Dalam era digital kini, pemberian gajet kepada anak-anak kecil seakan menjadi kebiasaan.
Namun, pendekatan berbeza ditonjolkan oleh usahawan selebriti terkenal, Dato’ Aliff Syukri, yang memilih untuk mengajar anaknya mengenai kesabaran, nilai barangan dan batas penggunaan teknologi sejak awal usia.
Hadiah Istimewa Ulang Tahun Ke-13
Baru-baru ini, Dato’ Aliff berkongsi satu momen menyentuh hati apabila menghadiahkan telefon bimbit pertama kepada anak lelakinya, Baem Adham, bersempena ulang tahun kelahiran ke-13.
“Janji abah tepati hari ini. Genap umur 13 tahun, baru abah belikan handphone,” tulisnya dalam satu hantaran media sosial.
Menurut beliau, hadiah ini bukan semata-mata memenuhi impian anak, tetapi juga sebagai simbol tanggungjawab dan penghargaan terhadap usaha dan kesabaran selama ini.
Sengaja Tangguh Pemberian Telefon Bimbit
Dato’ Aliff menjelaskan bahawa keputusan untuk tidak membenarkan Baem memiliki telefon bimbit lebih awal dibuat secara sengaja.
Beliau mahu anaknya tidak terlalu leka dengan gajet dan sebaliknya fokus pada kehidupan sebenar belajar, bergaul, dan membina nilai diri.
Ads
“Saya selalu bagitahu dia, sabar-sabar. Belum masa lagi. Sekarang, impian Baem nak ada handphone sendiri dah tercapai”, katanya.
Tambahnya, setiap kali anak itu bertanya kenapa rakan-rakannya sudah mempunyai telefon sendiri, beliau tetap konsisten dengan jawapan bahawa bukan semua perkara datang dengan mudah.
Didikan Tegas Yang Wajar Dicontohi
Pendekatan keibubapaan yang diterapkan oleh Dato’ Aliff mendapat pujian ramai.
Dalam dunia yang serba laju dan bergantung kepada teknologi, disiplin seperti ini semakin jarang diamalkan.
Ramai bersetuju bahawa kawalan gajet adalah penting bagi mengelakkan ketagihan, masalah sosial, dan gangguan fokus dalam pembelajaran anak-anak.
Ads
Didikan seperti ini patut dijadikan panduan oleh ibu bapa lain agar anak-anak membesar dengan lebih seimbang, matang dan tahu menghargai setiap apa yang dimiliki.
Tindakan Dato’ Aliff menerima reaksi positif dalam kalangan netizen.
Ads
Rata-rata menyifatkan beliau sebagai seorang bapa yang bukan sahaja tegas tetapi juga prihatin terhadap pembangunan sahsiah anak-anak.
Kisah ini membuktikan bahawa tidak semua kemahuan anak perlu dituruti segera.
Dengan kesabaran, kasih sayang dan bimbingan yang betul, anak-anak akan lebih menghargai apa yang mereka miliki.
Semoga lebih ramai ibu bapa menjadikan contoh ini sebagai inspirasi untuk membentuk generasi yang lebih bertanggungjawab dan seimbang dari segi emosi, sosial dan rohani.
Sumber : IG Aliffsyukriterlajaklaris
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Seluruh dunia kini masih berdepan dengan pandemik Covid-19. Walaupun sudah terdapat banyak negara mencatatkan penurunan kes jangkitan namun ancaman gelombang kedua masih lagi ada kemungkinan boleh berlaku.
Disebabkan itu jugalah negara kita dan banyak negara lain mula menyeru rakyat mereka untuk memakai pelitup muka apabila berada di kawasan awam dan kawasan sesak. Selain pelitup muka 3 lapisan yang popular digunakan, penggunaan pelitup muka dari fabrik juga boleh digunakan terutamanya di kalangan mereka yang tidak bergejala.
Lalu timbullah pelbagai jenis rekaan pelitup muka dengan pelbagai jenis rekaan. Jenama-jenama terkenal juga tidak ketinggalan mengeluarkan pelitup muka masing-masing dengan stujuan menggalakan masyarakat memetingkan langkah keselamatan dan pencegahan.
Namun ada juga yang mahu menjadi lain daripada yang lain. Sebuah syarikat pengeluar barang kemas telah menghasilkan pelitup muka termahal di dunia. Pelitup muka yang dihasilkan mereka tersebut turut dilengkapi hiasan daripada emas dan berlian.
Pelitup muka yang dihiasi emas 18 karat dan sebanyak lbih 3,600 berlian putih dan hitam dipadankan ke atas pelitup muka jenis N99. Ia dikatakan bernilai kira-kira USD1.5 juta (RM6.3 juta).
Memetik laporan AP, syarikat yang menghasilkan pelitup muka tersebut ialah Yvel. Pemiliknya, Isaac Levy bagaimana pun tidak mendedahkan siapakah pelanggannya yang melakukan tempahan pelitup muka tersebut. Apa yang diketahui ialah ia dari seorang ahliperniagaan berasal dari China yang tinggal di Amerika Syarikat.
Pelitup muka ini bolehlah kita anggap mempunyai fungsi dua dalam satu. Pertama untuk keselamatan dan kedua untuk menyerlahkan status kekayaan.
Ada duit semua jadi!
Jika ingin mencari pelitup muka yang murah dan pelbagai rekaan, anda boleh dapatkan di sini.
Kredit: AP
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sejujurnya kita semua cukup bertuah kerana menjadi rakyat Malaysia. Langkah drastik yang diambil oleh kerajaan sejak wabak COVID-19 merebak dengan memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan telah menunjukkan hasil yang positif.
Kadar jangkitan di negara kita telah berjaya dilandaikan dan tidak meningkat terlalu tinggi. Malah kerja keras yang dilakukan oleh barisan hadapan terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membuktikan ramalan pakar yang meramalkan kadar jangkitan di negara kita berlaku lebih tinggi.
Selain itu, kadar pematuhan oleh kita semua juga sangat tinggi. Selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat diperkenalkan pula menyaksikan kadar pematuhan juga kekal tinggi dengan hampir 95 peratus.
Walaupun begitu kita semua tidak boleh terlalu selesa. COVID-19 masih lagi wujud di negara kita dan disebabkan itulah kita harus terus mengamalkan penjarakan sosial dan menjaga kebersihan diri sepanjang masa. Ikut segala SOP yang telah diberikan oleh kerajaan sepanjang masa.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyuarakan kebimbangan dan memberikan amaran risiko COVID-19 kembali menular ketika banyak negara sudah mula melonggarkan sekatan.
Badan kesihatan dunia kini terus mendesak agar negara-negara yang terlibat terus kekal berwaspada pada tahap paling tinggi.
Beberapa buah negara Eropah kini antara yang mula melonggarkan sekatan. Namun, wujud kebimbangan berhubung peningkatan jangkitan di negara-negara berkenaan.
Pakar Kesihatan Kecemasan WHO, Mike Ryan berkata beberapa buah negara telah menunjukan kemunculan semula kes seperti di Wuhan dan juga Korea Selatan yang mencatatkan 85 kes dari kluster seorang pengunjung kelab malam.
Tegasnya lagi, selepas sekatan dilonggarkan adalah normal orang ramai orang mula melakukan kegiatan sosial bersama-sama. Namun jika penjarakan sosial tidak diberikan penekanan yang tinggi risiko jangkitan akan meningkat.
Persoalannya, masyarakat dunia sudah berada pada tahap mempunyai sistem kesihatan kukuh yang membolehkan kita menyiasat kluster kes baharu tanpa merujuk bentuk jangkitan sebelum ini. Ini yang perlu dielak.
“Kami mempunyai keyakinan terhadap Jerman, Korea dan beberapa negara untuk menghapuskan kluster baharu yang dikesan,” katanya.
Pada masa yang sama beliau turut mengecam beberapa negara yang tidak bertanggungjawab kerana tidak meningkatkan kapasiti ujian saringan ketika mereka mempunyai peluang mengesan kes COVID-19.
Sehingga artikel ini ditulis, pandemik COVID-19 ini sudah meragut kira-kira 283,000 nyawa dengan angka jangkitan melepasi 4 juta orang.
Teruskan mengamalkan penjarakan sosial dan sama-sama kita boleh memastikan keselamatan antara satu sama lain!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dapatkan tubuh yang menarik dengan senaman bakar lemak gaya tabata yang terbukti efektif dan mudah untuk dilaksanakan dirumah tanpa menggunakan sebarang peralatan khusus. Senaman ini dapat mempertingkatkan kadar metabolisme tubuh badan agar tubuh dapat membakar lemak dengan lebih pantas.
CLAP PRESS-UP
– Mulakan dengan posisi tekan tubi
– Dengan perlahan, rendahkan tubuh dengan lengan dibengkokkan sehingga 90 darjah
– Tolakkan badan ke atas dengan kuat sehingga terangkat dan tepukkan tangan
– Sediakan tangan untuk bersedia menahan badan ketika badan jatuh ke posisi asal.
– Ulang semula
PRONE SWIMMER
-Mulakan dengan posisi meniarap dan pastikan hujung hidung mencecah lantai
-Tangan diletakkan di posisi 90 darjah di sisi badan dan tahan
-Pastikan bahagian belakang badan tidak melentur
-Tolak kedua-dua tangan kehadapan dan tahan
-Tarik semula tangan ke posisi 90 darjah di sisi badan
SPEED SKATER
-Mulakan dengan posisi berdiri dan kaki kiri dan tangan kanan di tarik ke belakang selari
-Lompat ke arah bertentangan dan kaki kanan dan tangan kiri pula di tarik kebelakang selari
-Ulang semula
PRISONER JUMP SQUAT
-Mulakan dengan posisi kedua-dua tangan diletakkan di belakang kepala dan buka luas bahagian bawah lengan.
-Pastikan lengan dan kaki dibuka luas dalam keadaan selari dan rendahkan sedikit badan sehingga lutut membengkok
-Lompat kehadapan dan jatuh semula dalam keadaan tubuh direndahkan sehingga lutut membengkok
ALTERNATING REACH PRESS-UP
-Mulakan dengan posisi tekan tubi
-Sebelum merendahkan tubuh, pastikan tangan kanan di tolak keluar dari sisi badan dan tangan kiri rapat ke sisi badan seperti tekan tubi
-Rendahkan badan seperti senaman tekan tubi
-Ulang semula dengan tangan kiri pula di tolak keluar ke sisi badan
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.