
Pepatah Melayu tidak pernah salah. Hidup ini umpama roda. Masa tak menjadikan kita kaya selama-lamanya, dan juga tidak menjadikan kita miskin yang kekal selamanya. Apa yang kita pelajari di sekolah itu tidak semuanya kita pelajari tentang hidup. Ia cuma 10% dari apa yang kita bakal hadapi dalam dunia realiti. Ini adalah perkara yang kamu tidak pernah pelajari waktu di sekolah, yang wajib kamu ambil tahu untuk kehidupan kamu yang bakal ditempuh.
1. Hidup Ini Tidak Pernah Adil

Kamu harus membiasakan diri dengan perkara ini. Berhenti mengharapkan agar kehidupan memberikan perkara yang kamu mahukan dan usah mengharapkan sesuatu yang ‘berhak’.
2. Dunia tiak hiraukan harga diri anda.

Mulakan sesuatu pada diri anda hari ini. Sekarang!
3. Anda tidak akan dapat jumlah gaji dalam enam angka selepas alam persekolahan.

Anda harus kerja kuat untuk mendapatkannya!
4. Jika kamu fikir guru kamu membebankan kamu, tunggu apabila kamu berjumpa dengan boss kamu!

Jika kamu dimarahi di dalam kelas, kini kamu ditemplak di dalam office yang agak besar ruangnya dan dipenuhi oleh beratus orang. Sudah sedia?
5. Tiada istilah memilih untuk harga diri

Usah berlagak. Hilangkan ego kamu. Ambil sahaja pekerjaan yang datang kepada kamu sebagai tanda stepping stone.
6. Jika kamu mess up dengan kehidupan, itu bukan salah ibubapa kamu.

Hentikan perilaku yang sering menyalahkan orang lain dan sudah tiba masanya untuk kamu berdiri atas kaki sendiri. Ambil dan jalankan tanggungjawab kamu.
7. Ibubapa kamu lebih ketahui tentang perihal diri kamu.

Usah menganggap kamu lebih baik atau lebih tahu dari orang lain. Cuba untuk menerima nasihat orang lain. Jadilah orang yang berfikiran terbuka.
8. Mungkin di sekolah kamu terbiasa dengan istilah ‘kalah menang’, tidak pada dunia realiti!

Keputusan exam kamu tidak menentukan masa hadapan kamu. Jika kamu gagal dalam peperiksaan, tidak bermkasud kamu gagal dalam hidup. Orang yang cemerlang dalam pendidikan, tidak bermaksud dia bisa hidup dengan penuh kejayaan, dan orang yang selalu gagal dalam exam, tidak bermaksud dia tidak boleh membina empayar nya sendiri.
9. Kehidupan tidak dibahagikan kepada semester

Apabila kehidupan kamu bermula, ia akan terus berterusan. Jadi gunakan masa kamu dengan sesuatu yang berguna.
10. Apa yang kamu lihat di televisyen itu tidak mungkin berlaku dalam hidupan realiti.

Dalam dunia realiti, orang akan keluar dari kedai kopi dan terus ke tempat kerja. Tidak ada drama yang berlaku selepas itu, selalunya.
11. Buat baik kepada mereka yang dilabel ‘nerd’.

Kamu mungkin akan bekerja dibawah mereka.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Rela Tinggalkan Kerjaya Doktor, Berniaga Di Kaki Lima Demi Ketenangan

“Kalau belajar sungguh-sungguh, mesti tak kerja di kaki lima sekarang,” demikian antara kata-kata yang pernah dilemparkan pada jejaka ini.
Namun tidak ramai yang mengetahui, jejaka yang sekadar tampil memakai kemeja T dan apron di kaki lima Bandar Teknologi Kajang, Semenyih ini pernah menyarung jaket putih sebagai seorang doktor.
Arjanggi Farizal pernah mengecapi kejayaan di menara gading sehingga bergelar seorang doktor perubatan sebelum memulakan perniagaan Pondok Minang, yang menjual sekitar 50 jenis lauk-pauk masakan Minang.
Terbitnya minat terhadap berniaga ketika alam persekolahan, di mana Arjanggi sering mengikuti ibunya berniaga selepas tamat waktu persekolahan.
“Minat berniaga itu dah memang sebati dengan diri saya,” katanya ketika ditemui Maskulin.
Lebih Tenang Berniaga
Arjanggi dahulunya bertugas sebagai seorang doktor paru-paru namun demi mengejar minatnya terhadap dunia perniagaan, dia memutuskan untuk meninggalkan kerjaya itu.
Ujarnya, agak sukar keputusannya itu untuk diterima oleh keluarganya pada mulanya.
“Pengorbanan orang tua kan, dengan kos yang tinggi nak sekolahkan anak dia. Tapi tiba-tiba anak dia memilih untuk berniaga di tepi jalan.
“Awal-awal itu memang ada penolakan juga, tapi sekarang ini Alhamdulillah semua dah terima dah,” kongsinya.

Arjanggi tidak menafikan ada perbezaan dari segi pendapatan melalui berniaga berbanding ketika bertugas sebagai doktor dahulu.
Bagaimanapun, Arjanggi lebih gemar dengan keadaan ini kerana ketenangan yang dikecapinya.
“Pada hakikatnya saya lebih tenang macam ini. Mungkin dari segi kewangan memang banyak ujian dia.
“Mana-mana perniagaan memang banyak pahit manis dia. Tapi yang penting kita seronok, hati kita senang,” jelasnya lagi.

“Kalau Awak Tak Nak Jadi Lelaki, Biar Saya Jadi Lelaki” – Isteri
Bercerita mengenai titik permulaan perniagaan masakan Minang ini, Arjanggi memberitahu idea ini tercetus daripada isterinya yang menggemari masakan itu.
Isterinya dahulu bertugas sebagai pramugari syarikat penerbangan Emirates selama kira-kira lima tahun, namun berhenti bertugas sementara setelah terselamat dari kejadian kemalangan pesawat EK521 pada 2016.


“Alhamdulillah, isteri saya selamat daripada kejadian itu. Jadi dia berehat dahulu daripada bertugas dan dia yang beri idea untuk buka perniagaan masakan Padang”.
Walaupun berketurunan Minang, Arjanggi mengakui pada mulanya dia sendiri tidak menguasai cara memasak masakan tersebut.
Oleh itu, dia berusaha untuk mempelajari masakan itu melalui ibunya dan gigih berusaha memastikan perniagaan ini mampu menjadi sumber rezeki terbaik bagi menampung kehidupan isteri dan keluarganya.
“Kalau awak tak nak jadi lelaki, biar saya jadi lelaki,” itulah kata-kata isterinya yang menguatkan semangatnya untuk terus berniaga sehingga kini dan terus berjuang menjadi seorang lelaki sejati.
BACA: Dari Penganalisis Kewangan Ke Pencipta Kartun, CJ See Bangkit Selepas Krisis Kewangan Asia 1997
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Lelaki Botak Sebenarnya Lebih Popular

Jangan salahkan genetik atau keturunan jika anda tergolong di dalam kelompok yang berkepala botak. Walaupun ramai yang mengaitkan masalah ini akibat keturunan, faktor lain juga boleh menyumbang kepada permasalahan ini. Terdapat kajian dari sekumpulan penyelidik Perancis yang diketuai oleh Dr Philippe Giraud, iaitu penyelidik Hospital European Georges Pompidon di Paris, bahawasanya lelaki yang mula botak diawal 20 tahun dikatakan berisiko atau petunjuk awal kanser prostat.
Berbanding lelaki yang mula botak di usia 30 ke atas, masalah botak adalah dianggap biasa kerana faktor genetik, pemakanan dan stres kerana pekerjaan. Walaupun tidak mempunyai bukti yang sahih, tetapi ia boleh dianggap satu masalah yang besar kerana jika tidak dibendung, selama-lamanya anda tidak mempunyai rambut. Selain faktor genetik, penggunaan bahan kimia di dalam produk seperti syampu dan pewarna rambut juga boleh menyumbang kepada keguguran rambut. Pemakanan yang tinggi MSG (monosodium glutamat), masalah kulit kuat berpeluh, berminyak dan banyak fikir turut menyumbang kepada keguguran rambut.

Botak seksi? Mungkin kenyataan itu ada kebenarannya. Ramai lelaki botak ternyata mempunyai tarikan yang luar biasa.
1. Lelaki botak lebih kemas
Memiliki rambut tetapi kalau gugur pun boleh menimbulkan masalah. Berbanding lelaki botak, mereka tidak perlu ‘serabut’ dengan masalah ini. Tidak perlu risau pada rambut yang gugur merata-rata sehingga mencetuskan rasa kurang senang orang keliling. Sebaliknya, mereka akan kelihatan lebih seksi dan kemas dengan apa juga penampilan. Ini kerana mereka tidak perlu ‘ribut’ dengan gel rambut dan sebagainya.
2. Lelaki botak kelihatan lebih sasa
Bruce Willis, Vin Diesel, Jason Statham, dan Samuel L. Jackson semua aktor Hollywood ini nampak lebih sasa setiap kali beraksi dengan gaya lelaki botak atau rambut pendek berbanding lelaki-lelaki yang mempunyai rambut panjang atau diikat. Pelakon botak sering diberi peranan hero dalam filem-filem aksi atau superhero.
3. Botak simbol kedewasaan
Kebanyakan lelaki botak menampakkan fikiran yang lebih matang seiring dengan kedewasaannya. Ini mungkin kerana semakin kurang rambut atau botak seorang lelaki itu, semakin jelas identiti gendernya dibandingkan lelaki berambut panjang atau kerinting. Memang secara logik sebenarnya tidak terlalu ada kaitan mengenai potongan rambut dengan kematangan, namun lelaki botak nampak tidak ‘main-main’ dan bertanggungjawab.
4. Lelaki botak tidak cerewet dengan penampilan
Biasakan melihat lelaki yang ‘pantang’ jumpa cermin asyik mahu membetulkan rambut sahaja? Sama juga seperti wanita, lelaki berambut akan terdorong untuk sentiasa memeriksa dan membetulkan rambutnya takut kusut. Beza dengan lelaki botak yang tidak perlu risau hal itu. Kebiasaan dengan kepala yang tidak banyak perawatan, mereka cenderung memilih hal yang ringkas dan tidak cerewet dengan penampilan.
5 . Rambut yang sedikit Menyerlahkan ‘Aset’ Yang Lain
Dengan rambut yang sedikit atau botak, anda lebih mudah melihat ekspresi mereka. Matanya, senyumnya, raut wajahnya, sehingga mampu dilihat dengan jelas bahasa tubuh dan apa yang dia bicarakan.
6. lelaki Botak Lebih Percaya Diri
Dengan kepala yang tanpa beban, gaya dandan yang ringkas dan personaliti yang lebih dewasa, mereka tampak lebih percaya diri. Lelaki botak punya percaya diri yang tinggi dan itulah yang membuat mereka nampak lebih seksi!

RAWATAN
Terpulang pada anda jika anda sanggup untuk berhabis wang ketika mengunjungi pusat pakar rawatan rambut. Setakat ini, Malaysia ada menyediakan rawatan menanam rambut (hair transplant) di mana teknik pembedahan kecil dilakukan. Doktor akan membedah sedikit kulit di bahagian belakang kepala untuk mengambil rambut dan kemudian dijahit semula. Rambut yang diambil tadi akan diproses sebelum ditanam di kulit yang tiada rambut.
Namun, jika anda mahukan rawatan yang lebih selesa dan tidak menyakitkan, anda perlu rajin menjaga kesihatan kulit kepala. Guna syampu yang bersesuaian dengan jenis rambut. Pengambilan makanan yang berkhasiat juga perlu diambil kira kerana sumber makanan membantu kulit kepala mendapat protein. Kaedah mengurut kulit kepala dan mengelakkan stres juga boleh membantu anda dari terus keguguran rambut.
PETUA
Tidak ada salahnya jika anda mahu mengikuti petua orang dulu-dulu untuk menyubur dan melebatkan rambut. Air bawang merah, bawang putih atau halia boleh disapu ke kawasan kulit kepala dan dibiarkan semalam untuk menyuburkan rambut. Daun bunga raya yang ditumbuk hancur pula boleh melebat dan menghitamkan rambut secara semula jadi. Daun inai juga dikatakan boleh menguatkan akar rambut di samping melebatkan rambut yang nipis.
Biar apa pun punca dan kaedah rawatan yang anda ikuti, semuanya terpulang kepada tahap kerajinan anda. Jika anda bersungguh-sungguh mengikuti rawatan dan petua yang diberikan, ia mungkin membawa berita baik. Percaya atau tidak, lelaki berkepala botak kini bukan lagi insan tersisih sebaliknya semakin laris ‘di pasaran’!

Punca Masalah Lelaki Cepat!
1. Tekanan
Tekanan fizikal yang teruk (seperti pembedahan) atau tekanan psikologi yang teruk (seperti kematian dalam keluarga) boleh memberi kesan yang pelik pada badan manusia. Tekanan yang teruk biasanya membuatkan badan berapa dalam keadaan terkejut. Ini boleh membawa kepada Telogen effluvium, yang boleh membawa kepada keguguran rambut. Cuma apa yang tidak begitu jelas adalah bagaimana tekanan kronik atau tekanan jangka panjang memberi kesan kepada keguguran rambut.
2. Corak kebotakan rambut lelaki
Walaupun ada banyak sebab berbeza mengenai keguguran rambut, tetapi ada juga faktor yang kita tidak boleh kawal. Corak kebotakan rambut lelaki, atau lebih dikenali dalam perubatan sebagai androgenetik alopecia, merujuk kepada penipisan rambut berbentuk M iaitu corak yang biasanya disebut apabila bercakap tentang lelaki yang botak. Lama-kelamaan, folikel rambut akan berubah dan mengecut, yang membawa kepada penipisan rambut. Walaupun banyak rawatan yang sedia ada, ia tidak menampakkan kesan 100% pertumbuhan rambut dan mungkin boleh menyebabkan pertumbuhan rambut yang perlahan. Ia juga bukan penyelesaian kekal untuk keguguran rambut.
3. Ikat rambut terlalu ketat
Ada lelaki yang gemar menggayakan fesyen rambut tocang yang diikat ketat (seperti dreadlocks atau cornrows) atau seperti fesyen ekor kuda yang sebenarnya boleh membawa kepada keguguran rambut ( daya tarikan alopecia ) . Ia adalah disebabkan oleh tarikan rambut yang terlalu ketat yang membawa kepada kehilangan rambut secara beransur-ansur.
4. Trichotillomania
Trichotillomania adalah nama yang diberikan kepada kebiasaan mencabut atau menarik rambut dari kepala atau bahagian badan yang lain. Walaupun masih tidak jelas sama ada Trichotillomania perlu diklasifikasikan sebagai satu tabiat atau sebagai gangguan obsesif-kompulsif, tetapi hasil akhir adalah sama. Lama kelamaan, banyak kawasan yang menjadi botak akibat tabiat buruk ini. Jika tabiat dihentikan, rambut biasanya akan tumbuh semula, tetapi dengan tabiat Trichotillomania yang berlebihan dan dalam jangka panjang, ia boleh menyebabkan parut pada kulit kepala yang membawa kepada kehilangan rambut kekal.
5. Hipotiroidisme
Tiroid adalah kelenjar kecil yang terletak di bahagian hadapan leher di bawah kotak suara. Ia memainkan peranan penting dalam mengawal metabolisme badan melalui pengeluaran pelbagai hormon. Hipotiroidisme adalah kurangnya pengeluaran hormon tertentu dan adalah punca yang paling biasa kehilangan rambut di sesetengah kawasan badan yang dikenali sebagai alopecia areata (yang boleh menjejaskan seluruh badan dan bukan hanya kepala). Hipotiroidisme adalah disebabkan oleh kecacatan semasa kelahiran, penyakit autoimun atau pembedahan yang melibatkan pembuangan tiroid.
6. Penyakit autoimun
Jika anda mempunyai diabetes atau mempunyai artritis, anda mungkin berhadapan dengan penyakit autoimun yang timbul apabila sistem imun badan sendiri tersilap menyerang dan memusnahkan tisu badan yang sihat. Apabila sistem imun badan menyerang folikel rambut atau sel-sel atau tisu penting untuk pertumbuhan rambut dan penyelenggaraan yang lain, ia boleh menyebabkan kehilangan rambut pelbagai jenis, termasuk cicatricial alopecia (satu bentuk keguguran rambut yang berkekalan) danTelogen (yang berlaku apabila kitaran pertumbuhan rambut terganggu).
7. Jangkitan kuman
Walaupun beberapa jenis jangkitan boleh membawa kepada keguguran rambut, jangkitan yang paling biasa yang memberi kesan kepada kulit kepala dan rambut adalah kurap. Kurap sebenarnya disebabkan oleh kulat. Tinea capitis, adalah disebabkan oleh kulat dipanggil dermatophytes yang hidup di dalam keadaan yang panas, lembap dan biasanya muncul di tempat yang kotor. Jika anda suka memakai topi atau menutup rambut anda, pastikan rambut dicuci dengan kering dan jangan dibiarkan lembap kerana kulat/kuman boleh menyebabkan keguguran rambut.
8. Kemoterapi
Sel-sel kanser biasanya membahagi dan berkembang lebih cepat daripada sel-sel sihat dalam badan. Apa yang menyebabkan kemoterapi begitu berkesan dalam menghentikan kanser adalah bahawa ia menghentikan sel-sel yang berkembang pesat. Malangnya, terdapat sel-sel lain dalam badan yang berkembang pesat juga seperti di folikel rambut. Walaupun terdapat mitos kanser di luar sana, keguguran rambut secara kekal selepas kemoterapi adalah tidak tepat. Kehilangan rambut boleh berlaku secara beransur-ansur atau dengan cepat, bergantung kepada jenis ubat yang diambil.
9. Kurang zat/vitamin
Kekurangan zat makanan umum atau beberapa kecacatan genetik atau biologi dan kekurangan dalam pengambilan nutrien tertentu boleh menyebabkan keguguran rambut. Mungkin kekurangan yang paling biasa dianggap menyumbang kepada keguguran rambut adalah zat besi. Kekurangan zat besi boleh membawa kepada kekurangan zat besi / anemia, satu keadaan yangmenyebabkan badan tidak mempunyai sel-sel darah merah yang cukup . Sel-sel darah merah adalah penting kerana ia membawa oksigen ke hampir setiap sel dalam badan, membantu sel-sel mengekalkan fungsi normal. Kekurangan zat besi dalam nutrien lain – seperti vitamin B (khususnya B12) dan protein – dianggap menyumbang kepada keguguran rambut juga.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
4 Cara Jadi Kaya Sebelum Masuk Umur 40-an

“Get going. Move forward. Aim High. Plan a takeoff. Don’t just sit on the runway and hope someone will come along and push the airplane. It simply won’t happen. Change your attitude and gain some altitude. Believe me, you’ll love it up here.”
Anda faham dengan quotation di atas? Jika ya, lakukan perubahan hidup sekarang. Tiada alasan dan mula tingkatkan tahap ekonomi anda. Semua perubahan ini untuk diri anda dan anda perlu bangkit dari mimpi untuk mencapai status KAYA sebelum umur 40!

Kaya Cara Pertama: Bisnes Online
Setiap hari anda sebenarnya menggunakan hampir separuh dari 24 jam masa yang ada hanya untuk internet! Check emel dan laman sosial seperti facebook, twitter dan sebagainya. Maka guna kesempatan ini untuk anda menambah pendapatan. Walaupun untungnya tidak berapa sangat pada permulaannya tetapi lama-kelamaan ia akan bertambah jika sabar untuk mengubah ekonomi anda.
- Pastikan berbaloi! Anda melanggan pakej internet berpuluh ringgit setiap bulan, hanya kerana mahu bersosial di laman sosial? Ini tidak bagus sebenarnya. Tidak salah melanggan pakej-pakej tersebut asalkan ianya memberi pulangan kepada anda kembali.
- Kenapa anda harus berubah dan memilih untuk menjalankan perniagaan online dahulu? Selain zero kos atau modal yang sedikit, ia juga dapat menyasarkan kepada berjuta pelanggan yang sentiasa online.
- Menurut pengasas laman web Hidupringkas.com, Mohd Shubhi Abdul (Biz Coaching); berubah jadi usahawan banyak berkait rapat dengan keinginan mencari kebebasan. Masa, sumber dan fleksibiliti boleh digunakan sebaik mungkin jika anda jadi usahawan.
- Tahukah anda perniagaan secara online berjalan 24 jam tanpa henti dan mampu memberi pulangan 300 peratus!Jika anda benar-benar komited dalam menjalankan perniagaan.
- Bisnes secara kecil-kecilan sebenarnya merangsang otak anda untuk menjadi seorang usahawan tanpa perlu mengorbankan jawatan yang sedang anda pegang sekarang ini.

Kaya Cara Kedua: Bisnes Kedai(Outlet/offline)
Jika anda sudah mula mendapat rentak dalam melakukan perniagaan, apa kata beralih kepada perniagaan berbentuk premis kedai. Jika anda yakin dan sudah mula boleh menyusun rentak perniagaan, sudah tiba masanya untuk anda ucapkan selamat tinggal kepada sistem ‘makan gaji’. Menurut Azizi Ali, jutawan hartanah; tindakan itu kuasa!
- Tahukah anda jika anda berniaga maka akan menjana jumlah simpanan (duit) berkali ganda dengan lebih cepat berbanding kaedah makan gaji.
- Premis membolehkan anda lebih fokus terhadap perniagaan berbanding bisnes
- Kelebihan berniaga: Bilangan pelanggan lebih luas dan ramai tanpa mengira had umur. Contoh kes; selama ini anda hanya mengiklankan servis kemahiran membaiki mesin basuh di internet. Dalam sebulan paling kurang anda menerima lebih dari lima pelanggan. Maka ini petanda anda patut membuka premis agar dapat mengembangkan perniagaan yang sedang anda usahakan.
- Pendapatan akan bertambah sekiranya produk dan servis anda dikenali dan diyakini ramai. Harus diingat bahawa 9/10 rezeki datangnya dari perniagaan.

Kaya Cara Ketiga: Pelaburan
Jika anda sudah berniaga, mula bijak mempelbagaikan hasil pendapatan anda. Salah satu cara berkesan melalui saham atau unit amanah. Kedua-duanya mampu menjana jumlah simpanan anda asalkan anda tahu bagaimana untuk menakluk ‘dunia’ ini.
- Ramai yang fikir hanya insan kaya sahaja boleh bermain saham atau melabur. Jawapan ini salah sama sekali. Tahukah anda walaupun anda bergaji hanya RM800 tetapi anda masih boleh bermain saham atau melakukan pelaburan.
- Skim Amanah Saham Bumiputra (ASB), Unit Amanah(units trust), simpanan Tabung Haji. Semua contoh-contoh ini boleh membantu menambah pendapatan dan menjadikan anda berduit sebelum umur 40 tahun.
- Mulai sekarang cekal untuk menyimpan sekurangnya RM100 setiap bulan di dalam akaun pelaburan; contohnya Skim Amanah Saham Bumiputra(ASB). Jadikan wang pelaburan ini sebagai ‘wang luput’ iaitu duit yang tidak akan anda gunakan untuk perbelanjaan. Contoh kes: Anda berumur 28 tahun ini dan mula menyimpan RM100 di dalam unit amanah saham. Setahun ia menjadi RM1200. Apabila umur anda mencecah 40 tahun, simpanan ini berjumlah RM14400. Jumlah ini akan bertambah dengan dividen/bonus bergantung kepada polisi syarikat. Sedikit sebanyak jumlah ini membantu meningkatkan jumlah simpanan anda.
- Harus anda ingat bahawa menambah pendapatan melalui pelaburan adalah untuk jangka masa panjang dan bukannya untuk pendapatan Maka anda haruslah bijak merancang bagi mendapatkan pulangan paling kurang tiga kali ganda dari jumlah pelaburan.
- Jika anda mampu berbelanja mewah dari segi makanan dan pakaian, apa kata tukar mood belanja tersebut kepada mood pelaburan.
Contoh kes: Dalam sehari anda berhabisan untuk makanan sebanyak RM30. Jika dihitung anda berhabisan hampir RM900 sebulan! Mulai sekarang apa kata dari RM900 tersebut, separuh dari jumlah ini anda laburkan dalam saham atau unit amanah. Setidaknya tindakan ini dikira bijak kerana anda mampu mendapatkan kedua-dua faedah dari jumlah asal. Perut kenyang, akaun juga bertambah.
Cara Kaya Keempat: Aset
Berniaga sudah, melabur pun sudah. Tambah jumlah simpanan dengan memiliki aset tertentu. Contoh; rumah dan tanah.
- Aset seperti rumah atau tanah juga dikira sebagai harta cuma ia bukan berbentuk wang ringgit. Anda digalakkan melabur dalam dunia hartanah atau rumah kerana keuntungannya adalah berlipat kali ganda dan harganya bertambah sejak hari pertama aset tersebut dibeli.
- Sewakan tanah atau rumah untuk mendapatkan pendapatan pasif setiap bulan. Menyewakan aset mungkin dikira tindakan lebih bijak berbanding menjual kerana ia juga menambahkan jumlah simpanan.
- Bergaji kecil tidak semestinya tidak berpeluang memiliki aset. Jika anda mahu, mula pelbaiki ekonomi anda sekarang dengan matlamat untuk memiliki tanah atau rumah. Kemudiannya aset tersebut boleh menjana pendapatan yang lain.
Contoh kes: Ahmad seorang kerani. Dia meniaga sampingan menjual kuih di pejabat dengan keuntungan RM20 sehari dan menjana pendapatan RM600 sebulan. Duit tersebut disimpan tanpa digunakan selama lima tahun telah berjumlah RM36000. Akhirnya Ahmad berjaya memiliki seekar tanah. Tanah tersebut dijual dengan melalui pecahan secara lot dengan pulangan keuntungan puluhan ribu ringgit. Akhirnya ahmad mampu mempunyai simpanan aset melebihi satu juta ringgit sebelum umurnya 40 tahun.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang

