Keputusan pemenang pemain bola sepak terbaik dunia atau Ballon d’Or yang berlangsung semalam di Paris akhirnya diungkapkan dengan penuh bersejarah.
Seperti dijangka ramai, kapten pasukan Argentina dan pemain yang kini mewakili Inter Miami, Lionel Messi telah dinobatkan sebagai pemenang.
Sejarah baharu juga tercatat apabila Messi memenangi anugerah ini buat kali kelapan sekali gus menjadi pemain paling banyak memenanginya.
Kejayaan sensasi Messi membantu pasukan kebangsaannya muncul sebagai juara Piala Dunia yang berlangsung di Qatar pada tahun lalu memungkinkannya merangkul anugerah bola sepal paling berprestij ini sekali lagi.
Walaupun ramai juga pemerhati bola sepak meramalkan Erling Haaland menjadi pemenang bagi tahun ini selepas kejayaannya memabntu Manchester City mencatatkan kemenangan ‘treble’ dan juga mencipta rekod menjaringkan 36 gol liga, ternyata populariti Messi lebih mengatasinya.
Messi juga memenangi gelaran Ligue 1 bersama Paris Saint-Germain sebelum dia berpindah pada musim panas ke kelab MLS milik David Beckham.
Bercakap tentang Messi kita pasti tidak boleh lari dari melakukan perbandingan dengan Ronaldo. Jadi di manakah Ronaldo dalam senarai Ballon d’Or tahun ini?
Untuk rekod, Cristiano Ronaldo telah menerima 19 pencalonan Ballon d’Or berturut-turut dan berjaya masuk ke dalam senarai pendek setiap tahun sejak usia 19 hingga 37 tahun. Walau bagaimanapun, jumlah kemenangannya kini tiga di belakang pesaing jangka panjangnya.
Satu perkara yang masih dimiliki oleh bintang Portugal itu melebihi Messi adalah hakikat bahawa dia telah memenangi Anugerah Puskas, sebuah trofi yang diberikan kepada pemain lelaki atau wanita yang dianggap telah menjaringkan gol paling paling cantik, sepanjang tahun kalendar tersebut.
Cristiano Ronaldo telah berpindah ke Al Nassr untuk bermain di Liga Pro Saudi beberapa minggu selepas pasukan Portugal tersingkir dari Piala Dunia Qatar. Walau bagaimanapun, dia masih layak untuk anugerah 2023 kerana dia telah bermain dalam beberapa perlawanan untuk Manchester United pada awal musim 2022/23.
Ini bermakna dia telah bermain bola sepak kelab sejak awal tempoh penilaian (iaitu permulaan musim kelab di Eropah), jadi wartawan yang mengundi akan mempunyai prestasi untuk menilainya.
Ronaldo telah menjaringkan 34 gol dalam 39 perlawanan untuk pasukan Arab Saudi dan membimbing Al Nassr untuk meraih Piala Kelab Juara Arab buat kali pertama berkat dua gol dalam final menentang pesaing, Al Hilal.
Namun, ia tidak cukup untuk meletakkannya dalam persaingan untuk memenangi anugerah pada tahun 2023. Malah, namanya tidak tersenarai dalam senarai pendek 30 pemain untuk Ballon d’Or buat kali pertama sejak tahun 2003.
Kita sebenarnya cukup beruntung kena dapat menyaksikan dua pemain yang diangkat sebagai terbaik sepanjang zaman ini bersaing sesama sendiri sejak dari awal karier mereka.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI