10 Tip Badan Sado Seperti Shaheizy Sam Dalam Hanya Masa 10 Bulan

Share

Sejak kebelakangan ini ramai pula artis dan selebriti lelaki yang membina badan, dan Shaheizy Sam juga tidak terkecuali. Bintang Utama Polis Evo (PE) ini  mengakui mengambil masa sekurang-kurangnya 10 bulan untuk mendapatkan bentuk badan kekar seperti sekarang.

 

“Tiada jalan singkat untuk berjaya. Untuk mendapatkan bentuk tubuh seperti sekarang fokus dan semangat yang paling utama.

 

Tips sado dikongsi Sam kepada anda semua:

 

1) Minum black coffee tanpa gula setiap hari selepas bangun daripada tidur

2) Selepas minum black coffee lakukan senaman kardio selama 30 minit sehingga 1 jam untuk memastikan lemak-lemak badan dibakar sebelum memulakan hari seperti biasa

3) Lakukan weightlifting bermula 9 malam setiap hari untuk maintain otot badan

4) Sebelum mula build up muscle, Sam mengamalkan pengambilan karbohidrat dan protein dalam hidangan makan pagi dan tengahari

5) Makan makanan bersumber protein seperti ayam dan ikan setiap 3 hingga 4 jam sekali dan kurangkan makan malam

6) Elak makanan berminyak dan minuman bergula serta kurangkan garam dalam setiap hidangan

7) Makan nasi, tetapi hanya beras perang

8) Cheat day: Makan apa sahaja yang teringin nak makan, tapi seminggu sekali sahaja

*Untuk langkah 1 hingga 8, rutin senaman diteruskan seperti biasa*

9) Selepas mendapat bentuk badan seperti sekarang, Sam mula mengambil menu berat sekali sahaja selepas senaman kardio setiap pagi dan banyakkan fiber dalam hidangan tengahari serta elak makan pada waktu malam.

10) Mengawal kalori iaitu dengan memastikan pengambilan kalori di bawah 2000 setiap hari untuk memastikan lemak di badan berkurangan atau maintain di level sama

 

Sumber : astrogempak

IKLAN