Dunia fesyen hari ini begitu sengit. Tidak kisah dari segi rekaan dari pereka terkenal mahupun dari dunia modeling. Semuanya ingin tampil berbeza dari yang lain. Hari ini, majoriti kaum lelaki berlumba-lumba untuk menjadi seorang model. Peragawan. Sudah pasti, bagi pereka fesyen dan mereka yang bertugas dalam majalah fesyen, mereka mahukan model yang bertubuh sasa serta tinggi lampai, untuk memperagakan koleksi rekaan mereka. Namun, sejauh mana kaum lelaki memahami pengertian definisi “Model”itu?
Umur yang muda bukan satu penghalang untuk menjadi seorang model. Begitu juga dengan tahap pendidikan seseorang itu. Saya kira, hari ini, kebanyakan mereka yang menjadi model adalah disebabkan faktor tubuh badan yang sasa juga rupa yang “boleh jual”. Namun apabila di dalam studio mahupun di pentas peragaan, kaku. Langsung tidak tahu memberi pose yang terbaik, juga tidak tahu memberi persembahan catwalk yang berkualiti. Model pada hari ini, mereka mahukan payment yang tinggi. Maksud saya, payment yang tinggi, yang langsung tidak setaraf dengan kualiti persembahan yang diberi.
Kita berbicara mengenai realiti dunia modeling di Malaysia pada hari ini. Usah bandingkan barisan model kita dengan barisan model di luar negara. Walaupun ada segelintir dari kita sudahpun menempa nama di luar negara, namun dominasinya masih difokuskan kepada kaum lelaki yang baru mahu menjadi seorang model. Tidak mengapa andai mereka mahu belajar dari kesilapan. Namun, apa yang menjadi persoalannya, ada yang berlagak sombong, langsung tidak mahu mendengar pendapat mahupun teguran daripada mana-mana pihak. Sudahlah wajahnya biasa-biasa saja, malah kalau nak dikatakan talented, tidak juga, namun hanya disebabkan badannya yang sasa, sado, terus menganggap diri mereka sudah bagus. Maaf andai penulisan saya kali ini agak kasar. Berbaur sindiran. Tetapi, inilah realiti yang terjadi pada dunia modeling hari ini.
“Saya kira, hari ini, kebanyakan mereka yang menjadi model adalah disebabkan faktor tubuh badan yang sasa juga rupa yang “boleh jual”. Namun apabila di dalam studio mahupun di pentas peragaan, kaku.”
Saya percaya ramai kaum lelaki di luar sana mengimpikan perjalanan kehidupan mereka seperti barisan model terbaik seperti Jon Kortajarena, Brad Kroenig, David Gandy, Tyson Beckford dan Sean O’Pry. Tidak ada salahnya jika mahu menjadikan mereka sebagai sumber inspirasi juga cebisan aspirasi untuk menjadi yang terbaik, namun, jangan hanya menjadikan kisah kejayaan mereka sebagai aspek inspirasi. Jangan jadikan kehidupan mewah mereka sebagai idaman impian anda. Seharusnya, jadikan kehidupan permulaan mereka menempuhi alam permodelan ini sebagai kunci aspirasi anda. Lihat bagaimana David James Gandy mendapat tawaran daripada jenama mewah Dolce & Gabanna untuk jangka masa yang panjang. Fokus dan pelajari gaya mutu persembahannya tiap kali memperagakan helaian baju mewah sama ada di pentas peragaan mahupun di dalam studio untuk kempen fesyen. Bukan hanya berangan bagai Mat Jenin!. Contohnya sekarang ini, ramai orang memperkatakan mengenai kehadiran Lucky Blue Smith dalam dunia modeling ini. Sekitar usia 12 tahun sudah mendapat tawaran daripada agensi model dan hingga kini, wajahnya bisa dilihat dari kempen-kempen jenama fesyen terkemuka dunia termasuklah Tom Ford, Calvin Klein (CK One) Gap, Tommy Hilfinger juga H&M. Bukan itu sahaja, di awal usianya yang muda, ramai barisan pereka antarabangsa menjadikan Smith sebagai “must-have” model untuk fashion show mereka. Ditambah pula dengan gaya “platinum blond hair” menjadikan Smith sebagai muka baru yang harus diberi perhatian dalam dunia modeling ini.
“Sudahlah wajahnya biasa-biasa saja, malah kalau nak dikatakan talented, tidak juga, namun hanya disebabkan badannya yang sasa, sado, terus menganggap diri mereka sudah bagus. Maaf andai penulisan saya kali ini agak kasar. Berbaur sindiran. Tetapi, inilah realiti yang terjadi pada dunia modeling hari ini.”
Jadi, secara ringkasnya, kisah perjalanan mereka ini harus kita titipkan untuk menjadi yang terbaik. Bukan hanya omogan kosong, tapi percayalah, jika anda tahu membawa diri, dan tahu makna respect itu, sudah pasti anda boleh pergi jauh. Pelajari langkah mereka dalam mengharungi dunia penuh cabaran ini. Jika mahu ke kelas modeling, itu sudah pasti disarankan. Jadi dari situ anda akan pelajari bagaimana untuk berhadapan dengan client, pereka fesyen mahupun mereka yang bekerja dalam industri fesyen. Maksud saya, Go See.
Sedikit tips untuk anda yang mahu menjadi seorang model:
- Do Your Research
Semua orang punya minat yang berlainan mengikut citarasa tersendiri. Bentuk badan juga paras ketinggian juga berbeza. Jadi, lapangkan sedikit masa anda untuk mengkaji agensi mana yang sesuai untuk bentuk badan anda juga agensi yang mengikut citarasa anda.
- Be Prepared
Penuhkan ilmu di dada. Kenal pasti barisan nama yang patut anda tahu apabila menerjah ke dunia permodelan juga dunia fesyen. Sama ada local mahupun international, kaji segala jenis informasi berguna supaya anda tidak dilabel sebagai, bimbo!
- Portfolio
Mungkin ramai diantara kita tidak tahu kepentingan portfolio itu. Nah! Ini bagaikan diri anda tetapi dalam kepingan gambar. Jadi jika anda pergi ke sesi interview (Go See), portfolio ini adalah yang paling wajib dibawa supaya mereka boleh menilai anda dari kepingan gambar anda. Itulah pentingnya susun atur yang menarik supaya dapat menarik minat agensi-agensi untuk mengambil anda menjadi model.
- Be Yourself
Anda pemalu? Jangan biarkan sikap anda mengaburi pandangan mata agensi. Jadilah diri anda yang sebenar. Mereka ingin tahu siapa anda sebenarnya. Jadi tidak hairanlah kenapa pihak agensi akan meminta anda kepingan gambar tanpa secalit make-up. Natural is beauty!
- Read before signing
Cuba bersikap profesional dalam sesuatu urusan penting. Jika anda berminat dengan sesebuah agensi itu, tunjukkan sikap yang lebih profesional dengan membaca segala butiran kontrak yang diberi supaya tidak ada salah faham dengan pihak agensi.
Seperkara lagi yang harus anda ingat, menjadi seorang model ini bukan hanya bekerja di dalam studio mahupun di pentas peragaan, malah menjadi seorang model ini, sedikit sebanyak menjadikan anda sebagai role model untuk mereka di luar sana. Knowledge itu paling penting. Isu semasa juga perihal dunia harus anda ketahui kerana esok hari bila ditanya, tidaklah tersipu-sipu untuk menjawab.
“BEAUTY WITH BRAIN”
Saya rasa slogan ini sudah cukup mengambarkan seseorang model itu. Bukan bimbo. Jangan disebabkan kerana mahu menjadi model, sifat ego itu harus tinggi. Jangan hanya kerana sudah menjadi model untuk beberapa iklan fesyen ataupun majalah, sifat diva itu sudah bermaharajela di dalam diri. Nyahkan sifat negatif itu! Sesungguhnya, dunia modeling di Malaysia ini cukup kecil. Amat kecil. Jadi, jika anda punya masalah tentang sikap, sudah pasti satu Malaysia akan ketahuinya.
Tuntasnya, bagi anda yang mahu menjadi model ataupun sudah menjadi model, jangan pernah berkira mengenai bayaran. Terima sahaja jumlah bayaran yang dibayar, asalkan kita tahu, ia setimpal dengan persembahan juga tanggungjawab yang kita persembahkan. Jangan terlalu demand hingga kadang hilang minat orang pada kita. Saya percaya, rata-rata kaum lelaki hari ini punya keinginan memiliki taraf populariti yang setanding dengan mereka yang popular. Tapi, bersabarlah. Laluinya dengan penuh semangat. Timba ilmu dan pengalaman dari mereka yang senior. Pasti esok lusa anda juga akan menjadi penghias kempen untuk jenama mewah Gucci?Prada?
Siapa tahu?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI