Pagi ini negara kita dikejutkan dengan berita sedih apabila sekurang-kurangnya lapan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dilaporkan terkorban dalam satu nahas jalan raya yang tragis pagi tadi.

Insiden menyayat hati ini dilaporkan berlaku di Jalan Chikus – Sungai Lampam, Teluk Intan, Perak.

Menurut laporan awal, nahas melibatkan sebuah kenderaan yang dinaiki oleh anggota FRU dan sebuah lori yang membawa muatan batu.

Lapan Anggota FRU Dilapor Terkorban Dalam Nahas Di Teluk Intan

Kemalangan dilaporkan berlaku kira-kira jam 8:54 pagi dan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Teluk Intan telah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut.

Maklumat lanjut mendedahkan bahawa kenderaan FRU tersebut difahamkan dalam perjalanan pulang ke Ipoh.

Ads

Anggota-anggota FRU berkenaan sebelum ini telah melaksanakan tugas operasi yang dikenali sebagai “Op Chariot” di kawasan Teluk Intan, malah salah satu laporan menyebut mereka baru selesai menjalankan tugas kawalan keselamatan sempena perarakan Hari Wesak pada hari sebelumnya.

Lapan Anggota FRU Dilapor Terkorban Dalam Nahas Di Teluk Intan

Lapan Anggota FRU Dilapor Terkorban Dalam Nahas Di Teluk Intan

Ads

Kenderaan FRU tersebut dilaporkan membawa seramai 15 orang penumpang dan seorang pemandu semasa kejadian.

Akibat impak pertembungan yang dahsyat, beberapa mangsa dilaporkan terperangkap di lokasi kejadian dan mengalami kecederaan parah. Operasi menyelamat sedang giat dijalankan oleh pasukan keselamatan dan pihak berkuasa berkaitan.

Mangsa-mangsa yang berjaya dikeluarkan dari bangkai kenderaan telah dikejarkan ke Hospital Teluk Intan untuk menerima rawatan lanjut, namun dukacita dimaklumkan, sekurang-kurangnya lapan daripada mereka disahkan telah kembali ke rahmatullah.

Ads

Pihak berkuasa masih menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca sebenar nahas yang meragut lapan nyawa wira negara ini.

Kejadian ini merupakan kehilangan besar buat Pasukan Polis Diraja Malaysia khususnya unit FRU dan pastinya meninggalkan kesan mendalam kepada keluarga mangsa serta seluruh rakyat Malaysia.

MASKULIN mengucapkan takziah yang mendalam kepada seluruh ahli keluarga anggota FRU yang terlibat dalam tragedi ini.

Semoga roh para wira negara yang gugur ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Dan semoga keluarga yang ditinggalkan diberi kekuatan serta ketabahan untuk menghadapi dugaan yang amat berat ini.

Sumber: Astro Awani & Sinar Harian

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI