Alasan yang diberikan oleh si suami memukul isterinya adakalanya tidak masuk akal. Tukang rumah berkenaan memukul isteri pertamanya hingga cedera pada bibir kerana tidak tahan mendengar bebelan wanita terbabit. Ada juga yang memukul isteri kerana tidak diberi wang untuk digunakan membeli dadah atau berjudi. Ada pula suami yang cakap dia pukul isterinya sebab nak mengajar tetapi pukul isteri sampai lebam-lebam.

Memukul isteri sebenarnya dibenarkan oleh Islam bagi tujuan me­ngajar. Namun begitu, ia dikhaskan kepada isteri yang nusyuz atau derhaka dengan mengingkari perintah suami dalam perkara-perkara yang tidak bercanggah dengan syarak. Contohnya, enggan solat walaupun telah dinasihatkan berulang kali atau keluar rumah tanpa izin suami.

Malangnya, dalam masyarakat kita, kes pukul isteri ini selalunya bukan sebab melanggar hukum Allah sebaliknya kerana bertengkar dan berselisih faham antara suami isteri.

Semakin Ramai Lelaki Menjadi Dayus Tanpa Disedari, No 7 Tu Paling Banyak Tak Perasan.

Keharusan memukul isteri itu juga datang dengan syarat yang perlu dipatuhi setelah segala proses mendidik, memujuk dan menasihat gagal. Pukulan yang dilakukan juga merupakan pukulan yang ringan dan untuk memberi kesedaran sahaja. Suami dilarang sama sekali memukul pada wajah dan tidak boleh memukul sehingga me­nimbulkan kesan atau membahayakan isteri. Isteri yang kita nikahi atas dasar suka sama suka dan cinta itu bukanlah punching bag untuk kita lepaskan kemarahan.

Memang benar, dalam sesebuah keluarga, suami sebagai ketua keluarga memang kadangkala perlu menunjukkan kuasa veto mereka. Namun tidak perlulah menggunakan kekerasan dalam menzahirkan kuasa yang ada. Adakah perbuatan memukul isteri ini dapat menunjukkan sifat kejantanan si suami? Suami sepatutnya melindungi isteri mereka dan bukan sebaliknya dengan memukul mereka sewenang-wenangnya. Hanya lelaki dayus berbuat demikian.

Jika ditakdirkan tiada lagi jodoh, jangan dipukul atau dicederakan isteri. Sebaliknya pulangkan mereka de­ngan baik sebagaimana mula-mula menyunting mereka sebagai suri hati dahulu.

Lelaki menjadi dayus apabila:
1. Membiarkan kecantikan aurat dan bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain selama mereka bekerja atau di luar rumah.
2. Membiarkan isterinya pulang lewat, serta tidak diketahui bersama siapa, serta apa yang dibuatnya ketika dia bekerja.
3. Membiarkan aurat isteri dan anak perempuan dewasanya terdedah (terselak kain) ketika menaiki apa jua kenderaan.
4. Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan lelaki yang bukan mahramnya.
5. Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangan yang bukan mahramnya di rumah. Kononnya, ibu bapa mereka sporting dan memahami.
6. Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang menjolok mata di luar rumah.
Semakin Ramai Lelaki Menjadi Dayus Tanpa Disedari, No 7 Tu Paling Banyak Tak Perasan.
7. Membiarkan anak perempuan menyertai akademi hiburan yang boleh mempamerkan kecantikan mereka kepada jutaan manusia bukan mahram.
8. Membiarkan isteri atau anaknya menjadi pelakon dan membiarkan mereka berpelukan dengan lelaki lain. Kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon, nafsu seorang lelaki itu akan hilang? Tidak sekali-sekali!
9. Membiarkan isteri bekerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

 Jika seorang bapa mengetahui perbuatan ‘ringan-ringan’ anak perempuan atau lelaki mereka dan membiarkannya, maka dia adalah dayus. Ingin saya tegaskan, seorang wanita dan lelaki yang telah ‘ringan-ringan’ atau terlanjur sebelum kahwin dan tanpa taubat yang sebenar-benarnya, sudah pastilah rumah tangga mereka akan goyah.

Semakin Ramai Lelaki Menjadi Dayus Tanpa Disedari, No 7 Tu Paling Banyak Tak Perasan.

Kemungkinan besar apabila telah berumah tangga, si suami atau isteri ini akan terjebak juga dengan perbuatan ‘ringan-ringan’ dengan orang lain. Hanya dengan bertaubat nasuha dapat menghalang aktiviti mungkar itu daripada melepasi alam rumah tangga mereka.
Jika hal ini dibiarkan, ia akan merebak pula kepada anak mereka, seterusnya kepada zuriat mereka. Awas! Dalam hal ini, semua suami dan bapa perlu bertindak bagi mengelakkan diri mereka daripada dianggap sebagai dayus. Jagalah zuriat anda. Suami juga patut sekali sekala menyemak telefon bimbit dan beg isteri untuk memastikan tiada yang diragui.

 Mungkin ada isteri yang curang ini dapat menyembunyikan dosanya, tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan tertangkap jua. Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka, demi menjaga maruah dan kehormatan isteri serta anaknya.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI