Dalam era digital kini, pemberian gajet kepada anak-anak kecil seakan menjadi kebiasaan.
Namun, pendekatan berbeza ditonjolkan oleh usahawan selebriti terkenal, Dato’ Aliff Syukri, yang memilih untuk mengajar anaknya mengenai kesabaran, nilai barangan dan batas penggunaan teknologi sejak awal usia.
Hadiah Istimewa Ulang Tahun Ke-13
Baru-baru ini, Dato’ Aliff berkongsi satu momen menyentuh hati apabila menghadiahkan telefon bimbit pertama kepada anak lelakinya, Baem Adham, bersempena ulang tahun kelahiran ke-13.
“Janji abah tepati hari ini. Genap umur 13 tahun, baru abah belikan handphone,” tulisnya dalam satu hantaran media sosial.
Menurut beliau, hadiah ini bukan semata-mata memenuhi impian anak, tetapi juga sebagai simbol tanggungjawab dan penghargaan terhadap usaha dan kesabaran selama ini.
Sengaja Tangguh Pemberian Telefon Bimbit
Dato’ Aliff menjelaskan bahawa keputusan untuk tidak membenarkan Baem memiliki telefon bimbit lebih awal dibuat secara sengaja.
Beliau mahu anaknya tidak terlalu leka dengan gajet dan sebaliknya fokus pada kehidupan sebenar belajar, bergaul, dan membina nilai diri.
Ads
“Saya selalu bagitahu dia, sabar-sabar. Belum masa lagi. Sekarang, impian Baem nak ada handphone sendiri dah tercapai”, katanya.
Tambahnya, setiap kali anak itu bertanya kenapa rakan-rakannya sudah mempunyai telefon sendiri, beliau tetap konsisten dengan jawapan bahawa bukan semua perkara datang dengan mudah.
Didikan Tegas Yang Wajar Dicontohi
Pendekatan keibubapaan yang diterapkan oleh Dato’ Aliff mendapat pujian ramai.
Dalam dunia yang serba laju dan bergantung kepada teknologi, disiplin seperti ini semakin jarang diamalkan.
Ramai bersetuju bahawa kawalan gajet adalah penting bagi mengelakkan ketagihan, masalah sosial, dan gangguan fokus dalam pembelajaran anak-anak.
Ads
Didikan seperti ini patut dijadikan panduan oleh ibu bapa lain agar anak-anak membesar dengan lebih seimbang, matang dan tahu menghargai setiap apa yang dimiliki.
Tindakan Dato’ Aliff menerima reaksi positif dalam kalangan netizen.
Ads
Rata-rata menyifatkan beliau sebagai seorang bapa yang bukan sahaja tegas tetapi juga prihatin terhadap pembangunan sahsiah anak-anak.
Kisah ini membuktikan bahawa tidak semua kemahuan anak perlu dituruti segera.
Dengan kesabaran, kasih sayang dan bimbingan yang betul, anak-anak akan lebih menghargai apa yang mereka miliki.
Semoga lebih ramai ibu bapa menjadikan contoh ini sebagai inspirasi untuk membentuk generasi yang lebih bertanggungjawab dan seimbang dari segi emosi, sosial dan rohani.
Sumber : IG Aliffsyukriterlajaklaris
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Di musim konvokesyen ini pastinya para graduan teruja untuk menyarungkan jubah dan mortar board untuk meraikan penat lelah mereka menuntut ilmu di institut pengajian tinggi.
Ada yang mengambil kesempatan untuk merakamkan gambar kenangan buat kali terakhir bersama rakan seperjuangan, ada juga yang memberi peluang kepada ibu bapa dan keluarga untuk turut merasai pengalaman menyarung jubah tersebut.
Namun dalam keterujaan itu, para graduan diingatkan untuk tetap menghormati pakaian akademik itu dan berpada-pada dalam menggunakan jubah konvokesyen bagi tujuan kandungan kreatif di media sosial.
Perkara ini selaran dengan teguran dari Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Datuk Profesor Ts Dr Shahrin Sahib @ Sahibuddin menerusi satu hantaran di laman Tiktok rasmi UiTM.
“Kebelakangan ini saya lihat ada mahasiswa mahupun graduan yang menyarung jubah mereka dengan melakukan aksi-aksi konten kreatif. Saya pasti mereka ingin memperlihatkan apa yang telah dianugerahkan kepada mereka.
“Tetapi pandangan peribadi saya, letaklah jubah dan mortar board itu sejajar dengan yang ditauliahkan yang melambangkan ilmu yang sangat mulia dan sangat tinggi yang telah dianugerahkan kepada mereka,” kata Dr Shahrin.
Foto: Gambar sekadar hiasan.
Tambah beliau, jubah konvokesyen merupakan satu pemakaian istiadat penuh makna yang menjunjung ilmu lantas ianya perlu dihormati.
Bukan Calang-Calang Orang Mampu Pakai Jubah Konvokesyen
“Pakaian jubah ini merupakan pakaian istiadat yang penuh makna dimana kami juga para akademik menyarung jubah ini sebagai tanda simbol kepada ilmu yang kami junjung.
“Dan pemakaian songkok juga mahupun mortar board yang dipakai oleh mahasiswa juga antara takrifannya ialah menjunjung ilmu yang telah dianugerahkan kepada mereka,” jelas beliau.
Foto: Gambar sekadar hiasan.
Oleh itu, beliau meletakkan harapan besar untuk melihat graduan di seluruh Malaysia menghormati pakaian akademik tersebut.
“Bukan sebarang orang, bukan calang-calang orang yang boleh menyarung jubah tersebut yang melambangkan kesarjanaan dan keilmuan yang mereka junjung itu,” tambah beliau.
Jubah Simbol Ilmu Yang Dimuliakan
Dalam pada itu, Dr Shahrin turut berkongsikan pengalaman beliau menerusi guru-gurunya, salah satunya ialah imam bernama besar seperti Imam Ahmad Ibnu Hanbal.
“Apabila mereka didatangi orang untuk meminta fatwa, walaupun mereka dalam keadaan berpakaian biasa, tetapi bagi memberi fatwa itu mereka akan menyarungkan jubah yang terbaik mereka ada, memakai pakaian serban sebagai tanda ilmu yang mereka bawa,
“Firman Allah di dalam Al-Quran, “ilmu itu dari sisi Allah”, maka ilmu yang saudara-saudari pegang dan junjung itu sangat mulia dan tinggi,” kongsi beliau.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Hanya dengan campuran bahan semula jadi, kini masalah perut buncit anda akan selesai. Jom cuba sekarang!
Petua 1 (Daun lidah buaya dan asam jawa)
Ambil sedikit daun lidah buaya dan air asam jawa, rebus kedua-dua bahan tersebut dengan api yang kecil tunggu sehingga ia menjadi pekat. Biarkan seketika sehingga bahan tadi menjadi suam dan lumurkan pada perut anda. Amalkan 3 kali seminggu dan lihat hasilnya.
Petua 2 (Asam jawa)
Bancuh asam jawa dengan segelas air panas dan biarkan semalaman. Minum pada keesokkan paginya, amalkannya setiap hari dan anda akan nampak perbezaanya.
Petua 3 (Limau nipis dan kapur sirih)
Perah air limau nipis dan letak sedikit kapur sirih gaul sehingga sebati. Selepas itu lumur pada bahagian perut dan balut perut itu dengan bengkung. Lakukan amalan itu sebelum tidur.( Tapi jangan guna kapur terlalu banyak tau.Takut awak-awak semua tak tahan panas.Buat sikit-sikit dulu ye J )
Petua 4 (Teh cina dan limau nipis)
Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dengan air panas serta campurkan dengan air limau nipis. Minum 2 kali sehari sebelum sarapan dan juga sebelum tidur.
Petua 5 (Limau nipis & air)
Ambil 2 biji limau nipis atau limau kasturi perah airnya dan campur dengan air sejuk. Amalkan setiap hari selama sebulan dan anda akan lihat hasilnya. Untuk cara yang lebih pantas lakukan senaman cardio ia akan membantu mengempiskan perut anda dengan cepat.
Petua 6 (Teh hijau, serbuk kayu manis dan madu lebah asli)
Setiap kali selepas makan tidak kira sarapan, makan tengahari mahupun makan malam, anda hendaklah amalkan meminum teh hijau dan kalau inginkan kelainan tambah serbuk kayu manis atau madu lebah untuk melihat kesannya dengan lebih cepat.
Sumber : Diari Kurus
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) Tahun 1445H/2024M melabuhkan tirainya malam tadi dengan menyaksikan wakil dari Negeri Sembilan menyandang gelaran Johan Qari, sekaligus melayakkan negeri itu menjadi Johan Keseluruhan pertandingan itu.
Mengalunkan bacaan surah al-An’am dengan irama tarannum Rast dan Nahawand, Mohamad Husaini Mahmur berjaya meraih markah sebanyak 89 peratus bagi kategori Tilawah.
Memetik laporan Alhijrah Online, kemenangan itu melayakkan Husaini menerima hadiah wang tunai sebanyak RM20,000, wang tunai RM10,000 bagi menunaikan haji, piala, cenderamata dan sijil.
Menerusi hantaran di laman Instagram rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Husaini juga layak untuk mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa.
Wakil dari Terengganu, Abdul Hadi Che Ab Halim juga tidak kurang hebatnya apabila berjaya menyandang gelaran Naib Johan dengan beza markah hanya 0.33 peratus.
Tempat ketiga pula disandang oleh wakil dari Pahang, Mohamad Syaheed Sabri dengan markah sebanyak 86.67 peratus, demikian menurut keputusan penuh yang dilaporkan Alhijrah Online dalam sebuah artikel berasingan.
Untuk rekod, MTHQK Tahun 1445H/2024M berlangsung selama enam hari di Auditorium Darul Makmur, Kompleks Penyiaran Sultan Hj Ahmad Shah, Kuantan, Pahang bermula pada 23 hingga 28 Mei 2024.
Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah wakil rasmi Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.
Terdahulu, Negeri Sembilan juga dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan bagi MTHQK Tahun 1444H/2023M yang diadakan di Pulau Pinang.
Temui 5 kelebihan luar biasa hiking untuk lelaki cara hebat untuk bina mental toughness, kekal fit, dan nikmati ketenangan minda. Hiking bukan sekadar panjat bukit, tapi gaya hidup lelaki kuat.