Foto : Harian Metro

Pada pagi yang malang semalam, negara digemparkan dengan tragedi kemalangan maut melibatkan 10 anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terlibat dalam perlanggaran dengan sebuah lori batu di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan, Perak.

Tragedi ini bukan sahaja mengejutkan masyarakat, malah turut mengimbau kembali tragedi yang hampir serupa yang berlaku 35 tahun lalu di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak, Pahang.

Kematian 10 Anggota FRU Menghidupkan Kembali Memori Tragedi Karak 1990
Foto : Berita Harian

Kenangan Hitam 28 Februari 1990

Pada 28 Februari 1990, sepasukan anggota FRU yang sedang dalam perjalanan untuk menjalani latihan di Kuala Terengganu terlibat dalam kemalangan ngeri di Kilometer 31, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak.

Ketika kejadian, lima kenderaan FRU yang sedang bergerak, termasuk sebuah trak yang dinaiki anggota FRU, dirempuh oleh sebuah bas ekspres yang datang dari arah bertentangan.

Pertembungan tersebut mengakibatkan trak tersebut terperosok ke bawah bas, sebelum dihentam oleh sebuah lori tangki minyak yang cuba mengelak pelanggaran tersebut.

Akibatnya, 11 anggota FRU terkorban, lima daripada mereka meninggal dunia di tempat kejadian, sementara enam lagi menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur.

Kematian 10 Anggota FRU Menghidupkan Kembali Memori Tragedi Karak 1990
Foto : Berita Harian

Siapa sangka, kejadian ini berpunca daripada masalah brek bas yang gagal berfungsi, menyebabkan bas itu tidak terkawal ketika menuruni bukit yang curam.

Ads

Tragedi Chikus-Sungai Lampam

Seiring dengan tragedi 1990, kemalangan terbaru yang berlaku di Teluk Intan ini turut meragut 10 nyawa anggota FRU, yang merupakan sebahagian daripada Unit 5 yang berpangkalan di Sungai Senam, Ipoh.

Mereka dalam perjalanan pulang setelah selesai menjalani tugas untuk perayaan Chitrapournami di Hilir Perak.

Kematian 10 Anggota FRU Menghidupkan Kembali Memori Tragedi Karak 1990
Foto : Sinar Harian

Ketika tiba di lokasi kejadian, lori yang mereka naiki telah dirempuh oleh sebuah lori batu yang dipercayai mengalami kerosakan stereng, menyebabkan kemalangan yang mengorbankan nyawa.

Kejadian ini membawa banyak kenangan pahit kepada keluarga mangsa dan seluruh anggota FRU, mengingatkan mereka akan betapa rapuhnya kehidupan, serta betapa besar pengorbanan yang telah diberikan oleh anggota FRU demi negara.

Ads

Kesan Tragedi Terhadap Keluarga dan Komuniti FRU

Tragedi ini bukan sahaja menggoncang masyarakat umum, tetapi juga memberikan impak besar kepada keluarga mangsa dan pasukan FRU.

Kehilangan 10 anggota FRU, yang sebahagian besar adalah anak muda yang baru memulakan kerjaya mereka, memberi kesan mendalam terhadap orang tersayang.

Tanggungjawab yang besar mereka pikul dalam menjaga keamanan negara kini tidak dapat diteruskan, meninggalkan ruang yang kosong di dalam hati keluarga dan sahabat.

Kematian 10 Anggota FRU Menghidupkan Kembali Memori Tragedi Karak 1990
Foto : Berita Harian

BACA LAGI : Lapan Anggota FRU Dilapor Terkorban Dalam Nahas Di Teluk Intan

Ads

Dalam masa yang sama, tragedi ini turut memberi peringatan kepada pihak berkuasa mengenai kepentingan memastikan keselamatan jalan raya, terutamanya bagi kenderaan berat seperti lori yang sering mengangkut bahan muatan yang berat.

Perbaikan teknikal dan pemeriksaan berkala terhadap kenderaan awam adalah suatu kewajiban untuk mengelakkan kejadian seumpama ini berulang.

Semoga pengorbanan 10 anggota FRU yang terkorban di Teluk Intan ini dihargai, dan semoga kejadian serupa tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang.

Sumber : Berita Harian dan ohbulan!

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI