Ini lagi satu masalah yang selalu menghantui lelaki. Jerawat dah kecut tapi ada masalah lain pulak datang iaitu PARUT JERAWAT. Parut jerawat ni kalau tak di rawat memang teruk kesannya lagi-lagi jenis yang hitam dah macam ‘chiken pox’ pula nampaknya. Memang ramai alami masalah ni, susah betol nak hilangkan parut. Lepas ni tak payah gi SPA, ikut 10 petua dibawah ye..
1. Aloe Vera atau Lidah Buaya
Lidah buaya kaya dengan vitamin semulajadi yang membantu memulihkan kulit dan menghilangkan parut secara beransur-ansur.
Aloe Vera juga bersifat lembut, maka susah nak overdose walaupun letak banyak-banyak. Tapi tak perlu banyak pun, sikit cukup. Lidah Buaya boleh didapati di farmasi, tapi kalau tanam sendiri pun dia senang tumbuh.
Caranya: patahkan daun, ambil lendirnya dan sapukan ke muka. Biarkan lendir atau gel semulajadi itu selama setengah jam, kemudian cuci muka macam biasa.
2. Baking Soda
Atau nama lainnya natrium bikarbonat. Bahan ni ada dalam semua rumah, sebab banyak kegunaannya. Antaranya meghilangkan parut jerawat.
Khasiatnya: Baking soda ini menyerap masuk ke dalam pora kulit dan membersihkannya dan juga mengelakkan jerawat baru naik.
Caranya: Campurkan 2 sudu teh baking soda dengan sedikit air, jangan cair sangat. Bagi pekat, macam pes. Lumurkan campuran ini ke muka anda di mana paling banyak parut.
Pastikan anda cuci muka guna moisturizer selepas basuh baking soda. Amalkan setiap dua hari sekali.
3. Minyak kelapa dara
Di pasaran sekarang terdapat banyak virgin coconut oil atau minyak kelapa dara. Sememangnya ia lebih berkhasiat daripada minyak kelapa biasa kerana cara penghasilan minyak yang tak menggunakan haba.
Caranya: titiskan minyak kelapa dara ke tapak tangan anda dan biarkan suhu badan anda memanaskannya. Urut perlahan-lahan muka anda dengan minyak, dan biarkan sahaja, tak perlu cuci. Ia akan terus bekerja keras memulihkan kulit anda daripada parut jerawat. Kalau rimas, biarkan setengah jam sebelum cuci dengan cleanser biasa
Ads
4. Timun
Timun mengandungi kadar air yang sangat tinggi, tidak lupa juga vitamin A, vitamin C, dan magnesium – semua yang terbaik untuk kulit anda.
Caranya: hiris timun segar, dan tempekkan pada kulit muka yang berparut. Biarkan setengah jam, kemudian bilas dengan air sejuk. Amalkan setiap hari sehingga parut hilang.
5. Madu
Semua sedia maklum bahawa madu adalah raja segala makanan. Tapi malangnya kebanyakan madu dalam pasaran adalah madu yang diproses, dan telah hilang khasiat perubatannya. Cari madu lebah asli, kalau tak petua ni tak jadi.
Caranya: madu lebah asli, ambil sedikit sahaja cukup-cukup untuk urutkan kulit muka. Jangan banyak sangat. Madu liar ni panas. Dah urut, biarkan sahaja. Tak payah bilas. Biarkan mukjizat Nabi Ayub ni laksanakan tugasnya!
Ads
6. Lemon
Lemon adalah asid alfa hidroksil semulajadi, sejenis asid AHA yang fungsinya khusus untuk membantu kulit baru tumbuh seterusnya mengurangkan parut jerawat.
Caranya: Perah sedikit jus lemon ke dalam mangkuk. Kalau kulit anda sensitif, cairkan dengan air sejuk. Kalau tak tak perlu cairkan. Gunakan kapas, sapukan ke muka dan biarkan kering.
Setelah kering, bilas dengan air sejuk. Amalkan setiap hari.
7. Ubi Kentang
Tahukah anda jus ubi kentang sebenarnya kaya dengan vitamin dan mineral? Selain itu, kanji dalam ubi kentang juga boleh menghaluskan kulit wajah.
Ads
ubi kentang untuk hilangkan parut jerawat
Caranya: hiris kentang nipis-nipis dan tempekkan kepada kulit muka. Kalau nak, boleh juga buat hirisan tebal dan urutkan pada bahagian berparut. Biarkan sekurang-kurangnya 15 minit sebelum dibilas dengan air suam. Amalkan sekali sehari.
8. Bedak sejuk
Bedak sejuk memang popular sebagai cara tradisional untuk kesihatan kulit muka. Bedak sejuk menyerap minyak dan mengosongkan pora, dua punca utama jerawat.
Caranya: tumbuk sikit bedak sejuk dan campurkan dengan air. Buat pekat-pekat. Lumur dan urutkan campuran pada kulit muka dan biarkan semalaman. Pagi sebelum solat Subuh basuh dengan air sejuk. Amalkan setiap hari.
9. Air tebu
Air tebu mengandungi asid glycolic, juga sejenis asid AHA seperti jus lemon tadi. Ia menghilangkan sel mati dan menggalakkan pertumbuhan sel baru.
Caranya: campurkan 2 bahagian air tebu dengan satu bahagian minyak zaitun. Titiskan sedikit jus lemon, dan sapukan pada kulit muka. Biarkan selama 15 minit sebelum dicuci dengan moisturizer. Amalkan sekali setiap dua atau tiga hari.
10. Vitamin E
Yang ini paling mudah. Semua sedia maklum bahawa Vitamin E memang vitamin penjaga kulit. Caranya: Pecahkan kapsul vitamin E yang dibeli di farmasi. Biasanya vitamin E dijual dalam bentuk minyak. Lumurkan minyak tersebut pada kulit muka yang berparut. Biarkan 15 minit dan cuci dengan moisturizer.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai sebenarnya lelaki di luar sana yang menghidap masalah perut buncit. Anda mungkin sudah kawal cara pemakanan anda, tapi berat badan anda masih turun naik. Sebenarnya, anda sedang menghadapi krisis gemuk air. Disini kami tanyakan kepada Kevin Zahri bagaimana anda nak memastikan buncit yang anda hadapi ini adalah gemuk air.
Bangun tidur terus rasa gemuk?
Pernah tak anda bangun sahaja dari tidur terus rasa gemuk? Lemak perlukan masa untuk kumpul menjadi gemuk.Jadi jika anda bangun dari tidur dan berasa lebih gemuk, kemungkinan besar ia bukanlah lemak. Ia adalah air. Air mampu turun naik dengan ketara setiap hari. Maka jika berat berubah dalam semalaman, anda tidak perlu terlalu bimbang.
Macam mana boleh dapat lemak air?
Bila anda dah start tanya pasal ni, tiba masa untuk anda fikir, apa yang anda makan dalam masa seminggu. Mungkin anda makan hidangan yang mengandungi garam tinggi? Atau anda mengikuti pelan diet rendah karbohidrat tapi tiba-tiba anda mengambil karbohidrat dengan banyuak secara ketara? Sebab-sebab inilah akan menyebabkan pengumpulan cecair lebihan dalam tisu badan, atau gemuk air. Sebab tu perut anda buncit kedepan!
Tapi saya makan secara sihat, bersenam pun hari-hari
Badan manusia ni pun perlukan rehat juga. Kalau anda seorang yang balik kerja terus ke gym hari-hari, sistem badan anda akan mogok. Ambil masa dua ke tiga hari untuk berehat. Jangan stress ye.
Memang bahagian perut je ke?
Lemak air ini biasanya akan lebih ketara pada bahagian perut. Jika hari ini perut anda kempis, tapi buncit pada keesokkan harinya, maka ia disebabka kandungan air dalam badan anda. Jika bahagian tersebut seperti lembik, ia juga adalah petanda kandungan air terdapat di bawah kulit anda, jadi tak perlu bimbang.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pakar pendandan rambut, Bambang Sutrisno Soteto ada idea tersendiri. Jarinya rancak bergerak bersama ideologi tentang dunia dandanan rambut.
KEMAHUAN
Saya pernah tidak bercakap dengan ayah sewaktu melahirkan hasrat untuk menjadi hairdresser dan bukannya jurutera kimia. Akhirnya saya menerima respon positif dari keluarga apabila saya berjaya buktikan bahawa impian saya ini bukan omongan yang kosong.
Mungkin dulu, kerjaya ini bukan kerjaya sesuai untuk seorang lelaki dan ada juga yang rasa segan mengakui minat mereka tetapi kini segalanya berbeza. Asalkan ada minat, perniagaan yang halal dan kita ikhlas menjalankan perniagaan, jadi segalanya OK!
RAHSIA RAMBUT
Orang pertama yang menjadi ‘mangsa’ saya adalah seorang sahabat karib sewaktu masih belajar di asrama penuh, Ali Imran. mungkin kerana kepercayaannya kepada saya, dia membenarkan saya mendandannya dan respon? Not bad!
SIFU
Di awal penglibatan, saya pernah menjalani latihan di Mannheim, Germany, London, dan Vienna selama lima tahun berturut-turut. Semua latihan ini saya ambil sebagai pengalaman dan pengajaran untuk saya menghadapi masa hadapan. Kesempatan dan peluang yang saya terima mungkin sukar diperolehi jadi saya gunakan sebaiknya. Selepas tamat latihan, saya juga pernah bekerja di salah sebuah salon dandanan rambut terkenal di Vienna bernama Headquarters selama dua setengah tahun. Sepanjang berada di sana untuk menjalani latihan dan bekerja, saya mendapat banyak pengalaman hebat dan kemahiran dandanan rambut lazim masyarakat Eropah, pengaruh dari gaya rambut geomatrik zaman 60-an dan 70an. Sedikit demi sedikit saya mula yakin dengan kebolehan yang saya ada dan saya bawa ilmu serta pengalaman ini ke Malaysia.
TERGUNTING JARI
Ya! Saya pernah tergunting jari sewaktu melakukan pertunjukan dandanan rambut di Indonesia. Siapa sangka, ada juga golongan profesional yang melihat kebolehan saya. Saya dihantar ke Jakarta untuk membuat pertunjukkan rambut di hadapan beratus-ratus hairdresser dari seluruh Indonesia. Sewaktu rancak menggunting rambut di pentas utama, saya tergunting jari sendiri! Sakit memang tidak dapat diluah dengan kata-kata tetapi saya teruskan aksi lincah di atas pentas dan cuba menahan sebaik mungkin kerana walau apa pun terjadi, the show must go on!
DETIK TERINDAH
Kelahiran Hairkunst di The Curve, Mutiara Damansara dan juga dipilih menjadi duta jenama Schwarzkopf.
PETUA
Saya akui bidang ini mula menarik perhatian ramai. Ramai yang datang bertanya bagaimana untuk terus maju ke hadapan? Rasanya tidak ada apa-apa yang perlu ditakutkan malah saya akan menjadi orang yang lebih rajin. Saya akan lebih rancak mencari idea baru untuk diketengahkan. Apabila ada saingan yang sihat, saya perlu pastikan saya sentiasa up-to-date dengan trend terkini. Sesungguhnya, kekuatan saya terletak pada pengalaman bekerja di luar negara dan menjadi duta Schwarzkopf. Hubungan yang baik di antara saya dan pelanggan juga merupakan antara sebab saya masih menjadi pilihan mereka dan terus mencipta nama.
IKUT RESMI PADI
Untuk terus mengembangkan sayap dan dikenali lebih meluas, kita perlu sentiasa merendah diri. Teruskan mengambil tahu mengenai perkembangan semasa, jangan ketinggalan dan paling penting jadilah pendengar yang baik. Kadangkala, ada hairdresser yang tidak menghiraukan permintaan pelanggan, hanya ikut kepala sendiri. Jika kena pada gaya, tidak mengapa tetapi sekiranya tidak sesuai dengan kehendak pelanggan, kita juga yang akan dapat nama buruk. Yang penting, kita perlu tahu apa yang kita lakukan!
Biodata & Profile:
Nama: Bambang Sutrisno Soteto
Jawatan: Pedandan Rambut
Pendidikan Kepakaran: Mods Salon, Mannheim, Germany & Headquarters Academy and Salon,Vienna, Austria.
Tahap Pendidikan: Ijazah dalam jurusan Kejuruteraan Kimia dari Universiti Fachochschule Mannheim, Jerman.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Apabila berbicara mengenai nutrien dalam buahan sitrus, Vitamin C adalah perkara utama yang keluar dari kotak fikiran kita. Walau bagaimanapun, buahan sitrus mengandungi banyak vitamin dan mineral, dan ada pula setengahnya mengandungi ascorbic acis, folate, potassium dan fiber. Kandungan tinggi Vitamin C sangat bagus untuk tubuh kerana ia membantu untuk melindungi radang hati, meningkat daya penglihatan dan juga mengurangkan masalah demam. Selain itu juga, buahan sitrus mampu untuk menghalang penyakit kanser, melindungi dari penyakit diabetes dan menjadikan tulang lebih sihat. Buahan sitrus seperti kiwi, oren dan strawberi memang tinggi Vitamin C. Bukan sahaja ia mampu untuk merehatkan tubuh, malah ia juga merendahkan tekanan darah. Ini antara sebab lain kenapa buahan sitrus bagus untuk tubuh anda.
Meningkatkan kelancaran darah
Ia membantu meningkatkan aliran darah melalui arteri koronari dan menghalang keupayaan arteri dari membentuk darah beku. Sebagai contoh, oren adalah buahan yang paling tinggi Vitamin C dan ia terkenal sebagai bahan pencair darah semula jadi. Secara tidak langsung, ia membantu untuk mencegah dari pembetukan plak di samping mengukuhkan dinding kapilari.
Menghalang dari kanser sel
Dalam tempoh yang lama, para saintis telah membuat kajian berkaitan lemon dan kanser. Menurut mereka, kajian membuktikan bahawa ekstrak lemon mempunyai keupayaan untuk membunuh sel-sel malignan dalam pelbagai jenis kanser, ada yang termasuk kanser kolon, kanser paru-paru dan kanser payudara.
Risiko rendah untuk penyakit strok
Menurut WebMD, mereka yang mengamalkan diet yang mengandungi kandungan tinggi flavanones mempunyai peluang risiko rendah sebanyak 19% untuk menghidap penyakit strok.
Sumber fiber yang bagus
Buahan sitrus adalah sumber fiber yang baik. Ia membantu untuk proses penghadaman dan penurunan berat badan. Bagaimana? Fiber boleh berada di dalam perut lebih lama dari makanan lain dan seterusnya menjadikan anda terasa penuh untuk lebih lama, menyebabkan anda kurang megambil makanan. Ia juga boleh membantu mengawal tahap gula dalam darah dan memberi lebih banyak tenaga.
Melindungi dari penyakit diabetes
Ia juga mengandungi naringin dan neohesperidin, kedua-duanya berindak untuk mengurangkan kadar gula dalam darah dan meningkatkan insulin dalam sel.
Tulang yang sihat
Menurut SaveInstitute, hasil kajian mereka menunjukkan bahawa buahan sitrus ini bertindak sebagai anti-oksidan dimana ia membantu untuk menjadikan tulang lebih sihat.
Mengurangkan stress
Apabila anda dalam keadaan stress yang kronik, tubuh anda akan lemah untuk bertindak balas. Kajian membuktikan bahawa dengan pengambilan buahan sitrus yang banyak membantu untuk mengurangkan tahap tekanan. Aroma dari minyak mandarin dan bau grapefruit terbukti membantu untuk mengurangkan tekanan.
Meningkat daya penglihatan
Buahan sitrus seperti beri dan lemon dipercayai tinggi Vitamin C. Jelas terbukti, Vitamin C membantu untuk menyokong kesihatan saluran darah dalam mata.
Tingkatkan sistem imun
Ia juga meningkatkan penghasilan sel darah putih dan ia membantu tubuh anda melawan sebarang jangkitan bakteria. Dengan kandungan vitamin C yang tinggi, ia boleh melonjakkan kekuatan sistem imun tubuh anda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.