PASANGAN 1
Foto: Gempak

Baru-baru ini, dua selebriti popular, Fattah Amin dan Amira Othman mengejutkan ramai apabila mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga. Lebih menarik, pasangan ini bukan sahaja berkongsi kehidupan peribadi, malah pernah berkongsi dunia kerja yang sama dalam industri hiburan.

Kisah romantis mereka ini secara tidak langsung mengingatkan kita bahawa bercinta dengan pasangan di tempat kerja bukan lagi sesuatu yang asing. Bak kata Fattah ketika pengumuman yang dilakukannya, “dari rakan sekerja kepada rakan serumah”.

Dalam dunia masa kini, kita sebenarnya lebih banyak meluangkan masa di pejabat, tempat kerja atau di hadapan skrin komputer.

Jadi jangan terkejut apabila makin ramai mendapati mereka mudah jatuh hati kepada seseorang di tempat yang sama.

Mungkin ada beranggapan ia penuh risiko kerana pertama, boleh mengundang gosip, menjejaskan profesionalisme atau menimbulkan rasa tidak selesa sesama rakan sekerja.

Tapi realitinya, jika diuruskan dengan matang dan baik, serta tidak mencampuri urusan kerja dan peribadi ia tidak jadi masalah.

Dari sudut psikologi hubungan, pasangan yang bekerja di tempat sama berpeluang lebih memahami rutin, tekanan dan cita-cita masing-masing.

Ini bukan sahaja mengurangkan salah faham, malah boleh meningkatkan sokongan emosi dan motivasi harian. Berikut adalah sepuluh kelebihan yang boleh dirasai bila anda dan pasangan berkongsi dunia kerja yang sama.

1. Motivasi Harian Bertambah

Bangun pagi untuk ke tempat kerja terasa lebih bersemangat apabila tahu pasangan anda turut berada di pejabat yang sama. Kehadirannya jadi dorongan tambahan.

Ads

2. Ada Sokongan Emosi On-The-Spot

Apabila berdepan dengan tekanan daripada bos atau klien, pasangan anda menjadi orang pertama yang faham situasi sebenar. Anda tidak perlu cari jauh untuk meluah.

10 Kelebihan Miliki Pasangan Di Tempat Kerja Sama
Foto: Media Hiburan

3. Faham Tekanan Kerja Satu Sama Lain

Tidak perlu penjelasan panjang – pasangan anda tahu beratnya sesuatu deadline atau projek kerana dia juga laluinya. Empati itu wujud secara semula jadi.

4. Kurang Salah Faham Tentang Masa

Isu “kenapa lambat balik?” jarang timbul kerana kedua-duanya maklum tentang jadual dan tuntutan kerja masing-masing.

5. Lebih Mudah Rancang Masa Bersama

Daripada lunch date hingga coffee break atau pulang bersama, semua jadi lebih praktikal apabila berkongsi tempat kerja yang sama.

10 Kelebihan Miliki Pasangan Di Tempat Kerja Sama

Ads

6. Jadi Pasukan Yang Kuat

Apabila ditugaskan untuk bekerjasama, chemistry dalam hubungan peribadi terbawa ke dalam dunia profesional. Hasilnya sering kali lebih padu.

7. Galak Pertumbuhan Kerjaya

Pasangan bukan sekadar teman hidup, malah boleh menjadi mentor. Dorongan dan cabaran daripada si dia membantu anda mencapai prestasi kerja yang lebih baik.

8. Sentiasa Ada Rasa Safe Zone

Dalam suasana pejabat yang penuh politik atau tekanan, kewujudan pasangan memberi perlindungan emosi dan rasa lebih selamat.

10 Kelebihan Miliki Pasangan Di Tempat Kerja Sama

9. Elak Konflik Tentang Kerja vs Cinta

Apabila pasangan berada dalam dunia yang sama, dia memahami minat dan komitmen anda terhadap kerjaya. Tidak timbul isu siapa lebih penting.

Ads

BACA: 6 Tip Wajib Sebelum Beli Jam Tangan Pintar Kecergasan

10. Hidup Lebih Seimbang

Kerja dan cinta berjalan seiring, tidak ada rasa “double life”. Harmoni ini menjadikan kehidupan lebih stabil dan tenang.

Walau banyak kelebihan, penting untuk mengekalkan profesionalisme. Jangan biarkan hubungan menjejaskan reputasi atau mencetuskan isu favoritisme. Bercinta di tempat kerja boleh jadi kekuatan – asalkan ia diurus dengan dewasa, matang dan penuh integriti.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

@maskulinmy Kisah cinta penuh perhatian antara Fattah Amin dan Amir Othman kini sampai ke fasa baharu. Dari perkenalan hingga ke pengumuman tarikh perkahwinan, inilah kronologi perjalanan mereka. #Maskulin #MajalahMaskulin ♬ Love Story – Kim Min Chan

 

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads