Tak dinafikan pengaruh yang di bawa oleh pelakon-pelakon Hollywood terhadap pelbagai trend dari fesyen, gaya hidup dan senaman akan menjadi ikutan ramai.

Kemampuan mereka membawakan pelbagai watak dengan penuh berkesan di dalam filem-filem lakonan membuatkan kita kagum dengan bakat serta usaha yang dicurahkan.

Bercakap tentang usaha, apa yang dilakukan oleh mereka terutamanya pelakon lelaki kadangkala cukup ekstrem sekali. Demi menjiwai watak dan merealisasikan kehendak skrip mereka melakukan transformasi badan dalam masa yang sikit.

Komitmen serta kesungguhan mereka lakukan untuk mendapatkan bentuk badan yang sesuai mengikut karakter membuatkan ramai yang cemburu dan kagum dengan kemampuan mereka mengubah bentuk badan. Dengan diet yang ketat serta senaman yang tidak henti mereka mampu ‘bertukar’ dalam masa yang singkat.

Ada yang mampu meningkatkan berat badan tak kurang juga menurunkan berat badan. Jom kita lihat transformasi aktor hebat ini!

Christian Bale

10 Transformasi Berat Badan Ekstrem Paling Hebat Pernah Dilakukan Aktor Hollywood

Untuk wataknya dalam filem ‘The Machinist’ dia telah menurunkan berat badan sebanyak kira-kira 29 kilogram dalam tempoh 4 bulan! Itu pun doktor terpaksa menasihatinya lebih berhati-hati kerana disangka boleh berdepan maut! Manakala untuk filem ‘Amrican Hustle’ pula dia tambah berat hingga perutnya boroi!

Matthew McConaughey

10 Transformasi Berat Badan Ekstrem Paling Hebat Pernah Dilakukan Aktor Hollywood

Bagi menjiwai wataknya sebagai lelaki yang menghidap AIDS menerusi filem ‘Dallas Buyers Club’, dia telah menurunkan berat badan sebanyak 20 kilogram dalam tempoh enam bulan.

IKLAN

Chris Pratt

10 Transformasi Berat Badan Ekstrem Paling Hebat Pernah Dilakukan Aktor Hollywood

Pelakon yang terkenal dengan watak Andy dalam siti TV ‘Parks and Recreation’ ini melakuan transformasi cukup mengagumkan. Untuk filem Marvel, ‘Guardians of Galaxy’ dia telah hilang 27 kilogram dan membina otot tegap!

BACA: Ketahui Bagaimana Para Selebriti Hollywood Ini Tangani Insomnia

Matt Damon

10 Transformasi Berat Badan Ekstrem Paling Hebat Pernah Dilakukan Aktor Hollywood

Melakonkan watak sebagai penagih dadah memerlukan seorang pelakon itu bertubuh kurus kering. Dan itulah yang dilakukan oleh Matt Damon dengan menurunkan berat badannya sehingga hampir 20 kilogram. Dalam proses itu dia terpakda diberikan rawatan rapi oleh doktor akibat penurunan berat mendadak!

IKLAN

Fifty Cent

10 Transformasi Berat Badan Ekstrem Paling Hebat Pernah Dilakukan Aktor Hollywood

Sebut sahaja nama rapper ini pasti kita terbayang badannya yang tegap dan sado. Namun untuk berlakon dalam filem ‘Things Fall Apart’ dia membawa watak pesakit kanser. Beratnya turun dari 97 kilogram ke 72 kilogram. Dia mencapai penurunan itu dengan berlari tiga jam sehari dan mengamalkan diet liquid.

Chris Hemsworth

10 Transformasi Berat Badan Ekstrem Paling Hebat Pernah Dilakukan Aktor Hollywood

Transformasi aktor kacak ini cukup hebat apabila terpaksa berubah beberapa kali dalam masa terdekat. Semasa berlakon filem Marvel sebagai Thor, berat badannya adalah 98 kilogram. Kemudian berat itu berkurang kepada 83 kilogram bagi filem ‘Rush’. Dan kemudian untuk berlakon semula watak Thor dia terpaksa naikkan semula berat sebanyak 16 kilogram.

Jonah Hill

10 Transformasi Berat Badan Ekstrem Paling Hebat Pernah Dilakukan Aktor Hollywood

IKLAN

Jonah Hill merupakan antara pelakon yang terkenal dengan berbadan besar. Namun untuk filem aksi komedi ’21 Jump Street’ dia telah berjaya turun sebanyak hampir 20 kilogram.

Tom Hanks

10 Transformasi Berat Badan Ekstrem Paling Hebat Pernah Dilakukan Aktor Hollywood

Anda pasti pernah menonton filem legenda ‘Cast Away’ ini! Kisah yang menceritakan bagaimana seorang juruterbang yang terperangkap di sebuah pulau tinggal seorang diri tanpa bekalan makanan, ubatan dan pertolongan. Demi menjayakan karakter mencabar ini, Tom Hanks melakukan antara transformasi hebat dalam sejarah perfileman dengan turun berat badan sebanyak 22 kilogram. Penggambaran terpaksa dihentikan selama setahun bagi memberikan masa buat Tom Hanks mencapai fizikal seperti itu.

Jated Leto

10 Transformasi Berat Badan Ekstrem Paling Hebat Pernah Dilakukan Aktor Hollywood

Untuk membawkan wataknya dalam filem ‘Dallas Buyers Club’, Jared Leto telah kehilangan berat badan kira-kira 20 kilogram. Manakala untuk filem berikutnya dia harus menambah berat bada semula sebanyak 30 kilogram. Seolah-olah berat badannya datang dan pergi seperti tiada apa-apa yang berlaku. Hakikatnya di belakang tabir dia telah bekerja sangat keras.

Tom Hardy

10 Transformasi Berat Badan Ekstrem Paling Hebat Pernah Dilakukan Aktor Hollywood

Pelakon yang kini berstatus bintang ini terpaksa menambah berat badannya sebanyak 19 kilogram dalam masa lima minggu untuk melakonkan watak sebagai penjenayah terkenal, Charles Bronson. Tom berjaya meningkatkan berat badan dalam masa sangat singkat dengan mengamalkan diet pemakanan banyak dan berlatih dengan tentera Amerika Syarikat.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI