metal Aluminium Holdings, yang melonjak naik dengan kekayaan US$5.4 bilion, disokong oleh prestasi memberangsangkan dalam sektor aluminium.
Secara keseluruhan, kekayaan kolektif 50 individu terkaya Malaysia meningkat kepada US$90 bilion, satu peningkatan yang didorong sebahagiannya oleh pengukuhan nilai ringgit.
Kemunculan pemain baharu seperti Lee Thiam Wah dan Tan Boon Hock (di tangga ke-40, bekas pegawai polis dengan perniagaan dalam penjagaan kesihatan dan penyelesaian trafik AI) turut menyuntik perspektif segar dalam senarai ini.
Senarai Forbes ini bukan sekadar paparan kekayaan, tetapi cerminan kecekalan, visi perniagaan, dan keupayaan untuk berkembang dalam pelbagai sektor ekonomi.
Bagi pembaca yang ingin mencontohi semangat kejayaan ini, ia adalah peringatan bahawa peluang sentiasa wujud bagi mereka yang berani mengambil risiko dan berinovasi.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Aidid Marcello dan pasangan antara yang menghantar anak ke institusi tahfiz untuk memberi penekanan ilmu agama.
Malah, kini ramai ibu dan bapa yang mahu anak-anak mereka mendapat manfaat pembelajaran al-Quran dan ilmu agama.
Anak Aidid Marcello dan Norzie Pak Wan Chek
Aidid Marcello Kongsi Anak Hafal 30 Juzuk Al-Quran
Namun, ternyata keputusan yang dilakukan itu cukup berbaloi dan membuahkan hasil kini.
Dalam satu hantaran di media sosial baru-baru ini, Aidid berkongsi luahan rasa terharu selepas anak sulungnya berjaya menghafal 30 juzuk al-Quran dalam tempoh 11 bulan di sekolah berkenaan.
Lebih membahagiakan apabila anak mereka bernama Iman antara pelajar yang menerima anugerah dalam satu majlis yang diadakan di akademik tersebut.
“Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Bagi kami ayah & ibu, tiada apa lagi dah hadiah yang lebih berharga jika nak dibandingkan dengan apa yang @imanmarcello berikan kepada kami.
“Terima kasih Iman kerana menjadi anak yang taat dan berjaya mengharungi pelbagai ujian dan cabaran sepanjang proses hafazan ini.
Aidid Marcello Kongsi Anak Hafal 30 Juzuk Al-Quran
Sebagai ayah, tiada yang lebih bermakna daripada melihat zuriatnya berjaya.
Justeru, personaliti media sosial itu menitipkan doa supaya anaknya menjadikan al-Quran sebagai sahabat terbaik.
“Semoga Iman terus berjaya dan jadikan al-Quran sebagai sahabat terbaik sehingga ke penghujung usia. Jangan lupa daddy & mummy ya bila kami dah tiada nanti.
“Ingat, Iman anak sulung lelaki kami. Bacaan Quran dan doa anak yang soleh sahaja yang mampu membantu kami kelak. Daddy & mummy tulis di sini bukan untuk riak tetapi sebagai tempat untuk Iman baca kembali dan insyaAllah menjadi peringatan untuk anak cucu Iman nanti, insyaAllah,” ungkapnya.
Pada masa sama, Aidid meluahkan rasa gembira kerana pengorbanan mereka suami isteri membuahkan hasil.
“Doakan juga kepada emak ayah lain yang sedang berhempas pulas dengan anak sedang habiskan al-Quran, untuk terus sabar dan semoga anak kita semua sayang al-Quran sampai mereka dijemput Ilahi, insyaAllah.
“Maafkan saya kalau ada silap kata & bahasa, sekadar ingin luahkan rasa gembira setelah pengorbanan selama ini membuahkan hasil.”
Rasanya nama Khairulaming tidak perlu lagi diperkenalkan. Pencipta kandungan yangj uga ahli perniagaan ini telah dianggap sebagai ikon anak muda serta usahawan muda yang cukup disegani di Malaysia.
Mencipta nama jenamanya dengan perancangan yang cukup rapi dan penuh dedikasi, Khairulaming bukan sahaja membawa revolusi dalam dunia masakan, tetapi juga menjadi sumber inspirasi bagi banyak anak muda yang mengagumi kreativiti dan keusahawanannya.
Khairulaming melangkah lebih jauh dari menjadi sekadar pencipta kandungan di media sosial. Dengan memanfaatkan bakat dan popularitinya, dia telah berjaya membina empayar perniagaan dengan produk makanan sendiri.
Siapa tidak kenal dengan Sambal Nyet Berapi, produk pertamanya yang telah mencatatkan kejayaan luar biasa selama tiga tahun.
Dan terbaru, Khairulaming mengumumkan kemunculan produk keduanya yang diberi nama ‘Dendeng Nyet Berapi’. Sekali gus menandakan satu lagi evolusi Khairulaming dalam perjalanan bisnes.
Dendeng Nyet Berapi
Berat : 180g
Harga : Rm 14.99
Kuantiti : 80,000 unit
Dalam video ni kita buat full explanation mengenai purchase limit, level kepedasan, dan juga info yang lain kenapa kita pilih dendeng sebagai produk kedua. Jumpa you guys hari jumaat ni! 😃 pic.twitter.com/bQxTNAGtxm
Menerusi perkongsiaannya di laman media sosial, Khairulaming mengumumkan dia telah memilih TikTok Shop sebagai platform eksklusif untuk meluncurkan produk barunya pada 2 Februari 2024, tepat pada jam 9 malam.
Dipasarkan pada harga RM14.99 untuk sayu unit, Khairulaming mengatakan bahawa sebanyak 80,000 unit akan tersedia untuk jualan.
Melihatkan sambutan luar biasa dari pengikut dan peminat kuliner, ramai menjangkakan pelancaran produk kedua Khairulaming ini bakal mencatatkan rekod baharu sebagai produk tempatan pertama yang mencapai jualan RM1 juta paling pantas di platform TikTok Shop Malaysia.
Kejayaan ‘air tangan’ Khairulaming di pasaran bukanlah satu rahsia baharu. Kejayaan Sambal Nyet Berapi terjual dengan cepat menjadi indikasi potensi besar Dendeng Nyet Berapi untuk mengulangi kejayaan sama pada jualan 2.2 nanti.
Dengan hampir 60% jualan yang dihasilkan melalui TikTok Shop dan sisanya dari platform lain, Khairulaming bukan hanya menciptakan produk, tetapi juga memimpin trend dalam cara produk dijual dan dipasarkan.
Jadi tidak hairanlah pada masa kini nama Khairulaming tidak hanya dikenali sebagai pencipta kandungan masakan tetapi juga seorang yang sentiasa membuktikan dengan usaha yang keras, ilmu yang dipraktiikan dan juga perancangan rapi kejayaan itu akan datang dengan sendiri.
Dia juga membuktikan dengan daya kreatif dan keberanian mengambil risiko, seseorang dapat mencapai kejayaan di berbagai bidang.
Buat anda lelaki yang mencari inspirasi dalam menggabungkan minat dan karier, Khairulaming adalah contoh sempurna tentang bagaimana memadukan kedua aspek tersebut.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Negara Korea Selatan mempunyai polisi yang cukup unik membabitkan warganegara lelaki. Dengan ketidaktentuan sengketa yang kadangkala panas kadangkala sejuk dengan Korea Utara, mereka sejak sekian lama mewajibkan setiap lelaki dewasa yang sihat tubuh badan untuk menyertai pekhidmatan wajib ketenteraan.
Setiap lelaki Korea Selatan wajib menyertainya sebelum usia 28 tahun dengan minimun 18 bulan tempoh latihan atau perkhidmatan. Terbaru, Jin ahli paling senior dalam grup lelaki paling popular di dunia iaitu BTS telah memulakan latihan ketenteraannya.
Dua hari lalu Jin atau nama sebenarnya Kim Seok Jin berkongsi sekepin fotonya dengan rambut hampir botak gaya ala-tentera di platform media sosial, Weverse.
Jin dilaporkan akan ditugaskan di bahagian unit hadapan. Seperti dijangka berita ini telah membuatkan peminatnya tidak senang duduk. Terdahulu, laporan media menyatakan Jin akan ditugaskan di sebuah pusat latihan Yeoncheon, Gyeonggido.
Akan tetapi agensinya, BIGHIT Music menerusi satu kenyataan menyatakan pihak mereka tidak dapat mengesahkan laporan berkenan dan meminta peminat memahami situasi itu dan mendoakan yang terbaik buat idol kesayangan mereka.
BTS
“Kami meminta anda semua untuk memberikan kata-kata semangat dan sokongan dan mengucapkan selamat jalan kepadanya,” jelas BIGHIT Music lagi.
All the best buat Jin BTS! Buat peminat Jin, usahlah terlalu bersedih ya. Dia akan kembali dengan lebih mantap.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.