Menu wajib bila tibanya hari raya Aidilfitri tentunya lemang!
Lemang merupakan salah satu simbolik hari raya. Walaupun cara pembuatan lemang agak merumitkan tetapi menu ini menjadi kegilaan ramai. Buluh yang diisi dengan beras pulut dan santan yang dilapikkan dengan daun pisang perlu dibakar sehingga masak untuk menghasilkan lemang.
Korang jangan risau kalau tak tahu nak buat lemang, zaman sekarang dah moden. Korang beli je berderet orang berniaga lemang sekarang.
Tapi tak semua orang bernasib baik dapat lemang yang elok dimakan. Jadi kami kongsikan petua dan tips bagi memilih lemang yang elok dan terbaik untuk dimakan bersama keluarga di Hari Raya nanti.
1. Cari Gerai Lemang Yang Banyak Kayu Tersusun Untuk Dibakar
Apabila korang nampak gerai tersebut mempunyai banyak kayu api, itu bermaksud diorang memang bakar lemang-lemang tersebut di situ dan bukannya hanya mempamerkan lemang yang telah dikukus di tempat lain dekat dengan bara api.
2. Elakkan Gerai Yang Membakar Lemang Dengan Pallet Kayu
Ads
Kalau korang perasan, pallet kayu ni jarang dimamah anai-anai. Ini disebabkan pallet tersebut telah disembur dengan sejenis coating yang beracun. Jadi kalau korang nampak ada gerai yang membakar lemang dengan menggunakan pallet kayu, lebih baik jangan beli. Takut racun daripada pallet kayu tersebut meresap masuk ke dalam lemang.
3. Jangan Pilih Lemang Yang Terlalu Tebal Atau Terlalu Kecil
Jangan pilih lemang yang terlalu besar, walaupun korang rasa berbaloi sebab harga masih sama dengan yang lain, tapi kebarangkalian untuk ia tidak masak lebih tinggi. Ini kerana isipadunya yang lebih besar, membuatkan lemang tersebut susah nak masak. Boleh jadi, bahagian luar saja yang masak. Bila potong, dalamnya mentah.
Kalau lemang yang terlalu kecil pula, boleh jadi isinya keras, liat atau terlalu garing. Jadi kalau nak selamat, pilih saiz yang sedang-sedang saja.
4. Minta Peniaga Belah Lemang Bahagian Bawah Sebelum Beli
Ads
Selalunya, peniaga akan belah bahagian atas dan tunjuk pada pembeli untuk memperlihatkan lemang tersebut sudah masak. Tetapi lebih baik kalau korang minta diorang belah bahagian bawah lemang.
Secara logiknya, kalau bahagian bawah lemang dah masak, bahagian atas pasti dah masak. Berlawanan pula kalau potong di bahagian atas dan nampak dah masak, bahagian bawah boleh jadi masih mentah.
5. Perhatikan Bahagian Kepala Santan
Korang mungkin perasan bahagian atas lemang bentuknya pelik sikit. Ini disebabkan segala lemak-lemak daripada santan berkumpul dan mendidih di bahagian atas. Selalunya ia dipanggil kepala santan. Bahagian ini selalunya digemari ramai sebab rasanya lebih berlemak dan sedap.
Masa nak beli lemang, cari kepala santan yang dah kering sebab bila ia dah kering, lemang tersebut boleh disimpan dengan lebih lama. Paling lama, dua hari. Cuba hidu juga bahagian kepala santan untuk tahu ia dah basi atau belum. Biasanya kalau santan dah basi akan bau masam-masam sedikit seperti santan yang dah tak elok
Ads
6. Minta Diskaun Bila Beli Banyak
Lumrah bila kita beli dalam kuantiti banyak, mestilah kena cuba untuk dapatkan diskaun, bukan? Contohnya kalau beli 3 batang lemang, tu dah nak dekat RM50 lebih. Bolehlah cuba minta sedikit diskaun daripada penjual. Minta sedikit saja, jangan lebih-lebih pula. Diorang pun tak nak kerugian.
Dengan adanya tips-tips di atas, lepas ni tak payah risau lagilah kalau terbeli lemang basi hari raya nanti. Selamat mencuba!
**
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Sumber: MYSUMBER.TV
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kebiasaannya yang dapat mengesan pasangan yang curang adalah wanita. Ternyata lelaki terlalu bodoh untuk menyembunyikan kecurangan mereka. Sudahlah curang, tidak pandai sorok pula tu. Ketahui 5 tanda pasangan anda curang dan cegah sebelum anda mengikat tali perkahwinan.
Suka Dengan Telefon Dan Dompetnya
Lelaki yang curang kebiasaanya tidak akan sewenang-wenangnya bagi telefon atau dompet mereka pada pasangan mereka. Ini kerena mereka tidak ingin pasangan mereka tahu siapa yang mereka mesej dan call.
Kelam Kabut Ketika Telefon Berbunyi
Ketika telefon berbunyi samada call atau pesanan ringkas, wajah mereka akan nampak panik. Apa membuatkan ianya bertambah panik adalah bila anda tanya ‘”Siapa?”. Jika si dia tidak nampu untuk menjawab, wajarlah anda meninggalkan mereka.
Semakin Sibuk Dengan Pelbagai Alasan
Setiap kali anda mengajak untuk keluar jalan, si dia akan beri alasan sibuk dengan kerja. Cuba anda tanya untuk lihat kerja yang dilakukan. Andai dia tidak mampu untuk menjawab, nah! itu tanda dia curang.
Keluar Dengan Teman Yang Tidak Dikenali
Adakalanya anda call untuk ajak pasangan anda keluar tetapi malanganya pasangan anda telah keluar dengan temannya. Bila ditanya teman yang mana satu, kebiasaanya mereka akan jawab teman yang tidak anda kenali samada teman itu wujud mahupun tidak.
Tiba-tiba Jaga Penampilan
Selama dengan anda penampilan si dia biasa-biasa sahaja. Itu tidak menjadi masalah. Apa yang menjadi masalah adalah apabila dia secara tiba-tiba lebih menjaga bab penampilan. Itu yang patut anda risaukan dan anda perlu selidik untuk ketahui apa puncanya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KERETA dan lelaki memang sukar dipisahkan malah ada di antara mereka sanggup berhabisan berpuluh-puluh ribu ringgit di dalam melakukan pengubahsuaian kereta. Namun, apakah perasaan anda sekiranya kereta idaman milik anda yang anda sayangi selama ini telah dijadikan sebagai ‘kanvas’ lukisan oleh anak anda? Begitulah pengalaman ‘ngeri’ seorang lelaki apabia mendapati kereta kesayangannya yang berwarna putih itu telah diconteng oleh anak perempuan dengan menggunakan pen berdakwat kekal.
Lelaki yang hanya dikenali sebagai Yang ini telah memuatnaik beberapa keping gambar keretanya yang telah mendapat ‘sentuhan khas’ anak perempuannya itu ke laman Facebook beliau. Daripada gambar tersebut, anak Yang boleh dilihat masih leka menconteng kereta kesayangan milik ayahnya itu tanpa menyedari perbuatannya itu bakal mendatangkan masalah.
Namun bagi Yang, ianya bukanlah sebuah perkara yang besar dan beliau menganggap ianya sebagai salah satu proses pembelajaran seorang kanak-kanak Bukan sahaja tidak menyuruh anak perempuannya berhenti daripada melukis, Yang turut memberikan galakan dengan menyuruh anak perempuannya itu supaya membuat latihan melukis lagi. Menurutnya lagi, dia tidak akan memadan lukisan tersebut kerana mahu menjadikannya sebagai kenang-kenangan manis apabila anaknya dewasa kelak.
Bagus betul bapa ni kan.
Sumber : Taiko tai
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sama ada kita suka atau tidak inilah dugaan yang sekali lagi harus kita harungi. Gelombang ketiga Covid-19 kini sedang melanda negara kita dengan beberapa negeri seperti Sabah, Selangor dan WP Kuala Lumpur saban hari mencatat kes agak tinggi. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah meneruskan peranannya sebagai figura penting.
Kita pernah melakukankannya. Melandaikan kadar penularan Covid-19 boleh dilakukan namun semua pihak harus berganding bahu membantu barisan hadapan negara. Terbaru, Dr. Noor Hisham menyeru dan membuka penyertaan sebagai sukarelawan bukan KKM bagi menangani pandemik Covid-19.
Menerusi satu hantarannya di Facebook, beliau berkata KKM menyeru mana-mana individu untuk melibatkan diri sebagai sukarelawan perubatan dan kesihatan bukan KKM. Ia bagi membantu KKM untuk berdepan dengan ujian besar gelombang ketiga Covid-19.
TUGAS DIPERLUKAN
Dr. Noor Hisham menyenaraikan beberapa sukarelawan bagi beberapa jenis jawatan. Antara jawatan sukarelawan yang amat diperlukan ialah:
1. Doktor Perubatan
2. Pegawai Sains Mikrobiologi
3. Pegawai Kesihatan Persekitaran
4. Jururawat
5. Penolong Pegawai Perubatan
6. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
7. Juruteknik Makmal Perubatan
8. Juru X-ray
9. Pembantu Kesihatan Awam
Foto hiasan (Kredit:Astro Awani)
Kesemua tugas sukarelawan ini diperlukan untuk membantu dan menjalankan beberapa jenis perkhidmatan penting. Berikut merupakan tugas yang diperlukan KKM:
1. Saringan suhu/simptom di fasiliti kesihatan/pintu masuk antarabangsa/ stesen kuarantin.
2. Siasatan kontak/pengambilan sampel COVID-19 di lapangan.
3. Penjagaan/rawatan pesakit di hospital.
SYARAT KELAYAKAN
Kepada yang berminat untuk menabur bakti dan jasa kepada negara, anda perlu memenuhi syarat-syarat seperti dinyatakan di atas sebagai kelayakan menyertai khidmat sukarelawan ini. Antara syarat-syarat yang dinyatakan oleh KKM ialah:
1. Berdaftar dengan badan profesional yang mengawal selia amalan pemohon; (bagi yang berkaitan)
2. Sihat dan cergas secara fizikal dan mental
3. Sanggup bertugas di lokasi yang memerlukan
4. Tiada sejarah kontak rapat dengan kes COVID-19 dalam masa 14 hari
Inilah masanya untuk anda yang mempunyai kelayakan dan memenuhi kriteria turun sebagai barisan hadapan utama untuk membantu KKM menangani penularan Covid-19.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi menerusi e-mel: mobilisasi19@gmail.com
Jangan lupa untuk dapatkan e-magazine MASKULIN isu October 2020 yang memaparkan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sebagai cover hadapan dan Alif Satar sebagai cover belakang. Anda boleh dapatkannya di sini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.