Demam Hari Raya Aidilfitri kini hampir ke kemuncaknya. Sejak semalam ribuan kenderaan bergerak keluar dari ibu kota menuju ke segenap pelosok negara.
Dalam keghairahan balik kampung kita sudah biasa lihat ada kereta yang tersadai di tepi jalan akibat berlakunya kerosakan. Di antara masalah yang sering berlaku adalah enjin kereta menjadi terlampau panas atau overheat.
Anda mungkin tertanya mengapa ini boleh berlaku. Terlebih dahulu apa yang perlu anda faham adalah masalah dasar overheat ini. Overheat adalah satu masalah di mana sistem penyejukan enjin telah gagal berfungsi dengan baik.
Puncanya Enjin Panas
Terdapat beberapa punca yang mungkin boleh membawa masalah suhu enjin kereta anda naik mendadak. Suhu normalnya adalah sekitar 70 ke 80 darjah Celcius. Jadi bila suhu terlalu tinggi maka berlakulah overheat.
Ads
BEBERAPA PUNCA BERLAKUNYA OVERHEAT
Kondisi menjadi terlalu panas ini tidak berlaku secara tiba-tiba. Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan masalah ini berlaku.
Kurang atau tiada langsung air di dalam radiator
Motor kipas rosak atau bermasalah
Kipas penyejuk radiator rosak dan tidak berfungsi dengan baik
Masalah pendawaian, relay atau coolant temperature switch
Radiator bocor
Radiator tersumbat
Hos getah penyambungan berkaitan sistem penyejukan pecah atau bocor
Apabila ini berlaku anda harus biarkan ia sejuk terlebih dahulu. Ingat, jangan sesekali membuka penutup coolant radiator ketika ia masih panas. Tunggu sahaja dahulu dan jangan buat apa-apa. Kalau ada asap putih keluar biarkan ia benar-benar hilang dahulu.
Ads
Satu perkara lagi yang ramai orang lakukan ialah menambah air dengan segera di dalam radiator untuk meredakan kepanasan. Usah berbuat demikian kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan.
Bukan semua masalah overheat disebabkan kurangnya air dalam radiator. Seperti dinyatakan di atas ia boleh berlaku disebabkan banyak faktor lain.
Ads
Itulah beberapa punca mengapa enjin kereta boleh overheat. Ikuti artikel seterusnya untuk mengikuti bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini.
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kawasaki memilih Tokyo Motor Show (TMS) 2017 untuk mendedahkan model sekian lama dinantikan Z900RS. Kawasaki Z900RS didatangkan dengan komponen spesifikasi lebih tinggi berbanding motosikal moden Z900 sedia ada di pasaran.
Model itu masih berkongsi enjin yang sama dengan Z900 bersesaran 948cc 4-silinder. Namun enjin Z900RS ditala bagi meningkatkan kuasa julat pertengahan. Enjin tersebut mampu menghasilkan kuasa 111hp pada 8,500rpm dan tork 98Nm pada 6,500rpm.
Kehadiran Kawasaki Z900RS bagi memberi penghormatan kepada model legenda Z1. Walaupun penampilannya sangat kental dengan imej retro tetapi Z900RS memiliki ciri moden antaranya dua mod kawalan traksi, lampu LED, klac slip-assist dan kaliper radial.
Sementara aura retro boleh dilihat pada rekaan lampu depan bulat dan tidak ketinggalan cermin sisi yang turut didatangkan dalam bentuk bulat. Ia kemudian dilengkapkan dengan ekzos keluli tahan karat.
Rekaan bar hendal yang rata bersama kluster instrumen pod berkembar meningkatkan lagi aura tunggangan retro klasik. Bahagian tangki minyak bersaiz 17 liter.
Jentera dengan berat 215kg itu dipadankan dengan rim 17-inci bersama tayar gaya retro dari Dunlop GPR-300 sebagai standard. Keselesaan tunggangan diserahkan kepada suspensi USD boleh laras 41mm di depan dan monoshock boleh laras di belakang. Untuk menghentikan jentera itu, Z900RS dipasang degan brek cakera berkembar 300mm. Sementara ciri ABS didatangkan sebagai pilihan.
Kawasaki menawarkan lima pilihan warna bagi Z900RS iaitu Candytone Brown, Candytone Orange, Metallic Spark Black, Flat Ebony dan Metallic Matte Covert Green.
Pihak Kawasaki turut mempamerkan Edisi Istimewa Z900RS seperti Doremi Collection dengan beberapa perubahan antaranya pelindung enjin, ekzos dan semburan cat dengan tulisan Doremi Collection.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bermula hari ini maka berkuatkuasalah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dibeberapa buah negeri dan Wilayah Persekutuan. Dengan bermulanya PKPB, kerajaan telah membuka semula hampir kesemua sektor ekonomi dan aktiviti sosial.
Namun ia tidak bermakna PKP telah berkahir. Hari ini juga menyaksikan ramai yang akan mula masuk kerja semula buat pertama kali selepas kerajaan melaksanakan PKP sejak 18 Mac yang lalu.
Dan ada juga yang akan mula masuk pejabat dan ke tempat kerja dalan tempoh beberapa hari. Mereka yang berada di kampung juga dilaporkan akan dibenarkan balik semula dalam minggu ini.
Jadi pasti ramai yang meninggalkan kereta terbiar dan lama tidak dihidupkan. Ada kemungkinan anda akan berdepan dengan kesukaran untuk menghidupkan kenderaan. Jika perkara ini berlaku usah risau kerana terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan perkara ini berlaku.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi sedikit pengetahuan tentang apa yang boleh berlaku apabila kereta tidak digunakan atau dihidupkan dalam jangkamasa lebih seminggu dan seterusnya.
JENIS KEROSAKAN BIASA YANG BOLEH BERLAKU
Kenderaan yang ditinggalkan dan tidak dihidupkan pada tempoh seminggu ke atas boleh alami kemerosotan kuasa bateri. Ia berlaku sedikit demi sedikit sehinggalah bateri hilang kuasa sepenuhnya.
Masalah ini dapat diperbaiki seeloknya hanya dengan menukarkan bateri tersebut kepada yang lain atau baru.Kebarangkalian enjin kereta untuk hidup dan kembali pulih semula menggunakan kereta adalah kira-kira 20% sahaja dengan mengandaikan tiada kerosakan komponen lain berlaku.
Ini juga salah satu masalah yang boleh berlaku. Air yang terdapat dalam radiator bercampur dan berlumut lalu membentuk kotoran. Apabila enjin dapat dihidupkan sistem penyejukan termasuk thermostat dan pam air bekerja dengan baik adalah hanya 70 % dari asalnya.
Enjin pula akan menjadi sedikit panas. Oleh itu air dalam radiator perlu dibuang dan diganti coolant dan air yang baru.
Bila lama tidak digunakan ini boleh menyebabkan semua minyak yang terdapat pada injector atau berkumpul pada fuel filter. Minyak ini memerlukan kuasa yang kuat dari fuel pump untuk naik semula bagi memulakan pembakaran enjin dan biasanya fuel pump akan tersentak apabila kuasanya digunakan menyeluruh dan motor dalamannya pula telah menjadi ketat setelah dibiarkan sekian lama tidak digunakan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) memperkenalkan varian 1.6 liter Turbo GDI (T-GDI) petrol yang baru bagi model SUV (kenderaan utiliti sport) kompak, Tucson.
Enjin itu mampu menjana kuasa 177PS pada 5,500rpm dan tork maksimum 265Nm dari 1,500 hingga 4,500rpm. Penghantaran kuasa ke roda ditugaskan kepada kotak gear 7DCT yang dibangunkan sendiri oleh Hyundai. Kotak gear berkenaan menawarkan penukaran gear lebih lancar dan pecutan pantas.
Ditawarkan pada harga RM145,588 (termasuk insurans), pihak HSDM turut menawarkan ciri-ciri menarik pada varian berkenaan antaranya lampu utama LED bersama Static Bending Lights, fungsi Auto Hold, pintu belakang pintar dan rim baharu lebih sporty.
Selain itu, pelanggan juga boleh memilih aksesori tambahan seperti dua pakej tempat duduk dan kemasan dalaman dengan pilihan warna merah dan putih. Tidak ketinggalan, kit badan dan rim bersaiz 19 inci.
Tucson dibina di atas struktur kerangka yang diperbuat daripada 51 peratus besi ultra kukuh untuk meningkatkan ketegarannya. Demi ketenangan minda pemilik, Tucson dilengkapi dengan ciri keselamatan aktif dan pasif antaranya enam beg udara, sistem Vehicle Stability Management (VSM), Hill Start Assist Control (HAC), Downhill Brake Control (DBC) dan Electric Parking Brake (EPB).
HSDM menawarkan jaminan selama lima tahun atau perbatuan sejauh 300,000 kilometer (mana-mana tiba dahulu). Tucson juga hadir bersama servis percuma untuk jarak sejauh 50,000 kilometer dalam tempoh tiga tahun.
Naquib Azlan mencipta sejarah apabila dipilih menyertai Porsche Carrera Cup Asia 2026 bersama Team Porsche Malaysia, daripada sim racing ke pentas perlumbaan profesional.