Ads

10 Perkara Penting Wajib Dilakukan Semasa Aktiviti Hiking Atau Trail Running Untuk Keselamatan Diri

TRAIL RUNNING

Sejak kebelakangan ini, beberapa insiden melibatkan pendaki dan peserta larian denai atau trail running dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti di kawasan hutan dan gunung di Malaysia.

Ada yang tersesat berjam-jam, malah ada juga yang ditemui selepas beberapa hari operasi mencari dan menyelamat dilakukan.

Insiden seperti ini sebenarnya membuka mata ramai bahawa aktiviti hiking dan trail running bukan sekadar aktiviti santai atau content media sosial semata-mata.

Ia tetap aktiviti outdoor berisiko yang memerlukan persediaan, disiplin dan kesedaran keselamatan yang serius.

10 Perkara Penting Wajib Dilakukan Semasa Aktiviti Hiking Atau Trail Running Untuk Keselamatan Diri

Walaupun ramai menganggap aktiviti hiking dan trail running sebagai terapi alam semula jadi, hakikatnya hutan dan gunung tetap mempunyai risiko tersendiri.

Jadi sebelum anda menyarung kasut trail dan mula mendaki, berikut 10 perkara penting yang wajib dilakukan demi keselamatan diri.

1. Jangan Mendaki Seorang Diri

Antara kesilapan paling berbahaya ialah hiking atau trail running secara solo terutama di laluan yang kurang diketahui.

Kalau berlaku kecederaan, sesat atau masalah kesihatan, tiada siapa boleh membantu.

Sebaiknya:

  • Mendaki secara berkumpulan
  • Minimum dua atau tiga orang
  • Pastikan ada buddy system

Lagi ramai bukan bermaksud lebih selamat, tetapi sekurang-kurangnya jangan bersendirian.

2. Maklumkan Lokasi Kepada Orang Terdekat

Ini sangat penting tetapi masih ramai abaikan.

Sebelum masuk trail:

  • Beritahu lokasi
  • Nama gunung atau trail
  • Jangka masa keluar
  • Siapa bersama anda

Kalau berlaku kecemasan, proses mencari jadi lebih cepat dan tepat.

10 Perkara Penting Wajib Dilakukan Semasa Aktiviti Hiking Atau Trail Running Untuk Keselamatan Diri

3. Jangan Terlebih Yakin Dengan Kecergasan Sendiri

Ramai terlalu yakin dengan kemampuan sendiri terutama pemula.

Nampak trail di TikTok “macam santai”, terus decide nak cuba tanpa persediaan.

Hakikatnya trail dan gunung boleh jadi sangat berbeza:

Ads
  • Elevation tinggi
  • Cuaca berubah mendadak
  • Laluan licin
  • Terrain teknikal
  • Stamina cepat drop

Kenali limit badan sendiri.

4. Wajib Bawa Air & Makanan Secukupnya

Jangan bergantung kepada “nanti ada sungai” atau “kejap je naik”.

Dehidrasi boleh berlaku lebih cepat dalam hutan terutama cuaca panas dan kelembapan tinggi di Malaysia.

Minimum bawa:

  • Air mencukupi
  • Electrolyte
  • Energy bar
  • Gel atau snack ringan

Trail running khususnya menyebabkan badan kehilangan air lebih cepat daripada hiking biasa.

5. Simpan Offline Map & Lokasi Trail

Signal telefon dalam hutan kadang-kadang sangat lemah atau langsung tiada.

Sebab itu penting untuk:

  • Download offline map
  • Simpan GPX route
  • Gunakan aplikasi trail navigation

Ramai kes sesat berlaku kerana terlalu bergantung kepada internet atau ikut trail tanpa navigasi sokongan.

10 Perkara Penting Wajib Dilakukan Semasa Aktiviti Hiking Atau Trail Running Untuk Keselamatan Diri

6. Jangan Abaikan Cuaca

Cuaca gunung boleh berubah dengan sangat cepat.

Pagi cerah tidak bermaksud petang masih selamat.

Ads

Sebelum hiking atau trail running:

  • Semak ramalan cuaca
  • Elakkan musim hujan
  • Jangan paksa teruskan jika ribut atau hujan lebat

Kebanyakan kemalangan gunung berlaku ketika cuaca buruk.

7. Pakai Kasut & Gear Yang Sesuai

Jangan anggap hiking ini macam pergi ke pusat membeli-belah.

Pemilihan gear atau peralatan sangat penting terutama:

  • Kasut trail dengan grip baik
  • Headlamp
  • Whistle
  • Rain jacket
  • First aid kit kecil

Ramai ambil mudah soal kasut hingga tergelincir atau cedera di laluan berbatu dan licin.

8. Jangan Tinggalkan Grup

Ini antara punca biasa orang sesat.

Kadang-kadang ada yang terlalu laju atau terlalu perlahan hingga terpisah daripada kumpulan.

Dalam trail atau hutan:

  • Sentiasa pastikan visual contact
  • Tunggu ahli belakang
  • Jangan tukar laluan sendiri

Sesat dalam hutan boleh berlaku jauh lebih cepat daripada yang disangka.

9. Belajar Basic Survival & Emergency

Tak perlu jadi expert survivalist.

Tetapi sekurang-kurangnya tahu:

Ads
  • Cara beri lokasi
  • Guna whistle kecemasan
  • Rawatan luka ringan
  • Apa perlu dibuat bila sesat

Kalau benar-benar hilang:

  • Jangan panik
  • Elakkan terus berjalan tanpa arah
  • Cuba kekal di lokasi yang lebih mudah ditemui

Kadang-kadang keputusan panik menyebabkan situasi jadi lebih buruk.

10. Jangan Kejar Content Sampai Abaikan Keselamatan

Ini realiti zaman sekarang.

Ramai terlalu fokus:

  • Nak ambil video
  • Nak drone shot
  • Nak OOTD
  • Nak pace cantik Strava

hingga lupa faktor keselamatan sebenar.

Ada yang sanggup keluar trail semata-mata untuk ambil gambar atau video lebih “rare”.

Hakikatnya, hutan bukan studio content.

Keselamatan sentiasa perlu jadi keutamaan.

BACA: Berapa Kerap Perlu Berhenti Rehat Dari Ketika Dalam Perjalanan Jauh?

Alam Semula Jadi Tetap Perlu Dihormati

Aktiviti hiking dan trail running memang menyeronokkan.

Ia bagus untuk:

  • Fizikal
  • Mental health
  • Stamina
  • Reconnect dengan alam

Tetapi alam semula jadi juga mempunyai risiko yang tidak boleh dipandang ringan.

Kadang-kadang satu kesilapan kecil sahaja sudah cukup menyebabkan operasi mencari dan menyelamat besar-besaran terpaksa dilakukan.

Jadi sebelum masuk trail running atau mendaki gunung, pastikan anda bukan sekadar bersedia dari segi stamina.

Tetapi juga dari segi ilmu, disiplin dan keselamatan diri sendiri.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads
Harley-Davidson

Komuniti Harley-Davidson Malaysia Cipta Cabaran Rentas Benua, Sasar Rekod Baharu Malaysia...

Komuniti Harley-Davidson Malaysia bakal jelajah lebih 49,000KM merentasi Asia dan Eropah dalam tiga ekspedisi epik yang memburu rekod baharu negara.