Banyak salon rambut kini menawarkan produk-produk pelebat rambut akan tetapi jika anda risau dengan bahan yang digunakan dalam perawatannya mungkin boleh saja lakukan dirumah. Tolak ketepi senarai salon yang anda ingin pergi, jom scroll 10 senarai cara semulajadi untuk dapatkan rambut lebat dan sihat, khas Maskulin sediakan untuk anda.

10 Tip Elak Rambut Gugur Dengan Bahan Natural, Salah Satunya Guna Minyak Essential!

1. Trim Rambut Setiap 6-8 Minggu

Eh, makin nak panjang makin kena potong pula? Yes, trim 1/4 inci rambut setiap 6-8 minggu. Ianya penting untuk membuang hujung rambut yang rosak and of course rambut anda kelihatan sihat dan stylo!

2. Minum Air Untuk Rambut Sihat

10 Tip Elak Rambut Gugur Dengan Bahan Natural, Salah Satunya Guna Minyak Essential!

Air adalah cara semulajadi untuk mengeluarkan toksik didalam badan. Jika anda disiplin minum sebanyak 8 gelas air, bukan sahaja rambut tumbuh dengan sihat malah badan anda juga bertenaga. Rambut pun senang nak panjang.

3. Kurangkan Blow Dry Rambut

Udara panas dari pengering rambut boleh merosakkan rambut dengan cepat. Pastikan anda biarkan rambut kering secara semulajadi. Cara ini mungkin mengambil masa, tapi percayalah anda akan merasai perbezaannya.

IKLAN

4. Ambil Makanan Yang Tinggi Protein

Tahukah mengambil makanan tinggi protein membuat rambut tumbuh dengan lebih cepat dan sihat. Ikan, telur, pisang, nanas, mangga antara tinggi protein. So stop eating junk food and focus on healthy meals now!

5. Jangan Kerap Cuci Rambut

10 Tip Elak Rambut Gugur Dengan Bahan Natural, Salah Satunya Guna Minyak Essential!

Syampu rambut setiap hari menyebabkan rambut semakin rosak dan terdedah dengan bahan kimia. Wanista cadangkan, anda boleh cuci rambut anda dua atau empat kali seminggu. Lakukan secara berselang seli hari, dan kuantiti syampu yang sedikit. Cara ini melindungi rambut dan menguatkan lagi rambut.

IKLAN

6. Rawatan Perapi atau Conditioner

Tak lengkap membersih rambut anda dengan hanya bersyampu. Dapatkan juga rawatan perapi rambut di salon yang mana anda boleh minta pendapat pakar tentang masalah rambut. Penggunaan perapi boleh melembutkan rambut selepas bersyampu. Jika anda tidak mampu buat rawatan di salon, beli sahaja produk perapi yang ada dipasaran. Cuma pastikan lumur perapi dirambut sahaja dan jangan sapu dikulit kepala, ia boleh menyebabkan kulit kepala berkelemumur.

7. Minyak Essential

10 Tip Elak Rambut Gugur Dengan Bahan Natural, Salah Satunya Guna Minyak Essential!

Biasanya minyak essential di sapu pada badan sahaja. Tapi pernahkan anda mencuba di rambut? Baik anda try sekarang, kebaikan dari minyak essential berkesan untuk memanjangkan rambut. Campurkan tiga titik minyak lavender, minyak rosemary dan dua titik minyak daun thyme, minyak cedarwood dan bersama sedikit minyak jojoba.

IKLAN

8. Pakai Topi Atau Skaf

Kesan UV dari matahari sebenarnya boleh merosakkan rambut. Jika anda perlu menghadiri aktiviti luar, sediakan skaf atau topi. Jangan dedahkan rambut anda kepada terik matahari. Atau anda rimas untuk memakai dua item itu, sapu sahaja palm oil di rambut. Palm oil kaya dengan antioksida seperti vitamin A dan vitamin E yang merawat kerosakan kulit dan rambut.

9. Jangan Sikat Rambut Ketika Masih Basah

10 Tip Elak Rambut Gugur Dengan Bahan Natural, Salah Satunya Guna Minyak Essential!

Kenapa tak boleh? Sebab apabila rambut didalam keadaan yang basah, ia mudah gugur kerana kulit kepala ketika itu lembab. Kalau di salon tak mengapa pula rambut basah disikat? Ishh..itu di salon, mereka basahkan rambut untuk mengetahui panjang rambut anda sebelum memotong. Jangan nak cari alasan, biar sahaja rambut anda kering sendiri dan keguguran rambut juga akan berkurangan.

10. Elakkan Stress

Bila rambut gugur kita sering kaitkan dengan stress bukan? Yup betul, stress boleh mengakibatkan rambut gugur serta rosak! Jadi jauhi stress dengan penuhi hari anda dengan aktiviti fun atau dapatkan tidur yang cukup. Rambut cantik, tuan punya badan pun berseri.

Anda tidak perlu mencuba kesemua teknik di atas. Pilih sahaja teknik yang bersesuaian dengan masalah rambut dan masa anda.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI