Pada Mei lalu, skuad Harimau Malaya mencipta keputusan membanggakan apabila berjaya mengikat pasukan Cape Verde, ketika itu berada di ranking ke-72 dunia, dengan keputusan 1-1 dalam aksi persahabatan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur.
Namun, sejurus tamat perlawanan itu, ramai penyokong luar terutama dari Indonesia tampil memperlekeh keputusan tersebut.
Ada yang mendakwa Malaysia “beruntung tak kalah” dan kononnya seri itu “tak ada apa yang boleh dibanggakan”.
Lima bulan kemudian, kenyataan itu terbukti silap besar.
Kini, pasukan yang dahulu menjadi bahan ejekan itu telah membuktikan keupayaan mereka setanding pasukan bertaraf dunia seperti Cape Verde.
Foto : Kosmo
Cape Verde Kini Layak Ke Piala Dunia 2026
Pasukan yang sama Cape Verde kini sah melayakkan diri ke Piala Dunia 2026 selepas menewaskan Eswatini 3-0 dalam kempen kelayakan.
Dengan populasi hanya sekitar 524,000 orang, Cape Verde menjadi negara kedua terkecil dalam sejarah yang layak ke Piala Dunia selepas Iceland pada 2018.
Pasukan kendalian Pedro Leitao Brito menamatkan pusingan kelayakan dengan rekod cemerlang: tujuh kemenangan, dua seri dan hanya satu kekalahan.
Ads
Skuad ini dibarisi pemain diaspora dari Eropah termasuk Belanda, Portugal, Perancis dan Ireland yang menjadi tulang belakang kejayaan mereka.
Jika Malaysia Boleh Seri Dengan Pasukan Bertaraf Dunia Ini
Apabila difikirkan semula, Harimau Malaya yang hanya berada sekitar ranking ke-130 dunia berjaya menyaingi Cape Verde pasukan bertaraf Piala Dunia.
Keputusan seri 1-1 bukan kebetulan, tetapi hasil permainan berdisiplin, taktikal kemas, dan semangat juang tinggi.
Perlawanan itu membuktikan bahawa Malaysia kini mampu bersaing dengan pasukan di pentas antarabangsa.
Ads
Seri dengan Cape Verde menunjukkan peningkatan kualiti permainan serta kematangan taktikal yang semakin menyerlah di bawah bimbingan jurulatih kebangsaan.
Foto : MakanBola
Dulu Dihina, Kini Dibuktikan
Apa yang dulu dijadikan bahan ejekan kini jadi bukti kekuatan sebenar bola sepak Malaysia.
Cape Verde sudah layak ke Piala Dunia, dan Malaysia pula sedang menuju ke arah yang sama dengan keyakinan baru.
Seri dengan pasukan sekuat itu menunjukkan Harimau Malaya tidak lagi boleh dipandang rendah.
Ads
Ia bukan sahaja mengubah persepsi luar, tetapi juga membakar semangat penyokong tempatan bahawa Malaysia sedang berada di landasan yang betul.
Daripada “dihina Indonesia” kini Malaysia terbukti setanding Cape Verde satu kenyataan yang mengangkat maruah bola sepak negara ke tahap baharu.
Minumlah air putih antara enam hingga lapan gelas sehari bagi menyingkirkan setiap lebihan natirum yang menyebabkan kehilangan cairan di dalam tubuh.Jika bosan dengan air putih,cuba teh herba atau jus buah.Kadar cairan yang tinggi menjadikan kulit lebih lembut.
2 BERHENTI MEROKOK
Mahu hilangkan selulit?Cuba berhenti merokok.Selain dapat membantu menghilangkan selulit,dapat juga membuang tabiat buruk ini.Tabiat merokok sebenarnya,memburukkan selulit yang terdapat pada kulit kerana ia menghalang perjalanan zat ke kulit sehingga akhirnya menjejaskan kulit.
3 OLAHRAGA
Berat badan berlebihan akan lebih memburukkan selulit anda.Jika anda menggabungkan program latihan kardiovaskular bersama latihan untuk otot kaki,ia dapat membantu mengurangi selulit.
4 GOSOK TUBUH
Menggosok kulit membantu membuang sel-sel kulit mati,meransang perjalanan darah dan meningkatkan aliran limfatik anda.Hal ini dapat membantu mengurangkan selulit.Untuk hasil terbaik,gosok tubuh dua kali sehari setiap kali mandi.
5 LEMBAPKAN KULIT
Krim untuk selulit sudah semakin banyak di pasaran.Bagi memperolehi hasil yang maksimum,amalkan olahraga serta makan dan minum yang sihat.Gunakan pelembap kulit dua kali sehari juga dapat membantu kulit menjadi lebih mulus dan elastik.Amalkan setiap hari.
6 PERBANYAKKAN ASID LEMAK
Asid lemak perlu dapat membantu memperkuatkan tisu di sekitar lemak hingga membantu mengurangi selulit.Makanan yang kaya dengan asid lemak ini dapat membantu mengurangkan sel-sel lemak.Antara makanan yang mengandungi asid lemak esensial adalah minyak zaitun,minyak ikan,minyak biji beri hitam dan sebagainya.
7 BANYAKKAN MAKANAN BERPROTEIN
Protein dapat membantu kerana ia mengandungi albumin yang membantu menyerap lebihan cairan.Cuba makan tiga hidangan ikan,kacang-kacangan dan biji-bijian setiap hari bagi mendapatkan hasil terbaik dalam mengurangi selulit anda.
8 URUTAN
Menjalani rawatan urutan memberi pelbagai manfaat kepada anda.Ia dapat membantu mengurangi stress,meningkatkan perjalanan darah dan tidak kurang juga dapat membantu mengurangkan selulit.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Menggunakan pengangkutan awam sebenarnya bukan sahaja boleh mengurangkan pencemaran alam sekitar tetapi boleh menjimatkan perbelanjaan bulanan anda.
Seperti mana yang kita tahu, kerajaan menerusi MyRapid memperkenalkan pas bulanan My100 dan My500 untuk pengguna bas dan LRT. Menerusi pas yang cukup murah ini pengguna boleh menggunakan mana-mana rangkaian pengangkutan awam Rapid KL sepanjang tempoh 30 hari.
Tapi ramai mungkin tak sedar bahawa anda juga boleh menggunakan kad pengenalan atau Mykad untuk perkhidmatan ini. Seorang pengguna Facebook yang sering berkongsi buah fikiran bernasnya kepada follower iaitu Afil Jefri membuat satu perkongsian yang cukup menarik tentang perkara ini.
Jadi bagaimanakah anda boleh berjimat dengan menggunakan Mykad? Jom kita ikuti perkongsian saudara Afil Jefri di bawah;
Ini bukan penulisan advertorial yang dibayar atau apa. Tapi, berdasarkan pengalaman saya sendiri. Kalau boleh, dalam zaman serba mencabar macam sekarang, kita semua nak sangat berjimat cermat kan. ⠀ Ya, memang ada banyak cara untuk berjimat sebenarnya. Tapi, saya nak share satu cara terlebih dahulu iaitu dengan menggunakan kenderaan awam semaksima mungkin. ⠀ Untuk cara berjimat yang saya dah cuba buat ini, ada beberapa langkah dan tak susah pun.
1. Pastikan anda ada MyKad yang boleh berfungsi sebagai MyKad Touch ’N Go. Kalau selama ini, anda memang gunakan sebagai Touch ’N Go, maksudnya semuanya dalam keadaan baik. Kalau MyKad anda adalah MyKad versi terdahulu yang ada satu gambar, anda perlu ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan buat permohonan untuk tukar kepada MyKad baru yang ada dua gambar. Saya sendiri pun baru-baru ini, ke JPN untuk tukar MyKad saya dan Alhamdulillah, prosesnya boleh tahan pantas juga dan caj yang dikenakan hanya RM10.
⠀
2. Sila buat permohonan atau daftar Unlimited Travel Pass yang ada dua pilihan iaitu My100 dan My50. Pilih mana-mana pas berdasarkan penggunaan perkhidmatan awam yang sesuai untuk anda. Untuk saya, saya pilih My100.
⠀
3. Untuk mendaftar, bawa MyKad ke Pejabat Perkhidmatan Pelanggan Rapid KL yang terletak di beberapa lokasi seperti yang saya senaraikan di bawah.
4. Maklumkan kepada pekerja di kaunter perkhidmatan pelanggan bahawa anda ingin membeli My100 atau My50. Untuk My100, anda perlu mempunyai baki di dalam MyKad anda sebanyak RM10 manakala untuk My50, anda perlu ada baki sebanyak RM5. Jadi, kalau MyKad anda kosong, anda perlu membeli My100 dengan harga RM110 manakala untuk My50 dengan harga RM55. (Ini adalah untuk pembelian kali pertama atau pengguna baru).
5. Kemudian, anda akan diminta untuk mengisi nama, nombor MyKad dan beberapa butiran ringkas dalam satu borang.
⠀
6. Selepas anda selesai melakukan pembelian, anda terus boleh menggunakan pas tanpa had anda untuk menaiki kenderaan awam seperti LRT, MRT, BRT, Monorail dan bas Rapid KL. Pas ini tidak boleh digunakan untuk perkhidmatan KTM Komuter dan ERL kerana mereka bukan ‘geng’ Rapid KL. Lagi satu, kesemua perkhidmatan pengangkutan awam yang saya senaraikan di atas adalah untuk pas My100 sahaja, manakala untuk pas My50, ia hanya sah untuk perkhidmatan bas Rapid KL sahaja. Jangan keliru okay?
⠀
7. Untuk persoalan dan pertanyaan lain, anda boleh klik link ini (https://www.myrapid.com.my/…/all-t…/unlimited-pass-my100my50)
⠀
8. Akses ini boleh digunakan selama 30 hari dan jumlah hari berbaki akan tertera ketika anda menyentuh MyKad anda di pintu masuk stesen.
Dari situ, saya dah berjimat daripada mengeluarkan wang untuk petrol, tol, parking dan sebagainya. Kalau memandu, tempoh masa perjalanan itu pun sebenarnya lebih lama daripada tempoh perjalanan menaiki kenderaan awam seperti LRT. Bila tersangkut dalam kesesakan lalu lintas, kita tak perasan pun sebenarnya kereta kita makan minyak kuat dan itu dah membazir. ⠀ Dalam sebulan, selalunya saya akan habiskan lebih kurang RM70 seminggu untuk petrol sahaja dan tol serta parking, lebih kurang RM50 dalam sebulan memandangkan saya banyak bergerak untuk kerja di luar pejabat.
⠀ RM70 x 4 minggu = RM280 (petrol)
RM280 (petrol) + RM50 (tol & parking) = RM330
⠀ Kalau saya keluar di hujung minggu atau hari cuti, RM330 akan bertambah menjadi RM350 ke RM400 sebulan. ⠀ Jadi, selepas saya cuba berjimat dan gunakan My100, saya cuba hadkan penggunaan kereta dan banyak menggunakan kenderaan awam seperti LRT. Jadi, biaya yang saya keluarkan untuk perjalanan pergi dan pulang kerja adalah RM100 dalam sebulan.
Secara kasarnya, saya dah jimat sebanyak RM230 hingga RM300 sebulan. Banyak kan? ⠀ RM230 x 12 bulan = Anda dah dapat jimat sebanyak RM2,760 dalam setahun. ⠀ Bayangkan, dengan jumlah RM2,760, dah boleh beli tiket penerbangan ke luar negara dan mungkin boleh gunakan untuk belanja ibu bapa dan keluarga. ⠀ Sebelum ini, saya cuba gunakan kad Touch ’N Go, tapi jumlah biaya bulanan saya untuk kenderaan awam lebih kurang RM150 sebulan (berdasarkan enam hari bekerja). Jadi, dengan menggunakan My100, saya dah jimat RM50 berbanding menggunakan Touch ’N Go. ⠀ Memanglah, RM50 apalah sangat untuk mereka yang banyak duit. Tapi, untuk saya, RM50 itu saya boleh buat duit makan tengah hari untuk lima hari. Hehe. ⠀ Kalau saya perlu ke mana-mana majlis yang lokasinya ada akses berhampiran stesen LRT, Monorail atau MRT, jadi mudah sebab saya cuma perlu sentuhkan MyKad saya di pintu masuk stesen. ⠀ Tapi, kalau saya perlu hadir ke majlis atau acara yang memang tak ada akses kereta api, terpaksalah saya memandu. Kadang-kadang, kalau acara anugerah yang habis jam 2 pagi, takkan saya nak tidur di stesen kan? Jadi, saya bawa kereta. ⠀ Nak berjimat pun, kena jadi realistik jugalah. Hehe. Tapi, anugerah pun bukanlah hari-hari kan. Jadi, tak menjadi masalah. Hehe.
Kereta pun, sekarang banyak saya gunakan untuk hujung minggu atau bila perlu saja. Isi tangki sampai penuh pun kadang-kadang bertahan sampai dua minggu. Jimat kan? ⠀ Satu lagi faedah adalah, dapat jugalah saya keluarkan peluh sedikit sebab perlu berjalan kaki dari Stesen LRT Abdullah Hukum ke pejabat. Tak jauh pun, tapi perjalanan pergi balik itu memang buat berpeluh jugalah. Harapnya, dapatlah susutkan badan yang sebesar lori tanah ini. Haha. ⠀ Semoga info ini berguna untuk mereka yang sedang cuba berjimat macam saya. Mungkin ada yang dah tahu mengenai pas-pas ini. Jadi, saya kongsikan dengan mereka yang belum tahu dan baru nak bermula jadi pengguna. ⠀ Semoga bermanfaat.
Situasi ekonomi sekarang memang agak tidak menentu. Ramai rakyat Malaysia yang terkesan selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berlangsung kira-kira selama dua bulan.
Kegiatan ekonomi yang terhenti menyaksikan ramai syarikat telah gulung tikar atau terpaksa melakukan perubahan seperti pengurangan pekerja dan pemberian cuti tanpa gaji.
Begitu juga dengan para peniaga yang banyak terjejas sumber pendapatan mereka. Ketika ramai peniaga mencari jalan mendapat keuntungan berlipat kali ganda terutamanya di musim perayaan, berbeza pula dengan seorang peniaga dari Kepala Batas, Pulau Pinang.
Memetik laporan Astro Awani peniaga dikenali dengan nama Wan Mohd Tarmizi Wan Hamzah menjual barang keperluan dapur pada harga yang jauh lebih murah.
Baginya ini merupakan salah satu cara untuk membantu orang ramai mendapatkan barang keperluan pada harga yang murah dan memuaskan.
Paling mendapat perhatian ialah penjualannya dengan campuran tiga barang seperti ubi kentang, halia dan bawang merah pada harga RM10 sahaja. Malah, dua papan telur bergred C pula dijual pada harga yang sama.
Dengan harga yang menarik seperti in kedainya yang terletak di Permatang Bendahari terus menjadi tumpuan penduduk setempat.
Jelas Wan Mohd Tarmizi yang berusia 42 tahun, prinsip mereka cukup mudah. “Biar jual banyak barang, tetapi untung sikit taj mengapa. Asalkan kita jual murah. Kalau untung banyak tapi dapat jual sikit saja tak boleh juga, kan” jelasnya.
Walaupun dijual pada harga murah beliau hanya menawarkan produk berkualiti gred A dan bukannya gred B atau gred C.
Pelanggan-pelanggannya jelas gembira dans angat berpuas hati dengan harga yang ditawarkan. Bagi mereka ini merpakan salah satu inisiatif positif dilakukan oleh peniaga seperti Wan Mohd Tarmizi untuk menyumbang kepada masyarakat.
Haier Cup 2026 kini lebih besar dengan Sabah rasmi jadi lokasi baharu kejohanan. Fokus bukan sekadar pertandingan, tetapi pembangunan bakat badminton generasi muda.