Nama Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi sekali lagi meniti di bibir dunia apabila beliau diberi penghormatan tertinggi oleh Republik Kosovo menerusi penganugerahan “The Order of Independence”.
Itu adalah tanda pengiktirafan terhadap sumbangan besar beliau dalam memperjuangkan keamanan dan kemerdekaan negara Balkan itu.
Lebih mengharukan, anugerah tersebut disampaikan oleh Presiden Kosovo, Dr Vjosa Osmani Sadriu kepada menantu Allahyarham, Khairy Jamaluddin, semasa majlis pembukaan rasmi Kedutaan Kosovo di Malaysia.
Momen sewaktu anugerah tersebut diterima juga telah dikongsikan Ibdilillah Ishak apabila memuat naik beberapa gambar pertemuan KJ dan juga Presiden Kosovo itu.
Pemimpin Berjiwa Halus, Pembina Jambatan Keamanan
Walaupun Tun Abdullah sering digambarkan sebagai seorang pemimpin yang tenang dan sederhana, langkah-langkah diplomatik beliau membuktikan bahawa keikhlasan dan pendekatan berhemah mampu membawa impak besar di persada antarabangsa.
Ads
Ketika Kosovo sedang bergelut mencari pengiktirafan antarabangsa selepas merdeka pada tahun 2008, Tun Abdullah tampil memberikan sokongan padu, mewakili suara Malaysia yang percaya pada prinsip keadilan dan hak menentukan nasib sendiri.
Presiden Osmani sendiri mengimbau pertemuan beliau dengan Allahyarham pada tahun 2008.
Beliau menyifatkan allahyarham sebagai seorang tokoh yang ikhlas membantu dan sentiasa mengutamakan keamanan sejagat.
Anugerah ini bukan sekadar simbol penghargaan, tetapi manifestasi kepada nilai kepimpinan yang harus diteladani berani bersuara untuk yang benar, tetapi tetap berpegang pada adab dan ketertiban.
Allahyarham Tun Abdullah adalah contoh pemimpin yang tidak menjadikan kuasa sebagai alat dominasi.
Sebaliknya sebagai tanggungjawab untuk mendengar, memahami dan bertindak demi kebaikan semua pihak.
Generasi muda hari ini seharusnya menjadikan legasi beliau sebagai inspirasi bahawa keteguhan prinsip, kesantunan dalam diplomasi, dan kesediaan membantu negara lain dalam menghadapi cabaran adalah nilai-nilai yang membawa erti besar dalam dunia yang semakin mencabar.
Ads
Foto : Berita Harian
Malaysia Di Mata Dunia, Suara Keamanan yang Dikenang
Pengiktirafan oleh Kosovo ini juga membuktikan bahawa Malaysia, di bawah kepimpinan pemimpin seperti Tun Abdullah, pernah memainkan peranan penting dalam mendukung keadilan dan keamanan global.
Ia mengingatkan kita bahawa suara Malaysia suatu ketika dahulu bukan hanya didengari, tetapi dihormati.
Hari ini, walaupun beliau telah tiada, nama Tun Abdullah Ahmad Badawi terus mekar sebagai simbol pemimpin berjiwa luhur yang berbakti bukan sahaja untuk tanah air tercinta, tetapi juga untuk keamanan dunia.
Sumber : Oh My Media
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tahniah diucapkan buat Andika Rees yang berjaya menamatkan pengajian baru-baru ini. Meskipun diuji berita duka pemergian datuk tersayang, Datuk Pahamin A Rajab akibat serangan jantung ketika dalam penerbangan ke London untuk menghadiri majlis konvokesyen Rees namun keluarga ini bangkit mendepani hari mendatang.
Kredit Instagram @azharbsulaiman
Individu paling bangga dan gembira dengan kejayaan tersebut pastinya ibu bapa Rees iaitu pelakon Azhar Sulaiman dan Chempaka Emalin.
Anak lelaki yang juga kembar kepada Kasih Iris Leona yang kini berusia 21 tahun berkenaan berjaya mengenggam Ijazah Sarjana Muda Maritime Business and Law, Solent University.
Kredit Instagram @azharbsulaiman
Ramai yang mengagumi kebijaksanaan Rees dan tidak kurang juga yang memuji wajah kacak anak selebriti popular tersebut.
Azhar menerusi media sosial berkongsi momen majlis graduasi anak tersayang beserta kapsyen, “Syukur alhamdulillah Andika Rees Pahamin bin Azhar. Job well don son. Next..”
Pelakon yang pernah popular menerusi filem Abang 92 itu sempat membalas komen peminat yang bertanyakan mengenai graduasi Leona. Dedah Azhar, anak gadisnya itu bakal tamat pengajian dalam tempoh tiga tahun lagi.
Kredit Instagram @azharbsulaiman
Sementara itu, kembar Rees yang lebih dikenali ramai sebagai Leona turut menitipkan ucapan istimewa. “ConGrads Reesy. Me love you. Of course it had to rain all day, perfect England weather.”
Kredit Instagram @kasihirisleonaKredit Instagram @kasihirisleona
Turut kelihatan menghadiri hari bermakna Rees itu ialah ibunya, Chempaka Emalin dan nenek, Datin Zainab Mohamad serta beberapa ahli keluarga lain.
Rees dalam pada itu memuat naik gambar dirinya lengkap berjubah konvo di Instagram miliknya yang didedikasikan khas buat arwah datuk tersayang.
“This one’s for you Tok Pok.”
Azhar dan Chempaka dikurniakan tiga anak iaitu Kasih Leia Ixora, Kasih Iris Leona dan Andika Rees Pahamin.
Mewarisi gen bijak Azhar dan Chempaka, ketiga-tiga cahaya mata pasangan ini menjadi tumpuan masyarakat kerana meraih keputusan akademik cemerlang.
Kredit Instagram @kasihirisleona
Anak sulung mereka, Kasih Leia Ixora berjaya tamat pengajian di University of Notthingham pada Julai 2021.
Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada Andika Rees dan semoga terus berjaya dalam hidup.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Apakah kejayaan atau pencapaian paling membanggakan anda hingga ke hari ini? Ya, tidak dapat dinafikan setiap orang mempunyai tahap sasaran yang berbeza-beza. Kerana setiap orang mempunyai priority tersendiri.
Tapi sebagai lelaki pastinya kita mahu melakukan yang sebaik mungkin dalam apa jua bidang. Itulah yang telah dibuktikanoleh seorang jekaka dari Amerika Syarikat, Jonny Kim.
Beberapa hari namanya telah tular di laman media sosial kerana kejayaan yang dikecapinya dalam tiga bidang profesional yang berbeza serta mencabar.
Jonny Kim merupakan angkasawan terbaru di NASA. Dia juga merupakan bekas tentera elit bersama Navy SEAL dan juga seorang doktor lulusan dari Harvard.
Dia mencapai kejayaan dalam tiga karier idaman ramai dalam satu tempoh hidup sebelum beryusia 35 tahun!
Jonny yang bergelar sebagai seorang ayah dan suami ini juga merupakan graduan terbaru daripada NASA dan kini telah lulus ujian untuk mengambil bahagian dalam eksplorasi ke angkasa lepas.
Jonny juga mencipta sejarah menjadi angkasawan pertama dari keturunan Korean-American dan dilaporkan bakal berlepas ke angkasa ke stesen angkasa, Artemis. Malah dia juga berpotensi manjadi meusia pertama dalam misi ke planet Marikh.
Perjalanan hidupnya menang mencabar dalam tiga karier berbeza. Selepas tamat pengajian dia menyertai Navy SEALS. Kemudian pada tahun 2006 dia melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan untuk membantu anggota tentera yang cedera di Iraq.
Selepas empat tahu menjadi doktor di Massachusetts General Hospital, minatnya berubah sekali lagi untuk menjadi angkasawan. Dengan tekad dan usaha yang tidak pernah kenal erti putus asa dia berjaya mencapainya.
Semoga kejayaan Jonny Kim ini menjadi inspirasi buat kita semua. Kalau dia boleh berjaya dalam tiga bidang yang sukar apatah lagi kita yang hanya perlu berdepan dengan cabaran satu karier sahaja.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Memang tak dinafikan, adik-beradik pelakon popular ini kelihatan awet muda.
Kalau tengok wajah dan penampilan Naszeli Ngasri, siapa sangka abang kepada Ngasri ini meniti usia 49 tahun. Dari abang sampai ke adik, semuanya nampak masih muda termasuklah bapa mereka iaitu Ngasri Sain yang sudah pun mencecah usia 73 tahun.
Sudah Ada Cucu, Wajah Awet Muda ABANG Bell Ngasri Jadi Tumpuan!
Figura seni yang terkenal dengan watak Barkoba iaitu Bell Ngasri, yang telah dianugerahkan sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH35) menyebabkan Naszeli atau lebih dikenali sebagai Boy turut menerima tempias populariti adik lelaki.
Jarang muncul di kaca televisyen, difahamkan Boy kini ‘orang kuat’ belakang tabir dan menjadi penerbit.
Boy merupakan anak kedua daripada enam beradik iaitu Nasliza, Nasrizal (Bell), Nasreen (Darling), Naszriah (Datin Anne) dan Nassuhada yang juga anak istimewa.
Kesemuanya merupakan anak kepada Ngasri Sain dan Habibah Jaafar. Bapa mereka merupakan penggiat industri seni dan penyiaran serta pernah menjadi pengacara TV dan pelakon.
Daripada enam beradik tersebut, empat daripada mereka mengikut jejak langkah bapa tersayang dalam bidang seni dan hiburan iaitu Boy, Bell, Darling dan Datin Anne Ngasri.
Anak sulung Boy iaitu Inas Sofea berusia 25 tahun berkahwin pada tahun 2020 dan mempunyai dua orang anak. Sekaligus menjadikan pelakon ini datuk kepada dua orang cucu.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Setiap orang ada tarikan tersendiri tapi kalau anda tertanya-tanya apa sebenarnya yang wanita perasan dulu pada tubuh lelaki, jawapannya bukan hanya tentang 'six-pack'.
Beberapa kajian...