Golongan muda sekarang banyak memendekkan sesuatu perkataan dan digunakan dalam perbualan harian, cuma kadangkala kita tidak tahu akan maksud perkataan tersebut.
Bagi tidak mengelirukan kamu, ini beberapa perkataan yang anak muda sekarang kerap guna dalam mesej di media sosial.

FYI, OMG, OTW – antara perkataan yang kita singkatkan dalam penggunaan harian.

Tapi korang pernah tak dengar perkataan-perkaraan dibawah?

10 Singkatan Bahasa Selalu Di Gunakan Oleh Golongan Muda, Tapi Mungkin Ramai Tak Tahu

1. OOTD

Merupakan ringkasan kepada “Tren Outfit of The Day”. Banyak kita guna anak muda zaman sekarang terutamanya yang suka berfesyen.

2. GTR

GTR adalah kata kepada “Getting Ready”. Shortform untuk menunjukkan anda sedang bersiap.

3. RT

Retweet, tidak terlalu baru tetapi mungkin mengelirukan untuk yang tidak menggunakan twitter. RT bermakna seseorang telah menghantar semula tweet anda untuk pengikutnya melihat.

IKLAN

4. ASL

Merupakan ringkasan kepada “Age/Sex/Location”. Orang zaman sekarang menggunakan ringkasan ini untuk memulakan sesi perkenalan.

5. JIC

Dalam mesej, anda malas nak menaip panjang jadi diringkaskan kepada “Just In Case”.

6. WDYMBT

Shortform kepada “What Do You Mean By That”. Terkejut?

IKLAN

7. NSFL

Not Safe For Life, sebagai alternatif untuk memberitahu anda sesuatu perkara buruk sebelum anda klik.

8. NSFW

Not Safe For Work, ini menandakan bahawa sesuatu perkara atau artikel tidak sesuai untuk tempat kerja.

9. IRL

In Real Life. Ia biasanya digunakan untuk merujuk kepada seseorang yang anda kenali di internet tetapi tidak bertemu di luar.

IKLAN

10. BOP

Bukan singkatan tapi terma yang biasa kita lihat dalam komen berkaitan dengan muzik. Bop bermaksud muzik yang terbaik, lagu paling terbaik, lagu paling sedap didengar.

Pelik-pelik orang sekarang ni kan.

 

Sumber : Wanista

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI