‘Geng Takut Bini’. Pernah dengar tak istilah ini?

Ini masalah orang yang sudah kahwin sahaja. Orang bujang pula mesti lebar saja senyum teringat sesetengah rakan-rakan yang dah kahwin tapi macam kena queen control.

Bini buat miss call je terus kalut nak balik. Memang tak chill langsung.  Ya, dalam masyarakat kita istilah ‘geng takut bini’ boleh jadi ejekan dan gurauan.

Namun sebenarnya ia memberik impak yang cukup besar kepada seorang lelaki yang bergelar suami. Sebagai ketua keluarga suami harus menjadi contoh yang baik bukan sahaja kepada isteri tetapi kepada keluarga besarnya.

Ada beberapa sebab yang mungkin membuatkan seseorang itu menjadi begitu takut kepada isteri. Mungkin disebabkan masalah yang orang lain tak akan faham. Tapi hakikatnya seorang suami tidak seharusnya takut kepada isteri tetapi lebih kepada seorang yang memahami, menyayangi dan bertanggungjawab.

Tapi ada juga takut bini kerana sebab yang tak masuk akal. Di bawah ini MASKULIN kongsikan ciri-ciri lelaki takut bini. Adakah anda rasa ciri-ciri tersebut ada pada diri anda?

TAKUT NAK KELUAR

10 Petanda Lelaki Geng Takut Bini (GTB), Antaranya Tak Boleh Lepak Mamak

IKLAN

Suami yang takut bini biasanya akan takut-takut untuk keluar lepak dengan kawan-kawan. Paling teruk anda terpaksa minta kebenaran isteri bila nak keluar. Paling parah bila sudah keluar isteri asyik mesej tak henti-henti minta update semasa.

JARANG KELUAR

Ini mungkin subjektif sebab memang ada jenis lelaki yang tak suka keluar menghabiskan masa hujung minggu atau masa terluang dengan orang lain selain keluarganya. Tapi biasanya lelaki yang takut bini akan berubah secara drastik; sebelum kahwin lain dan selepas kahwin lain, sampaikan hubungan dengan rakan-rakan lain terputus begitu saja.

DUIT KENA KAWAL

Kena kawal bermaksud di sini bukanlah bererti lelaki boleh berbuat sesuka hati dengan duit gaji seperti berjoli sana-sini. Apa yang dimaksudkan ialah segala perbelanjaan perlu medapat kelulusan isteri terlebih dahulu. Ada yang parah nak beli underwear pun kena minta kebenaran dulu.

KONGSI AKAUN MEDIA SOSIAL

Ya, memang diakui sudah banyak berlaku kes kecurangan pasangan yang berpunca dari laman media sosial. Tapi itu tak bermakna anda dan pasangan tidak boleh mempunyai privasi masing-masing. Untuk satu sama lain mengetahui password juga tidak salah. Tetapi janganlah pula terpaksa berkongsi akaun sama.

IKLAN

BACA: 9 Manfaat Suami Isteri Tidur Berpelukan Setiap Malam, Rugi Tak Amalkan!

SPOT CHECK

10 Petanda Lelaki Geng Takut Bini (GTB), Antaranya Tak Boleh Lepak Mamak

Setiap hari pasti si isteri akan melakukan ‘spot check‘ ke atas segala isi kandungan dalam telefon pintar. Apa yang suaminya buat, tengok dan berinteraksi pasti akan diperiksa. Dan setiap hari itu jugalah suami akan sentiasa gusar, mungkin bukan kerana takut tetapi terpaksa menghadap amarah yang kadangkala sebab remeh-temeh.

TUKAR NAMA

Semata-mata tak nak hadap atau kena marah dengan isteri, anda terpaksa menukar nama rakan-rakan perempuan yang lain dengan nama lelaki. Contohnya nama Farah kepada Faiz. Walhal anda berdua hanyalah rakan sekerja yang profesional.

IKLAN

GELABAH BILA HANDPHONE MATI

10 Petanda Lelaki Geng Takut Bini (GTB), Antaranya Tak Boleh Lepak Mamak

Handphone merupakan talian nyawa anda. Setiap masa pasti isteri akan sentiasa meminta anda update kedudukan sekarang dan apa sedang anda lakukan. Bila handphone habis bateri maka haru-birulah jadinya. Begitu juga bila tiba-tiba berada di kawasan yang tiada liputan yang baik.

SELALU NAK CEPAT

Bila keluar lepak dengan kawan-kawan pun anda pasti sentiasa nak cepat. Selang lima minit pasti akan tengok jam tangan. Sebab apa? Sebab risau kena marah lepak lama sangat. Walhal anda baru sahaja lepak berbual dengan kawan-kawan tak sampai sejam.

MENGELAK BILA KENA OUTSTATION

10 Petanda Lelaki Geng Takut Bini (GTB), Antaranya Tak Boleh Lepak Mamak

Dengar sahaja perkataan outstation pasti anda akan panas punggung dan tak senang duduk. Padahal ia merupakan tanggungjawab kerja yang harus anda ikut. Yalah memikirkan alasan apa yang mahu diberikan kepada isteri yang pastinya banyak soal. Contoh ‘mengapa bukan orang lain pergi?’, ‘kenapa lama sangat?’, ‘kenapa awak tak tolak?’ dan sebagainya.

FOBIA KEHILANGAN ISTERI

Mungkin ini sebab yang paling menyedihkan. Mungkin anda dahulu terpaksa berhempas-pulas memenangi hatinya sehingga sanggup berjanji untuk patuh akan segala kemahuan isteri. Ini kerana sebab tak nak kehilangan dia ketika belum berkahwin. Malah bila berkahwin pun anda mungkin sering berdepan ugutan untuk ditinggalkan. Sejujurnya anda dan pasangan harus bertemu dengan pakar kaunseling untuk memulihkan hubungan.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI