Banyak kesilapan kebanyakan orang lakukan dalam kehidupan, termasuklah anda. Tetapi anda mungkin tidak sedar akan perkara-perkara ini. Kesannya? Mungkin anda akan merasa menyesal dalam masa 10 tahun akan datang.
Anda akan merasa betapa hidup anda telah tersia-sia dengan tindakan kurang bijak sebelum ini dan terpaksa membayar ‘yuran kebodohan’ seumur hidup anda.
Hidup adalah sekali dan orang yang bijak akan menjalani kehidupan ini sebaik yang mungkin.
Apakah perkara-perkara yang akan membuatkan kita semua menyesal itu?
1. Hidup dalam kepura-puraan untuk membuat orang lain kagum
Pernahkah anda merasa ingin menukar kereta disaat semua sahabat dan keluarga anda berlumba-lumba membeli kereta baru dan menunjuk-nunjuk kepada kita?
Pernah anda dipersenda kerana memakai henfon yang buruk dan ketinggalan zaman? Saya tahu, bukan mudah berurusan dengan gelojak emosi disaat ego kita seakan dicabar.
Tarik nafas, bertenang dan ingat ini – Jika wajah yang selalu anda tunjukkan kepada dunia adalah topeng semata-mata, pada suatu masa nanti tiada apa lagi yang tinggal disebalik wajah kepura-puraan itu.
Kerana anda menghabiskan terlalu banyak masa (dan wang) menumpukan persepsi orang lain terhadap anda, atau orang lain yang anda ingin jadi, sehinggakan kita sendiri terlupa bahawa siapa diri kita yang sebenarnya.
Jadi jangan takut terhadap penilaian orang lain terhadap kita. Hanya anda dan Allah sahaja yang tahu apa yang terkandung dalam hati kita dan siapa diri kita yang sebenarnya.
Oleh itu, kita tidak perlu menjadi sempurna di mata orang lain.
Apa yang terbaik adalah membiarkan orang lain yang kagum dengan bagaimana kita boleh menyesuaikan diri dan menerima kekurangan pada diri kita.
Sebab bukan semua orang mampu menerima diri sendiri seadanya.
2. Anda pasti menyesal apabila membiarkan orang lain mempengaruhi cita-cita anda
Cabaran terbesar dalam kehidupan kita adalah mencari siapa diri kita yang sebenarnya dan cabaran kedua terbesar pula adalah untuk menerima dan gembira dengan apa yang kita temui itu.
Bahagian terbesar daripada proses ini adalah keputusan kita untuk terus bertahan dengan matlamat dan impian hidup kita.
Ada orang yang tidak bersetuju dengan anda? Bagus.
Ia bermakna anda seorang yang berpendirian dan menentukan haluan sendiri.
Kadangkala, perkara yang kita buat itu dianggap gila oleh orang lain, tetapi bila kita mendapati diri kita teruja dan bahagia dengan keputusan kita itu, anda akan tahu anda sedang membuat perkara yang betul.
Benar, kadangkala apa yang kita hajatkan itu tidak tercapai.
Tetapi pasti ada hikmahnya. Yang penting, kita berusaha sehabis daya dahulu mengejar impian kita.
3. Pada suatu masa nanti, kita akan menyesal bila kita bersifat Ego & lebih mementingkan diri sendiri pada masa lalu
Ads
Kehidupan yang diisi dengan kasih sayang dan sifat baik adalah asas yang terbaik dalam membina hati yang bahagia.
Pasti mereka yang pernah pernah hadir dalam kasih sayang dan kemurahan hati anda, akan mengingati bagaimana anda membuatkan mereka berasa sangat istimewa walaupun masa itu telah lama berlalu.
Jadi ukirlah nama anda pada hati, bukan pada batu.
Apa yang kita buat untuk diri sendiri akan mati bersama kita, dan apa yang kita buat untuk orang lain dunia akan mengingati.
Jadi sebar-sebarkanlah kebaikan.. 🙂
4. Kita akan menyesal bila masih terikat dengan masa silam dan mengelak perubahan serta perkembangan dalam kehidupan
Jika mahu lihat masa lalu maka lihatlah pada masa sekarang. Jika anda mahu melihat gambaran pada masa hadapan, maka lihatlah kita pada masa sekarang.
You must let go of the old to make way for the new; the old way is gone, never to come back.
Jika anda menyedari hal ini, dan menyusun langkah ke arahnya, Insyaa-Allah anda akan meletakkan diri anda dalam jalan kejayaan yang panjang.
Masa silam yang gelap bukanlah bermakna tiada harapan lagi kepada kita. Tidak.
Belajarlah daripada masa silam dan lepaskan ia pergi. People are constantly changing and growing.
Jadi, jangan buat diri kita terikat dengan bayangan seseorang dari masa silam.
“Saya fikir cara untuk lupakan kenangan silam yang menyedihkan hati hanyalah dengan mewujudkan lebih banyak kenangan manis yang menggembirakan hati.
Semakin banyak kenangan manis dalam ingatan, maka semakin kurang signifikan kenangan pahit tersebut.
Hakikatnya, kenangan pahit itulah yang menjadikan kita lebih kuat dan tabah.
Ads
Bagi manusia biasa seperti kita, ternyata kita tak boleh delete kenangan pahit tersebut namun kita mampu meletakkan memori tersebut ke sudut minda yang paling dalam.
Salah satu caranya ialah dengan berkongsi kisah sedih tersebut dengan orang lain.
Mungkin kenangan pahit itu terperangkap dalam minda separa sedar kita, sehinggakan kita merasakan bahawa kenangan itu sering menghantui diri kita.
Dengan menceritakan kenangan itu kepada orang lain, penjara minda kita seolah-olah terbuka lalu membebaskan banduan kenangan silam yang menyedihkan itu, bagaikan burung yang dilepaskan dari dalam sangkar, terbang bebas di angkasa lalu masuk ke dalam awan dan terus hilang.
Setelah itu, memori pahit itu akan terperosok jauh ke dalam minda dan tidak akan menghantui kita lagi.”
“Kami jelaskan yang demikian itu supaya kamu jangan berduka cita kepada apa yang telah hilang daripada kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira kepada apa yang diberikan kepada kamu. Allah tidak suka orang yang sombong dan membangga diri.” Surah Al-Hadid, ayat 23
5. Penyesalan terhebat adalah apabila kita mudah patah hati dalam menghadapi kesukaran dan musibah
Sebenarnya tiada kegagalan, cuma hanyalah hasil yang kita kurang senangi.
Walaupun sesuatu perkara itu tidak menjadi seperti yang kita jangkakan, jangan mudah patah hati dan putus asa.
Belajar apa yang boleh daripadanya dan move on. Siapa yang meneruskan kehadapan satu langkah setiap masa akan menang pada akhirnya.
Kerana kita perlu menempuh ranjau-ranjau yang panjang dan lama terlebih dahulu sebelum boleh mencapai kejayaan akhir.
Ia adalah satu proses yang berlaku dengan langkah kecil, keputusan dan perbuatan yang sentiasa terbina diantara satu sama lain dan akhirnya akan membawa kepada kejayaan yang gemilang.
Patah hati adalah proses.
Dengan patah hati, Allah nak kita ubati hati kita dengan cara kembali kepada Dia semula. Mungkin kita sudah terlalu jauh daripadaNya?
Dan mereka tersungkur di atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyu’. (Al-Isra’ :109
It hurts. But you are strong. Bangkit dan berjalan walau dengan air mata. :’)
Ads
6. Cuba untuk terlalu sempurna dalam setiap perkara
Life should be touched, not strangled.
Kadangkala kita perlu bertenang dan menikmati kehidupan tanpa bimbang akan perkara yang remeh. Jangan terlalu perfectionist.
Belajar untuk melepas sedikit sebelum kita sendiri tersepit. Tarik nafas panjang-panjang. Apabila kabus menghilang, dan kita akan dapat melihat lagi gunung dan pokok, maka ambillah langkah ke hadapan.
Kita tidak perlu tahu secara tepat tempat yang dituju di sesebuah kawasan yang besar. Semua perkara dalam kehidupan ini adalah dalam susunan yang sempurna.
Ia cuma mengambil sedikit masa untuk menyambungkan kesemua titik-titik dalam kehidupan.
Let it be, Let it flaw.
7. Tidak berusaha sehabis mungkin untuk sesuatu yang kita layak mencapainya
Jadilah seorang yang cukup kuat untuk melepaskan dan cukup bijak untuk menunggu apa yang anda layak.
Kadangkala kita akan jatuh kebawah terlebih dahulu sebelum dapat berdiri lebih tinggi daripada sebelumnya.
Kadangkala mata kita perlu dibasuh dengan air mata agar dapat melihat sebarang kemungkinan dihadapan kita dengan pandangan yang lebih jelas lagi.
Jangan berhenti!
8. Kita akan menyesal bila sentiasa menunggu esok
Masalah yang sering berlaku adalah, kita sentiasa beranggapan bahawa kita mempunyai lebih masa daripada yang sebenarnya.
Pada suatu hari nanti anda akan tersedar dan pada masa itu tiada lagi masa untuk membuat perkara yang kita nak sangat buat.
Pada waktu itu, sama ada anda telah mencapai matlamat yang anda impikan, atau hanya ada sedozen senarai alasan mengapa anda tidak berjaya. Masa adalah perkara yang berharga. jangan bazirkan ia pada orang yang tak tahu hargai kita. jangan terhegeh pada orang yang tak sudi memandang.
9. Anda malas dan anda kuat berangan-angan kosong
Dunia tidak berhutang kepada kita apa-apa pun, malah kita sebaliknya yang berhutang kepada dunia.
Jadi berhenti berangan-angan kosong dan mulakan langkah membuat sesuatu. Ambil tanggungjawab penuh terhadap kehidupan kita – kawal dengan sebaiknya.
Anda adalah penting dan diperlukan. Terlalu lewat untuk hanya duduk-duduk dan menunggu seseorang untuk melakukan sesuatu pada suatu masa nanti.
Suatu masa itu nanti adalah sekarang; dan seseorang yang dunia perlukan adalah anda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kemurungan adalah sejenis penyakit mental yang banyak berlaku dalam kalangan masyarakat tetapi kurang didiagnosis sehinggalah pesakit menjadi teruk dan memerlukan rawatan rapi. Berdasarkan anggaran terkini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lebih 300 juta penduduk dunia kini hidup dalam kemurungan.
Seriusnya masalah kemurungan ketika ini mendorong WHO mengisytiharkan bahawa penyakit mental terbabit sebagai punca utama bagi keadaan kurang sihat dan hilang upaya di seluruh dunia. Kurang sokongan terhadap mereka dengan masalah mental, ditambah takut dan stigma, ia mencegah kebanyakan pesakit daripada menerima rawatan yang diperlukan untuk sembuh dan meneruskan kehidupan dengan sihat dan produktif.
“Walaupun di negara berpendapatan tinggi, hampir 50 peratus rakyat dengan kemurungan tidak mendapat rawatan. Secara puratanya, kira-kira tiga peratus perbelanjaan kesihatan kerajaan diperuntukkan dalam kesihatan mental, perbezaannya antara kurang satu peratus di negara berperpendapatan rendah hingga lima peratus di negara berpendapatan tinggi.
Menurut kajian yang diterajui WHO yang mengira kos rawatan dan hasil keputusan kesihatan di 36 negara untuk 15 tahun akan datang iaitu mulai 2016 hingga 2030, kadar rendah kesedaran dan akses penjagaan kemurungan dan masalah mental lain yang biasa seperti keresahan menyebabkan kerugian dalam ekonomi global kira-kira AS$1 trilion setiap tahun.
Kerugian sebegini sudah tentu membabitkan banyak pihak seperti isi rumah apabila satu keluarga hilang pergantungan ekonomi jika ketua rumah tidak boleh bekerja, pihak majikan juga terjejas apabila pekerjanya kurang produktif dan tidak mampu lagi bekerja.
Seterusnya, kerajaan turut menanggung beban apabila perlu menanggung perbelanjaan kesihatan dan kebajikan dengan lebih tinggi. WHO juga mengenal pasti kaitan yang kuat di antara kemurungan dan penyakit tidak berjangkit lain. Kemurungan meningkatkan risiko masalah penggunaan ubatan dan penyakit seperti diabetes dan penyakit jantung.
Kemurungan adalah penyakit mental yang biasa dihidapi dicirikan dengan kesedihan berpanjangan dan hilang minat terhadap aktiviti yang biasa dilakukan, disusuli ketidakupayaan menjalankan aktiviti harian selam 14 hari atau lebih.
Penghidap kemurungan juga biasanya mengalami beberapa tanda seperti hilang tenaga, perubahan selera, terlebih atau kurang tidur, kurang penumpuan, tidak dapat membuat keputusan, gelisah, rasa diri tidak berguna, rasa bersalah, putus asa dan berniat mencederakan diri atau membunuh diri.
Kemurungan boleh menjejaskan sesiapa sahaja, oleh itu kempen ini ditujukan kepada semua orang dan WHO memilih untuk memberi perhatian tertentu kepada tiga kumpulan iaitu remaja dan belia, wanita yang baru melahirkan anak dan warga emas berusia lebih 60 tahun.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Membentuk sixpack memang salah satu yang paling susah dan memerlukan usaha yang kuat. Namun ia tidak bermaksud kamu tidak mungkin capai impian berbdan sado kan?
Kadang-kadang kesilapan yang kecil menyebabkan nak badan 6 pack tetapi akhirnya berjaya dapat perut yang ‘maju ke depan.’ Makan sudah jaga tapi tak berjaya juga. Di mana silapnya? Jom Kami Share cara dapatkan badan 6 pack yang sebenarnya berpunca daripada apa yang anda makan!
Peraturan Asas Tentang Makanan
1. Makan seperti Raja pada waktu pagi, makan seperti Putera waktu tengahari dan makan seperti pengemis pada waktu petang.
2. Ambil enam hidangan kecil setiap hari untuk menjaga paras gula dan minum air secukupnya (3 liter sehari)
3. Jangan tahan lapar lebih tiga jam kerana ini mengakibatkan badan anda menekan kapasiti untuk membakar kalori.
4. Jangan ambil makanan ringan selepas jam 11 malam.
Apa yang Patut di Makan?
Buah-buahan dan sayuran adalah wajib setiap hari. Untuk sarapan, ambil makanan tinggi karbohidrat seperti bubur, telur separuh masak atau telur masak hancur yang korang makan bersama roti gandum yang dibakar. Kalau teringin makanan ringan sekalipun ambil buah-buahan kering dan kekacang. Untuk sayuran, ambil bayam, brokoli, kobis dan kacang hijau.
Nak cepat dapat badan 6 pack kenalah ‘dibalance’ gaya pemakanan anda dengan aktiviti bersenam atau workout. Asyik makan benda berkhasiat tetapi badan terlentang atas sofa depan televisyen-hasilnya memang tak kemana. Sejam sebelum dan selepas buat senaman, ambil minuman berprotein.
Kalau nak makan daging, pilih daging kurang lemak. Dua hingga tiga cawan teh hijau juga baik diminum seharian kerana ia mampu membuang toksik dan mengelakkan perut buncit. Dalam masa yang sama, korang kena pastikan lemak dapat disingkirkan dari badan jadi jangan lupa ambil buah-buahan seperti oren, limau gedang dan lemon.
Makanan Mesti Elak!
Jangan guna banyak sos berperisa dalam makanan anda. Majoriti sos-sos berperisa ada banyak perisa tambahan yang tinggi kandungan garamnya. Daripada sos, baik guna minyak zaiton, minyak bijan, jus lemon atau sos soya kurang masin. Elakkan juga snek ringan seperti keropok, cokelat dan jem kerana ia akan buat anda ketagih dan menikmatinya dalam kuantiti yang banyak. Minuman 3 dalam 1 juga harus dielakkan dan pada waktu petang jangan ambil karbohidrat.
Contoh rutin Pemakanan Untuk bantu Dapat 6 Pack
7 pagi: Bubur oatmil beserta pisang, kismis dan teh hijau.
10 pagi: Dua biji telur separuh masak dilapisi daging salai di atas roti gandum
12 tengahari: Minuman protein yang diambil sebelum bersenam
2 petang: Minuman protein sekali lagi selepas bersenam, diikuti dengan makan daging dada ayam bersama bayam, tomato ceri dan kentang manis.
5 petang: Bar protein dan pisang
8 malam: Stik tuna gril bersama brokoli, lobak merah dan kale. ‘Tutup’ dengan pencucui mulut seperti betik dan jus limau.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pelakon lelaki Korea memang terkenal dengan sikap romantiknya. Buktinya, tiga orang pelakon lelaki Korea ini memang diketahui sangat mencintai dan menyayangi isteri mereka dengan sepenuh hati.
Kebanyakan pasangan selebriti bertemu buat kali pertama di set. Kemudian cinta berkembang yang menyebabkan mereka menjalin cinta dalam kehidupan sebenar. Ramai juga antara mereka yang meneruskan ke peringkat perkahwinan.
Berikut antara pasangan selebriti yang menoktahkan hubungan cinta mereka ke gerbang perkahwinan.
RAIN DAN KIM TAE HEE
Kedua-duanya mengesahkan mereka berhubungan cinta pada 2013. Kemudian empat tahun kemudian mereka memutuskan untuk berkahwin. Majlis perkahwinan mereka disambut secara ringkas. Walaupun sudah bertahun-tahun bersama, mereka masih sering mempamerkan rasa sayang di khalayak ramai.
Rain tidak pernah lokek untuk menyatakan cinta kepada isterinya di mana-mana dan pada bila-bila masa. Apabila Kim Tae Hee memuat naik gambar di Instagram, suaminya tidak pernah tidak hadir untuk mengulas dengan tambahan emoji hati. Tidak terhenti di situ, walaupun dia sibuk Rain selalu meluangkan masa untuk pergi ‘dating’ berdua dengan isterinya. Pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata perempuan.
HYUN BIN DAN SON YE JIN
Pasangan ini secara rasmi melangsungkan perkahwinan pada 31 Mac 2022. Kisah kehidupan pasangan ini sentiasa menarik perhatian umum. Seperti Rain, Hyun Bin kelihatan sangat menyayangi isterinya. Ini dapat dilihat daripada perlakuan Hyun Bin bermula dari merenung, memegang dan cara dia mengambil berat terhadap Son Ye Jin.
Malah sebelum mereka dilaporkan menjalinkan hubungan cinta, Hyun Bin sering terperangkap memandang Son Ye Jin dengan mata penuh cinta dan kasih sayang. Selepas berkahwin, sudah tentu Hyun Bin akan menjadi suami ideal yang boleh menjaga isterinya dengan baik di mana-mana dan pada bila-bila masa.
JI SUNG DAN LEE BO YOUNG
Cinta keduanya bermula semasa mereka berkolaborasi dalam drama “Save Your Last Dance For Me” pada tahun 2004. Ji Sung jatuh cinta pandang pertama dengan pelakon pembantu. Cintanya meluap-luap sehingga dia berusaha bersungguh-sungguh untuk memenangi hati Lee Bo Young selama tiga tahun.
Akhirnya, semua usaha Ji Sung membuahkan hasil. Selepas enam tahun berpacaran, mereka sepakat memutuskan untuk berkahwin pada tahun 2013. Sepanjang melayari bahtera rumah tangga, pasangan ini masih cool dan tenang tanpa sedikit pun gosip. Ji Sung malah digelar sebagai suami idaman para isteri.
Setiap kali memenangi anugerah, dia tidak pernah lupa menyebut nama isterinya. Malah setiap kali terlibat dengan program wawancara, dia sering memuji isterinya. Ji Sung mengaku bahawa dia mahu bersama Lee Bo Young sehingga mereka tua. So sweet!
Memiliki suami yang setia dan penyayang adalah anugerah yang patut disyukuri oleh setiap wanita bergelar isteri.
'MASKULIN Who’s Your Bro' kembali malam ini dengan cabaran Log Jam Challenge, menguji kekuatan, stamina, dan chemistry para peserta di hutan belantara!