Tugas seorang lelaki jika dia tidak memasak adalah membeli segala keperluan serta bahan mentah di pasaraya. Apabila sampai ke rumah, pasti anda akan menyimpan sebahagian makanan ke dalam peti sejuk untuk mengekalkan kualiti serta kesegaran makanan tersebut.

Kadangkala kita malas nak serabut berfikir, semua yang dibeli kita sumbat dalam peti sejuk. Sudahlah mengambil banyak ruang namun bila difikirkan semula, sebenarnya tidak perlu pun disimpan dalam peti sejuk, ia boleh diletakkan di luar dengan syarat sama ada disimpan dalam bekas yang tertutup serta dalam suhu bilik.

Oleh itu, untuk memudahkan tugas ketika menyimpan bahan makanan, seorang Doktor iaitu Dr. Zubaidi Haji Ahmad berkongsi di Facebook antara bahan makanan yang tidak perlu disimpan dalam peti sejuk. Iktui perkongsiannya.

BACA: Syarat Lelaki Nak Kulit Glowing, Awet Muda & Body Power, Ambil 10 Makanan Sihat Ini Setiap Hari!

BARANG YANG TIDAK PERLU DISIMPAN DALAM PETI SEJUK

Kita selalu meletak hampir semua barang dan makanan yang kita beli ke dalam peti sejuk. Kadang kala ia boleh merosakkan kualiti bahan makanan itu.

1. Bawang

Menyimpan bawang di dalam peti sejuk boleh menyebabkan petisejuk kita berbau. Apatah lagi jika ia telah dipotong atau dihiris. Simpan bawang di rak dapur dalam bekas yang kering.

IKLAN

2. Kentang

Kentang juga tidak sesuai disimpan di dalam peti sejuk dan harus disimpan di luar petisejuk dalam keadaan kering.

3. Sos

Sos akan menjadi lebih pekat dan sukar dituang semasa hendak digunakan. Ia boleh disimpan di luar peti sejuk pada suhu bilik dengan penutup botolnya ditutup rapat.

4. Roti

Menyimpan roti dalam petisejuk boleh menyebabkannya lebih keras dan kurang enak. Roti juga menyerap bau makanan lain yang ada dalam peti sejuk.

IKLAN

5. Makanan dalam tin

Jika masih ada makanan dalam tin yang masih berbaki, ia elok dikeluarkan daripada bekasnya dan disimpan dalam bekas plastik dan kaca sebelum disimpan di dalam peti sejuk.

6. Makanan panas

Menyimpan makanan yang panas dalam peti sejuk akan menyebabkan lebih banyak tenaga elektrik yang digunakan untuk mengekalkan suhu peti sejuk agar sentiasa sejuk.

7. Rempah ratus

Elakkan menyimpan rempah ratus seperti ketumbar, jintan manis, lada hitam dan lain-lain di dalam peti ais. Ia boleh menyebabkan peti sejuk berbau herba. Ia harus disimpan di luar peti sejuk pada suhu bilik.

IKLAN

8. Mentega

Mentega akan menjadi keras di dalam peti sejuk dan menjejaskan rasanya. Ia harus disimpan dalam bekas yang ditutup ketat pada suhu bilik.

BACA: Petua Rambut Lebat, Hitam & Sihat Dengan 7 Jenis Makanan Sihat

9. Madu

Madu tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk. Cuma elakkan dari tempat yang panas dan terdedah pada cahaya matahari.

10. Bahan bukan makanan

Keluarkan bahan bukan makanan seperti bahan kosmetik dari peti sejuk. Ia boleh mencemarkan bahan makanan yang disimpan bersamanya.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI