
Tempat kerja. Ya, tempat kerja merupakan sebahagian besar daripada hidup anda. Byaangkan dalam sehari sekurang-kurangnya lapan jam sehari anda akan berada di pejabat atau tempat kerja.
Mahu atau tidak itulah rutin yang perlu kita semua hadapi demi mencari sesuap nasi. Kehidupan di pejabat atau tempat kerja bolehlah kita katakan sebagai sebuah komuniti kecil menyaksikan ramai pihak saling bekerjasama secara terus atau tidak demi menyumbangkan usaha dan keringat untuk kemajuan organisasi.
Dengan masa yang sangat lama dihabiskan di tempat kerja, bagaimanakah kita boleh sentiasa berasa gembira dan bahagia.
Jadi bagaimana anda boleh sentiasa bahagian dengan kehidupan di tempat kerja. Bagi MASKULIN, jika anda amalkan formula 10 di bawah pasti hidup anda bebas stres, lebih gembira dan aman!
1
Jangan percaya bulat-bulat kepada sesiapa pun. Tapi hormatilah majikan, ketua dan rakan sekerja.
2
Apa yang berlaku di pejabat biarkan sahaja di pejabat. Jangan bawa pulang masalah atau gosip pejabat ke rumah. Begitu juga sebaliknya, apa yang berlaku di rumah jangan bawa ke pejabat.
3
Datang kerja mengikut masa ditetapkan dan pulanglah segera juga mengikut masa. Percayalah keberadaan anda di tempat kerja dalam masa yang lama tidak akan membantu kesihatan fizikal dan minda anda.
4
Jangan jalin apa-apa hubungan serius di tempat kerja. Sudah banyak kes ini hanya membuatkan hidup anda huru-hara terutamanya kepada pasangan yang sudah berkahwin.
BACA: Ini 8 Tip Berkesan Untuk Hilang Mengantuk Di Pejabat
5
Jangan harapkan apa-apa dari sesiapa pun. Jika ada orang membantu anda, ucaplah terima kasih dan bersyukur. Jika tiada siapa membantu anda jangan risau. Lama-kelamaan anda akan belajar sendiri.
6
Kenaikan pangkat? Usahlah anda terburu-buru mengejar kenaikan pangkat semata. Jika anda dinaikkan pangkat, tahniah. Jika tiada ia tidak mengapa. Jika melakukan tugasan dengan baik dan cemerlang percayalah anda akan diingati oleh majikan dan rakan sekerja.
7
Jangan terlibat dengan perkara remeh-temeh yang berlaku di pajabat. Anda ada banyak perkara penting lagi untuk dilakukan.
8
Anda juga harus ingat untuk ukur keupayaan sendiri. Jangan semata-mata ingin buat orang kagum anda jadi ‘pak sanggup’ untuk semua tugasan.
9
Sentiasa merendah diri. Tidak kiralah walau bagaimana cara sekali pun orang melayan anda. Tak semua orang suka dengan anda walaupun anda tak kacau orang pun.
10
Akhir sekali sentiasa ingat dalam dunia ini tidak ada perkara yang lebih penting melainkan keluarga, kawan baik dan kebahagian minda diri sendiri.
Hati-hati Bila Lelaki Dah Move On, Inilah Masanya Untuk Perbiaki Diri & Dekatkan Diri Dengan Tuhan!

Apa guna mengharap kalau si dia sedang berbahagia dengan pasangan baharu? Tak ada maknanya dia nak berfikir tentang anda!
Bangkit dan berlalu pergi. Cukuplah bazirkan air mata untuk seseorang yang tidak menyayangi kita lagi.
Meskipun telah kita hadiahkan segunung cinta dan selaut kasih, andai tiada jodoh dan ada selingkuh yang berulang, masih nak pertahankan?
Ada baiknya anda move on dan bina semula masa single anda dengan pelbagai perkara yang lebih baik kerana :
Hati sakit, prestasi terjejas
Boleh naik gajikah kalau anda berterusan membiarkan hati anda sakit sehingga menjejaskan prestasi pekerjaan anda? Ada baiknya anda fokus pada kerja dan cuba tambah baik tentangnya. Mana tahu tiba-tiba anda boleh naik pangkat? Bukankah ia jadi satu berita yang bagus?
Dekatkan diri dengan Tuhan
Berapa banyak pahala yang anda buat bersama dengan si dia? Atau terlalu gembira sehingga terlupa ada sang Pencipta yang perlu disembah dan akur kepada perintah utamanya? Anggaplah kesakitan ini sekadar ujian daripada Tuhan tanda rindu dan akan menggantikan orang yang lebih baik.
Ada orang di sekeliling anda
Hargai mereka yang ada di sekeliling anda. Bukan paksa mereka pergi daripada hidup anda dengan menghalaunya. Kerana orang yang anda tak paksa stay itulah yang pergi meninggalkan anda. Sedih bukan? Jadi, hargai mereka yang ada memberikan semangat kepada kita.
Mantapkan ekonomi
Apabila bercinta, bukan senang anda nak kawal ekonomi. Duit gaji pun boleh habis untuk buat pasangan kita bahagia dan tersenyum. Biar pun dia berkata, “Saya tak harapkan duit awak pun,” kenapa nak melabur untuk sesuatu yang belum pasti? Sebagai saranan, kembali bangkit dengan kerja keras sehingga ada saving, rumah dan kereta yang sudah dihabis bayar. Kemudian, carilah insan yang tak tahu anda sudah miliki semua itu.
Ramai Lelaki Berhenti Kerja Sebab Nak Berniaga, Berbaloi ke? Ini Jawapannya…

Ramai orang yang masih bekerja dan baru sahaja berjinak-jinak dalam dunia perniagaan mengajukan soalan ini kepada saya, “Bagaimana untuk saya memulakan perniagaan?”
Apabila ditanya kembali tentang sebab mereka memulakan perniagaan, jawapannya seringkali berkait rapat dengan dialog-dialog seperti, “Sebab aku mahu kaya!” atau “Aku mahu mempunyai banyak duit!”
Berdasarkan pengalaman serta kajian saya sendiri, 90% daripada usahawan yang baru berniaga, mereka akan mengalami dua situasi ngeri iaitu:
Tidak berjaya buat banyak duit. Akhirnya mendorong kepada satu lagi situasi, di mana perniagaan mereka lingkup teruk dan akhirnya “tutup kedai”.
Perkongsian ini bukan bertujuan untuk membuatkan bakal usahawan trauma atau takut untuk memulakan perniagaan.
Apa yang mahu ditekankan adalah kepentingan memahami formula, yang terbukti membantu kita untuk mencipta jalan kejayaan menerusi perniagaan. Kuasai Formula M.E.S.T.I. Formula itu adalah M.E.S.T.I (M = Mentor, E = Elmu, S = Sistem / Strategi yang betul, T = Tindakan yang betul, & I = Impian yang jelas).
Ramai yang ghairah dan teruja apabila melihat orang lain berniaga dan berjaya mengubah kehidupan mereka. Namun mereka terlupa beberapa elemen penting.
Tanpa ilmu perniagaan, tanpa mentor yang terbukti berjaya, mereka akan terus dihimpit kegagalan dalam perniagaan.
Situasi kurang enak ini berlaku dalam 90% diri usahawan.
Di mana mereka lebih rela melanggar dinding berkali-kali, membakar duit sendiri tanpa memperoleh sebarang pulangan, membuang masa dan tenaga melakukan perkara yang masih diragui keberkesanannya, dan terus mencuba nasib.
Akibat daripada situasi-situasi ini, keputusan terakhir mereka adalah mengangkat bendera putih dan menyerah kalah.
Untuk mengelakkan diri kita daripada tergelincir dalam situasi-situasi ngeri seperti yang disebutkan di atas, penting untuk kita faham tentang 9 formula mencipta landasan kejayaan dalam perniagaan.
Khususnya untuk bakal usahawan dan usahawan yang baru mula bertapak. 9 formula ini dapat membantu kita untuk mengubah rentak perniagaan serta merta.’
1-Matlamat Perniagaan & Peribadi yang Jelas
Sebelum berniaga, fahami dan jelas tentang sebab utama kita memulakan perniagaan. Kenapa kita memilih untuk berniaga? Apakah matlamat yang ingin kita kecapi daripada perniagaan? Apakah impian kita? Ini kerana, perniagaan sebenarnya bertindak sebagai alat. Matlamat, impian dan sebab kita adalah faktor pemangkin kejayaan dalam perniagaan.
Kebanyakan mereka yang berjaya dalam perniagaan, terdiri daripada golongan yang mempunyai matlamat yang jelas. Dalam masa sama, matlamat peribadi yang jelas juga biasanya menyebabkan kita terpaksa berjaya.
Contohnya dalam kes kejayaan pelabur bertaraf bilionair, iaitu Warren Buffett. Sejak 35 tahun dahulu, beliau memang mempunyai minat yang dalam terhadap produk-produk baru, yang ada dalam pasaran.
Secara tidak langsung, mendorongnya untuk membeli saham-saham yang ditawarkan oleh syarikat pengeluar produk-produk itu.
Setelah sekian lama bergiat dalam industri saham dengan hanya berdasarkan minat dan matlamat yang jelas, Warren Buffet berjaya mengaut keuntungan sehingga ribuan kali ganda dalam masa beberapa puluh tahun.
Selain beliau, anak muda yang mengasaskan laman sosial Facebook iaitu Mark Zuckberg juga mempunyai cerita kejayaan yang hampir sama. Beliau bermula dengan mempunyai matlamat peribadi yang jelas. Mark Zuckerberg mahu mengenali ramai gadis-gadis di universitinya.
Oleh sebab itu, beliau mencipta satu sistem di Internet yang digelar sebagai “Facebook”. Malah, hari ini beliau memegang status sebagai bilionair termuda di dunia.
Situasi seperti ini juga berlaku dalam diri para peserta program saya yang sudah bergelar jutawan. Mereka bermula dengan wang poket yang sedikit. Namun disebabkan matlamat mereka jelas, iaitu mahu memberikan kehidupan yang lebih baik kepada insan yang mereka sayangi, maka mereka tidak mencipta sebarang alasan.
Matlamat yang jelas ini sangat penting. Selain membantu kita mempunyai fokus yang kuat untuk mencapai apa yang kita mahu, ia dapat menyelamatkan diri kita daripada terpengaruh dengan emosi negatif, apabila menghadapi sebarang cabaran dan halangan dalam perniagaan.
Justeru itu, tulis dengan jelas matlamat yang kita benar-benar mahu capai. Tulis sekali tarikh atau tempoh untuk kita realisasikan matlamat itu. Kemudian lihat bagaimana rentak perniagaan kita mula berubah sedikit demi sedikit.
2-Kenal Pasti Masalah, Kenal Pasti Solusi
Ini adalah masalah utama yang berlaku dalam diri usahawan yang gagal memasarkan produk atau perkhidmatan mereka dengan berkesan.
Mereka tidak mampu untuk menjawab soalan seperti, “Apakah masalah kritikal yang dihadapi oleh orang ramai, yang menyebabkan mereka memerlukan produk atau perkhidmatan anda?”
Jika soalan ini tidak boleh dijawab dengan padat dan penuh keyakinan, maka ia menjelaskan bahawa kita sendiri tidak memahami perniagaan yang dijalankan.
Untuk menjadi usahawan berjaya, penting untuk kita mengenalpasti masalah sebanyak yang mungkin. Kerana tugas bisnes yang hakiki adalah menyelesaikan setiap masalah yang ada, menerusi produk atau perkhidmatan yang kita tawarkan.
Contohnya, kita menjual karipap panas berintikan daging serta kentang pada waktu petang. Masalah yang dapat kita selesaikan adalah masalah individu yang bekerja di pejabat di luar sana, yang ingin mendapatkan karipap sedap di waktu petang.
Bukan itu sahaja. Kita juga boleh menyelesaikan masalah isteri-isteri yang ingin menghidangkan karipap panas yang sedap di rumah, untuk seisi keluarga bagi menikmati waktu petang.
Malah bagi yang mempunyai masalah emosi terganggu kerana merindui karipap panas masakan ibunya, kita sebenarnya sedang menghulurkan bantuan untuk menyelesaikan masalah itu.
Dalam perniagaan, lagi banyak kita dapat kenal pasti masalah, lebih mudah untuk kita melaksanakan strategi pemasaran dan mencipta keyakinan dalam diri pelanggan terhadap bisnes kita.
3-Strategi “Bootstrap”
Usahawan yang gagal sering menyalahkan isu modal sebagai alasan mereka gagal, atau tidak berjaya dalam perniagaan.
Hakikat yang sebenar adalah, kita tidak perlu modal perniagaan yang besar untuk bermula. Kebanyakan peserta program saya memulakan perniagaan dengan jumlah modal yang kecil. Strategi ini digelar sebagai strategi “bootstrap”.
Maksudnya, kita memulakan perniagaan menggunakan apa yang ada dalam diri. Kita gunakan bakat, minat atau kemahiran sedia ada untuk menawarkan servis atau produk kepada para pelanggan yang memerlukan.
Selain itu, kita juga boleh menjual produk atau perkhidmatan milik orang lain.
Kisah Mat Jenin dapat dijadikan sebagai iktibar untuk memahami strategi ini dengan lebih mendalam. Beliau bermula dengan mengambil upah panjat kelapa. Kemudian duit upah itu digunakan untuk membeli ayam.
Apabila ayam bertelur, telurnya itu dijual di pasar. Selepas itu, beliau kumpul duit supaya dapat membeli kambing. Mat Jenin mula menjual susu kambing dan mengumpul duit untuk membeli lembu. Sebaik sahaja lembu dibeli, beliau menjual susunya pula.
Sehinggalah satu hari semua lembunya berjaya dijual dan akhirnya Mat Jenin menjadi kaya raya.
Namun satu daripada masalah ketara beliau adalah, Mat Jenin hanya berangan-angan tanpa sebarang tindakan.
Namun apa yang jelas di sini adalah pendekatan strategi “boostrap” yang beliau angankan. Dalam masa yang sama, kesabaran juga memainkan peranan penting untuk melaksanakan strategi ini.
4-Test, Trial dan Adjust (Dare to Explore)
Istilah menguji adalah istilah yang terbaik bagi menjelaskan formula yang keempat ini. Penting untuk usahawan menguji permintaan di pasaran, dengan menjalankan percubaan demi percubaan supaya produk atau servis kita dapat diterima pasaran.
Apabila kita menjual karipap berintikan daging dan kentang, langkah pertama adalah memberikannya kepada beberapa orang untuk merasa terlebih dahulu. Kemudian minta maklum balas daripada mereka.
Ambil perhatian terhadap maklum balas yang diberikan. Lakukan ubahsuai dan penambahbaikan sehingga kita benar-benar berpuas hati.
Designer Ini Kongsi Tip Cara Kesan Defect Bila Masuk Rumah Baru Dibeli

Kalau anda pengguna aktif Facebook pastinya video seorang lelaki mengamuk tak puas hati dengan kualiti rumahnya dibeli berdekataan KLCC lalu di timeline.
Kejadian tular itu dikatakan berpunca daripada rasa tak puas hatinya terhadap pemaju yang didakwanya kecewa dengan kualiti rumah mewah dibelinya dengan harga lebih kurang RM2 juta. Apa yang membuatkan vieo ini tular ialah tindakannya membawa tukul dan memecahkan meja kaca.
Namun adakah tindakan ini betul atau hanya lebih merugikannya sahaja?
BACA: 10 Tip Buat Rumah Lebih Sejuk Pada Musim Panas Seperti Sekarang
Seorang pengguna Facebook, Ahmadkhairul Sabirin telah melakukan perkongsian menarik tentang apa yang harus kita lakukan dan periksa apabila mula masuk ke rumah yang baru siap dibeli. Beliau merupakan seorang designer dan memiliki latar belakang arkitek.
Jom ikuti tip yang dikongsikan oleh beliau di bawah.
Jadi bila kita dapat rumah baru, apa perlu kita buat ? Adakah kita perlu hancur kan sana sini juga? Jangan. Follow lah step ni.
BAWA MEASURING TAPE
1. Periksa lah luas lantai rumah sama tak dengan floor plan yang diberi dalam SPA. Bawa measuring tape.
LAMPU, SOKET & ELECTRICAL POINT
2. Periksa bilangan lampu, electrical point dan soket. Sama tak number tu dengan SPA. Periksa sekali TV point, broadband, fan hook siling dan lampu gantung jika ada.
Jangan lupa juga benda ni :
– Check brand model barang elektrik
– Sink, tap dan toilet bowl punya brand.
– Fridge/oven/stove cooker hood punya brand.
KABINET DAPUR
3. Periksa kitchen kabinet, adakah material sama dengan apa yang telah dijanjikan developer. Bila beli developer kata dapat marble, bila siap developer bagi High Press Laminate. Maka saya sarankan anda sediakan lah sledgehammer dan duduk di depan pejabat developer. haha. Kalau pecah kitchen kabinet tak dapat ganti baru ya!
KONDISI DINDING
4. Periksa kualiti hasil kerja unit anda. Tengok dinding ada crack tak, water damage atau cat yang tak rata.
TILE & LANTAI
5. Periksa lantai. Cuba ketuk tile, kalau dengar hollow sound maknanya bawah kosong. Boleh minta developer repair. Ketuk dengan apa? Jangan pakai hammer! Aku ketuk kadang pakai kunci pun boleh dengar dah kalau ada hollow tile.
PINTU, FRAME & TOMBOL
6. Check pintu, frame pintu dan tombol. Ada scratch ke tak, ada misalignment atau tidak. Buka tutup lah 7 8 kali ke. Kalau rasa tak lengkap disarankan buka tutup selam 40 kali selama 100 hari. Haha. Gurau saja, kalau pintu tak ok, buka sekali dua pun dah boleh rasa.
SLIDING DOOR
7. Kalau ada sliding door, check benda sama juga.
GLASS DOOR & BALKONI
8. Kalau ada glass door, check ada crack atau calar. Boleh ganti. Jangan lupa kalau ada glass balcony, cuba gegar sikit. Kalau kalau gegar sikit dah goyang, notify developer.
AMBIL GAMBAR & CATAT
9. Dah siap semua ni, ambil gambar dan isi borang defect. Hantar kepada developer. Bila dah hantar, pastikan follow up selalu. Kalau developer lambat atau tak responsive kita boleh lantik kontraktor lain untuk repair dan claim balik developer.
Ini sedikit sebanyak tips nak check defect bila anda dapat rumah baru. Apa pun, sledgehammer bukan lah jalan penyelesaian. Kepada uncle, aku rasa uncle kena engage dengan interior designer baru dapat design yang uncle nak. Developer ni bagi barang free saja, taste belum tentu kena.
Kepada developer, jika anda menjanjikan IMPECCABLE DESIGN, bagi lah IMPECCABLE DESIGN.
Bukan BREAKABLE DESIGN.
Ahmadkhairul Sabirin
Lama tak dengar perkataan impeccable.
Untuk menyenangkan anda melakukan pemeriksaan defect, boleh bawa beberapa perlatan seperti dalam foto di bawah.

Kepada anda yang nak masuk rumah baru nanti bolehlah ikuti tip yang dikongsikan saudara Ahmadkhairul Sabirin. Ingat anda sebagai pengguna dan tuan rumah mempunyai hak untuk menuntut apa yang dirasakan tidak lengkap dan ada defect dengan pemaju. Semoga perkongsian ini membawa manfaat kepada anda.
Perkongsian asal di Facebook: