Seorang pelancong dari United Kingdom mencuri perhatian ramai selepas videonya mengenai suasana malam di Malaysia tular di media sosial.

Dalam rakaman berdurasi sembilan saat yang dimuat naik ke Instagram minggu lalu, pengguna akaun @the_boomeranggg_ berkongsi pengalaman uniknya menyaksikan suasana meriah pada lewat malam di Dataran Nilai, Negeri Sembilan.

Tanpa muzik bising, arak atau kelab malam, rakaman itu hanya memperlihatkan orang ramai bersantai, berjalan, dan meluangkan masa bersama keluarga.

“Beginilah rupa hujung minggu di Malaysia pada jam 12 tengah malam. Tiada arak, tiada kelab malam. Hanya ‘straight vibes’ dan suasana kekeluargaan,” tulisnya di ruangan kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jukabarr (@joel_carlyon_20)

Beliau menambah, sekiranya ada taman awam sebegini di UK, suasananya mungkin sudah “hancur” dengan pelbagai masalah sosial.

Lebih 1.3 Juta Tontonan

Walaupun ringkas, video tersebut telah mencetuskan perbualan hangat di media sosial.

Setakat artikel ini ditulis, ia sudah mencecah lebih 3.4 juta tontonan dan mendapat ribuan komen.

Ads

Ramai netizen Malaysia sendiri bersetuju dengan pandangan itu, menyatakan bahawa taman awam sering menjadi pilihan ramai kerana suasananya yang tenang dan sesuai untuk semua lapisan umur.

“Malaysia memang negara yang mesra keluarga,” tulis seorang pengguna.

Seorang lagi pula mencadangkan pelancong itu untuk merasai pengalaman di restoran mamak pada waktu tengah malam.

“Awak patut pergi ke mamak. Orang Malaysia masih makan nasi dan roti canai jam 1 pagi,” tulisnya.

12 Tengah Malam Di Dataran Nilai, Pelancong UK Terpesona Dengan ‘Straight Vibes’

Ads

Budaya Malam Unik Di Malaysia

Fenomena taman awam yang meriah sehingga lewat malam bukanlah sesuatu yang asing di Malaysia.

Sama ada keluarga yang membawa anak kecil, pasangan muda yang berjalan santai, sekumpulan rakan yang berbual panjang, atau individu yang hanya ingin menghirup udara malam, suasana ini menggambarkan budaya masyarakat yang lebih mementingkan kekeluargaan serta kebersamaan.

Berbeza dengan banyak negara Barat di mana waktu tengah malam biasanya sinonim dengan kelab malam atau pesta alkohol, masyarakat Malaysia menjadikan ruang awam sebagai pusat pertemuan sosial yang lebih sihat.

BACA LAGI : Didikan Keras Ibu Bentuk Jiwa Kental Saya – Aliff Syukri

Ads

12 Tengah Malam Di Dataran Nilai, Pelancong UK Terpesona Dengan ‘Straight Vibes’

Taman, dataran, dan restoran mamak sering menjadi “port” utama untuk beriadah, berbual, atau sekadar menikmati suasana.

Tidak hairanlah apabila seorang pelancong asing berasa kagum dengan pengalaman tersebut.

Rakaman ringkas itu bukan sekadar hiburan, tetapi juga memberi gambaran kepada dunia luar bahawa Malaysia memiliki identiti tersendiri sebuah negara di mana tengah malam tidak semestinya dikaitkan dengan hiburan liar, sebaliknya menjadi masa untuk memperkukuh hubungan kekeluargaan dan persahabatan.

Sumber : Instagram @the_boomeranggg_  dan SAYS

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads